Assalamualaikum,
Dalam tempoh 10 hari. Antara 13-22 Oktober, saya berpeluang untuk memberi ceramah di 4 buah tempat.
Saya terpaksa merantau sejauh 3000km untuk pergi dari Parit Buntar-Johor Baharu, Parit Buntar-Taiping, Parit Buntar-Kuala Terengganu-Machang-Shah Alam-Parit Buntar, dan yang terakhir Parit Buntar-Taiping.
Walaupun letih, tapi saya rasa gembira. Kerana saya rasa saya dapat menyedarkan ramai orang bahawa rezeki yang Allah beri bukan hanya melalui makan gaji. Untuk pengetahuan anda, tak sampai suku daripada rakyat Malaysia pun yang kerja makan gaji.
Yang lain, semuanya bekerja sendiri. Dan tak der pulak yang terpaksa makan pasir sebab tak kerja makan gaji.
Banyak Beri Kesedaran
Satu perkara yang saya rasa amat gembira. Saya berpeluang berkongsi dengan para pelajar tentang 'second option' yang dia orang ada.
Ramai pelajar yang saya jumpa mentalitinya, "Belajar rajin rajin, sampai universiti, nanti kerja di company yang besar besar dan dapat gaji besar".
Saya tak salahkan mereka. Ini kerana saya pun dahulu mempunyai mentaliti yang sama. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang tidak membuat business. Dan ayah saya hanyalah seorang pesara kerajaan. Beliau dahulu seorang pembantu tadibir di sekolah.
Maka, mentaliti yang ditanam dalam kepala otak kami semua. Belajar rajin rajin. Nanti kerja di company yang besar besar. Saya sama seperti para pelajar yang saya temui.
Namun, saya memberi pendedahan kepada mereka. "Belajar rajin rajin. Dalam masa yang sama, belajar buat business kecil kecilan. Lepas grad nanti, buat business. Kalau tak berjaya dalam 1-2 tahun. Baru kerja di company yang besar besar. Dapat gaji yang besar besar"
Pendedahan
Saya sebenarnya mahu kita semua 'mencuba' dahulu untuk buat business.
Sebab selepas sekian lama saya duduk dalam dunia business ini. Saya dapat lihat, ramai orang yang berjaya pada hari ini kerana mereka memberi peluang kepada diri mereka sendiri untuk mencuba satu ketika dahulu.
This is serious.
Tony Fernandes hari ini berjaya dalam Air Asia kerana memberi peluang kepada dirinya untuk mencuba perniagaan ini. Sedangkan, pada masa beliau mula membeli Air Asia. Air Asia berada dalam 'kegawatan'.
Lihat apa yang ada padanya sekarang? Beliau teramat berjaya.
Sebelum ini, beliau hanyalah CFO di sebuah Syarikat Muzik di Asia. Cuba bayangkan, daripada CFO syarikat muzik kepada CEO Air Asia. Dan Tony Fernandes tak tahu pun pasal kapal terbang masa beliau mula dahulu.
Beliau beri peluang kepada dirinya untuk mencuba. Mencuba. Dan terus mencuba. Belajar, belajar dan terus belajar. Hinggalah Air Asia berjaya pada hari ini.
Dan saya sebenarnya melihat ramai yang berjaya dalam perniagan pada hari ini sebab mereka memberi peluang kepada diri mereka satu ketika dahulu.
Berniaga Mudah
Ramai orang cakap susah nak berniaga. Dulu, saya pun rasa begitu. Tapi, selepas saya belajar cara nak berniaga. Saya rasa, berniaga ini tak lah susah pun.
KALAU, KITA TAHU CARANYA.
Kalau kita belajar dari orang yang betul. Kita akan cepat berjaya.
Masalah Ramai Orang Sekarang Ini
Yang menjadi masalah BESAR SEKARANG INI, kita nak berniaga. Tapi kita bertanya pendapat kepada orang yang tak BERNIAGA.
Kita nak berniaga, tapi kita bertanya kepada orang yang bukan ahlinya.
Contoh mudah, kita nak belajar bawa kereta. Tapi pergi tanya kepada orang yang takut bawa kereta. Kita bagi tahu dia, kita nak belajar bawa kereta.
Apa yang akan terjadi?
Orang itu akan memberi pelbagai tanggapan negatif kepada kita. Dia akan cakap, "Bahayalah. Susahlah. Nanti accidentlah. Dan seribu satu alasan lagi untuk tak bagi kita bawa kereta"
Padahal. Ramai ajer pun orang yang bawa kereta dan berjaya. Dan kita semua berjaya bawa kereta hari ini disebabkan kita memberi peluang kepada diri kita untuk mencuba satu ketika dahulu. Dan betul tak, kita semua belajar bawa kereta dari orang yang dah 'expert' bawa kereta. Sebab itu kita berjaya
Konsep yang sama juga dalam perniagaan.
Untuk berjaya dalam perniagaan. Syarat pertama kita kena beri peluang untuk mencuba. Mencuba sesuatu yang kurang risiko dan tidak terlalu sukar untuk diusahakan.
