Assalamualaikum,
Selepas mendengar banyak ceramah Prof Muhaya. Pencen Kubur sudah menjadi agenda hidup saya.
Dan perkara sama, saya selalu bincangkan di blog ini. Saya mengajak para pembaca agar terus memberi. Agar kita semua sama sama dapat mencari pencen kubur nanti.
Pencen Kubur amat penting... Ia seolah olah saham. "Laburkan" sekarang. Dan "Kutip" hasilnya di sana nanti.
Apabila kita sudah meninggal dunia nanti, akan terputus segala amal ibadah kita melainkan 3 perkara.
1) Doa anak yang soleh.
2) Ilmu bermanfaat yang pernah disampaikan
3) Sedekah jariah
Dari perspektif saya, saya berusaha untuk menyampaikan "Ilmu Yang Bermanfaat" kepada orang lain. Dan tak ramai boleh buat apa yang saya buat.
Tak ramai yang berkesempatan untuk menulis blog. Tak ramai yang berkebolehan untuk bercakap dihadapan khalayak. Ada yang mampu bercakap, tapi tiada jemputan.
Makanya, tak ramai yang mampu untuk mencari pencen kubur dari sudut "Ilmu Yang Bermanfaat".
Namun, saya ingin ceritakan dalam entri ini mengenai Okaz. Salah seorang pembaca blog ini yang rasa 'teruja' untuk mengiringi saya ke JB.
Sebenarnya, saya tak pernah pun tanya dalam blog ini siapa boleh temankan saya ke JB. Cuma, saya ada nyatakan, saya takut saya penat kalau drive kereta sorang sorang ke JB.
Selepas entri itu, ada dua orang yang menghubungi saya. Menyatakan kesanggupan untuk bawa kereta saya ke JB.
Allah Allah.
Saya amat terharu. Memandangkan Okaz bertanya saya dahulu. Maka, saya memilih beliau untuk mengiringi saya ke sana.
Apabila saya bertanya, "Kenapa abang nak ikut saya ke sana?"
Beliau menjawab, "Firdaus, aku ni nak bagi ceramah tak pandai. Dapat peluang jadi 'driver' hang ke sana pun jadilah. Nak cari pahala sikit. Dan aku nak dengar apa yang hang nak sampaikan di sana nanti. Nak belajar."
Kata katanya amat menyentuh hati saya. Sebab, dilubuk hatinya. Saya yakin, beliau seorang yang selalu berfikir. "Apa aku boleh bantu untuk tambah nilai hidup orang lain?"
Cuba anda bayangkan, beliau tinggal di Machang Kelantan. Beliau terpaksa travel ke Parit Buntar dari Machang. Perjalanan yang mengambil masa 4 jam. Beliau terpaksa korbankan kerja beliau di sana. (Beliau buat business. Ada orang lain uruskan business beliau ketika beliau bersama saya).
Kemudian, pandu kereta saya 8 jam dari Parit Buntar ke MRSM JB. Beliau drive seorang all the way.
Dan beliau nyatakan kepada saya. "Aku hairan, awat aku langsung tak rasa penat drive lama lama macam ni? Kereta sedap kot....."
"Tak.. Sebenarnya, bukan masalah kereta. Saya rasa sebab keberkatan kot. Abang ikhlas nak cari pahala. Itu yang Allah tolong tu. Sebab tu tak rasa penat" Saya membalas.
Tapi, saya sendiri sebenarnya tak rasa penat. Saya sendiri hairan. Tak tahu mengapa.
Saya tiba di sana sekitar jam 4.45 petang. Tiba di sana, baru kami makan 'tengah hari' di UniKL JB. Okaz teringin nak makan Nasi Beriyani Gam Johor. Cari punya cari, tak jumpa. Last last, kami hanya makan maggi goreng untuk makan tengah hari. Itupun, pada jam 5.00 petang.
Saya kagum dengan Okaz. Benar benar kagum. Beliau bukan sekadar bantu bawa kereta saya. Di sana, beliau sedaya upaya mahu membantu saya apa yang termampu.
Allah Allah.... Beliau mengikuti setiap slot yang saya sampaikan. Selepas slot itu berakhir, kami akan berbincang di mana yang tidak kena. Beliau sebagai pemerhati memberikan beberapa idea untuk diperbaiki mana yang terkurang.
Dan, banyak ideanya yang membantu saya untuk memperbaiki ceramah saya.
Misalnya, di Slot 1: Tazkirah Adab Pergaulan. Beliau memaklumkan saya. Pada pemerhatiannya. Para pelajar lebih minat dengar cerita saya berbanding fakta yang saya berikan. Semasa saya beri fakta, mereka tak beri tumpuan. Tapi, bila saya mula bercerita, semua beri perhatian.
