Assalamualaikum,
Saya sebenarnya suka berniaga. Dan saya suka melihat rakan rakan seangkatan yang berniaga dan berjaya. Dan saya nak kongsi satu perkara, bukan mudah untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya.
Hari ini, saya nak kongsi dengan anda kisah kejayaan seorang sahabat saya yang menjual burger. Pada peringkat awal, beliau hanya berniaga burger kecil kecilan. Tetapi, sekarang perniagaan beliau sudah menjadi besar dan terkenal di seluruh Parit Buntar.
Saya suka berkongsi dengan anda tentang topik ini, kerana apa yang dilakukan oleh sahabat saya ini mudah. Cuma, dengan menggunakan sedikit kelainan. Beliau berjaya.
Syarat Pertama Untuk Berjaya
Inilah impaknya jika kita memilih untuk meng'online' kan perniagaan kita.
Saya sebenarnya suka berniaga. Dan saya suka melihat rakan rakan seangkatan yang berniaga dan berjaya. Dan saya nak kongsi satu perkara, bukan mudah untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya.
Hari ini, saya nak kongsi dengan anda kisah kejayaan seorang sahabat saya yang menjual burger. Pada peringkat awal, beliau hanya berniaga burger kecil kecilan. Tetapi, sekarang perniagaan beliau sudah menjadi besar dan terkenal di seluruh Parit Buntar.
Saya suka berkongsi dengan anda tentang topik ini, kerana apa yang dilakukan oleh sahabat saya ini mudah. Cuma, dengan menggunakan sedikit kelainan. Beliau berjaya.
Syarat Pertama Untuk Berjaya
Untuk mencapai kejayaan. Kita perlu membuat percubaan. Jika kita tidak mencuba. Kita pasti tidak akan berjaya.
Kisah Sahabat
Sahabat saya masih bekerja dengan Jabatan Kerajaan sekarang ini. Namun, pada sebelah petang beliau membuka perniagaan burger dihadapan kedainya.
Perniagaan beliau bermula sejak 2-3 tahun lepas.
Namun, seperti yang kita semua tahu. Business jualan burger bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Di merata rata ada orang menjual burger. Sedangkan, orang yang hendak membeli burger tak seramai mana. Maka, orang yang menjual burger terpaksa berebut customer yang sama.
Kesannya, perniagaan sahabat saya ini hanyalah biasa biasa sahaja pada peringkat awalnya. Sampai satu tahap, dia berfikir yang dia perlu buat sesuatu yang lain.
Dah dua tahun dia berniaga burger tapi, tiada peningkatan. Masih berada di tahap yang sama. Dia berfikir untuk melakukan kelainan di kedai burgernya.
Inilah yang saya katakan.
"Untuk berjaya, kita kena berani mencuba. Jika kita tidak berani mencuba, kita pasti tidak akan berjaya".
Dan akhirnya, beliau datang dengan ilham untuk menghasilkan Burger Perang. Burger ini lebih besar dari burger biasa.
Anda perhatikan sendiri. Banner Burger Perang dihadapan stall beliau. Kita tengok pun dah rasa teruja dan 'terliur' nak makan. Betul tak? Inilah kelainan yang dibawa beliau dalam jualan burger di Parit Buntar.
Penampilan yang dibawa oleh Burger Perang menarik perhatian ramai orang. Dalam dunia perniagaan, anda perlu berani mencuba sesuatu. Kemudian, buat ia lebih unik. Ini yang dikatakan kita 'create demand'. Kita tak perlu cari pelanggan. Tapi, pelanggan yang akan mencari kita.
Kemudian, beliau menggunakan Facebook untuk membuat promosi. Dan beliau tahu mencari sasaran penduduk di Parit Buntar sahaja. Dan kesannya, seluruh penduduk Parit Buntar tertanya tanya... Apa itu burger perang. Dan bila dah ada orang lain cakap burge tu sedap... Terpaksalah sahabat saya ni bekerja keras untuk menampung permintaan yang luar biasa.
Selepas bersembang dengan beliau... Beliau menceritakan yang perniagaan semakin berkembang selepas dimasukkan iklan ke dalam Facebook dan internet.
