Assalamualaikum,
Saya selalu buat business coaching dengan kawan-kawan yang memerlukan bantuan daripada saya. Apabila saya melontarkan idea apa yang mereka perlu lakukan untuk kembangkan bisnes mereka, mereka terkejut dengan idea-idea itu.
Sebabnya, mereka tak pernah terfikir strategi marketing yang saya maksudkan. Memang pun, dulu saya pun tak pernah fikir macam tu. Sebabnya, ideanya memang gila. Di luar kotak pemikiran manusia biasa.
Misalnya, kita nak menjual. Tapi kita tak perlu cari orang pun untuk membeli produk kita. Orang itu yang datang mencari kita. Kita nak orang join business dengan kita, tapi kita tak perlu cari orang pun. Orang yang datang mencari kita.
Nak explain di sini, agak susah. Sebab saya tak boleh terangkan melalui tulisan. Semuanya, melalui personal coaching untuk bagi orang itu faham.
Ia umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak.
Ada orang bertanya kepada saya sebelum ini, di mana saya belajar semua ini? Jawapannya, saya selalu belajar daripada mereka yang sudah berjaya.
Saya selalu hadiri kursus keusahawanan yang berbayar. Misalnya, Advanced Marketing Power, Seminar Jutawan Industri, Intensif Mentor Kekayaan Dan Kejayaan by Dr Azizan Osman, Online Business Oleh Irfan Khairi.
Saya banyak baca buku business. Trust me, anda mungkin tak ada masa untuk lakukan apa yang saya lakukan ini. Ia memerlukan pengorbanan masa, wang ringgit, tenaga dan banyak perkara untuk belajar semua ini.
Hari Sabtu lepas, saya menghadiri Seminar Keusahawanan Magic Aura Utara, anjuran group Jutawan Shaklee bertempat di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah.
Frankly speaking, kalau ada perkongsian daripada mereka yang sudah berjaya, saya memang tak akan lepaskan peluang ini. Saya akan berusaha untuk hadir.
Saya tahu prinsip mudah untuk berjaya.
"Belajar daripada mereka yang sudah terbukti berjaya. Kemudian duplicate 100% apa yang mentor kita sudah lakukan. Insya Allah kita akan berjaya seperti mereka."
Senangkan nak berjaya. Kalau kita tahu caranya. Anyway, saya nak share dengan anda pengalaman saya sekeluarga menghadiri Kursus Keusahawanan Magic Aura Utara Jutawan Shaklee.
Seminar diadakan di Cinta Sayang Resort. Tempat yang sangat best dan selesa.
Farees dan Fateh turut sertai kami dalam program kali ini.
Mereka berdua seronok saja bermain di belakang dewan.
FYI, Group Jutawan Shaklee ini tersangat mementingkan ukhuwah sekeluarga. Walaupun kita ibu bapa buat bisnes, tapi mereka tidak mahu kita tinggalkan anak kita di rumah. Kita boleh bawa anak-anak kita sekali semasa pergi belajar business.
Jangan kita abaikan anak-anak walau pun kita buat bisnes. Anak-anak adalah anugerah Allah. Biarlah mereka membesar di hadapan mata kita.
Inilah yang ditekankan dalam Shaklee. Ke mana saja buat bisnes Shaklee, jangan tinggalkan anak.
Allah Allah.. Inilah yang Maria impikan. Bawa anak-anak ke mana-mana sahaja kami pergi.
Inilah Master Sifu kami dalam Group Jutawan Shaklee. Kak Shariza. Seorang Jutawan Muslimah yang sangat humble. Sangat sempoi. Sangat merendah diri. Sangat tawadduk. Bertudung labuh. Cakap dengan lemah-lembut dan mengembalikan segala-galanya kepada Allah.
Beliaulah yang mengajar kami semua untuk mendekatkan diri dengan Allah kalau mahu lebih berjaya. Beliau menekankan amalan amalan untuk murah rezeki. Misalnya, Solat Dhuha, bayar zakat, sedekah, baca Yasin, baca quran, zikir, istighfar, selawat dan bermacam-macam amalan lain lagi.
