Assalamualaikum,
Hari ni Maria nak share nasihat-nasihat daripada mentor kami, Doktor Azizan Osman. Entri ini Maria edit daripada www.zulpress.com . So, kredit to him fo this 10 tips.
Dalam Seminar Transformasi Hidup & Kekayaan, Dr. Azizan Osman telah kongsikan 10 kuasa (power) yang seringkali kita terlepas pandang dalam kehidupan kita.
10 Kuasa Untuk Berubah
1. Power Of Gratitude (Kuasa Bersyukur)
‘Jika kita benar-benar ingin menikmati hidup, mulailah dengan ucapan syukur setiap hari’Terlalu banyak nikmat yang Allah Taala kurniakan kepada kita di dalam hidup ini. Nikmat iman dan Islam, nikmat kita masih lagi dapat bernafas, nikmat masa, nikmat rezeki yang kita peroleh, nikmat kesihatan, nikmat ilmu pengetahuan dan banyak lagi nikmat yang sudah pasti kita tidak dapat untuk menghitungnya.
Lihatlah apa yang kita ada, bukannya apa yang kita tiada. Nescaya kita sentiasa kaya iaitu kaya jiwa.
Mari kita bersyukur sebanyaknya dan menggunakan setiap nikmat yang kita ada dengan sepenuhnya untuk kebaikan kerana kita yakin janji Allah Taala :
“’Jika engkau bersyukur, pasti aku akan menambahkan nikmatku kepadamu, namun jika engkau kufur, ketahuilah bahawa azabku amat pedih’ ~ QS. Ibrahim:7
2. Power Of Giving (Kuasa Memberi)
Jadikan tujuan utama hidup kita setiap hari adalah untuk memberi sebanyaknya dan bukan untuk menerima sebanyaknya. Memberi walaupun sedikit atau sekadar senyuman yang manis. Senyuman manis itu juga adalah sedekah.
Sudah ketetapan Allah Taala, semakin banyak kita memberi semakin banyak kita akan menerima.
Memberilah pada manusia sebanyaknya, dan meminta pada Allah Taala sebanyaknya.
Memberi tidaklah terhad pada wang semata-mata. Memberi dari segi ilmu, masa, tenaga dan pertolongan, sedekah dan sebagainya.
The more you give, the more you getOrang yang sentiasa memberi, hidupnya sentiasa diberkati.
The more you share, the more you get
Maria bersyukur dapat seorang suami macam Firdaus. Dia memang seorang yang suka memberi. Dia memberi dengan pelbagai cara.
Kalau ada orang minta tolong, biasanya dia akan tolong lebih dari yang perlu. Dari segi sedekah pun, rasanya Alhamdulillah. Maria banyak belajar dari dia tentang sedekah. Kadang-kadang, Maria tersentuh tengok Firdaus sedekah dekat cleaner, penjaga bank, dan orang orang susah. Dia memang tak kedekut untuk bersedekah.
Kalau orang datang jumpa dia tanya pasal ayam, dia akan enterntain orang tu betul-betul. Biasanya dia akan belanja orang tu makan sekali. Firdaus ajar, kalau kita 'penuhi' impian orang lain, nanti Allah penuhi impian kita pulak.
Maria pun berazam nak jadi orang yang suka memberi. Sebab tu la Maria rasa Maria perlu buat business. Maria plan, dari setiap untung yang Allah berikan kepada Maria, Maria nak bantu saudara mara yang susah, anak yatim dan fakir miskin. Biar sedikit, tapi konsisten. Mula dengan kecil-kecil dahulu, lepas tu baru Maria boleh beri banyak-banyak.
Firdaus selalu pesan, kita kena selalu memberi. Lagi banyak kita beri, lagi banyak kita dapat.
Since Maria dah involve dalam business ni, rasanya kena lebih banyak memberi. Ni salah satu cara nak tunjuk rasa bersyukur. Betul tak?
3. Power Of Focus (Kuasa Fokus)
Hidup kita dicorakkan oleh apa yang kita fokus setiap hari.Fokus pada perkara yang baik dan positif, maka kita akan melihat perkara dan hasil yang positif. Situasi sebaliknya juga adalah benar.
