[SAMBUTLAH TANGANKU KAWAN.... AKU TAKUT TENGGELAM]
Assalamualaikum,
Sebentar tadi, saya berkesempatan untuk bertemu dengan seorang sahabat saya. Beliau berusia sekitar 35 tahun
Sudah bertahun tahun beliau menjalankan perniagaan. Tetapi, tak menjadi-jadi. Tahun lepas, saya ada berjumpa dengan beliau. Beliau menceritakan kepada saya mengenai bisnes yang sedang beliau jalankan pada waktu itu.
Nasihat saya tersangat mudah pada waktu itu.
"Man, aku setuju hang nak buat bisnes ni. Tapi aku nak tanya hang, sebelum hang pergi jauh. Boleh tak aku tanya, siapa yang ajar hang buat bisnes ni? Siapa mentor hang?"
"Aku buat bisnes ni tak ada siapa yang ajar? Aku buat sendiri la."
"Selama ni hang buat bisnes, siapa yang mentor hang? Siapa yang guide hang?"
"Tak ada siapa pun guide aku, aku buat sendiri la."
"Man..... aku minta maaf. Aku nak cakap sikit. Dah berapa tahun hang buat bisnes, pernah tak hang terfikir kenapa hang belum berjaya?"
"Mana aku tau."
"Sebenarnya, aku rasa hang kurang berjaya sebab hang tak ada mentor yang betul untuk guide hang dalam bisnes yang hang buat. Nasihat aku, hang carilah mentor yang dah terbukti berjaya dalam bidang yang hang ceburi, belajar dari dia. Tiru sebijik sebijik apa yang dia buat, insya Allah. Hang akan berjaya macam dia berjaya. "
Itulah nasihat saya kepada beliau 1 tahun yang lepas. Nasihat saya simple, nak buat bisnes apa pun. Carilah mentor. Mentor yang dah terbukti berjaya. Belajar dari mereka. Insya Allah, kita akan terpaksa berjaya seperti mereka.
Malangnya, nasihat saya itu dipandang enteng oleh beliau. Hari ini beliau berjumpa saya sekali lagi.
Tetapi, keadaannya tersangat berbeza.
"Firdaus, aku susah gila la ni. Aku dah tersepit. Aku dihimpit masalah kewangan yang sangat teruk. Bisnes yang aku buat dulu dah lingkup. Habis duit aku. Aku buat pinjaman, bisnes lingkup. Aku kena tipu dengan partner aku. Sekarang aku nak kena bayar duit bank bulan bulan. Aku susah sekarang." inilah luahan hati Man kepada saya.
"Hang ingat tak apa yang aku cakap kat hang dulu? Tahun lepas.... Kan aku cakap, nak buat bisnes kena cari mentor yang betul. Mentor yang dah berjaya dalam bidang yang hang nak ceburi. Belajar dari dia. Tiru sebijik sebijik apa yang dia buat. Barulah mudah untuk berjaya," saya membalas.
Kemudian, saya menambah.
"Sekarang tengok, apa dah jadi dengan hang. Aku dah cakap dulu. Nak buat bisnes tak susah. Tapi kita kena tahu caranya. Kalau kita buat sendiri, kita akan langgar banyak dinding. Kita hanya menyusahkan hidup kita. Kenapa kita tak mahu belajar dari orang lain. Kan lagi senang."
Man kemudiannya memberitahu saya.
"Firdaus, aku dah buat posting di facebook, tapi tak ada siapa pun nak beli. Tak jalan pun. Apa yang aku buat tak kena?"
Beliau adalah friend saya di facebook. Sebelum ini pun saya dah baca posting beliau di FB. Kesian sangat saya rasa. Terlalu menjual. Inilah pantang larang dalam perniagaan.
Kemudian, saya berkongsi rahsia perniagaan yang Maria jalankan. Maria tak perlu pun nak cari pelanggan, tetapi pelanggan yang cari Maria nak beli produk dengan Maria.
Maria tak perlu pun nak ajak orang join Shaklee dengan Maria, tapi Alhamdulillah Allah yang menggerakkan hati orang ramai untuk contact Maria dan nak join di bawah Maria.
