Assalamualaikum,
Di bawah adalah kisah pengalaman sebenar Dr Azizan Osman, yang saya copy daripada Fan Page Alumni Atau Bakal Alumni Program Dr Azizan Osman.
Adakah kita masih ingin menjadi seorang yang 'biasa-biasa'?
Atau kita ingin membuka peluang kepada diri kita untuk menjadi seorang yang 'luar biasa'.
Seorang yang 'Outstanding, Kaya dan Berjaya' pada pandangan Allah, dan juga pandangan manusia.
Semoga kisah ini memberi bermanfaat untuk kita semua.
----------------------------------------------------------------------------
Dimensi Hidup Berbeza
Satu hari dulu (Lebih 10 tahun dulu) pada hari-hari biasa saya masih bekerja macam orang lain. Ketika itu saya mengetuai projek pemasaran door2door untuk TMNet pergi kawasan taman rumah ke rumah dikawasan Petaling Jaya berdekatan PJ Old Town.
Pada petang tersebut, selepas solat asar dan biasanya kami mula ketuk pintu rumah orang selepas asar dan menjerit "Telekom", berhenti maghrib dan sambung hingga pukul 9.00 malam....
Kenapa kami ketuk sebelah petang ke malam? Kerana waktu itu "peak season", ramai orang baru balik dari kerja, pejabat dan anak-anak baru balik sekolah.
Pada hari itu, selepas asar, saya tidak terus start buat kerja. Saya duduk diam di dalam kereta yang saya pinjam dari staf dan ketika itu saya bertanya satu soalan penting kepada diri saya.....
Sampai bila aku kena kerja kerja kerja tetapi semakin kerja, semakin tidak ada masa, ketika itu saya kerja tapi juga berniaga tetapi segalanya tidak mudah. Saya kerja dari 7.30 pagi di uruskan ofis dan kemudian ke field untuk uruskan team sampai 10 malam biasanya.
Ketika itu saya belum faham tentang bagaimana bisnes dengan bersistem boleh buat kita banyak masa dan bebas kewangan. Saya belum tahu ilmu orang yang hidup mereka luar biasa.
Sampai bila saya fikir, saya nak ulang alik tersangkut dalam jam di Federal Highway berhari, bertahun dan masa berjalan, tetapi hutang makin banyak, komitmen makin tinggi, mak ayah semakin tua dan saya tidak ada masa dengan mereka dan macam-macam lagi saya fikir...
Saya berfikir, apa yang saya perlu buat supaya saya boleh jadi sepertimana seorang abang yang saya baru baca dan jumpa 2 hari sebelum tu di kawasan perumahan Klang, dia berkongsi mengenai dulu kerja teller di bank, gaji bawah RM1,000 lepas 8 tahun kerja, berhenti dan mula berniaga tapi dari rumah...
Masa saya jumpa dia tu, saya tak puashati, sebab bila dia berhenti kerja, berniaga di rumah, dia baru pindah dari kawasan rumah awam di Klang dan pindah ke rumah baru 2 tingkat dengan kereta Honda Accord baru beli... Saya tak faham? Apa dia buat? Dia jual drugs ke?
Bila saya jumpa dia, dia tak cakap banyak, dia beri saya satu buku yang bercerita bagaimana untuk pencen muda? Buku dari US... Saya baca dan tak percaya ada orang boleh pencen muda, ayah saya pun pencen 55 tahun! Akaun saya asyik tak ada duit, nak pencen muda apa?
Saya fikir lama di dalam kereta depan surau masa tu. Saya fikir, apa yang perlu buat supaya hidup saya luar biasa?
Saya tak nak hidup macam ramai orang lain bertahun-tahun ulang alik jalan yang sama Federal Highway tetapi saya dapati mereka tidak bebas masa dan tidak bebas kewangan, mereka tidak ada masa dengan keluarga seperti saya masa tu.
Bermula dari fikiran itulah, saya set minda saya, saya mesti cari jalan supaya saya dapat hidup yang luar biasa seperti yang saya impikan.
Pagi ini saya main saham, salah satu hobi saya. Alhamdulillah ada lah sedikit untung. Hari ini adalah dalam beberapa ratus ribu sahaja keuntungan dalam beberapa transaksi saham di Bursa Malaysia.
