Assalamualaikum,
Minggu lepas, saya dijemput menyampaikan ceramah di UMK, Jeli Kelantan.
Ikhlas saya katakan, saya menerima jemputan ini kerana saya ingin berkongsi pengalaman perniagaan saya dengan para pelajar di UMK.
Saya berharap daripada keseluruhan mereka yang mendengar, manalah tahu ada seorang dua yang tergerak hati mereka untuk membuat bisnes satu hari nanti. Sekurang kurangnya, ada juga pencen kubur saya nanti.
Nak kata sibuk, memang saya sibuk. Kerja di sini pun banyak. Belum dicampur dengan kerja 'construction' di Besut.
Nak drive ke Jeli pun hampir 4 jam. Memandangkan jadual perkongsian saya pada pukul 10 pagi. Saya terpaksa bertolak sehari sebelum itu dan bermalam di Jeli.
Berceramah dua jam dan kemudian drive kembali ke Parit Buntar.
Berceramah bukan menjadi masalah kepada saya. Yang mencabar adalah nak siap bahan ceramah dan juga travelling time.
Kalaulah sebab duit, memang saya tak pergi. Ia sesuatu yang memenatkan. Kebiasaannya, kalau saya pergi berceramah di luar kawasan, saya akan bawa kawan atau PA saya untuk drive. Tapi, hari tu tiada kawan yang free dan PA pun kena uruskan kerja di Parit Buntar. So, drive la sendiri.
Mula Berceramah
Jam 11.00 pagi. Baru sessi saya bermula.
Malang Menimpa
Semasa tiba di UMK, saya mengeluarkan beg laptop saya untuk menyerahkan bahan ceramah kepada pihak penganjur. Dalam beg laptop itu ada macam macam barang saya yang penting. Ada dua buah buku cek dari dua bank. Ada Kontrak Kerja di Besut. Ada plan reban setingkat. Ada laptop. Ada external hardisk yang merupakan back up hard disk saya. Dan macam macam lagi.
Biasanya, beg saya ini akan dijaga oleh kawan atau PA yang menemani saya. Tapi, kali ini saya pergi seorang. Sayalah yang kena 'jaga' beg tu sendiri.
Sebelum berceramah, saya tinggalkan beg laptop saya di tempat pihak penganjur di belakang dewan.
Selepas habis berceramah, saya dijemput untuk ke dewan makan. Bersolat Zuhur dan kemudian terus pulang.
Taraaaaaaaaa...........
Saya terlupa ambil beg saya di dewan. Student pula tak berani nak ambil beg saya sebab takut saya akan datang balik ke dewan untuk ambil beg itu.
Saya langsung tak sedar yang saya tertinggal beg laptop ini.
Saya tiba di rumah sekitar jam 8.00 malam. Semua berjalan seperti biasa. Sehinggalah jam 12.00 malam. Saya tersedar, mana saya letak beg lap top saya.
Saya cari di dalam bilik tak ada. Saya cari di dalam rumah tak ada. Saya cari di dalam kereta tak ada.
Allahhhhhhhhh.. Sah saya tertinggal di dalam dewan di UMK.
Perut mula kecut memikirkan barang barang yang amat penting yang ada dalam laptop tu. Pelbagai barang yang amat penting. Saya tak kisah sangat buku cek tu. Saya boleh ke bank dan terus cancel semua cek. Itu perkara kecil.
Cuma yang merungsingkan saya, laptop, external hardisk yang ada pelbagai dokumen penting saya. Saya juga risau dokumen kontrak kerja di Besut dan juga plan reban ayam.
Arghhhh... Ia memeningkan saya.
Pada waktu ini, saya terus berdoa kepada Allah.
"Ya Allah, aku pergi berceramah ke UMK ni semata mata kerana Mu ya Allah. Aku ikhlas mahu berkongsi dengan orang lain pengalaman berniaga aku. Aku pergi ke sana dalam keadaan aku amat sibuk ya Allah. Tapi, aku pergi juga ke sana untuk 'memberi' kepada orang lain. Sekarang, aku tertinggal laptop dan barang barang lain di sana ya Allah. Aku mohon pada Mu ya Allah. Bantulah aku. Biarlah orang yang menemui beg aku di sana seorang yang amanah. Aku mohon pada Mu ya Allah. Bantulah aku ya Allah"
Saya meletakkan sepenuh pengharapan hanya kepada Allah pada waktu itu. Mohon agar Allah menggerakkan hati orang yang menjumpai beg saya ini agar amanah. At least, dia akan serahkan beg ini kepada pihak pengurusan universiti.
