Assalamualaikum,
Dunia hari ini sudah berubah. Saya turut terasa tempiasnya. Anak-anak kita hari ini sudah 'mengasingkan dunia' mereka dari dunia luar dengan 'gadget'.
Kita tak perlu bercakap kesan dari segi sosial. Kanak kanak akan hilang skil berkomunikasi dengan orang lain. Mereka hanya hidup dalam dunia mereka sahaja.
Cuba kita tengok mesej yang cuba disampaikan oleh Maxis ini. Isu yang hampir sama saya nak bawa hari ini.
Untuk pengetahuan anda, saya memang belikan satu Ipad untuk Farees. Senang untuk dia main games. Senang banyak untuk saya. Senang untuk saya buat kerja bila di rumah. Tapi... Inilah silap saya.
Disebabkan Farees terlalu banyak main Ipad. Ada beberapa kesan yang saya perhatikan. Antaranya, dia rapat dengan saya. Tapi... bagi saya tak cukup rapat seperti yang saya mahukan. Sepatutnya, hubungan saya dengan Farees perlu lebih rapat lagi.
Sebab itulah, saya selalu bawa Farees keluar dari rumah. Bawa dia jalan jalan. Sebab bagi saya ini salah satu cara nak 'recover' balik hubungan saya dengan Farees.
Sebab bila kami berjalan, saya akan ajar Farees macam macam dalam perjalanan tu. Dia pun rasa seronok. Bagi saya, mungkin lebih seronok dari keseronokan dia bermain Ipad. Sebab, dia ada personal touching dengan Abi nya....
It's good for us as parents. Untuk fahami masalah ini. Hubungan dengan anak perlu dijaga. Agar mereka merasai kehadiran kita.
My advise untuk diri saya juga, hargailah anugerah anak yang Allah kurniakan kepada kita. Jangan rasa mereka 'menyusahkan' kita. Sebab ada pasangan yang belum dikurniakan anak oleh Allah.
Skill Anak Perlu Di Asah
Rasulullah pernah berpesan yang bermaksud untuk kita mengajar anak kita 3 perkara. Iaitu belajar memanah, berenang dan menunggang kuda. Ia skill yang perlu diajar kepada anak anak kita. Usah tanya mengapa? Pasti ada banyak hikmah disebaliknya.
Selain dari latihan latihan di atas. Saya sangat suka jika Farees meninggalkan ipadnya. Bermain dengan saya sesuatu yang memerlukan skill dari dia pada waktu saya lapang.
Di rumah, kami selalu main bola, bowling dan macam macam lagi. Lagi banyak skill yang perlu digunakan Farees. Lagi saya suka. Sebab skil skil ni perlu di latih sejak dari dia kecil.
Semalam, saya berkesempatan untuk bershopping dengan Maria di Jaya Jusco, Taman Keramat. AU2. So, saya ajak Farees ke Arcade dan main dengan dia.

Adakalanya, kita perlu 'disconnect to connect'. Ini kesan 'gadget' dari segi sosial. Tak usahlah kita menafikannya. Masalah ini dihadapi dimana mana sahaja. Anak saya pun terkena tempiasnya.
Hubungan Kekeluargaan
Untuk pengetahuan anda, saya memang belikan satu Ipad untuk Farees. Senang untuk dia main games. Senang banyak untuk saya. Senang untuk saya buat kerja bila di rumah. Tapi... Inilah silap saya.
Disebabkan Farees terlalu banyak main Ipad. Ada beberapa kesan yang saya perhatikan. Antaranya, dia rapat dengan saya. Tapi... bagi saya tak cukup rapat seperti yang saya mahukan. Sepatutnya, hubungan saya dengan Farees perlu lebih rapat lagi.
Sebab itulah, saya selalu bawa Farees keluar dari rumah. Bawa dia jalan jalan. Sebab bagi saya ini salah satu cara nak 'recover' balik hubungan saya dengan Farees.
Sebab bila kami berjalan, saya akan ajar Farees macam macam dalam perjalanan tu. Dia pun rasa seronok. Bagi saya, mungkin lebih seronok dari keseronokan dia bermain Ipad. Sebab, dia ada personal touching dengan Abi nya....
