Assalamualaikum,
Di sebuah makmal, seorang pengkaji menjalankan sebuah eksperimen.
Ekperimen Pertama
Dia meletakkan air di dalam sebuah bikar. Kemudian, air ini dipanaskan menggunakan sebuah penunu bunsen hingga air itu mendidih.
Kemudian, seekor katak di campakkan ke dalam air panas itu.
Katak itu akan segera melompat keluar dan terselamat. Serta masih hidup.
Eksperimen Kedua
Dia meletakkan air di dalam sebuah bikar. Kemudian dimasukkan ais yang banyak di dalam bikar itu. Selepas itu, seekor katak dimasukkan ke dalam bikar itu.
Di sebabkan air itu sejuk. Katak itu duduk dengan tenangnya di dalam bikar itu.
Kemudian, sebuah penunu bunsen dinyalakan di bawah bikar itu. Lama kelamaan. Semua ais melebur dan air mula menjadi suam.
Tidak lama kemudian, air itu menjadi panas dan akhirnya. Ia mendidih.
Katak yang berada di dalam bikar itu mati akibat kepanasan.
Pengajaran
Saya tidak pasti sama ada cerita ini betul atau tidak. Tapi saya dah dengar banyak kali. Inilah yang menyebabkan saya mahu berkongsi dengan anda.
Antara pengajaran yang diperoleh daripada 'eksperimen' ini adalah:
1) Katak dalam eksperimen pertama berjaya 'hidup' kerana dia telah terkejut dengan perubahan keadaan disekelilingnya. Dia melompat keluar kerana mahu merubah keadaan hidupnya pada waktu itu.
2) Katak dalam eksperimen kedua pula mati kerana katak itu berada dalam 'keadaan yang amat selesa' pada awalnya. Katak itu tidak 'sedar' perubahan sedikit demi sedikit di kawasan sekitarnya. Dia terasa 'masih selesa' dengan keadaan sekeliling.
Akhirnya, katak ini mati kepanasan kerana 'tertipu' dengan keselesaan yang di rasainya pada peringkat awal.
Kita Bukan Katak
Masalah 'selesa' ini banyak dirasai oleh kita.
Sedar tak sedar, ramai di antara kita dah rasa selesa dengan apa yang kita miliki. Betul tak?
Ramai di antara kita yang rasa bahagia dengan apa yang mereka ada sekarang. Ada di antara kita yang rasa 'selesalah sangat' dengan gaji sekitar RM3000 sebulan.
Mereka selesa kerana, mereka tiada masalah yang besar.
Kehidupan mereka seperti ini.
7.00 pagi : Pergi kerja.
8.30 pagi : Minum di kafe dengan kawan kawan.
9.00 pagi : Meeting di tempat kerja
10.00 pagi : Sambung kerja
1.00 t/hari : Berhenti rehat. Makan dan solat. (Bagi yang bersolat)
2.00 ptg : Sambung pi kerja
3.00 ptg : Kena marah dengan bos sket sket. ( Ada yg kena marah banyak )
5.30 ptg : Balik kerja
Inilah rutin mereka setiap hari bekerja. Hujung minggu cuti berehat di rumah. Dan hujung bulan. Dapat gaji. Belanja belanja. Nak sampai hujung bulan lagi. Duit dah kering. Kena jimat sikit. Dan hujung bulan. Dapat gaji lagi.
Inilah yang dipanggil hidup dalam 'comfort zone'.
Mereka ini tidak mahu mengubah hidup mereka. Dalam diri mereka, ada suara budak kecil yang berkata.
"Tak apa lah. Cukuplah. Malaslah. Esoklah."
Dan seribu satu alasan lagi yang diberikan untuk menyejukkan hati mereka yang mereka sudah cukup dengan apa yang mereka ada.
Prof Muhaya selalu berkata, "Live by design. Not by default"
Kita sebenarnya perlu hidup seperti mana yang kita mahukan. Kita yang rancang apa yang kita nak buat. Bukan hidup kita 'ditentukan' oleh orang lain. Bukan kita 'terpaksa' hidup macam mana orang lain nak kita hidup.
Mereka yang hidup dalam 'comfort zone' tidak akan maju dalam hidupnya. Betul tak?
Dalam pasangan suami isteri. Ada suami yang nak ke hadapan.. Isteri tarik ke belakang. Ada yang isteri nak ke hadapan. Suami menarik ke belakang.
Adoyai... Berilah peluang kepada diri dan pasangan kita untuk memajukan diri dalam kehidupan.
Kalau pendapatan kita RM3000 sebulan. Dan kita rasa cukup. Apa salahnya, kita bekerja keras. Buat sesuatu yang kita tak pernah buat sebelum ini. Dan kita boleh jana pendapatan sekitar RM1000-RM2000 lagi sebulan.
Dan kalau rasa RM3000 dah cukup. Duit RM1000-RM2000 yang kita dapat tambahan itu. Kita sedekahkan kepada orang lain. Kan bagus.
Kan bagus kalau kita ada duit tambahan untuk kita tambah nilai hidup kita sekeluarga. Kita boleh beri yang terbaik kepada keluarga kita. Dan ini semua adalah IBADAH.
Berbanding kita 'selesahlah sangat' dengan RM3000. Dan hidup secara 'rileks'.
Pilihan di tangan kita sebenarnya. "We choose our way of life."
Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu merubah nasih mereka sendiri.
* INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA POINT YANG AKAN SAYA GUNAKAN DALAM SEMINAR DI MRSM JB. SLOT KE 4. "MOTIVASI DIRI. RAHSIA HIDUP LUAR BIASA."
Cumanya, akan disesuaikan dengan keadaan pelajar di sana yang mana matlamatnya. Saya mahu mereka 'put more effort' untuk belajar dengan lebih cemerlang. Di dunia dan diakhirat.
Tapi, kisah yang sama amat sesuai untuk kita juga menilai keadaan hidup kita hari ini.
Sekian.
Tambahan
1) "Di pagi ini... Fikir-fikirkan... Apa yang kita boleh lakukan untuk menambah nilai hidup orang lain"
2) Pembaca yang belum add saya sebagai Friend anda di Facebook. Boleh add saya. Klik Profile Badge disebelah kanan ini. Atau search FIRDAUS MAT SAAD.
3) I'm more than happy to be your friend.
4) Rahsia kejayaan adalah networking. Lebih ramai orang yang berjaya disekeliling anda. Lebih mudah untuk anda berjaya.
5) Sila Like Jika Anda Mahu Kongsikan Kisah Ini Dengan Rakan Rakan Anda
Wassalam.

mohon share je,sgt teruja dgr ceramah dekat unisza hari tu..berkobar2 nak berbisnes jadinya, :)
ReplyDeleteLike...
ReplyDelete