Petang tadi, selepas saya melawat sebidang tanah (mudah-mudahan Allah swt makbulkan) untuk projek perumahan baru Richworks Land di Putrajaya, saya temankan wife saya Diana untuk beli buku di Subang dan on the way balik sedikit sesak ke Shah Alam.
Dan saya melihat orang-orang dalam kereta dengan tali leher dan saya seperti melihat saya satu masa dulu. Kerja ikut masa, kerja terpaksa, jam dalam kereta "monyok" dan kalau ada orang di sebelah, masing-masing tidak bercakap atau murung..... Macam hidup saya dulu.
Dan saya rasa hiba tetapi bersyukur kerana Allah swt tunaikan impian saya dan Allah swt tunaikan doa saya satu waktu dulu yang saya minta setiap malam bersungguh-sungguh.
Saya minta Dia berikan saya perniagaan yang tidak rugi dunia akhirat, saya minta banyak masa bersama keluarga, saya minta saya ada rezeki melimpah ruah, saya minta saya dapat jadi penyumbang zakat dan sedekah yang bagus, saya minta saya dapat membantu hidup ramai orang dan hari ini.
Alhamdulillah ianya bukan sekadar impian. Dan saya tahu satu perkara, laluannya tidaklah mudah, apatah lagi jika tidak ada sesiapa yang mengajar kita atau kita sendiri tak mahu belajar dari mereka yang berjaya.
Saya percaya, sebenarnya tidak ada orang yang mahu teruskan hidup "stuck" dalam hidup mereka serta dalam kewangan mereka.
Tapi saya juga percaya, semua orang memilih jalan mereka mengikut ilmu atau apa yang mereka tahu. Dan ramai tidak mahu explore kemungkinannya mereka boleh ada banyak masa dan ada pilihan bagaimana mereka gunakan masa mereka disamping mempunyai kekuatan kewangan.
Mereka tidak mahu ambil tahu. Mungkin ego macam saya dulu atau mungkin kita ikut apa yang kita percaya dan kita ikut apa yang majoriti orang lain percaya, kau mesti kerja 8 jam sehari untuk dapat RM2,000 sebulan dan hidup seperti ramai yang lain hidup "biasa-biasa"....
Sedangkan ada mereka yang mendapat keuntungan perniagaan atau pelaburan sehari lebih RM36,000 sama dengan jumlah gaji setahun ramai di luar sana yang masih tersangkut di Federal Highway..
Apa yang saya kongsikan ini mungkin mencabar minda orang biasa-biasa, sama macam saya dulu. Saya tak percaya yang nak buat duit itu agak mudah kalau ada ilmu.
Semua orang ada 24-jam yang sama, apa bezanya? Saya dah tahu apa bezanya.... Mentor, Ilmu, Sistem, Tindakan luar biasa dengan semua tersebut serta Impian luar biasa mampu merubah hidup manusia.
Kaya berjaya beriman bersedekah, banyak masa dan banyak sumbangan kepada orang lain. Ada rupanya "kerja" macam tu....
Saya berkongsi bukan untuk menyombong diri tetapi saya mahu doakan agar juga dapat mencapai segala impian anda jika ada.
Salam maghrib dan berjemaah. Kepada yang berpuasa, selamat berbuka.
- AzizanOsman -
P/S 1 Jun 2013@Dewan MCA, KL 8 pagi-1 tgh mungkin menjadi titik tolak permulaan perubahan hidup anda. Jumpa saya & Afdlin Shauki di sana kerana kami akan bercakap mengenai bagaimana untuk hidup luar biasa. Daftar Percuma di HidupLuarBiasa.com
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya menyeru, kepada sesiapa yang belum pernah menyertai program Dr Azizan. 'Korbankan'lah 1 hari dari hidup anda untuk ke program yang beliau berikan secara percuma ini. Seminar Hidup Luar Biasa.
Anda akan belajar macam mana mahu Hidup Luarrrrrrrrrrrrrrr Biasaaaaaaaaaaaaaaaa.
Wassalam..
Thanks for reading! :)
Jika anda rasa kisah Dr Azizan Osman ini dapat memberi manfaat kepada orang lain, feel free to click LIKE button di bawah. Terima kasih.

COMMENTS