Assalamualaikum,
Saya ada menyertai satu kursus perniagaan. Dalam kursus itu, penceramah menceritakan 3 faktor mengapa seseorang itu selalu gagal dalam kehidupan.
Salah satu faktor mengapa orang selalu gagal adalah kerana mereka selalu 'memberi alasan'.
Selepas saya mendengar ceramah ini, baru saya perasan. Rupa rupanya, ramai orang yang berjaya mereka tidak memberi alasan. Sebaliknya, mereka mencari jalan untuk tidak memberi alasan.
Cuba Perhati Orang Di Sekeliling Anda
Saya minta anda perhatikan orang orang disekeliling anda. Mesti ada di antara mereka yang berjaya dalam kehidupan. Dan mesti ada di antara mereka yang selalu gagal mencapai apa yang mereka impikan dalam kehidupan.
Cuba anda perhatikan sikap mereka.
Mereka Yang Berjaya
Saya ada ramai kawan di kalangan mereka yang berjaya dalam perniagaan. Dan saya selalu berjumpa dengan mereka. Dan sekarang saya perasan ciri ciri yang ada pada diri mereka yang berjaya. Mereka tidak memberi alasan. Sebaliknya, mereka mencari jalan penyelesaian bila ada satu satu masalah.
Saya bagi satu contoh. Saya ke satu tempat projek untuk pembinaan reban ayam. Saya tengok di situ ada banyak masalah. Misalnya, tanah di situ tidak level. Jalan ke tapak projek 'lembik' akibat hujan. Dan beberapa masalah lagi.
Saya yang sudah berpengalaman dalam bidang ini pun dapat 'merasai' kesusahan yang bakal dihadapi oleh pengusaha projek ini.
Terus saya katakan.
"Fuh... Banyak lagi kerja nak kena buat ni bang sebelum kita boleh start"
Ini jawapannya.
"Bila buat business, mesti ada masalah. Business apa yang kita nak buat tak ada masalah.Tak pa. Kita list down satu satu masalah. Kita selesaikan satu satu. Insya Allah. Semua masalah dapat diselesaikan. Tak der aper lah. Ni masalah kecil ajer ni"
Mendengar jawapan pengusaha ini. Hati saya 'tersentap'. Dan terus saya katakan.
"Abang, saya belum kenal abang dengan rapat lagi. Tapi bila saya dengar apa yang abang cakapkan tadi. Saya tahu, abang jenis seorang yang berjaya dalam apa saja kerja yang abang buat. Dan saya yakin, abang akan berjaya dalam projek ternakan ayam ni"
Dan saya perhatikan, pengusaha ini betul betul berjaya dalam projek projeknya yang terdahulu. Banyak yang beliau rancangkan berjaya.
Dan satu perkara yang saya nampak ada pada pengusaha ini.
BELIAU TIDAK MEMBERI ALASAN. SEBALIKNYA MENCARI JALAN UNTUK MENYELESAIKAN SATU SATU MASALAH.
Mereka Yang Gagal
Dan ada juga di antara mereka yang berada di persekitaran saya yang selalu gagal mencapai apa yang mereka impikan.
Dan saya yakin. Ada juga di antara rakan rakan anda yang selalu gagal dalam satu satu kerja. Cuba anda perhatikan 'sikap' mereka.
Mereka sebenarnya termasuk dalam kategori orang yang suka memberi alasan. Kadang kadang, mereka terpaksa berfikir apa alasan yang hendak diberikan disebabkan satu satu kegagalan. Alasan diberi dan dicari untuk menyedapkan hati 'aku tak boleh buat benda ni sebaba bla bla bla bla........'
Dalam hati akan terasa.
"Aku ni sebenarnya ok. Bukannya aku tak boleh buat benda ni. Tapi, masalah banyak sangat. Itu punca aku tak leh buat. Bukan sebab aku tak mahu buat"
Hati berasa lega dengan alasan alasan yang diberikan. Dan hidup kembali normal seperti sedia kala.
PERBEZAAN
Anda pasti dapat melihat perbezaan 'result' hidup mereka ini. Mereka yang tidak memberi alasan biasanya berjaya dalam hidup. Tetapi, mereka yang selalu memberi alasan selalunya sukar mencapai apa yang mereka impikan.
SEPATUTNYA
Sepatutnya, jika kita hendak melakukan sesuatu. Perhatikan sekeliling kita. Jika dah ramai orang boleh buat benda tu, kita pun sepatutnya boleh buat perkara yang sama.
Dan tak sepatutnya kita memberi alasan itu dan ini untuk menyedapkan hati kita untuk mengatakan, "Aku ni ok sebenarnya. Cuma tak leh buat sebab bla bla bla bla"
PERCAYALAH
Untuk berjaya dengan cepat, keluarlah dari sebuah pulau yang bernama PULAU ALASAN. Belajarlah untuk kurang memberi alasan. Belajarlah untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah. Dan yakinlah, kejayaan semakin hampir dengan anda jika anda kurang memberi alasan.
Peringatan ini sebenarnya untuk diri saya sendiri juga. Saya perlu lebih kuat. Kuat bekerja mencari jalan penyelesaian. Bukan kuat berfikir untuk mencari alasan.
Semoga, kita semua semakin berjaya dengan kurang memberi alasan.
Wassalam
* Jika anda rasa suka dengan entri ini. Sila LIKE. Mungkin dengan satu klik dari anda akan menyedarkan kawan kawan anda yang lain yang selalu memberi alasan agar kurang memberi alasan. Dan mana tahu, mereka berubah. Sama sama kita berubah ke arah yang lebih baik.

Salam haji, mohon share nasihat ini di FB saya...
ReplyDelete