Assalamualaikum,
Rasanya, ramai dari khalayak pembaca Maria Firdaus Usahawan Ayam Daging tahu saya akan menyampaikan ceramah di MRSM Johor Baharu pada 12 & 13 Oktober ini. Dan di UNISZA pada 20 Oktober ini.
Di MRSM JB, saya akan berkongsi pengalaman saya dalam 4 slot:
1) Adab Pergaulan - Mencari Pasangan Dalam Kehidupan
2) Motivasi Pelajar Cemerlang - Insan Cemerlang Insan Berjaya
3) Motivasi Keusahawanan - Keusahawanan Kerjaya Pilihan
4) Inspirasi Hidup - Rahsia Hidup Luar Biasa
Di UNISZA, Kuala Terengganu saya akan bercakap mengenai Keusahawanan.
Bayaran
Jika anda bertanya saya, adakah saya 'mencari makan' melalui ceramah ceramah ini. Jawapannya. Tidak.
Kalau kerana duit, saya tak rasa saya akan 'berkelana' jauh hingga ke MRSM JB di Johor dan UNISZA di Terengganu. Banyak lagi MRSM dan Universiti di sini yang saya boleh beri ceramah.
In fact, cikgu saya di MRSM JB pun ada tanya saya.
"Firdaus, berapa pihak Maktab nak bayar untuk Firdaus bagi ceramah 4 slot ini? Kami takut tak mampu nak bayar kepada Firdaus. Takut kami bagi terkurang," cikgu saya bercakap dalam telefon.
"Cikgu, saya ke sana hanya kerana nak berkongsi dengan adik adik di sana pengalaman yang dah saya lalui. Allah dah bagi banyak nikmat kepada saya. Lagi pun, inilah peluang saya untuk mencari pencen kubur. Mana tau, ada seorang dua pelajar yang amalkan apa yang saya cakap. Itulah bekalan saya di akhirat," saya membalas.
"Cikgu tahu, Firdaus ikhlas. Tapi berapa pihak maktab nak bayar?" cikgu bertanya lagi.
"Macam ni lah cikgu, saya tak kisah bab bayaran. Berapa pun saya terima. Saya tak letak sebarang harga. Tapi, jangan 'cancel' program ni kalau bayaran menjadi isu. Jangan takut. Saya tak kisah bab bayaran. Pihak maktab boleh bagi berapa pun. Saya tak kisah," saya membalas lagi.
Dari segi penginapan. Saya buat keputusan untuk tidur di MRSM sahaja. Di Sick Bay. Saya rasa tak perlulah saya nak berlebih lebih. Di mana mana pun saya boleh tidur.
Saya sudah biasa tidur di tepi jalan. Saya dah biasa tidur di stesen bas. Saya dah biasa tidur di airport. Tempat tidur bukan masalah kepada saya.
UNISZA
UNISZA pula make it simple. Mereka dari awal awal lagi cakap kat saya. Mereka akan bayar RMXXX kepada saya. Mereka sediakan hotel untuk saya menginap di sana.
Kalau nak diikutkan, bayaran yang diberikan rasanya cukup untuk tampung perjalanan saya pergi dan balik menaiki kereta dan belanja belanja lain.
Dan saya masih tak kisah.
Saya tak melihat duit sebagai faktor saya ke sana.
Saya lihat di UNISZA ada 1200 pelajar yang sedang belajar bagaimana untuk menjadi usahawan. Manalah tahu, apabila saya ke sana. Daripada 1200 pelajar ini, ada 100 orang yang betul betul akan menjalankan perniagaan. Mana tahu, daripada 100 orang ini, ada 10 orang yang akan bergelar jutawan bertakwa..
Allah Allah... Besar sungguh 'pencen kubur' yang bakal dijana disana.
Ini yang saya cari.
TAHUKAH ANDA
Ada dua pembaca di blog ini yang menghubungi saya. Mereka mahu bawa kereta saya dari Parit Buntar ke Johor Baharu secara PERCUMA. Dan setelah dibincang, saya memilih yang pertama menghubungi saya untuk membawa saya ke sana nanti.
Dia menceritakan kepada saya.
"Saya mahu mencari pencen kubur. Nak berceramah tak mampu. Bawa kereta pun jadilah."
Allah Allah....
Terharu saya dibuatnya.
Dia turut berkata, "Saya nak belajar apa yang Firdaus nak cakap dalam 4 slot tu."
Driver Ke Kuala Terengganu
Sekarang, belum ada yang 'offer' kepada saya untuk bawa saya ke Terengganu. Saya akan ke sana pada 19 & 20 Oktober ini.
Jika anda berminat. Boleh hubungi saya.
Dana Diperlukan
Saya mahu beri yang terbaik kepada mereka. Terutama di MRSM JB. Mereka masih kecil dan rasanya mereka lebih mudah untuk 'absorb' apa yang saya katakan.
Dan saya benar benar mahu memberi motivasi kepada mereka untuk berjaya di dunia dan di akhirat.
Untuk dua program ini. Di MRSM dan UNISZA. Saya memerlukan dana seperti berikut:
1) Kos Transport. Minyak dan Tol untuk saya dari Parit Buntar ke Johor Baharu. RM400.
* Pihak maktab tidak menanggun kos pengangkutan saya.
2) Saya nak hadiahkan dua buah buku di bawah kepada para pelajar. 8 buah buku di MRSM Johor Baharu. 4 buah buku untuk Surau di MRSM. Dan 4 buah buku untuk pelajar. 8 buah buku di UNISZA. 4 buah untuk surau dan 4 buah untuk pelajar.