Allah Allah.... Inilah group yang saya cari selama ini. Group yang mengajak kita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Tambah-tambah, kami semua melakukan bisnes. Kak Shariza berkongsi bagaimana buat bisnes dalam masa yang sama mendapat keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Dalam masa 3 tahun active dengan business online Shaklee, income akak ni dalam Shaklee taklah 'banyak' sangat. Dalam 6 angka sebulan je.. ( Sebulan ok. Bukan Setahun ). Tapi, beliau tetap sempoi. Tetap merendah diri. Tidak bercakap besar dan tak perlu menunjuk-nunjuk dengan kemewahan beliau. Tapi kami semua tahu berapa income sebenar beliau setiap bulan. Memang selayaknya beliau yang memimpin kami.
Best sangat perkongsian yang disampaikan oleh Kak Shariza. Seronok sangat bila berada dalam kumpulan macam ni. Kejar dunia, tapi akhirat tidak dilupakan. Semuanya ingin menjadi JUTAWAN BERTAQWA.
Perkongsian Rahsia Cermin Ajaib. Hmm... Kalau saya nak kongsi dengan anda Tips ni, kena ada satu entri khas. Sebab ni tips orang gila. Bercakap seorang diri di hadapan cermin. Kalau salah terang, nanti anda salah faham. Takut anda kata saya gila pulak. Tak per, saya akan kongsi dengan anda pasal RCA ni satu hari nanti. Memang ilmu yang tersangat power.
Kita diberi pilihan untuk memilih. I'm Posssible atau pun Impossible. "YOU DECIDE". Sudah pasti saya pilih I'm Possible.
Sama nama. Sama warna. Brother berkopiah tu pun nama Firdaus. Bezanya dengan saya, beliau berpendapatan 6 angka sebulan. Join Shaklee sejak 3 tahun lalu. Sudah merasai income 6 angka sebulan sejak awal tahun ini.
Saya bersembang dengan beliau sekitar 10 minit. Meminta tips apa yang mereka lakukan untuk sampai ke tahap itu. Alhamdulillah, Firdaus tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan Firdaus.
Ini adalah salah seorang daripada 'cucu' Shaklee kami, Nur Zuani. Register pada 14 Julai 2013. Baru 17 hari sahaja beliau sempat join Shaklee, closing hujung Julai 2013 bonus beliau untuk 17 hari tu sebanyak RM585.88. Boleh la.. Lepas duit dapur.
Tapi bulan ini, beliau semakin rancak dalam business. Customers semakin ramai. Walau pun baru 17 hari sales bulan Ogos, insya Allah bonus untuk bulan ini beliau akan dapat 4 angka.
Semalam, sempat buat personal coaching dengan dia sekejap. Tak leh lama. Sebab Farees mengamuk nak balik semalam.
Bayangkan, walaupun berpurdah macam ni. Tapi masih mampu memperoleh income 6 angka sebulan. Isteri kepada brother di atas tadi. Puan Ifa cakap, dia buat bisnes Shaklee ini dari rumah sahaja. Secara online.
Allah Allah... Mudahnyakan. Kalau beliau yang berpurdah pun boleh buat, tiada alasan bagi orang yang betul-betul mahu berjaya...
Ini pula Kak Laila. Bekas Engineer PETRONAS. Cuba bayangkan, semasa resign, gaji beliau di PETRONAS adalah hampir 5 angka. Tapi sekarang bonus Shaklee je dah dekat 8-9 kali ganda dari gaji semasa di PETRONAS dahulu.
Saya tersangat kagum dengan beliau. Beliau menceritakan, semasa beliau memulakan bisnes Shaklee ni, beliau mempunyai 3 orang anak. Semua anak jaga sendiri. Tak ada maid. Suami kerja offshore. Kena handle anak sendiri.
Tapi, masih sempat buat Shaklee secara online. Allahuakbar. Perkongsian beliau memberi inspirasi untuk kita semua tidak memberi alasan jika mahu berjaya.