Saya kongsikan semua rahsia itu dengan beliau.
Terus beliau tergamam. Beliau terkelu. Sepanjang hidup beliau, selama buat bisnes ni. Beliau langsung tak tahu teknik ini. Teknik 'jemput-jemput'. Kita tak perlu mencari pelanggan, tetapi pelanggan yang mencari kita selepas kita menggunakan teknik ini.
"Kenapalah selama ini aku tak tahu teknik ini?"
"Senang aja, sebabnya hang tak belajar cara buat bisnes dengan betul. Itu yang menyebabkan hang tersekat. Nampak tak, beza kalau kita buat bisnes ada mentor dengan kita buat bisnes tak ada mentor. Sebab tu dulu aku dah pesan kat hang, nak buat bisnes kena ada mentor."
Beliau terdiam. Tak mampu berkata apa apa.
Sambil menitiskan air mata, beliau menceritakan kepada saya masalah kewangan yang beliau hadapi sekarang sehingga beliau terpaksa meminta duit daripada kedua ibu bapanya dan mertua nya.
Beliau cerita, beliau terpaksa pinjam duit dari kawan kawan sebab nak bayar duit hutang bank dan kereta.
Allahuakbar. Sadis. Tersangat sadis saya mendengar ceritanya. Saya yang mendengar cerita pun hampir mengalirkan air mata.
Actually, sebelum dia datang berjumpa dengan saya pun saya dah agak. Beliau ada masalah kewangan. Cara cakap beliau melalui telefon dah lain macam. Cara beliau chatting di FB dengan saya pun saya dah boleh agak, beliau kesempitan.
Kemudian saya terus berkongsi dengan beliau amalan amalan yang boleh dilakukan untuk menjemput rezeki.
"Man, kalau hang rasa rezeki hang tersekat. Aku rasa hang kena buat beberapa amalan untuk membuka rezeki hang. Aku tak pandai nak share banyak banyak, tapi selepas aku buat semua ini. Alhamdulillah, aku rasa hidup lebih tenang. Rezeki datang mencurah curah. Allah bagi rezeki dari pintu yang tidak disangka sangka."
"Man, yang pertama aku nak share pasal Solat Sunat Dhuha. Kalau boleh, jangan tinggal solat sunat ini. Ini yang terbaik Man. Aku pernah jumpa Multi Millioanaire. Aku tanya dia apa amalan yang dia buat sehingga rezeki dia murah. Dia cakap, jangan tinggal Solat Sunat Dhuha. Ini yang hang kena buat dulu."
"Yang kedua Man, sedekah. Hang kena rajin bersedekah. Walau pun hang tak ada duit. Hang tetap kena sedekah. Sedekah walaupun sedikit."
"Itulah Firdaus. Aku rasa nanti bila aku kaya nanti aku mesti nak rajin bersedekah."
"Man,hang tak akan kaya. Hang tak akan kaya kalau bila hang dah kaya baru nak sedekah. Law dia bukan macam tu Man. Hang kena mula bersedekah masa hang susah. Sedekah walau pun sedikit. Hang kena sedekah seringgit kalau tak ada dua ringgit. Yang penting, kena rajin bersedekah dari sekarang. Hang kena mula sedekah walaupun dengan sekupang."
"Dengar cakap aku, kalau masa susah hang tak boleh nak sedekah, jangan harap dah senang esok hang nak sedekah."
"Nasihat aku yang ketiga Man.... Hang kena minta mak hang doakan untuk hang. Hang kena pi jumpa dia, salam dia, cium tangan dia, peluk dia, hang merayu kat dia minta dia doakan agar Allah ubah hidup hang jadi lebih baik lepas ni."
"Kalau nak lagi baik Man, hang kena bagi duit kat mak hang."
"Firdaus, macam mana aku nak bagi, la ni pun aku dok minta duit dari mak pak aku."
