Assalamualaikum,
Dalam entry kali ini, Maria ingin berkongsi tentang masalah yang biasa dihadapi oleh ibu-ibu selepas bersalin, iaitu susu badan tidak cukup dan akhirnya terpaksa top-up dengan formula.
MITOS ORANG ZAMAN DAHULU
Ada beberapa 'customer' yang call Maria dan menceritakan masalah susu mereka tidak cukup walau pun dah makan supplemen yang Maria syorkan.
Biasanya bila mereka kata susu tak cukup, Maria akan tanya dahulu, "Berapa banyak air diminum dalam sehari?"
Ada yang kata "Mak atau Mak Mertua saya akan marah bila minum air masa dalam pantang. Sehari cuma boleh minum 1-2 gelas air kosong sahaja. Kalau banyak-banyak nanti takut badan kembang dan urat masuk angin."
Akibatnya, SUSU TIADA dan paling teruk ini menyebabkan si ibu mengalami SEMBELIT yang sangat teruk sehingga berdarah!!!
Ya Allah, Maria sangat bersimpati dengan mereka.
Sebenarnya, tiada langsung kajian saintifik yang mengatakan minum air banyak selepas bersalin akan mengakibatkan kesan buruk kepada ibu.
Ini hanyalah mitos orang-orang zaman dahulu terutamanya di peringkat nenek-nenek kita, sejak mereka diperkenalkan dengan Susu Formula (sila click untuk mengetahui Sejarah Susu Formula).
Alhamdulillah, kedua-dua Mak dan Mak Mertua Maria bukanlah golongan yang terlalu kuat berpegang kepada mitos berpantang selepas bersalin ni.
Maria cuma berpantang sekadarnya. Dan yang paling penting, Maria mengamalkan salah satu prinsip asas penyusuan, iaitu MINUM AIR SECUKUPNYA selepas bersalin dan sepanjang menyusukan baby.
Disamping itu, Maria juga mengambil vitamin SHAKLEE yang menyediakan nutrisi lengkap bagi ibu mengandung, bersalin dan menyusu.
BERAPA BANYAK AIR KOSONG KENA MINUM?
Bagi orang biasa, kita dinasihatkan minum air kosong dalam 2 LITER atau 8 gelas air sehari.
(bukan air manis, air berkarbonat, kopi atau teh ye..)
Bagi IBU MENYUSU pula, perlulah minum 3 LITER atau dalam 13 gelas air kosong sehari.
Untuk penghasilan susu, badan ibu perlulah menyediakan bekalan air yang cukup. Kalau tidak, dari mana susu nak dihasilkan?
Ada juga yang menjawab, "Saya dah minum banyak air, tapi susu tetap sikit."
Bila Maria tanya, "Ada sukat betul-betul 3 Liter atau agak-agak saja?"
Barulah mereka menjawab, "Oh, saya tak sukat pun. Cuma agak-agak sahaja".
Di sini Maria menyeru semua ibu-ibu yang berhajat ingin menyusukan bayi sepenuhnya.
Anda perlulah melakukan salah satu prinsip asas penyusuan, iaitu sila SUKAT jumlah air kosong yang anda minum setiap hari supaya sekurang-kurangnya cukup 3 LITER.
BANYAKNYA NAK KENA MINUM, TAK KEMBUNG PERUT KE??
Setakat pengalaman Maria menyusukan baby sejak anak pertama pada tahun 2009, memang Maria minum air sebanyak 3 LITER sehari. Alhamdulillah, tak pernah ada masalah kembung perut atau buncit sehingga sekarang.
Tetapi bila ada hari-hari yang Maria tak sempat nak minum air secukupnya, memang akan terasa perbezaan, seperti susu berkurangan dan badan akan dehydrated.
Jadi, cuba anda minum air sedikit-sedikit tetapi dengan kerap. Jangan hanya minum apabila anda terasa dahaga. Pada waktu itu bermakna badan anda sudah pun terlalu kekurangan air.
Pastikan ke mana sahaja anda berada, bawa bersama botol air. Ke office, shopping complex dan ke mana sahaja.
Biasanya, Maria akan menghabiskan 1.5 - 2 Liter air sepanjang berada di luar rumah seperti semasa di office.
Bila balik ke rumah, pastikan cukupkan balance yang belum dihabiskan, terutamanya sebelum tidur.
Bila terbangun tengah malam untuk menyusukan baby, boleh minum air juga, pastikan ada botol air di sebelah katil anda.
Diharap entry ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana untuk terus berusaha menyusukan bayi sehingga berumur 2 tahun.
Percayalah, setiap masalah yang kita hadapi, pasti ada jalan penyelesaiannya.
Jangan berputus asa dengan terus memberi susu formula apabila ada masalah penyusuan.
Sebaliknya , dapatkan nasihat dari pakar penyusuan dan yang berpengalaman.
Supplemen menyusu hanya akan berkesan jika prinsip asas penyusuan ini turut dipenuhi.
Selamat Berjaya!! :-)
References:
LiveStrong: Fluid Intake While Breastfeeding
Thanks for reading! :)
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
COMMENTS