Assalamualaikum,
Seminggu di KL memberi banyak pengalaman hidup yang baru kepada saya. Dan rasanya, terlalu banyak yang ingin saya kongsikan.
Apapun, saya kongsi beberapa pengalaman saya untuk kita sama sama ambil pengajaran.
1) Solat Tanpa Thoma'ninah
Semasa pertemuan dengan pembaca blog Maria Firdaus di Al Rawsha pada hari Rabu. Saya tiba awal di restauran itu bersama saudara Asrul, juga pembaca blog ini.
Kami menunaikan solat Isyak berjemaah di surau di restauran ini. Dan selepas solat berjemaah, saya tunaikan solat sunat selepas Isyak.
Dihadapan saya, terdapat seorang pekerja Al Rawsha yang turut menunaikan solat sunat.
Memandangkan saya bersolat di belakang dia, pergerakan solat dia mengganggu saya. Dia menunaikan solat dengan begitu cepat sehingga tidak ada 'Thoma'ninah'.
Ia benar benar mengganggu saya.
Saya berasa kasihan kepadanya. Solatnya PASTI tidak sah.
Benarlah apa yang saya pernah dengar sebelum ini. "Tidur orang yang berilmu lebih baik daripada solat 1000 rakaat orang yang tidak berilmu".
Saya rasa serba salah. Nak tegur. Nampak macam dia orang Arab. Saya pun tak pandai nak cakap Arab. Tak tegur pun rasa bersalah. Kalau saya tak tegur, ini bemaksud dia akan berterusan melakukan kesalahan dalam solat. Dan solatnya akan berterusan tidak sah.
Memberanikan Diri
Saya menghampirinya. "Brother, where are you from?".
"Oman". Beliau menjawab ringkas.
"Can you speak English?" saya bertanya.
"No, Arabic only," beliau menjawab kembali.
Hmm...Dah tak tahu nak buat macam mana. Saya belasah juga cakap English campur dengan Bahasa Arab sket sket. Saya bagi tahu dia, yang solatnya tidak ada "Thoma'ninah". Dan solat yang tidak ada "Thoma'ninah" tidak sah.
Dia tidak faham apa yang saya cakapkan.
Tapi, Allah memudahkan saya. Ada seorang lagi pak Arab duduk disekitar itu dan terdengar apa yang saya cakapkan. Dengan pantas, dia menterjemahkan kepada orang itu dalam bahasa Arab. Dan akhirnya. Dia faham.
Alhamdulillah. Saya bagi tahu, bila solat. Masa ruku' mesti ada 'Thoma'ninah". Masa I'tidal, mesti ada "Thoma'ninah". Masa sujud mesti ada "Thomaninah". Duduk antara dua sujud pun mesti ada "Thoma'ninah".
Jika tidak. Solat tak sah.
APA ITU 'THOMA'NINAH"
Thoma'ninah adalah berhenti seketika ketika Ruku, I'tidal, Sujud, Duduk Antara Dua Sujud. Dalam bahasa mudah, kita tak boleh solat macam "Patuk Ayam".
Solat tungging terbalik. Macam nak kejar kapal terbang terlepas. Solat yang tidak ada "Thoma'ninah" tidak sah. Biarlah anda bersolat 1000 rakaat sekali pun. Satu pun tidak akan diterima oleh Allah.
Kita perlu berhenti seketika semasa Ruku', I'tidal, Sujud, Duduk Antara Dua Sujud.
Kadar masa MINIMUM untuk berhenti adalah sekadar sebutan "Subhanallah" yang tidak terlalu pendek dan tidak terlalu perlahan.
MASALAH INI BANYAK DI MALAYSIA
Percayalah, masalah solat jenis "patuk ayam" ni banyak dilakukan oleh kanak kanak di Malaysia.
Mungkin anak anda juga bersolat jenis "patuk ayam".
Bagi tahu mereka, bersolatlah 1000 rakaat sekali pun. Kalau tidak ada Thoma'ninah. Tak ada gunanya.
Sekian dulu entri kali ini. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.
Wassalam.
Jika anda rasa entri ini menarik untuk dikongsi dengan rakan rakan anda di Facebook. Sila LIKE. Mungkin Satu Klik Anda Memberi "Kesedaran" kepada mereka yang selama ini bersolat tapi tidak ada "Thoma'ninah". Sama sama kita mencari Pencen Kubur.

COMMENTS