Assalamualaikum,
Hari ini, saya pergi ke Konsulat Jeneral Indonesia di Jalan Burma, Penang untuk renew passport maid saya yang dah nak expired.
Saya just nak share my experience today sebab saya yakin ramai di antara kita yang ada maid. Pasti dan pasti satu hari nanti passport dia akan expired.
Bila dah expired, mahu tak mahu kita terpaksa renew passport mereka.
Disebabkan terlalu banyak dokumen yang diperlukan, saya rasa baik saya kongsi dengan anda pengalaman ini. Mungkin ia akan membantu anda yang mahu melakukan perkara yang sama.
Tempat Konsulat
Di Malaysia, terdapat dua tempat. Satu di Kuala Lumpur, Kedutaan Indonesia. Lagi satu di Jalan Burma, Pulau Pinang. Nak mudah cari, bangunan ini bersebelahan dengan Hospital Adventist, Jalan Burma.
Waktu Operasi
Bila tanya orang, orang suruh saya pergi awal sebab kalau pi lambat. Nanti nombor giliran habis. Terpaksa datang esok hari.
Pukul 8 pagi, saya sampai di pintu masuk Konsulat. Aduh... Rupa rupanya, pejabat ini hanya di buka jam 9.00 pagi. Tapi, waktu pukul 8 tu, dah ramai yang mula beratur di hadapan pintu pagar pejabat konsulat ini. Saya turut serta.
Jam 9, pintu pagar di buka. Dan kita semua dah boleh masuk ke dalam bangunan. Tapi, pastikan bila kita masuk. Kita ambil nombor giliran. Kalau tak... Tunggu ajalah.
Jika hendak renew pasport. Anda perlu datang PAGI. Ya PAGI SAHAJA. Kalau anda datang petang, anda tidak akan dilayan.
Datang sebelum pukul 11.00 pagi. Ini pun dah kira lewat. Kalau ramai orang datang pagi tu, nombor dah habis. Kaunter nombor angka giliran akan ditutup.
Dokumen Yang Perlu Dibawa
Jangan tinggal satu dokumen pun. Kalau tertinggal. Sekian terima kasih. Sila datang lagi esok hari. Ini antara dokumen yang anda perlu bawa jika hendak renew passport maid.
1) IC Majikan. Majikan wajib hadir.
2) Passport Asal Pembantu Rumah. Pembantu Rumah wajib hadir.
3) Salinan IC Majikan
4) Salinan muka hadapan passport maid
5) Salinan permit maid yang masih valid
6) Buku bank yang ada nama pembantu rumah sahaja. (Original). Tidak boleh akaun perkongsian dengan majikan. Nama pembantu rumah sahaja. Sila fotokopi muka surat hadapan dan duit baki.
7) Bukti resit kiriman wang gaji pekerja ke Indonesia. Bawa original dan fotokopi sekali.
8) Insurans PA. Bawa salinan sekali. ( Insuran boleh beli di Pejabat Pos )
9) Surat Permohonan Mohon Buat Passport Baru. Daripada majikan dan tujukan kepada konsulat. Surat rasmi. Tulis mohon buat passport maid baru. Sebab nak sambung permit. Tulis date expired dan no passport maid di situ.
* Setiap salinan hendaklah dibuat sebanyak 3 salinan. 2 set untuk pihak kedutaan. 1 set untuk simpanan kita.
Kalau ada salah satu yang tertinggal. Sekian. Terima kasih. Esok datang lagi yer.
Nota Tambahan
Pihak kedutaan mewajibkan setiap pembantu rumah mempunyai Buku bank. Buka lah mana mana akaun bank untuk pembantu rumah kita. Syaratnya, hanya nama dia sahaja di atas buku itu. Tidak boleh ada nama orang lain dalam buku itu. Akaun personal. Bukan akaun perkongsian.
Kalau anda nak kirim duit kepada pekerja anda ke Indonesia. Dinasihatkan, anda masukkan duit ke dalam akaun dia dahulu. Kemudian keluarkan balik sebelum kirim duit itu ke Indonesia.
Dan sila simpan resit kiriman wang pekerja ke Indonesia. Mereka nak tengok resit tu sebab nak pastikan kita bayar gaji kepada pekerja kita.
Prosedur Di Kedutaan
Semasa tiba di kedutaan, pastikan anda ambil nombor giliran. Selepas nombor anda sampai, anda serahkan semua dokumen di kaunter 1 set. Kemudian, anda perlu bayar duit passport iaitu sebanyak RM18 untuk tempoh 3 tahun.
Selepas bayar duit ini, anda perlu bawa maid anda ambil gambar di tepi tempat pembayaran.
Selesai ambil gambar, kita akan di suruh ke kaunter lain khas untuk membuat KONTRAK KERJA.
