Assalamualaikum,
Baru baru ini, seorang sahabat saya, berusia sekitar 50 tahun berjumpa dengan saya.
Saya bersembang pelbagai perkara dengannya. Terutama mengenai business. Ini kerana dia pun buat business.
Habis kami berbual, tiba tiba, dia menceritakan kepada saya.
"Firdaus, macam mana ni.. Anak saya bagitau mak dia. Dia dah ada couple. Dah ada boyfriend la ni. Saya risau la."
"Berapa umur anak abang la ni?" saya bertanya.
"23 tahun," dia membalas.
"Lar... Dah 23 tahun pun. Abang sepatutnya jangan risau anak abang bercouple. Dia dah besar pun. Biasalah perempuan umur dia nak ada boyfriend. Tak lama lagi dah nak habis belajar. Lepas tu dah nak kahwin pun. Ok lah tu. Sepatutnya, abang sebagai ayah 'ajar' dia 'bercouple' mengikut hukum Islam yang betul," saya menerangkan.
"Biasa hang kata. Saya dok risau ni," balas abang itu kerisauan.
"Abang, dulu abang 'couple' ngan kak masa umur berapa?" saya bertanya.
"Masa umur 20 tahun," dia membalas.
"Abang cuba tengok, abang dulu pun couple masa umur 20 tahun. Sekarang anak abang dah umur 23 tahun abang nak takut. Kan saya dah kata, abang jangan takut anak abang 'bercouple'. Tapi, abang kena ajar dia 'cara' couple yang betul," saya membalas.
"Hang nak suruh saya buat macam mana la ni?" abang itu bertanya kepada saya.
"Senang aja. Abang berterus terang dengan dia. Yang abang tak kisah dia nak bercouple. Tapi, abang cakaplah abang nak dia faham untuk dia bezakan yang halal dan yang haram. Jangan keluar 'dating'. Jangan 'gayut' tanpa keperluan. Jangan naik motor sekali. Jaga pantang larang ikut yang Islam gariskan. Abang terus terang aja dekat dia. Dia pun bukan budak kecik. Dah besar pun. Satu hari nanti, pasti dia 'couple' juga. Yang penting kita nak dia faham apa yang betul dan apa yang salah," saya menjelaskan kepadanya.
"Alamak. Macam mana saya nak cakap. Saya tak biasalah cakap dengan dia macam ni. Bagi mak dia lah yang cakap," dia membalas.
"Hmmm.... Bagi saya, ni satu kesilapan yang abang dah buat. Patutnya, lepas umur 14 tahun. Abang dah kena buat anak abang ni macam kawan. Abang kena selalu 'mendengar' apa yang depa nak ceritakan. Sebab pada umur ni, depa perlu tempat untuk bercerita. Dan abang kena selalu bersembang dengan depa topik yang depa suka. Kena rajin bercerita dengan depa. Minta pandangan depa. Baru depa rasa dihargai. Baru depa rasa depa ada 'value'. Keyakinan dalam diri depa akan meningkat. Dan depa tak akan berahsia dengan kita. Dan kita lebih mudah untuk menasihati depa, ni lah yang kita nak. Jadikan anak anak kita kawan kita," saya menceritakan panjang lebar.
"Amboi, mana hang tau semua ni? Hang pun tak dak anak besar lagi." Abang itu bertanya kepada saya.
"Haaa.... ni la. Abang kena selalu dengar ceramah Prof Muhaya. Dengar ceramah Ustaz Shamsuri. Nanti abang akan tahu apa yang Islam ajarkan kepada kita cara cara mendidik anak," saya membalas.
"Walaupun saya muda, tapi saya banyak mendengar ceramah motivasi, ceramah agama, ceramah mendidik anak. Kat situlah saya belajar semua ni. Dan saya suka sembang dengan orang yang lebih dewasa daripada saya. Tanya pengalaman depa. Macam tu lah biasanya saya belajar," saya menambah.