Siapa pula mamat ni? Ha.... Inilah orang yang masa isterinya, Kak Shariza awal-awal nak buat business Shaklee, dia 'gelakkan' isterinya. Dia tak confident dengan isterinya. Dia tak confident dengan business Shaklee.
Beliau berkongsi kisah "Ego Seorang Suami Bila Isteri Nak Buat Bisnes Shaklee". Fuhh...
Berbeza sungguh beliau dahulu dan sekarang. Sekarang, beliau 100% menyokong apa yang isteri beliau jalankan. Bahkan, berasa gembira kerana dapat membantu ramai orang lain dapat manfaat daripadanya.
Berbeza sungguh beliau dahulu dan sekarang. Sekarang, beliau 100% menyokong apa yang isteri beliau jalankan. Bahkan, berasa gembira kerana dapat membantu ramai orang lain dapat manfaat daripadanya.
Maria bersama mentor-mentor sumber inspirasinya dalam Shaklee, Kak Laila dan Kak Shariza. Ketiga-tiga mereka adalah Ex-Engineer, sekarang telah menjadi Working-At-Home-Mum (WAHM), kerjaya impian mereka. Hanya duduk di rumah, tapi mereka berjaya menjana income dari business Shaklee.
InsyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan Maria menjadi Jutawan Muslimah Shaklee seperti mentor-mentornya ini.
Keluarga Jutawan Shaklee di Utara.
InsyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan Maria menjadi Jutawan Muslimah Shaklee seperti mentor-mentornya ini.
Keluarga Jutawan Shaklee di Utara.
Memang best program ni sebab kita tahu cara mudah untuk nak berjaya. Insya Allah di lain kali, saya akan berkongsi dengan anda tips-tips yang mereka kongsikan untuk berjaya dalam bisnes.
Semoga kisah-kisah yang saya kongsikan ini dapat 'membuka mata' kita bahawa melalui bisnes juga kita dapat mengejar kedua-dua kejayaan dunia dan akhirat. Kami rasa seronok dan teruja dapat membantu lebih ramai orang meningkatkan taraf kewangan mereka.
Bak kata Sifu kami Dr Azizan Osman:-
Jika anda ingin kaya dan berjaya, jangan bermatlamat untuk kaya dan berjaya kerana mahu "buktikan" kepada orang lain atau kerana mahu "berlawan" tunjuk siapa lebih kaya atau berjaya dari orang lain, itu semua hanya kekayaan & kejayaan material yang tidak kekal dan akan "melukakan" jiwa.
Binalah kekayaan dan kejayaan dengan matlamat untuk berzakat, bersedekah, berkongsi atau menyelesaikan masalah ramai orang atau menambah nilai ramai orang.
Dan bina kekayaan untuk mencari redhaNya dunia dan akhirat melalui kekayaan tersebut sehingga bila kita mati, kita tahu kita tidak bawa harta dan wang ringgit itu tetapi ianya boleh terus memberi manfaat kepada ramai orang lain yang masih hidup serta amalan berpanjangan. - azizanosman -
Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain."
(Riwayat al-Baihaqi)
Bak kata Sifu kami Dr Azizan Osman:-
Jika anda ingin kaya dan berjaya, jangan bermatlamat untuk kaya dan berjaya kerana mahu "buktikan" kepada orang lain atau kerana mahu "berlawan" tunjuk siapa lebih kaya atau berjaya dari orang lain, itu semua hanya kekayaan & kejayaan material yang tidak kekal dan akan "melukakan" jiwa.
Binalah kekayaan dan kejayaan dengan matlamat untuk berzakat, bersedekah, berkongsi atau menyelesaikan masalah ramai orang atau menambah nilai ramai orang.
Dan bina kekayaan untuk mencari redhaNya dunia dan akhirat melalui kekayaan tersebut sehingga bila kita mati, kita tahu kita tidak bawa harta dan wang ringgit itu tetapi ianya boleh terus memberi manfaat kepada ramai orang lain yang masih hidup serta amalan berpanjangan. - azizanosman -
Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain."
(Riwayat al-Baihaqi)
Semoga Allah merahmati kita semua.
Sekian. Wassalam.
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)
sangat teruja bila membacanyer...
ReplyDelete