Saya mula menghubungi pihak pengurusan UMK. Memaklumkan yang saya tertinggal beg laptop di sana. Tapi, jam pun sudah pukul 12.00 malam. Nothing much that I can do. Apa apa pun, esok lah.
Jam 12:45
Saya mula tidur. Tiba tiba, telefon saya berbunyi. Nombor dari Kelantan rasanya.
Saya angkat phone dan seorang Cina bercakap dengan saya.
"Hello, saya Yap dari UMK. Encik ada tinggal beg laptop ka di UMK hari ni?"
Allah Allah. Gembiranya hati saya. Allah memakbulkan doa saya. Allah permudahkan saya.
Selesai satu masalah. Tapi, masalah sekarang ini, macam mana saya nak pergi ambil beg ini di Jeli, Kelantan.
Saya mula berfikir untuk menyuruh PA saya saja yang pergi ambil beg ini di Jeli. Serahkan kereta dan minta beliau yang pergi ambil beg saya.
Nampak ada cahaya dihujung terowong.
Tiba Tiba
Tiba tiba, saya teringat. Sahabat saya, Okaz yang tinggal di Machang akan balik ke Parit Buntar esok pagi. Beliau akan melalui UMK di Jeli.
Fuh.......... Allah permudahkan saya sekali lagi.
Esok pagi, jam 7.30 pagi saya menghubungi Okaz.
Masya Allah. Subhanallah. Alhamdulillah.
Just On Time. Okaz sudah pun dalam perjalanan pulang. Dan sudah berada di Tanah Merah. Sekitar 30 minit daripada Jeli. Saya minta beliau singgah sebentar di UMK untuk mengambil beg laptop saya ini.
Saya minta beliau memberi sedikit wang saguhati kepada pelajar Cina itu tadi sebagai penghargaan atas amanah beliau itu.
Jam 8.00 pagi, Okaz menghubungi saya. Beg laptop ada di tangannya. Alhamdulillah.
Syukur sangat sangat kepada Allah. Allah permudahkan urusan saya.
Walaupun masalah itu nampak macam masalah negara buat saya..... Tapi Allah mudahkan saya satu persatu.
Waktu malam, Okaz menjemput saya ke rumah ibunya sekitar Parit Buntar. Ada buat kenduri doa selamat. Saya ke sana.
Alhamdulillah. Dapat makan kambing panggang pulak. Masya Allah. Sedap gilaaaaa..... Makan tak hingat. Tak ingat berapa kali tambah. Sebab memang sedap daging kambing panggang. Meleleh....
Hmmm.... Syukur Alhamdulillah. "Setiap kesusahan pasti ada kesenangan" Serahkan segalanya kepada Allah. Allah pasti menolong kita.
Kesyukuran
Sebagai tanda kesyukuran segala urusan ini dipermudahkan Allah, saya pun beli lah beberapa kampit beras. Saya mahu menyedekahkan beras beras ini kepada orang orang miskin yang tinggal berhampiran dengan saya.
Alhamdulillah. Dapat sedikit rezeki mereka hari itu.
Beras untuk disumbangkan tanda bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan kepada saya. Biarlah tak banyak pun. Tapi sekurang kurangnya dapat membantu sedikit sebanyak mereka yang memerlukan.
Alhamdulillah. Syukur kepada Mu ya Allah atas segala pertolongan yang telah Kau berikan.
Pengajaran yang ingin saya kongsi dengan para pembaca:
1) Jika ada masalah, berdoalah kepada Allah. Letakkan sepenuh kepercayaan kepada Nya.
2) Jika masalah itu Allah dah bantu. Jangan lupa untuk bersedekah. Atau buat lah apa saja tanda kesyukuran kita kepada Nya.
Semoga entri ini dapat memberi iktibar kepada kita semua untuk mendekatkan diri kepada Nya.
Wassalam
COMMENTS