Assalamualaikum,
Baru baru ini, ada satu customer yang menempah baja tahi ayam daripada saya sebanyak 30 beg. Beliau meminta saya menghantar baja itu ke rumahnya.
Setiba dirumahnya, saya agak simpati kerana pembeli ini merupakan seorang OKU. Beliau mahu membeli baja ini untuk menanam sayur sayuran di sekeliling rumahnya. Saya kagum, walaupun seorang OKU, tetapi semangatnya cekal untuk mencari duit sendiri.
Semasa saya menurunkan baja itu, beliau meminta anaknya yang berumur sekitra 16 tahun untuk membantu saya.
Semasa anaknya baru mula memegang beg guni baja tahi ayam itu, anaknya merungut.
"Hmmmm.... busuknya tahi ayam ni," sambil mengelak untuk membantu saya.
Mendengar kata-kata budak ini, terus saya memberi nasihat kepadanya.
"Adik, kalau adik rasa susah nak buat kerja yang abang buat ni. Macam tu lah juga ayah adik bersusah payah bekerja untuk mencari nafkah untuk adik sekeluarga. Adik tengok abang pun buat kerja macam ni sebab apa. Sebab abang cari duit. Untuk nak sara anak anak abang. Sekarang ni, adik kecil lagi. Adik tak tahu betapa susahnya ayah adik bekerja untuk menyara adik. Bila adik dah besar nanti, baru adik akan faham nanti. Susahnya mencari duit."
Mendengar nasihat saya, budak itu terus 'keinsafan' dan terus menolong saya menurunkan baja itu.
Habis menurunkan baja tahi ayam itu, saya pegang bahu adik ini dan berkata kepadanya.
"Adik, abang dah umur 32 tahun. Abang dah lalui apa yang adik sedang lalui. Sebelum abang balik, abang nak bagi nasihat kepada adik 3 perkara. Pertama, jangan sesekali tinggal solat. Sesibuk mana pun adik, jangan tinggal solat. Kalau adik tak solat, hidup tak akan diberkati Allah. Nanti adik buat apa pun tak akan menjadi."
"Yang kedua, belajar betul betul. Kalau adik bersusah payah belajar betul betul sekarang ni. Adik akan senang nanti. Tapi, kalau adik belajar main main sekarang ni, nanti bila dah besar adik akan susah. Adik akan susah nak dapat kerja yang baik. Dan hidup adik akan jadi susah."
"Yang ketiga, jangan merokok. Ingat, adik hanya membazir duit kalau merokok. Kalau dah merokok. Berhentilah. Tapi, kalau belum merokok, jangan sesekali merokok. Tak ada faedah pun merokok. Sekali dah ketagih, susah nak berhenti."
Ibu dan ayah budak ini tersenyum mendengar nasihat saya kepada anaknya.
Semoga, apa yang saya nasihatkan 'terkesan' dihatinya.
Berhenti Merokok
Di reban ayam baru saya di Bandar Baharu, ada beberapa budak yang suka datang ke reban ayam saya. Mereka berumur sekitar 12-16 tahun. Ada 4-5 orang.
Sayangnya, mereka semua merokok. Dan mereka ini perokok tegar. Sentiasa ada rokok di tangan mereka.
Bila ditanya sama ada ibu bapa mereka mengetahui mereka merokok atau tidak. Mereka mengatakan yang ibu bapa mereka tidak tahu mereka merokok.
Saya amat bersimpati dengan 'mereka'. Teramat sangat. Tak dapat dibayang betapa teruknya 'akhlak' mereka yang tegar merokok walaupun masih muda.
Saya menasihati mereka dalam keadaan santai untuk berhenti merokok. Saya cerita betapa banyak wang yang dibazirkan jika mereka merokok.
Di akhir nasihat saya kepada mereka, saya berkata dengan nada yang amat berharap kepada mereka.
"Adik, abang nak minta tolong. Kalau boleh, tolonglah berhenti merokok. Kalau adik sanggup berhenti merokok, abang akan bagi hadiah kepada adik RM100. Syaratnya, dalam tempoh sebulan ni. Adik mesti tak boleh merokok walaupun sebatang. Dan sebagai permulaan untuk berhenti, abang minta adik buang rokok yang ada di tangan adik sekarang ni. Jangan hisap dah."
Daripada 5 orang budak yang mendengar 'ceramah' saya ini. Salah seorang budak itu terus membuang rokok yang ada ditangannya. Dan dia mengatakan yang dia mahu berhenti merokok.
Terus saya berkata kepada beliau.
"Adik, kalau adik nak berhenti merokok. Sekaranglah masanya. Kalau tak berhenti sekarang, nanti dah besar lagi susah nak berhenti. Tolonglah. Abang sanggup bagi duit pun sebab abang nak tolong adik. Abang tak mahu adik membazir duit dengan merokok."
Dia faham apa yang saya maksudkan.
Sudah 4 Hari
Alhamdulillah, sekarang sudah 4 hari dia berhenti merokok. Sebentar tadi saya berjumpa dengannya dan bertanya.
"Ada hisap rokok tak dalam 4 hari ni?"
"Belum lagi bang, tapi pagi tadi saya buat kerja teruk. Mencabar jugak bila berhenti hisap rokok ni."
"Alhamdulillah... Bagus. Teruskan. Cukup sebulan, abang akan bagi RM100 untuk adik. Tapi, lepas sebulan nanti jangan hisap rokok balik tau."
Alhamdulillah, dihati saya. Saya berdoa agar Allah memberi kekuatan kepadanya untuk berhenti merokok. Semoga usahanya untuk berhenti merokok dipermudahkan Allah.
Kepada adik adik yang masih remaja di luar sana. Jika anda merokok berhentilah. Jika anda bercita cita untuk merokok, batalkanlah niat anda ini.
Terlalu banyak kemudaratan buat mereka yang merokok.
Semoga entri ini memberi manfaat kepada kita semua.
Wassalam
* Saya merayu agar para pembaca dapat mendoakan adik yang mahu berhenti merokok tadi.
"Ya Allah, bantulah Adam untuk berhenti merokok. Berilah kekuatan kepadanya untuk meninggalkan tabiat merokok."
Semoga, doa kita ini dimakbulkan Allah. Amin. Ya Rabbal Alamin.
* Sila LIKE jika anda suka dengan entri ini.

COMMENTS