Maka, saya perlu fikirkan bagaimana nak selitkan fakta dalam bentuk penceritaan. Satu point yang baik di situ. Saya tak akan nampak kalau tak diberitahu.
Slot ke 2: Motivasi Pelajar Cemerlang. Sekali lagi. Beliau menceritakan, saya banyak terikut skrip di slide show. Akibatnya, saya jadi sedikit formal. Tapi, beliau masih menyatakan apa yang saya sampaikan still menarik. Banyak perkongsian pengalaman macam mana saya belajar dahulu dapat diterima oleh pelajar.
In fact, Okaz pergi interview beberapa pelajar. Nak dapatkan pandangan bagaimana ceramah saya. Alhamdulillah. Respond positif.
Slot ke 3 dan ke 4. Okaz bagi markah tinggi kepada saya. Saya lebih bersantai bercerita untuk dua slot ini. Saya tak terikat dengan teks. Saya hanya berkongsi. Dan para pelajar amat suka kerana ia dilakukan secara santai. Dua slot ini lebih banyak video. Para pelajar amat suka menonton video. Dan dua sessi ini banyak latihan. Berlaku komunikasi dua hala. Mereka lebih mudah faham.
Di sana, ada ramai pelajar lelaki yang turut meminta pandangan Okaz dalam pelajaran. Dan, beliau tak lepaskan peluang untuk memberi nasihat nasihat terbaik untuk para pelajar. Wah wah... Banyak juga saham yang Okaz dapat dalam kes ini.
Serius, ada pelajar yang serbu saya untuk berbincang lebih mendalam. Tak kurang, ramai juga yang berjumpa dengan Okaz. Meminta pandangan beliau itu dan ini. Alhamdulillah.
Okaz benar benar 'mengoptimumkan' kehadiran beliau di sana. Cuba beri yang terbaik walaupun sekadar 'pengiring' saya. The principle is simple, "Do whatever you can do"
Selepas tamat program, kami bergegas pulang ke Parit Buntar. Jam 5.30 petang kami bertolak dari JB. Jam 2.30 pagi, kami tiba di Parit Buntar.
Saya terasa amat letih. Dan Okaz juga mula terasa sedikit letih. Kami saling bertukar memandu kereta. Masa Okaz pandu, confirm saya tidur. Sebab saya terlalu penat. Tapi, masa saya pandu. Okaz tak tidur. Dia temankan saya. Berborak sekali.
Rasanya, terlalu banyak ilmu yang saya dapat dari perjalanan ini. Allah 'menghantar' insan terbaik untuk bersama saya.
Syukur pada Nya. Sepatutnya, Okaz pulang ke Kelantan hari Ahad. Tapi, setibanya di Parit Buntar. Beliau demam. Allah Allah... Hari ini, beliau hanya bangun pada jam 12.00 tengah hari. Subhanallah.
Saya bersimpati. Dan beliau hanya akan pulang ke Kelantan pada esok pagi. Drive bersendirian kali ini.
Semoga Allah permudahkan urusan beliau. Dan memelihara keselamatan perjalanan beliau.
Apa yang saya ceritakan ini, bukan untuk memuji beliau sebenarnya. Apa yang ingin saya tekankan di sini.
Setiap kita diberi peluang untuk mencari pencen kubur. Fikirkan apa yang kita mampu lakukan. Buat sahaja. Asalkan ia dapat menambah nilai hidup orang lain.
Benda yang kita lihat kecil di dunia ini akan kelihatan besar di akhirat kelak. Percayalah. Berusahalah kita untuk menambah nilai hidup orang lain.
Dan bangun pagi hari ini, fikirkan. "Apa yang aku boleh buat untuk bantu hidup orang lain."
Kalau semua orang boleh fikir macam ini.... Aman di sana nanti.
Semoga Allah mengikhlaskan diri kita dalam beramal ibadah.
Booking
Sebelum saya dan Okaz berpisah semalam, beliau memberitahu saya. Bila ke UNISZA minggu hadapan, singgah di rumahnya di Machang. Tidur di rumahnya. Dan bergerak ke UNISZA pada awal pagi. Beliau akan drivekan kereta saya ke Kuala Terengganu dari Machang.
Allah Allah....
Semoga Allah merahmati hidupnya sekeluarga.... Sama sama kita doakan.
Wassalam

boleh la singgah kat Jeli sekejap, minum2
ReplyDeleteBismillah,
ReplyDeleteSaya sungguh kagum dengan kesungguhan En. Okaz menemani dan berkongsi pandangan dengan EN. Firdaus.
Alhamdulillah.