Assalamualaikum,
Sejak petang dan malam semalam, Newsfeed saya di Facebook, Whatsapp dipenuhi dengan berita harga minyak RON95 dan Diesel dah naik 20 sen.
Kalau anda tanya saya, saya sendiri tak puas hati dengan kenaikan harga yang mendadak macam ni. Bukan 5 sen, bukan 10 sen, bukan 15 sen. Tapi 20 sen. Saya rasa, di pihak kerajaan. Alang alang nak naikkan harga minyak. Baik naikkan tinggi sket. Sebab kalau naik 5 sen pun orang marah, naik 10 sen pun orang marah. Baik naik 20 sen terus.
Alah... lagi pun, kalau rakyat nak marah pun. Bukan rakyat boleh buat apa pun. Pilihan raya 4 tahun lagi. Banyak lagi masa. Nanti sebulan sebelum pilihan raya, mereka bagilah BRIM RM1200. Rakyat akan terus memilih mereka. Rakyat Malaysia mudah lupa.
Dari segi ekonomi, kenaikan harga minyak RON95 dan Diesel ini memberi kesan berantai terhadap produk produk lain. Ini kerana berlakunya peningkatan dalam kos pengangkutan. Harga gula akan naik, harga tepung akan naik, harga telur akan naik, harga ikan akan naik. Pendek kata, SEMUA BARANG AKAN NAIK HARGA.
Bukan Ini Yang Mahu Dibincangkan
Sebenarnya, saya bukan mahu berbicara mengenai kenaikan harga minyak ini. Saya tahu, pasti dan pasti ia akan memberi impak yang teruk kepada kita semua sebagai pengguna. Bersiap sedialah dengan kenaikan harga barang.
Ini belum dicampur dengan kenaikan tarif elektrik yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Ini belum dikira GST yang akan dilaksanakan selepas ini.
Anda tak boleh lari dari berhadapan dengan situasi ini. Kita telah 'memilih' mereka 3 bulan yang lepas. So, kita mesti memikirkan apa yang perlu kita lakukan untuk berhadapan dengan situasi sebegini untuk 4 tahun akan datang sebelum kita membuat sebarang keputusan. Itu pun, kalau kita mahu.
Ini Masalah Dunia
Saya langsung tak menyebelahi kerajaan disebabkan kenaikan harga minyak ini. Tapi, saya juga nak kita semua faham. Sebutlah negara mana pun. Anda pergilah kemana pun. Semua harga barang di seluruh dunia dah naik. Ini betul. Hakikat yang terpaksa kita akui.
Saya bersembang dengan pekerja Bangladesh saya, mereka beri tahu. Harga barang di Bangladesh naik hampir 2 kali ganda berbanding 6 tahun lepas.
Pergilah ke negara Indonesia misalnya. Harga minyak di sana pun sudah naik. Walaupun Indonesia juga merupakan negara pengeluar minyak.
Pergilah ke US, UK, France atau dimana mana sahaja. Masalah inflasi berlaku dimana mana sahaja. Kadar peningkatan inflasi lebih laju berbanding kadar kenaikan gaji kita.
Namun.... Tiada apa yang mampu kita lakukan. Semua ini diluar kawalan kita. By hook or by crook. Kita tak boleh elak harga minya akan naik. Kita tak boleh elak harga barang akan naik. Kita tak boleh elak berhadapan dengan krisis ekonomi. Suka tak suka..... Terimalah seadanya.
Fahami sistem ekonomi kapitalis & inflasi, tidak pernah dalam sejarah harga barang akan semakin turun, tidak pernah dalam sejarah harga rumah akan semakin turun, tidak pernah kos sara hidup akan menurun, itu sistem ekonomi yang telah wujud. Dan jangan buang masa buat masa ini untuk merubah sistem ekonomi dunia.
Menyesuaikan Diri Dengan Keadaan Semasa
Apabila berlakunya kadar peningkatan kos kehidupan hari ini. Saya amat benci apabila ada menteri yang berkata.
"Kalau harga ayam naik, kita semua jangan makan ayam."
"Kalau harga gula naik, kita kurangkan makan gula."
"Kalau harga minyak naik, guna motosikal. Jangan guna kereta."
Wak lu beb....... Saya marah gile dengan......... Senang senang aje mereka bagi 'solution' macam ni. Kalau macam ni, baik lantik saya aja jadi Menteri. Saya pun boleh cakap kalau macam ni.
Lepas tu, panasnya telinga dengar.
"Kita akan pastikan, kenaikan harga barang tidak membebankan rakyat".
Adoyai. Harga barang tak naik pun rakyat dah terbeban. Inikan pula harga barang dah naik. Mesti lagi terbeban.
Pilihan Di Tangan Anda
Sebelum ini, maksud saya sebelum saya dengar ceramah Prof Muhaya dan kursus Dr Azizan Osman. Saya antara mereka yang dok 'melenting', 'marah' kerajaan bila berlaku kenaikan harga minyak ini.
Tapi, selepas saya mendengar ceramah dari mereka berdua. Mentaliti saya berubah.
Saya tidak boleh mengubah ekonomi dunia. Tetapi, saya boleh mengubah ekonomi saya. Ekonomi dunia di luar kawalan saya. Tetapi, ekonomi saya dibawah kawalan saya. Saya boleh 'control' ekonomi saya sendiri. Saya yang pilih sama ada mahu mempunyai pendapatan besar atau pendapatan kecil.
Pilihan Di Tangan Saya
Apa yang saya ingin kongsikan, tak usahlah kita mengeluh atau mencarut marahkan kerajaan, (Dalam hati tengah marah ni, tapi rileks saja) sebab jika kita marah macam mana pun kepada mereka, ia tidak akan menyelesaikan masalah kos kenaikan harga barangan yang bakal menjelang.