Oleh itu, hanya fokus pada apa yang kita mahu, insya Allah kita akan bekerja kearah apa yang kita mahukan.
Apa yang kita fikir juga adalah doa. Programkan sel otak dan minda bawah sedar kita “Saya Kaya & Berjaya”, insyaallah kita akan menjadi kaya dan berjaya.
Firdaus ada ajar Maria, F.O.C.U.S = Forget Others, Commitment Until Success.
Dan Firdaus juga selalu ajar, kalau nak berjaya. Kita perlu fokus. 90% orang yang berjaya, fokus dengan apa yang dia buat. 90% orang gagal pula sebab tak fokus.
Sekarang ni, Maria nak kena Fokus untuk berjaya dalam perniagaan. Firdaus ada pesan, orang berniaga ni, dia hanya perlu all out masa start business saja. Lepas dah stable, money will work for us.
4. Power Of Dreams (Kuasa Impian)
Impian akan menjadi kenyataan apabila kita menulisnya. Jika tidak, ia hanyalah angan-angan.Tetapkan impian kita, apa yang kita hendak capai dalam hidup ini dan tulis di atas kertas.
Lihat impian tersebut setiap hari dan gambarkan kita telah mencapai impian tersebut. Secara tidak langsung, minda bawah sedar kita akan bekerja untuk merealisasikan impian kita tadi.
Sudahkah anda tulis apakah 100 perkara yang anda ingin lakukan di dalam hidup ini?
Sebenarnya, perkara yang betul-betul menyentap Maria adalah lepas Firdaus suruh Maria list out semua benda yang Maria impikan.
Firdaus suruh Maria tulis kereta apa yang Maria nak pakai? Rumah yang macam mana Maria nak? Berapa banyak income Maria nak sebulan? Maria nak melancong ke mana? Handbag apa Maria nak pakai? Nak pencen umur berapa? Nak pergi umrah setiap berapa tahun?
Dan segala-galanya yang Maria impikan.
Lepas tu, baru Maria tersedar. Sebenarnya Maria tak mampu nak dapat apa yang Maria impikan dengan bekerja makan gaji sahaja. Dan Firdaus tekankan, Maria hanya boleh dapat semua tu dengan berniaga.
5. Power Of Action (Kuasa Bertindak)
“You see, in life, lots of people know what to do, but few people actually do what they know. Knowing is not enough! You must take action.” – Anthony RobbinsKuasa bertindak adalah kunci paling penting. Tanpa tindakan, tiadalah hasil. Semakin cepat kita bertindak, semakin cepat kita melihat hasilnya. Fast action, fast result!
Kita hari ini adalah hasil tindakan kita beberapa tahun yang lepas.
Kita dalam 3 tahun atau 5 tahun akan datang adalah hasil tindakan kita pada hari ini.
Tetapkan tindakan yang kita perlu lakukan, jangan tunggu betul-betul sempurna baru ingin bertindak.
Tetapi buat sahaja.
Pesan Dr. Azizan : Jangan percaya, buat je…Fast action, fast result!
‘Jangan menunggu waktu yang tepat untuk melakukan sesuatu, karena waktu tidak akan pernah tepat bagi mereka yg menunggu.’Jika kita masih belum mampu bertindak, mungkin ilmu kita belum cukup lagi. Teruskan menambah ilmu samaa ada mencari mentor, membaca, mengikuti seminar, bengkel dan sebagainya.
“You may never know what results come of your action, but if you do nothing there will be no result” – Mahatma Gandhi
Yang ni lah yang Firdaus selalu tekankan kat Maria. Mula bertindak. Jangan fikir terlalu lama. Jangan plan terlalu lama sampai langsung tak bertindak.
Sebab kalau impian setinggi gunung sekali pun, kalau Maria tak bertindak, tak akan ke mana. Dan Firdaus pesan juga, 'Thousands mile of journey begin with a single step'. Maria kena MULA BERTINDAK.
Dan syukurnya, Firdaus banyak pergi kursus usahawan. Banyak pergi kursus internet marketing. Dia pergi kursus Irfan Khairi, Kursus Dr Azizan dan dia selalu interview orang lain yang dah berjaya dalam business.
