Having trouble viewing this email? Click here
Company Logo
INISIATIF BARU DIILHAMI PERDANA MENTERI


Shah Alam, 5 Mac, 2013: Kaedah mudah dan berkesan dalam mengubah minda menjadi lebih positif, iaitu pendekatan yang diketengahkan Dr Azizan Osman mencetuskan kerjasama membabitkan pakar motivasi potensi diri itu dengan kerajaan, buat pertama kalinya, menerusi program khusus bagi menggalak kelahiran usahawan muda, terutama di kalangan lebih 3 juta pekerja kolar biru.

Diilhami Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, program digelar "Klinik Usahawan Warga Industri 1 Malaysia Bersama Dr Azizan Osman" (KUW1M) itu merupakan sebahagian daripada inisiatif baru kerajaan bagi membantu menaik taraf hidup golongan muda.

Dilaksanakan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Rekreasi Richworks Group Sdn Bhd (Richwell) dengan kerjasama Dr Azizan, jelajah program yang diadakan secara percuma itu akan berlangsung selama hampir sebulan, bermula pada 23 Mac ini di 10 lokasi termasuk di Alor Setar, Kedah; Kota Bharu, Kelantan; Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Johor Bahru, Johor selain Kuala Lumpur.

Pengarah program, Nazir Hussin Akhtar Husin, berkata pencapaian Dr Azizan selama lima tahun ini, membimbing lebih 300,000 peserta dengan ilmu keusahawanan sehingga melahirkan ramai jutawan muda menjadikannya paling layak untuk menjadi mentor kepada golongan muda, terutamanya.

Rekod pencapaian Dr Azizan, menurut beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, membawa kepada beberapa pertemuan yang kemudiannya mencetuskan inspirasi bagi penganjuran program yang bermatlamat membuka minda rakyat untuk mahu membaiki mutu hidup dan menikmati masa depan lebih sejahtera.

"Bukan semua orang atau pakar motivasi mampu untuk mengubah minda dengan satu kaedah yang ringkas sepertimana yang diterapkan Dr Azizan," katanya yang ditemui selepas majlis pengumuman mengenai pelancaran KUW1M di ibu pejabat Richworks Group of Companies di sini, hari ini.

"Sebagai mentor, Dr Azizan dilihat berjaya membimbing ramai orang untuk berubah, menjalani hidup lebih baik dengan konsep ringkas, mudah difahami.

"Sasaran kita tentulah golongan muda, terutama di kalangan pekerja kolar biru atau industri. Melayu dikenalpasti antara paling ramai menjadi pekerja kolar biru atau digelar kerja kilang yang lazimnya bekerja daripada pagi ke pagi berikutnya yang rata-rata harus bergantung pada kerja lebih masa empat jam untuk gaji.

"Program seperti KUW1M ini adalah usaha murni kerajaan untuk membantu mendidik golongan ini, menyuntik keinginan untuk mengubah hidup menjadi lebih baik. Ini dengan mengelak kebergantungan pada peluang pekerjaan semata-mata, iaitu menjadi lebih berdikari, selain siap merebut peluang diberikan kerajaan yang menggalak kelahiran usahawan muda sekaligus mampu menjana ekonomi negara."

Dr Azizan yang menjadi jutawan seawal usia 30an merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks Group of Companies. Richworks yang menaungi 16 syarikat adalah peneraju kepada program berasaskan motivasi, antaranya "Seminar Kenali Potensi Diri", "Advanced Marketing Power", "Transformasi Hidup Luar Biasa - Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan" dan "Seminar Hidup Luar Biasa" selain Seminar "Berani 2013" yang membuka tirai tahun baru lalu.

Penceramah bertaraf dunia ini memperkenalkan konsep, antaranya M.E.S.T.I iaitu mentor, ilmu, sistem, tindakan dan impian yang jelas menerusi program-programnya.

Nazir berkata, beliau mensasarkan program itu mampu menarik pembabitan sekurang-kurangnya 200,000 peserta.

"Program ilmu ini disasarkan pada golongan muda, terutama di kalangan lebih 3 juta pekerja kolar biru di Malaysia. Jika kita dapat menarik 30,000 pekerja kolar biru untuk fasa pertama ini pun cukup sebagai permulaan baik untuk ke fasa berikutnya," jelasnya.

Jalinan kerjasama dengan Richwell itu, menurutnya boleh dilihat sebagai satu lagi inisiatif Perdana Menteri dalam melaksanakan pembaharuan, iaitu transformasi dalam memanjangkan kemakmuran negara dengan mendahulukan rakyatnya.

Ditanya apakah yang diharapkan daripada penganjuran program seumpamanya, kata Nazir: "Kita hanya boleh mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dengan berniaga. Kerajaan sudah memperkenalkan gaji minimum untuk melonjakkan kadar pendapatan tapi itu saja tidak mencukupi untuk mengubah hidup.

"Kita ingin melahirkan lebih ramai jutawan Bumiputera, terutamanya. Negara ini dirahmati dengan pelbagai skim oleh kerajaan, geran-geran dan bantuan perniagaan oleh agensi berkaitan.

