Assalamualaikum,
Hari ini, saya gembira. Gembira kerana telah berlaku perubahan kepada sahabat saya. Sejak sekian lama, sahabat baik saya di kilang yang saya sama kerja dahulu telah 'berhijrah'. Berhijrah ke arah yang lebih baik.
Sejak dahulu lagi, sahabat saya ini tidak bertudung. Dan semasa kami kerja bersama, bukan saya tak pernah menasihati dia. Cuma, mungkin hidayahnya belum sampai.
Dan, Alhamdulillah. Hari ini, saya lihat dia di FB dah bertudung. Syukur sesangat. Pasti, suaminya berasa gembira dengan perubahan ke atas isterinya itu.
Saya tak pasti anda bersetuju atau tidak.
Kita sebenarnya tidak boleh 'meminggirkan' sahabat sahabat yang tidak bertudung. Kita tidak boleh ambil langkah mudah dengan 'menjauhi' mereka.
Dalam masa yang sama, kita tak boleh 'memaksa' mereka untuk bertudung. Ia pilihan mereka. Walaupun ia wajib. Namun, pastinya, mereka tahu akibat yang terpaksa ditanggung di akhirat kelak.
Kita kena 'menasihati' mereka dengan cara yang berhemah.
Suami mana yang tak pening kepala bila isteri tak bertudung. Ibu bapa mana yang tak 'stress' bila anak keluar rumah tak bertudung. Pasti dan pasti, ramai ibu bapa yang memikirkan macam mana nak buat dengan anak mereka yang tidak bertudung.
Isteri dan anak perempuan yang keluar rumah tanpa menutup aurat seolah olah 'menempah tiket neraka' buat suami dan ibu bapa mereka. Ini kerana suami dan ibu bapa adalah insan yang bertanggung jawab menanggung dosa mereka.
Ada Yang Kata
Ada perempuan yang berkata, "Tak apa tak pasal tudung. Yang penting hati baik. Alah.. Kalau pakai tudung pun belum tentu masuk syurga".
Jawapannya, "Memanglah kalau pakai tudung, belum tentu masuk syurga. Tapi, kalau tak bertudung, DAH CONFIRM MASUK NERAKA kalau tak sempat bertaubat"
Buat Para Isteri
Buat para isteri, saya mewakili para suami mengajak anda semua termasuk Maria untuk sama sama menyanyangi suami anda dengan menutup aurat dengan sempurna apabila berhadapan dengan lelaki yang bukan mahram.
Kami para suami dan ibu bapa tak sanggup nak 'masuk' neraka di atas kesalahan yang anda lakukan.
Berhijrahlah
Ayuh, kita sama sama berhijrah. Berhijrah ke arah yang lebih baik.
Dan saya bangga dengan Maria. Minggu lepas, dia dah bungkus baju baju yang kecil dan tudung tudung yang kecil untuk disedekahkan kepada anak saudaranya yang masih kecil yang muat baju baju dan tudung itu.
Walaupun masih belum 100% Syariah Compliance, semoga Maria akan terus berubah untuk ke arah yang lebih baik.
Buat Para Suami
Sekiranya isteri anda berhasrat untuk menutup aurat dengan lebih sempurna, misalnya jika belum bertudung. Jika mereka mahukan tudung. Belanjalah isteri anda untuk membeli tudung yang dia suka.
Jika isteri bertudung, tapi tudung kecil dan mahukan tudung yang lebih besar. Maka, belilah untuk mereka. Jangan 'kedekut' untuk berbelanja buat mereka.
Tunjukkan sokongan kita buat mereka.
Harapan
Semoga, di akhirat kelak. Kita semua dapat berkumpul di syurga Firdausi nanti. Tak adalah suami di syurga, dan isteri di neraka. Atau pun sebaliknya. Kita semua mahu sama sama masuk syurga. Itu mesti menjadi Matlamat Hidup kita semua.
Kepada Sahabat Saya
Kepada sahabat saya yang dah berhijrah itu, TAHNIAH SAYA ucapkan. Semoga anda boleh istiqamah dengan bertudung.
Bertudunglah walau pun anda tak suka. Insya Allah. Lama lama anda akan suka. Paksalah diri. Jangan sesekali kata kita belum dapat hidayah. Kerana hidayah perlu di cari. Bukan hanya menunggu.
Bertudunglah. Walaupun dalam keadaan terpaksa dan tak ikhlas. Benda baik memang sifatnya 'terpaksa'. Lama lama, akan lahirlah keikhlasan. Semoga Allah terus beri hidayah kepada anda.
Kepada pembaca blog ini. Saya merayu, angkatlah tangan anda. Tadahlah doa buat sahabat saya ini.
"Ya Allah, aku mohon kepada Mu. Bantulah sahabat Firdaus ini untuk istiqamah memakai tudung. Berilah hidayah Mu kepadanya."
Wassalam
* Buat para pembaca. Sila LIKE sebagai tanda sokongan anda kepada sahabat saya ini. Saya ada nyatakan kepadanya saya tulis bab ini di blog kepada dia. Sebagai sokongan kita kepada beliau. SILA LIKE. Tunjukkan betapa kita menghargai beliau yang mahu berhijrah untuk bertudung.

COMMENTS