Assalamualaikum,
Syukur Alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan saya. Seminar motivasi pelajar di MRSM JB berjaya disempurnakan dengan jayanya.
Minggu Lepas
Minggu lepas, saya agak sibuk. Sibuk mempersiapkan slide dan bahan untuk dikongsikan dengan para pelajar di MRSM JB.
Bukan mudah, ada 4 slot yang dikongsikan dengan mereka. Saya terpaksa membuat persiapan terbaik untuk memastikan para pelajar mendapat manfaat sebaiknya.
Ujian pertama untuk ke sana adalah Batuk. Saya batuk yang agak serius minggu lepas. Saya berdoa kepada Allah agar disembuhkan penyakit batuk ini sebelum saya ke sana. Jika tidak, agak sukar saya untuk bercakap kerana 4 slot ini mengambil masa sekitar 7 jam untuk di isi.
Sesuatu yang tidak pernah saya lakukan.
Sebelum ini, saya hanya pernah bercakap maksimum 4 jam dalam tempoh satu hari. Ternyata, 4 slot yang akan diisi mencabar kebolehan dan kemampuan saya.
Hari Rabu
Pengiring yang ingin mengiringi saya ke Johor Bahru adalah saudara Okaz. Beliau juga merupakan pembaca blog ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan atas pertolongan yang diberikan kepada saya.
Yang menjadi masalah, saudara Okaz datang dari Kelantan. Dan dia dah tersalah haribulan. Saya katakan saya akan ke JB 12&13 Oktober. Dia tersalah faham. Dia sangka 10 Oktober. Maka pada 9 Oktober dia sudah datang ke Parit Buntar dari Kelantan.
Terpaksalah dia stay di Parit Buntar untuk beberapa hari. Mohon maaf atas kesilapan yang berlaku.
Hari Jumaat
Pagi Jumaat, kami bertolak dari Parit Buntar. Perjalanan bermula pada jam 8.45 pagi. Dan terima kasih sesangat kepada saudara Okaz. Kerana dia memandu kereta saya dengan penuh berhemah. Kelajuan maintain 110km/j.
Saudara Okaz memang seorang pemandu berhemah. Maintain aja speed. Insya Allah. Tak kena saman.
Selamat Datang Ke Negeri Johor Darul Takzim.
Perjalanan ke MRSM JB mengambil masa 8 jam. Kami hanya tiba di sana sekitar jam 4.45 petang. Perjalanan ini sejauh 675km. Allah Allah. Perjalanan yang amat jauh.
Tapi, bila ia dilakukan semata mata kerana Allah. Keletihan langsung tidak dirasai. Saya dan Okaz terasa seolah olah Allah memberikan kekuatan kepada kami. Kami tak rasa penat. Tak rasa letih. Bahkan kami semakin bertenaga bila ada di sana.
Dalam perjalanan, saya terbayang wajah wajah adik adik yang akan saya temui di MRSM nanti. Tak sabar rasanya nak bersama mereka. Nak berkongsi pengalaman dengan mereka.
Setiba di MRSM JB. Kami diberikan tempat penginapan untuk berehat sementara menunggu waktu Maghrib bagi mengisi slot pertama. Iaitu Tazkirah Maghrib.
Slot 1 : Adab Pergaulan - Mencari Pasangan Dalam Kehidupan
Program di adakan di Surau MRSM JB. Saya mengimamkan Solat Maghrib dan terus memberikan tazkirah kepada mereka.
Saya menyampaikan tazkirah kepada para pelajar. Sekitar 1 jam.
Fokus yang saya berikan kepada mereka adalah mengenai 'Couple'. Rasanya, tajuk ini amat sesuai untuk diberikan kepada mereka. Sebab hari ini ramai pelajar yang sudah rasa pelik kalau tak 'bercouple'.
Saya banyak berkongsi pengalaman saya dan kawan kawan yang telah melalui fasa ini. Sekadar berkongsi agar mereka dapat mencontohi perkara yang baik dan menjauhi kesilapan yang telah kami lakukan.
Para pelajar khusyuk mendengar. Memandangkan tajuk 'couple'. Maka semuanya tak tidur. Sedang menghayati nampaknya.
Saya ceritakan ciri ciri lelaki yang perlu di cari kalau hendak dijadikan suami. Dan ciri ciri seorang wanita untuk dijadikan isteri.
Berdasarkan feedback pelajar, rata rata berpuas hati dan mereka faham. 'Couple' melalaikan dan akan membawa mereka ke arah yang tidak baik. Dan mereka faham, mereka masih muda dan masih terlalu awal untuk bercouple.
Misi berjaya. Alhamdulillah.
Slot 2 : Motivasi Pelajar Cemerlang : Insan Cemerlang Insan Berjaya
Program ini diadakan di Dewan Besar MRSM JB. Seramai 412 pelajar dari Tingkatan 1 & 4 menyertai program ini.
Basically, saya berkongsi pengalaman dengan mereka bagaimana saya belajar dahulu. Mereka merasakan kehidupan di MRSM 'amat terseksa' kerana terlalu banyak program dan kerja sekolah yang perlu dijalankan.
Saya berkongsi pengalaman bersama mereka bagaimana saya menjalani kehidupan sebagai pelajar MRSM dahulu. Ia mudah jika kita tahu caranya. Ia hanya satu perkongsian. Berkongsi bagaimana saya 'melepasi' zaman MRSM dahulu.
Sebenarnya, 'kesusahan' belajar di MRSM lah yang akan menjadikan seorang pelajar itu matang apabila berada di kolej dan universiti nanti.
Saya kongsikan pengalaman saya ketika belajar di MRSM Taiping, Kolej Mara Banting dan di UK.