"Cuma, untuk mencapai hasrat kerajaan itu apa yang paling utama sekarang bukannya geran tetapi diri individu itu sendiri yang memerlukan pendedahan dan pendidikan bagi menjalani transformasi minda dalam merealisasikan hasrat kerajaan."

Sementara itu, Dr Azizan mengakui terharu dengan usahasama itu yang disifatkannya sebagai satu penghargaan buat seorang usahawan dan jurulatih kejayaan sepertinya, selain merupakan penghormatan besar daripada Perdana Menteri sendiri.

"Saya sebetulnya terkejut, namun pada masa sama tidak sabar untuk program ini direaliasikan. Saya sedar tanggungjawab besar yang bakal digalas dan disebabkan rekod Richworks terdahulu dalam penganjuran program berbentuk keusahawanan dan pemasaran serta potensi diri, orang mungkin mengharapkan keajaiban.

"Tapi saya percaya keajaiban memang boleh berlaku," katanya.

Di sebalik inisiatif dan galakan yang diberikan kerajaan bagi membantu rakyat melonjakkan taraf hidup mereka, Dr Azizan berkata beliau mengenalpasti masalah kebanyakan golongan yang disasarkan ini ialah keadaan minda yang tidak bersedia untuk berubah.

"Ini merupakan impian saya, membantu dan memberi sumbangan kepada negara," katanya. "Menggalak kelahiran usahawan muda, membantu melonjakkan ekonomi bangsa merupakan antara misi saya sejak dulu. Dan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah buka minda untuk membangunkan diri, antaranya dengan berniaga.

"Sepertimana program anjuran Richworks, KUW1M juga diadakan percuma tapi dengan pertambahan khidmat nasihat rundingan percuma, di mana peserta boleh mendapatkan maklumat serta sokongan supaya mereka boleh meneroka pelbagai pilihan yang ada, termasuk yang disediakan kerajaan dan hanya menanti untuk direbut peluang."

Dr Azizan berkata, pada dasarnya beliau berharap program itu dapat menambah nilai kepada hidup peserta.

"Cabaran kita mungkin bagaimana untuk mencetuskan minat di kalangan mereka yang sentiasa berfikiran skeptikal, dibayangi persoalan boleh atau tidak mereka buat bisnes.

"Saya cuma berharap penganjuran program ini tidak dilihat bersifat poilitikal, apatah lagi saya sendiri pun bukannya tokoh politik. Niat saya hanya untuk bersama membangun ekonomi bangsa yang juga merupakan impian yang membawa saya ke jalan ini dan menjadikan saya sebagaimana hari ini," tambahnya.

Dilancarkan Perdana Menteri di Dewan Wawasan Convention & Exhibition Centre, Wisma PGRM, Cheras pada 23 Mac ini, siri jelajah "Klinik Usahawan Warga Industri 1 Malaysia Bersama Dr Azizan Osman" akan diteruskan di Kompleks MITC, Ayer Keroh, Melaka (24 Mac); Hotel Grand Riverview, Kota Bharu (29 Mac) dan Bukit Gambang Resort, Kuantan, Pahang (30 Mac) sebelum ke SACC Mall, Shah Alam, Selangor (31 Mac).

Siri berikutnya akan diteruskan pada 5 April di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar diikuti Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya (6 April); Hotel Kinta Riverfront, Ipoh, Perak (7 April); Dewan Tun Razak 1, PWTC (13 April) dan berakhir di The Zone Expo & Exhibition Centre, Johor Bahru (14 April).

Pendaftaran secara percuma boleh dibuat menerusi talian di laman web www.beraniberniaga.com selain bagi mendapatkan maklumat dan memilih lokasi.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 019/013-2442244/019-2442400



PROFIL RINGKAS DR AZIZAN OSMAN, PENGASAS dan PENGERUSI RICHWORKS GROUP OF COMPANIES dan AZIZAN OSMAN INTERNATIONAL (S) Ptd Ltd

* Jurulatih Kejayaan No.1 Asia
* Seorang jutawan yang mempunyai 16 syarikat di dalam beberapa industri di Malaysia dan Singapura
* Seorang Master Trainer bagi Guerilla Marketing International di Asia yang diasaskan oleh Jay Conrad Levinson
* Seorang pakar dalam Strategi Pemasaran dan Pengiklanan - mempunyai agensi yang bertauliah di dalam Pengiklanan dan Pemasaran bagi TV, radio, akhbar dan majalah
* Sering kali ditemuramah di TV, radio, majalah dan akhbar bagi perkongsian tips motivasi
* Sering dijemput untuk memberi ceramah di sektor korporat dan program universiti
* Sejark 2008, lebih daripada 300,000 peserta telah lulus dalam seminar-seminarnya yang mana merangkumi golongan profesional, eksekutif, ahli perniagaan, suri rumah dan pelajar
* Terlibat secara aktif di dalam bidang pemasaran dan pengiklanan sejak 2001. Dilatih dan pernah bekerja di dalam sebuah organisasi antarabangsa yang beribu pejabat di United Kingdom serta berpengalaman menguruskan kempen dan program pemasaran untuk TM, Digi, Celcom, Standard Charted, HSBC, WWF dan Makna.