Buku ini menceritakan kisah hampir 20 jutawan yang berjaya dalam perniagaan mereka dan apa yang mereka lakukan. Saya mahu mereka baca kisah kisah para jutawan di Malaysia. Bagaimana mereka berubah menjadi jutawan dari hidup yang biasa biasa.
16 buah buku ini kosnya RM200.
Saya membeli buku ini pada separuh harga pada satu seminar usahawan baru baru ini.
3) 50 Buku Nota. Saya mahu hadiahkan 50 buah buku nota kepada pelajar terpilih di MRSM JB. Kos sebuah buku RM4. Jumlahnya RM200.
4) Hadiah wang tunai kepada pelajar yang terpilih. RM100.
4) Jumlah diperlukan : Transport RM400. Buku Inspirasi Kaya & Berjaya RM200. Dan 50 Buku Nota RM200. Wang tunai. RM100. Jumlah diperlukan RM900.
Peluang
Ini peluang untuk anda semua mencari pencen kubur. Kita buat apa yang kita boleh buat.
Anda mungkin tak mampu untuk memberi ceramah. Tapi, anda berpeluang mendapat pahala yang sama. Sama sama kita mencari pencen kubur.
Percayalah, pahala yang diperoleh berpanjangan hinggalah kita semua ke syurga nanti.
Berminat?
Jumlah diperlukan RM900. Jika anda berminat. Anda boleh bank in ke Akaun Maybank saya.
Mohd Firdaus Bin Mat Saad. 1521 1604 0160.
PASTIKAN ANDA MENULIS JUMLAH YANG ANDA BANK NI DI RUANG KOMEN. INI MEMUDAHKAN ORANG LAIN MENGETAHUI JUMLAH YANG TERKUMPUL. DAN SILA BERHENTI JIKA JUMLAH TERKUMPUL RM900.
Semoga kita semua mendapat manfaatnya. Di dunia dan di akhirat.
Wassalam

Bagi anda yang ingin membeli buku ini, anda boleh beli di MPH. Setiap satu buku berharga RM25. Dua buku ini berharga RM50.
Saya membeli buku ini pada separuh harga pada satu seminar usahawan baru baru ini.
3) 50 Buku Nota. Saya mahu hadiahkan 50 buah buku nota kepada pelajar terpilih di MRSM JB. Kos sebuah buku RM4. Jumlahnya RM200.
4) Hadiah wang tunai kepada pelajar yang terpilih. RM100.
4) Jumlah diperlukan : Transport RM400. Buku Inspirasi Kaya & Berjaya RM200. Dan 50 Buku Nota RM200. Wang tunai. RM100. Jumlah diperlukan RM900.
Peluang
Ini peluang untuk anda semua mencari pencen kubur. Kita buat apa yang kita boleh buat.
Anda mungkin tak mampu untuk memberi ceramah. Tapi, anda berpeluang mendapat pahala yang sama. Sama sama kita mencari pencen kubur.
Percayalah, pahala yang diperoleh berpanjangan hinggalah kita semua ke syurga nanti.
Berminat?
Jumlah diperlukan RM900. Jika anda berminat. Anda boleh bank in ke Akaun Maybank saya.
Mohd Firdaus Bin Mat Saad. 1521 1604 0160.
PASTIKAN ANDA MENULIS JUMLAH YANG ANDA BANK NI DI RUANG KOMEN. INI MEMUDAHKAN ORANG LAIN MENGETAHUI JUMLAH YANG TERKUMPUL. DAN SILA BERHENTI JIKA JUMLAH TERKUMPUL RM900.
Semoga kita semua mendapat manfaatnya. Di dunia dan di akhirat.
Wassalam
As salam. Dahl transfer RM 200. Moga Allah permudahkan usaha Firdaus.
ReplyDeleteSalam..Saya dah transfer Rm20, itu sahaja yang mampu buat kali ini...kalo dulu, mesti malu nak derma dalam amount ini...tapi lepas baca komen haji pasal derma sikit ke banyak ke dalam beberapa projek yg lalu...saya yakinkan diri, berapa pun ada bagi je..tp sebabkan sekarang agak kering atas faktor2 tak dpt dielakkan, ini aja yg mampu..tp tetap nak berkongsi saham ini...wpun sedikit...insyaAllah...semoga dpt memberi manfaat kepada semua yg terlibat. Terima kasih.
ReplyDeleteAs salam,
ReplyDeleteDah transfer rm50. semoga usha kita semua diberkati Allah swt
dah transfer rm150.00
ReplyDeletetuan firdaus, saya dari kuala terengganu, saya amat berminat untuk hadiri ceramah tuan di UNISZA. adakah ini program tertutup dan khas untuk pelajar unisza sahaja? sekiranya tertutup. apakah cadangan tuan untuk saya tidak melepaskan peluang ini untuk brsama dimajlis itu nanti. bukan senang hendak jumpa tuan ni....
ReplyDeleteAssalammualaiku...
ReplyDeleteSaya pun dari K.Trg..mcm sdr Azmi..selain student..org luar mcm mana..boleh hadir sama ke..? Sebelum ini sdr Fadzli pun ada bertanya...
Wassalam.
ALI
As salam,saya baru bank in rm 30 saja pg ni.Moga Allah terima sebagai amal soleh
ReplyDeleteassalammualaikum
ReplyDeleteTuan Haji
saya dah transfer rm100 kedalam akaun tuan haji. semoga segalanya diterima dan diberkati oleh Allah S.W.T. Amin
Salam. Sumbangan iklas dr saya rm30.
ReplyDeleteSalam Tuan Haji
ReplyDeleteLambat baca blog tak perasan ada kutipan, saya ada transfer 600, munkin dah berlebih dari yg dicari tapi takpe lah maybe bole buat duit kopi masa nak pegi ceramah or nak beli buku lebih utk student....