Konsep Mendidik Anak
Satu perkara yang saya rasa kita semua kena faham. Kita tak boleh mendidik anak anak kita seperti mana ibu bapa kita mendidik kita.
Zaman sudah berubah. Dan cara mendidik anak juga berubah.
Tapi, kita kena berpegang kepada yang satu. Didiklah anak dengan didikan agama.
Didiklah anak kita ikut apa yang agama kita mahukan mengikut zaman kita berada sekarang.
Misalnya, anak anak hari ini suka main Ipad. Kita ibu bapa kena ambil tahu apa itu Ipad. Anak anak suka sesuatu perkara. Kita ambil tahu perkara itu dan 'layan' mereka.
Jadikan mereka berasa selesa untuk bercerita kepada kita. Barulah mereka rasa kita 'ada' bersama mereka. Jika tidak. Mereka akan mencari 'teman' untuk bercerita masalah mereka.
Yang menakutkan kita, kalau mereka tersalah memilih teman. Nauzubillah. Ini yang kita takutkan.
Anak Anak Bercouple
Tanyalah anak anak anda hari ini. Adakah mereka sudah ada couple? Berdasarkan pemerhatian saya. Couple dikalangan remaja belasan tahun hari ini sudah menjadi satu kebiasaan.
Bagi saya, agak menakutkan kalau perkara begini berlaku pada usia belasan tahun. Mereka masih belum matang untuk berfikir.
Inilah peranan kita sebagai ibu bapa untuk 'berkawan' dengan anak anak kita. Percayalah, jika kita 'berkawan' dengan mereka. Mereka tidak akan 'membelakangkan' kita dalam semua perkara.
In fact, mereka akan bertanya kepada kita dahulu jika mereka mahu 'bercouple'. Jika anda tidak percaya, anda tanyalah kepada sesiapa yang 'berkawan' baik dengan anak anak mereka. Anak anak mereka akan mudah untuk bercerita dengan mereka.
Apa Yang Penting
Apa yang penting. Kerjasama. Apa yang penting. Kerjasama.
Kita perlu menjadi "Wonderpet" kepada anak anak kita. Membantu anak anak yang dalam 'kesusahan'. Jadilah 'rakan' mereka ketika mereka susah dan ketika mereka gembira.
Mengikut ceramah Prof Muhaya.
Umur 1-6 tahun. Biasakan anak anak mendengar Al Quran. Anak anak pada umur ini akan 'absorb' semua benda. Tak kira benda itu baik atau buruk. Semua akan masuk.
Umur 7-14 tahun. Kita kena mula mendidik. Menegur. Mengajar. Memukul jika tidak bersolat. Dan bertegas dalam perkara perkara yang kita perlu tegaskan. Terangkan mengapa mereka boleh buat ini dan mengapa tidak boleh buat itu.
Umru 15 ke atas. Jadikan anak anak kita sebagai kawan kita. Selalu bercerita dengan mereka. Selalu bersembang dengan kita. Hargai mereka. Puji mereka. Insya Allah. Mereka akan rapat dengan kita.
Bercakap Memang Mudah
Saya nak taip tajuk ini pun saya takut. Sebab saya 'bercerita' pasal anak anak orang. Saya sendiri tak tahu anak saya bila dah besar nanti macam mana.
Bercakap memang mudah.
Tapi, ikhlas saya katakan. Ayuh. Kita sama sama jadikan anak anak kita sebagai 'ladang pahala' kita. Jadikan mereka sebagai 'pencen kubur' kita yang terbaik.
'Laburkan' hari ini untuk pulangan lumayan di akhirat kelak.
Anak anak. Mereka bakal menjadi penghalang kita daripada dimasukkan ke dalam api neraka. ATAU. Mereka bakal menarik kita ke api neraka. Nauzubillah.
Sama sama kita doakan. Anak-anak saya dan anak anak anda semuanya menjadi ahli syurga dan menjadi anak yang soleh dan solehah.
Wassalam

COMMENTS