Mencuba sesuatu yang dah ramai orang cuba. Dan terbukti berjaya.
Dan kita perlu belajar dari mentor yang dah terbukti berjaya. Dan mentor ini sudah pun membantu ramai orang lain untuk turut berjaya.
Dan kalau kita pilih dia untuk ajar kita. Kita pun 'terpaksa' berjaya seperti anak didiknya yang lain.
Saya rasa hari ini saya berjaya dalam perniagaan disebabkan dua langkah berani saya dahulu. Pertama, saya memberi peluang untuk mencuba. Dan kedua, saya belajar dari mentor yang betul.
Bila kita belajar dari mentor yang betul. Insya Allah. Kita pasti berjaya.
Satu Ketika Dahulu
Ayah saya amat tidak bersetuju saya buat business satu ketika dahulu. Bayangkan, tiang tiang reban ayam saya sudah dinaikkan.
Dan dia kata kepada saya, "Daus, Abah rasa kalau hang nak berhenti buat business sekarang ni. Masih belum terlambat"
Bayangkan, kalau saya lemah semangat. Kalau saya 'ikut' cakap dia dahulu. Saya pasti saya tidak berada di tahap ini sekarang ini.
Dan saya bersyukur sekarang kerana pendapatan saya sekarang ini berlipat ganda berbanding rakan rakan yang sama umur dengan saya yang masih bekerja.
Saya dengar nasihat abang saya, "Kita perlu mencuba. Beri peluang kepada diri untuk berubah. Berubah ke arah yang lebih baik."
Untuk Berjaya
Selepas lama buat business dan melihat ramai yang berjaya dan ramai yang kecundang. Saya dapat perhatikan beberapa perkara.
Mengapa orang berjaya?
1) Orang yang berjaya adalah kerana mereka mengikut orang yang betul. Mereka belajar dari mentor yang betul. Dan menggunakan teknik yang diajar oleh mentor. Dan mereka buat perkara yang sama. Dan mereka terpaksa berjaya macam mentor.
Mengapa orang gagal?
1) Orang gagal kerana mereka tidak mengikut orang yang betul dalam perniagaan mereka.
2) Mereka bertanya pendapat mengenai perniagaan kepada orang yang bukan expert dalam business.
3) Mereka tidak mahu belajar dari orang yang expert dalam business.
4) Mereka tidak mahu meniru apa yang orang berjaya buat. Sebaliknya, meniru apa yang orang gagal buat.
5) Mereka memberi alasan. Dan kadang kadang terpaksa berfikir untuk mencari alasan untuk 'menyedapkan' hati yang mereka sebenarnya gagal kerana banyak faktor... Yang sebenarnya, mereka memberi alasan sahaja.
Orang Yang Berjaya
Saya dah tengok ramai orang yang berjaya dalam perniagaan. Dan bila saya kaji, semua orang berjaya mempunyai sikap yang sama.
Mereka ini tidak memberi alasan. Bijak mencari mentor yang terbaik untuk mengajar mereka. Dan meniru apa yang mentor mereka lakukan. Insya Allah. Mereka akan berjaya.
Ceramah Motivasi Di Taiping
Hari Isnin lepas, saya memberi ceramah kepada 100 orang miskin yang dah buat business tapi tak berjaya. Dan lepas saya berkongsi dengan mereka.
Baru saya tahu mengapa mereka gagal. Dan saya akan kongsi dengan anda nanti.
Sebenarnya, berniaga mudah. Tapi kita perlu tahu caranya. Insya Allah. Kita akan berjaya nanti.
Semoga semakin ramai yang berjaya dalam perniagaan.
Wasaalam

Sy abes blaja keja mkn gaji..sbb nk capai cita2 jd enginer..semasa blaja dulu ada setup bisnes..alhamdulilah bisnes jln baik juga..cukup utk tampung pelajaran di tahun akhir. Sy hanya berbekalkn modal duit ptptn dan semangat cuba berniaga. Tiada mentor tetapi byk bertanya org dan blaja dr tgk org yg berniaga. Skrg berkerja mkn gaji selepas habis blaja..perniagaan lalu terhenti..dalam hati tetap akan continue perniagaan cuma ingin merasa penglaman menjadi engineer skrg..insyallah sy perlahan-lahan mengumpul ilmu niaga..satu ari nanti akan memulakan perniagaan yg lebih advanced dr dahulu..semoga hasrat sy akan dimakbul allah. Amin
ReplyDeleteOrang kita bukan budaya biznes .. so dari kecil kita dah di serapkan makan gaji .. tp realiti rezeki makan gaji 1/10 .. Even saya berniaga modal kecil, mak ayah & even suami risau sangat2 .. Tapi sebab yakin rezeki biznes 9/10 saya teruskan juga .. Entry ni bagus untuk buka minda orang kita termasuk saya juga :)
ReplyDeleteBetul ke "tak sampai suku rakyat malaysia makan gaji"?...mungkin yang keje gomen kot yang hang maksudkan....
ReplyDelete