Apa yang saya boleh buat untuk menghadapi situasi ini? Dulu saya mesti merungut. Tapi selepas pergi Kelas Dr Azizan, saya diajar untuk buat 2 benda.
1) Kurangkan kos kehidupan
2) Cara jalan tambah pendapatan
Dan inilah yang saya lakukan sejak awal tahun ini. In fact, sekarang ia sudah membuahkan hasil. Saya sudah ada EBOOK RAHSIA PELAJAR CEMERLANG yang memberi pendapatan pasif kepada saya setiap bulan.
Saya bantu Maria buat bisnes Shaklee secara online. Yang mana selepas 6 bulan buat bisnes, Maria terpaksa berhenti kerja. Dan selepas 9-10 bulan. Kini Alhamdulillah. Maria dah mula dapat merasai pendapatan 5 angka. Ya, 5 angka. Sudah melebihi 2 kali ganda daripada gaji Maria semasa berhenti kerja.
Saya juga sedang merancang pelbagai lagi 'projek-projek' kecil yang boleh memberi pendapatan pasif kepada saya.
Ini pilihan yang saya buat. Saya tak mahu mengurangkan perbelanjaan hidup saya. Saya lebih rela bersusah payah mencari jalan untuk menambah pendapatan saya berbanding bersusah payah mengurangkan perbelanjaan hidup saya.
Sekarang !!! Pilihan Di Tangan Anda
Para pembaca yang saya kasihi sekalian, dengarlah apa yang saya kongsikan ini. Hari ini, kenaikan harga barangan pasti berlaku. Dan ia tidak akan berhenti. Harga barang akan terus meningkat. Sooner or sooner. Tahun depan naik lagi. Dua tahun depan, naik lagi. Dan begitulah seterusnya. Jangan mimpi harga barang akan turun ok.
Suatu hari nanti, gaji anda tidak akan boleh menampung 'gegaran kewangan' ini jika anda tidak bertindak dengan segera.
Tapi, jika anda tidak bertindak sekarang. Saya tidak rugi apa apa. Mungkin, satu hari nanti. Bila anda sudah 'tersepit' waktu itu, barulah akan ada di antara anda yang mula faham. "Inilah yang aku baca di blog Firdaus dulu".
Harap anda tidak perlu berhadapan dengan situasi ini.
Pada waktu itu, anda akan rasa 'menyesal'. Mengapa anda tidak bertindak hari ini.
Nasihat Saya Kepada Anda
Kepada para pembaca yang saya kasihi, pembaca blog ini terdiri dari pelbagai latar belakang. Jika anda seorang yang berkerja dan pendapatan anda sudah stabil. It's ok. Insya Allah. Anda tidak akan bermasalah menghadapi kenaikan harga barang ini.
Kenaikan gaji anda mampu untuk 'cover' kenaikan harga barang.
Tapi, saya ingin bercakap dengan sebahagian besar pembaca blog ini yang mungkin termasuk dalam golongan seterusnya. Iaitu, pendapatan anda biasa biasa sahaja. Tak sempat cukup bulan, duit dah nak habis. Terpaksa berhutang di sana sini.
Jika anda termasuk dalam golongan ini. Saya nasihat saya kepada anda. Berubahlah. "INIKALILAH, ANDA MESTI BERUBAH".
Jangan buat Over Time di tempat kerja anda untuk menampung kenaikan harga barang ini. Ia hanya menyelesaikan masalah anda seketika sahaja.
TAPI, BUATLAH SESUATU YANG LAIN. UNTUK MENDAPAT HASIL YANG BERBEZA, KITA PERLU MELAKUKAN PERKARA YANG BERBEZA.
Cadangan saya...... BUATLAH BISNES.
Tolonglah diri anda. Buatlah sebarang bisnes. Carilah mentor yang sudah berjaya dalam bisnes yang ingin anda ceburi. Belajarlah daripada mereka. Kemudian, bertindaklah segera. Buat secara perlahan lahan. Part time.
Buat bersungguh sungguh. Pada waktu ini, janganlah merungut. Sebab hidup anda akan berubah. Hidup anda akan 'sengsara'. Sebab anda terpaksa melakukan terlalu banyak perkara pada satu satu masa.
Dan apabila anda hendak menceburi satu satu bisnes, buatlah bisnes yang kurang risiko. Tak memerlukan modal yang besar. Dan boleh dimulakan secara part time.
Mudah mudahan. Suatu hari nanti. Anda akan menjadi seorang yang berjaya. Berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Pada waktu itu, anda akan tersedar. Anda berubah hari itu disebabkan harga minyak naik hari ini.
Pada waktu itu, anda akan terasa. "Alhamdulillah..... Harga Minyak Naik Hari Itu"
Sebabnya, kenaikan harga minyak inilah yang telah menyebabkan anda berubah. Berubah dari seorang yang hidup biasa biasa kepada seorang yang hidup luar biasa.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan anda.
Selamat berjaya. Selamat berjuang. Semoga anda kaya dan berjaya.
Wassalam

Salam... btul ape yg Tn Hj kata
ReplyDeletekite xboleh merubah ekonomi dunia yg semakin naik kosnye ... tapi kite bleh merubah ekonomi kite so perlu buat bisnes smada part time or full time
Setuju dengan pandangan tuan punya blog... tapi minyak naik ramai yang merungut... harga rokok naik semacam aje mereka yang merokok.. tak kurang pun hisap rokok... dan pakai hand set canggih samapi 2 seorang..bukan buat duit tapi keluar duit....sikit-sikit call tak penting pun... yang ni patut nya dikurangkanlah...
ReplyDelete