Inilah rupa bentuk burger perang. Saiznya amat besar. Amat amat besar. Dijual pada harga promosi RM5. Tahun hadapan, harga akan dinaikkan kepada RM7. Anda yang tengok, pasti rasa teringin nak makan. Dalam burger ni, penuh dengan sayur, cheese, mayonise, sos dan dua keping daging burger... Rasanya.. Perghh.. Amat menyelerakan...
Perbandingan burger perang dan burger biasa. Kalau anda diberi pilihan. Burger mana yang anda nak makan?
Kenapa Nama Burger Perang?
Saya tertanya tanya, kenapa nama burger ni Burger Perang?
Hinggalah satu hari saya makan, dan saya terasa sedap sangat.
Semasa adik saya balik ke Parit Buntar. Saya bagi tahu dia pasal Burger Perang. Dan dia teringin nak makan. Saya pergi beli 3 ketul. Saya sangka, cukup.
Bila balik rumah... Kami semua terpaksa 'berperang' berebut makan burger ni. Memang terlalu sedap.
Hinggakan... Esok malam saya terpaksa pergi beli 7 biji burger perang untuk mereka. Dan, kali ini baru semua tak berperang.
Baru tahu... Inilah sebabnya nama burger tu Burger Perang.
Kesan Strategi Pemasaran Yang Betul
Kesannya.. Beliau terpaksa berjaya. Perniagaan beliau terkenal di seluruh Parit Buntar. Dan kalau anda nak order burger perang. Anda mungkin terpaksa menunggu hingga sejam sebelum dapat burger anda. Kerana orang terlalu ramai.
Dan selepas bersembang dengan pemilik Burger Perang ini, beliau bercadang untuk buka kedai Burger Perang agar lebih ramai orang dapat menikmati Burger ini dalam tempoh masa yang lebih cepat. Dan kedai ini akan lebih besar, siap dengan tempat makan sekali.
Saya doakan agar beliau berjaya.
Pengajaran
Inilah yang saya mahu kongsikan dengan anda.. Untuk berjaya... kita perlu mencuba.. Jika kita tidak mencuba, kita pasti tidak berjaya...
Dan untuk berjaya. Untuk keluar dari "Comfort Zone". Kita kena buat sesuatu yang kita tak pernah buat.
Dan kita ambil contoh sahabat saya ini, walaupun pada waktu siang beliau bekerja sebagai penjawat awam. Namun, pada waktu malam. Beliau berniaga... Dan setiap malam beliau memperoleh keuntungan ratusan ringgit. Beliau sanggup keluar dari "Comfort Zone". Dan saya yakin suatu hari nanti. Beliau 'terpaksa' berhenti kerja.
Mereka yang memilih untuk berniaga secara konvensyenal bukan tak boleh berjaya. Boleh, tapi.. Mungkin agak sukar.
Sebab itulah sekarang ini kalau anda perhatikan. Ramai orang berjaya selepas buat business online. Dan saya mohon, kalau anda berniaga.. Apa juga bentuk perniagaan. Online kan perniagaan anda.
Sekarang, ayuh kita renungkan. Bila orang lain boleh berjaya dan bila kita buat tak berjaya... Kita jangan salahkan orang lain... Tapi, salahkan diri sendiri. Kita yang tak belajar cara betul untuk berjaya.
Sebenarnya, berjaya atau gagal adalah pilihan kita sendiri. Mereka yang kaya memilih untuk menjadi kaya. Dan mereka yang miskin memilih untuk menjadi miskin....
Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus berjaya....
Wassalam
* Jika anda rasa entri ini memberi inspirasi kepada anda. Dan anda mahu kongsi dengan rakan anda di FB.. Sila tekan LIKE Button..
* Jika anda rasa entri ini memberi inspirasi kepada anda. Dan anda mahu kongsi dengan rakan anda di FB.. Sila tekan LIKE Button..
Alhamdulillah sis....tq atas krprihatinan anda...segala puji2 an atas keizinan Allah...terima kaseh ya Allah atas keupayaan yg diberi kepada kami...post nh menambah semangat kami tuk terus berusaha...bila suami sy bgtau td trus sy bukak blog nh....hanya Allah yg tahu perasaannya...,terima kasih skali lg
ReplyDelete