Anda akan diberi satu borang kontrak kerja. Anda perlu tulis berapa gaji yang hendak diberikan kepada pembantu rumah. Pandai pandailah anda bincang dengan pekerja untuk tulis berapa gaji yang hendak diberikan. Minimum rasanya RM700.
Tapi pembantu rumah saya kata biar tulis RM800 walaupun gaji dia hanya RM700. Dia kata senang sikit masa interview nanti.
Semasa di sini, kita serahkan set kedua segala dokumen yang kita bawa tadi. Tunggu giliran sehingga dipanggil. Lepas itu, pembantu rumah kita akan ditemuramah oleh staf mereka.
Kita tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik itu. Hanya pembantu rumah sahaja.
Temuramah
Masa temuramah ini amat penting. Pandai pandailah anda bincang dengan pembantu rumah anda.
Pembantu rumah tidak dibenarkan buat kerja lebih dari satu. Kalau masak, tak boleh jaga anak. Kalau jaga anak tak boleh kemas rumah. Kalau jaga orang tua, tak boleh buat kerja lain. Cuci kereta tak boleh. Pendek kata... Satu kerja saja.
Perghhh... So, saya dah bincang dnegan pekerja saya. Kalau kena tanya di rumah buat apa. Cakap jaga anak sahaja. Kerja lain tak buat.
Hmm... tak cukup dengan itu. Dia tulis juga seminggu kena cuti satu hari. So, masa temu ramah. Pekerja kena cakap la cuti sehari seminggu.
Pandai pandai la masa ni. Tiket kapal terbang pun kena beli bagi pembantu rumah untuk cuti sekali dalam 2 tahun. Aduh aduh....
Bagi saya, pandai pandailah kita bincang dengan pembantu rumah. Buat dengan cara yang baik.
Sama sama kena faham. Pembantu rumah kita pun nak kerja dengan kita. Kita pun perlukan bantuan mereka. So, kena ada 'mutual understanding'.
Kalau dah bincang siap siap, sessi temuramah dia dengan staf kedutaan amat mudah. Amat cepat.
Lepas tu, majikan pula akan dipanggil. Ditanya beberapa soalan. Saya iakan aja.
Then, sains kontrak kerja.
Selepas itu, kita akan diserahkan kontrak kerja sebanyak 3 set. 1 set untuk majikan. 1 set untuk pembantu rumah. 1 set untuk diserahkan kepada kedutaan kembali semasa ambil passport.
Then, anda boleh balik rumah. Esok datang balik.
Ambil Passport
Anda boleh ambil passport keesokan harinya. Selepas pukul 2 petang.
Lepas dah ambil passport. Anda boleh pulang.
FOMEMA
Jika maid anda sambung kontrak untuk tahun 3 tahun pertama, perlu buat FOMEMA.
Perlu buat Medical Check Up. Untuk buat Check Up, kena register di FOMEMA SDN BHD.
Sila check website FOMEMA utk tengok list pejabat yg terdapat di seluruh Malaysia. Untuk ke FOMEMA, perlu bawa Passport Maid, Dan Fotokopi Passport Maid dan IC Majikan.
Dan isi borang. JANGAN LUPA, BAWA BANK DRAFT ATAS NAMA FOMEMA SDN. BHD berharga RM190 ke sana.
CASH tidak diterima. Kita kena pilih klinik mana yg kita nak pi untuk check up maid kita. Pastikan klinik yg kita pilih ada X-Ray facilities. Officer akan bagi satu surat. Then bawa surat tu ke Klinik yg kita pilih. Bawa maid dan passport dia.
Untuk yang renew permit tahun ke 4 dan ke atas tak perlu buat FOMEMA.
Imigresen.
Kita boleh terus ke Imigresen untuk tujuan buat permit.
Sila bawa salinan IC majikan, Passport baru maid. Fotokopi IC Majikan dan passport maid yang baru.
Permit akan siap pada masa yang sama.
Inilah sahaja apa yang anda perlu lakukan jika anda nak renew passport maid dan renew permit. Semoga entri ini membantu anda membuat persiapan yang sewajarnya.
Wassalam.
* Kalau anda rasa entri ini bermanfaat. Sila share dengan rakan rakan anda di Facebook dengan klik butang button di bawah. Semoga kita semua dapat manfaatnya.
hi as salam pn maria. i just nak tanya if u skit maklumat tentang maid yang ada passport tapi da nak expired on october 2013.. ape patut saya buat untuk first step memandangkan ini adalah experience saya yg pertama ade maid.. bole pm saya x utk kite bercerita details.. tq -ema-
ReplyDeletedelima181@gmail.com
ReplyDeleteSalam Pn. Maria, fomema perlu buat setahun sekali ke bg maid yg kontrak 2 tahun.
ReplyDelete=p~
ReplyDeleterenew passport,visa
ReplyDeleteboleh hubungi saya 0165555094
Terima kasih dgn entri puan. Ianya sebagai ulangkaji kpd sy yg dah lama tak buat
ReplyDelete