Sebab tu lah Maria buat online biznes sekarang ni. Masa mula-mula, terfikir jugak boleh ke aku buat biz ni. Tapi Firdaus cakap, buat aje, jangan teragak agak. Kalau buat, then tak berjaya, takpe. At least Maria dah cuba. Tapi kalau tak try, confirm tak berjaya.
Tapi, bila dah mula online biz ni Maria rasa best la pulak. Dan yang Maria betul-betul tak sangka, bila buat online ni, boleh dpt customer dari seluruh negara.
Sekarang ni dah ada pun yang join jadi biz partner, yang sebelum ni Maria tak kenal pun. Just kenal melalui facebook aje. Baru tersedar, senang rupanya, kenapa la sebelum ni Maria tak terfikir nak buat online biz ni awal2.
6. Power Of Character (Kuasa Karakter)
Karakter yang baik dan menarik membuatkan orang lain tertarik terhadap kita. Peribadi kita, cara kita bertindak, cara kita berinteraksi dan melayan orang lain, cara berpakaian, dan wajah yang ceria adalah antara karakter yang mencerminkan peribadi kita.Bina karakter dan watak diri yang positif untuk Kaya & Berjaya. Karakter dan akhlak terbaik yang kita perlu contohi adalah karakter dan watak peribadi nabi Muhammad S.A.W.
7. Power Of Emotion (Kuasa Emosi)
Orang yang kuat, adalah orang yang dapat mengawal emosi marahnya sebagaimana dalam hadis Nabi. Inilah peranan emosi.
Kawal emosi untuk kita mengawal diri supaya sentiasa dalam keadaan tenang. Bertindak dalam keadaan tenang, akan membuahkan hasil yang terbaik.
Untuk mengawal emosi supaya sentiasa dalam keadaan tenang, hendaklah sentiasa berfikiran positif dan berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bukan berfikir kesan atau akibat masalah yang dihadapi.
Amalkan berwuduk, berzikir dan membaca al-Quran. Kerana dengan mengingati Allah Taala, hati akan meniadi tenang.
8. Power Of Teamwork (Kuasa Kerjasama)
Tidak ada orang yang berjaya hanya dengan bersendirian. Kita perlukan bantuan orang lain untuk berjaya. Sama ada secara langsung atau tidak langsung.Kerjasama amat penting dalam sesuatu pasukan. Kerja menjadi lebih cepat dan mudah apabila lebih ramai yang terlibat.
Kita tidak mampu untuk melakukan semua perkara dengan sendiri. Disinilah pentingnya kerjasama dan pembahagian tugas atau leverage.
Seriously, before this Maria tak pernah rasa teamwork yang betul-betul hebat, sehebat teamwork group yang Maria join ni. Semuanya bersemangat. Semuanya bermotivasi untuk bantu antara satu sama lain. Dan, semuanya berfikiran positif. Sentiasa memberi semangat. Biz partner sentiasa memberi tunjuk ajar dan tips bagaimana nak improve sales secara online dan offline.
9. Power Of Contribution (Kuasa Sumbangan)
Sumbangan termasuklah sumbangan ilmu, masa, tenaga, makanan, harta benda dan wang ringgit.
Amalan memberi sumbangan dan berkhidmat kepada yang memerlukan akan menambah rezeki dan pahala kita.
Semoga kita menjadi golongan tangan yang diatas iaitu tangan yang memberi walaupun jumlahnya tidak banyak.
10. Power Of Attitude (Kuasa Sikap)
Sikap positif membuahkan keputusan yang positif. Untuk Kaya & Berjaya, kita perlu kaya dengan sikap positif bermula daripada cara kita fikir (mindset), cara hidup, kaya jiwa dan kaya harta.
Semoga kita dapat mengamalkan 10 tip menjadi Kaya & Berjaya ini. InsyaAllah.
And one thing for sure, "For Thing To Change, I Must Change First". Maria perlu berubah. Dan now is the best time. So how about you?
Berminat menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!
Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)
come_maria@yahoo.com
COMMENTS