Saya dedahkan segala teknik yang telah saya gunakan dalam pelajaran saya. Saya mengatakan, mereka hanya perlu tiru apa yang saya lakukan. Dan mereka akan 'terpaksa' berjaya seperti saya.
Saya berceramah dari atas pentas. Saya membeli 'wireless microphone' sebab saya rasa lebih selesa kerana tidak perlu memegang mic semasa berucap. Kos microphone ini RM200.
Pelajar wanita yang khusyuk mendengar. Kebanyakan mereka bukan pelajar MRSM sebelum ini. Dan mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem di MRSM. Diharapkan, dengan adanya pendedahan sebegini. Sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk terus berjaya dalam pelajaran mereka.
Slot Ke 3 : Motivasi Usahawan - Keusahawanan Kerjaya Pilihan
Untuk slot ini, saya menceritakan kepada mereka pengalaman saya menjalankan perniagaan. Bagaimana saya bermula. Hinggalah saya mencapai tahap sekarang ini.
Ternyata, ramai diantara mereka yang teruja dan ada yang sudah mula bercita cita untuk menjalankan perniagaan satu hari nanti.
Tak cukup dengan itu, ramai yang menghubungi saya untuk bertanya dengan lebih lanjut mengenai cara cara untuk mereka memulakan perniagaan nanti.
Saya bagi contoh apa yang mereka boleh lakukan dari sekarang jika mereka mahu berniaga.
Saya amat berpuas hati, slot ke 3 ini mengambil masa selama 2 jam dan ia diisi dengan sempurna.
Habis slot ke 3. Kami berhenti untuk makan tengah hari. Ditakdirkan Allah. Hujan lebat pada waktu ini. Dan baju saya kebasahan.
Syukur. Saya bawa back up. Saya bawa lagi sehelai baju kemeja. Sediakan payung sebelum hujan. Alhamdulillah. Allah gerakkan hati saya untuk bawa baju extra.
Jam 2:00 Petang
Sebelum jam 2.00 petang. Saya bergerak ke dewan. Semua pelajar menghadapi masalah untuk ke dewan. Ini kerana di situ tidak ada kawasan berjalan kaki yang berbumbung. Maka, semua terpaksa berlari dalam hujan untuk ke dewan.
Saya tak terkecuali.
Bergambar dengan salah seorang pelajar MRSM JB.
Slot 4: Rahsia Hidup Luar Biasa
Saya berkongsi Rahsia Hidup Luar Biasa dengan para pelajar. Antara tips yang saya berikan untuk hidup luar biasa. Tulis Skrip Kehidupan. Tulis Jurnal Kehidupan. Jurnal Kesyukuran. Seperti yang Prof Muhaya sarankan. Tips lain, buat keputusan untuk hidup lebih berjaya. Beri 100% komitmen. Fokus. Fast Action Fast Result. Tukar kawan anda. Kenali potensi diri. Jaga hubungan dengan Allah.
Para pelajar lelaki yang turut memberi respon dengan agak baik dalam setiap kali aktiviti yang dijalankan.
Inilah Cikgu Norah Hassan. Beliau antara yang mengajar saya di MRSM Taiping dahulu. Kini beliau berkhidmat di MRSM JB. Terima kasih cikgu atas jemputan ke MRSM JB. Bagi saya, ia satu kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Semoga Allah merahmati Cikgu Norah.
Secara keseluruhannya. Saya amat berpuas hati dengan apa yang telah saya sampaikan.
Dari segi teknik penyampaian, saudara Okaz yang menjadi pengiring saya ke sana banyak memberi teguran membina kepada saya untuk terus memperbaiki cara cara menyampaikan ceramah dengan lebih baik.
Saudara Okaz dulu merupakan seorang "Debator' ketika di sekolah dahulu. So, beliau memang arif bab public speaking. Syukur rasanya, saya dapat mendengar pandangan daripada pihak 'ketiga' untuk terus memperbaiki diri.
What's Next?
Hari Selasa, 16/10/12 jemputan Ceramah Motivasi di MRSM Taiping pula. Tajuk keusahawanan.
Hari Sabtu, 20/10/12 jemputan Ceramah Motivasi di UNISZA. Kuala Terengganu. "Mengapa Pilih Usahawan.
Hari Isnin, 22/10/12 jemputan Ceramah Motivasi di SSL Hotel Traders, Taiping. Tajuk "Pengalaman Saya Sebagai Usahawan".
Sudah menerima jemputan. Namun, sedang menunggu tarikh daripada MRSM Merbok, Kedah.
Allah Allah. Syukur pada Nya. Allah membuka peluang kepada saya seluas luasnya untuk mencari pencen kubur. Alhamdulillah. Firdaus, teruskan memberi. Kutiplah hasilnya di sana nanti.
Kepada Para Pembaca
1) Doakan saya, agar dapat istiqamah untuk terus memberi.
2) Terima kasih kepada yang menyumbang wang ringgit untuk hadiah kepada para pelajar di MRSM JB. Saya sudah menjalankan amanah anda. Dan sekarang sebenarnya anda semua sedang 'mengutip' pahala yang anda tidak sedar. Semoga para pelajar di sana dapat mengamalkan apa yang saya ajarkan kepada mereka.
3) Makluman, saya menerima terlalu banyak emel dan PM di Facebook yang bertanya mengenai ternakan ayam. Saya sedang merangka modul untuk membuat Kursus Ternakan Ayam Daging.
Insya Allah. Ia akan dilancarkan tidak lama lagi. Saya terpaksa buat. Kerana terlalu ramai yang mahu tahu mengenai ternakan ayam daging.
Semoga Allah permudahkan.
Wassalam
Sdr MFUAD...
ReplyDeleteTahniah! Anda adalah sifu 'motivator & usahawan muda'...
Semoga dipermudahkan Allah. Amin!
Wassalam.
abi55