It's good for us as parents. Untuk fahami masalah ini. Hubungan dengan anak perlu dijaga. Agar mereka merasai kehadiran kita.
My advise untuk diri saya juga, hargailah anugerah anak yang Allah kurniakan kepada kita. Jangan rasa mereka 'menyusahkan' kita. Sebab ada pasangan yang belum dikurniakan anak oleh Allah.
Skill Anak Perlu Di Asah
Rasulullah pernah berpesan yang bermaksud untuk kita mengajar anak kita 3 perkara. Iaitu belajar memanah, berenang dan menunggang kuda. Ia skill yang perlu diajar kepada anak anak kita. Usah tanya mengapa? Pasti ada banyak hikmah disebaliknya.
Selain dari latihan latihan di atas. Saya sangat suka jika Farees meninggalkan ipadnya. Bermain dengan saya sesuatu yang memerlukan skill dari dia pada waktu saya lapang.
Di rumah, kami selalu main bola, bowling dan macam macam lagi. Lagi banyak skill yang perlu digunakan Farees. Lagi saya suka. Sebab skil skil ni perlu di latih sejak dari dia kecil.
Semalam, saya berkesempatan untuk bershopping dengan Maria di Jaya Jusco, Taman Keramat. AU2. So, saya ajak Farees ke Arcade dan main dengan dia.
Ajar Farees main baling bola masuk dalam lubang dengan pantas sebab ada masa. Saya memberi sokongan kepada Farees untuk membaling dengan pantas dan tepat. Saya rasa, skil ni penting untuk Farees lebih cekap buat kerja satu hari nanti.
Bermain ape namanya ni. Tapi, saya main dengan Farees la. Dia dah pandai main sekarang. Ini pun bagus untuk perkembangan minda kanak kanak. Sebab 'bola' dia tu bergerak laju. So, kena movement cepat. Saya suka main ni dengan Farees.
Ni kegemaran Farees jugak. Main bowling. Di rumah pun ada set bowling kecil. Selalu dia main dengan saya.
Ketuk 'buaya' yang keluar dari lubang. Not bad. Games ini memerlukan Farees fokus memerhatikan buaya mana yang akan keluar dan kemudian perlu bertindak pantas. Not bad. Farees dapat main dengan baik.
Masa saya bawa Farees first time naik benda ni. Dia tak berani. Sekarang dah berani pulak. Duduk dan buai laju laju. Ini penting untuk Farees control balancing dan untuk meningkatkan keberanian dia.
Farees dalam ribuan bola.
Dia duduk di atas. Saya duduk di bawah. Saya baling bola kepada dia dan suruh dia elak. Kemudian, ambil bola tu balik baling bagi kena saya.
Seronok sangat dapat main dengan Farees. Dia sampai berguling guling di atas tu ala ala askar nak elak saya bola yang saya baling kepadanya.
Dah macam main polis tembak tembak dengan pencuri la pulak.
Improve skil balancing Farees. Nak buat KLCC.
Kami bermain di situ sekitar 45 minit sementara menunggu Maria shopping. Bila saya tengok Farees macam dah puas. Saya ajak dia pergi mencari Umminya.
Disebabkan nak cepat, saya dukung Farees.
Guest what.... Farees cakap, "Thank you Abi. Saya sayang Abi." Sambil peluk dan cium pipi saya.
Oh.... Tersentuhnya hatiku... Inilah yang anak aku perlukan. Perlukan lebih masa bersamaku. Perlu masa untuk bermain dengan ku.
Semoga kisah yang saya alami ini, kita semua dapat ambil iktibar. Kita faham kepentingan menjaga hubungan dengan anak anak. Kita sama sama faham kepentingan kita untuk develop skil anak anak kita..
Jika anda suka.. Mohon anda LIKE.... Jika tak.. it's ok.. Thanks for reading.
Salam Keibubapaan,
Mohd Firdaus
Sekarang Ada Di Keramat, Kuala Lumpur.
COMMENTS