"Man, macam ni la. Aku tau hang susah. Hang tak ada duit. Hang cuba buat macam yang aku ajar ni. Hang ambil duit RM10 atau RM20, hang niat di hati. Ya Allah, aku nak bagi duit untuk mak aku ya Allah. Tapi aku sendiri pun tak ada duit. Hanya ini yang aku mampu ya Allah. Aku bagi kepada mak aku ini semata mata kerana Mu ya Allah. Aku mohon, Kau murahkanlah rezeki aku ya Allah. Lepas tu Man, hang pi jumpa mak hang. Hang cakap kat dia. Mak, Man nak bagi duit kat mak ni. Sebenarnya Man teringin sangat nak bagi banyak kat mak, tapi Man tak mampu. Man teringin sangat nak bagi duit kat mak. Mak, buat masa ni. Ini saja yang Man mampu mak. Hang bagi saja duit tu, RM10 atau RM20 kat mak hang. Lepas hang bagi tu, hang peluk mak hang kuat kuat. Hang minta dia tolong doakan untuk hang. Percayalah cakap aku Man, mak hang mesti tersentap. Bayangkan, hang selalu minta duit kat dia. Hari ni hang bagi duit kat dia. Walau pun RM10 Man. Tapi, besar maknanya untuk mak hang Man. Dalam lubuk hati dia, mesti dia menangis. Dia terharu dengan hang. Tau tak. Pasti dan pasti di belakang hang nanti, mak hang akan menangis depan Allah minta Allah mudahkan urusan hang.Bila benda ni semua jadi, insya Allah. Hidup hang akan mula berubah."
"Tapi Firdaus. La ni aku pun dok minta duit kat mak aku. Takkan aku nak bagi duit kat dia pulak. RM10 pulak tu."
"Man, kalau hang tak boleh bagi kat dia RM10, macam mana hang nak bagi kat dia RM100, macam mana nak bagi kat dia RM500. Kena mula dengan kecil, baru boleh jadi besar. Dan hang jangan pikiaq hang nak kena minta duit balik kat mak hang nanti. Bila tak ada duit, minta lagi kat mak hang. Tapi, bagi tetap bagi."
Man terdiam seketika. Memikirkan apa yang saya sampaikan kepada beliau.
"Patutlah, dulu bini aku pun cakap macam tu jugak masa raya. Dia suruh aku bagi duit raya kat mak pak aku RM10 seorang. Tapi aku la yang rasa pelik, sebab esok aku nak minta balik duit kat depa."
"Man, hang terpaksa minta duit kat depa sebab hang dok pikiaq. Hang dah set dalam kepala hang nak minta duit kat depa. Sebab tu hang minta. Cuba dalam kepala hang pikiaq, aku nak bagi aja duit kat depa, hang tak perlu ingat hang nak minta duit kat depa. Barulah hang tak perlu minta duit kat depa dah. Sebabnya, Allah bagi kat kita berdasarkan sangkaan kita kepada Nya. So, hang kena sentiasa pikiaq yang positif saja. Jangan pikiaq yang negatif."
Sekali lagi Man terdiam. Saya sebenarnya rasa tersangat kasihan. Kenapalah beliau masih belum tahu perkara-perkara asas dalam kehidupan.
Allah Allah..... Sian sangat saya kepada beliau.
Lepas itu, saya kongsikan dengan beliau tips perniagaan bagi membantu beliau dalam perniagaan yang baru beliau jalankan sekarang ini.
Dan, saya nasihatkan juga kepada beliau untuk baca ebook yang saya tulis mengenai tips perniagaan dan motivasi keusahawanan. Saya berikan percuma kepada beliau.
"Man, aku dah tulis pengalaman Maria buat bisnes dalam ebook tu. Aku dah share macam mana Maria buat sepanjang dia buat bisnes online tu. Macam mana dalam tempoh 10 bulan, Maria boleh dapat income 5 angka. Hang bacalah buku tu. Harap harap, ada beberapa perkara yang hang boleh belajar."
Sebelum kami pulang, saya membayar duit kami makan. Kemudian, saya serahkan semua duit yang saya ada dalam wallet saya waktu tu kepada beliau. Saya pun tak tahu berapa duit yang saya berikan. Sebab saya tak kira.
Saya dah tahu. Beliau betul betul sesak sekarang. Saya faham sangat masalah dia. Dengan isteri yang tidak berkerja. Dengan anak 3 orang. Allahuakbar. Tak terfikir saya macam mana dia menghadapi semua ini.
Ketika saya menghulur duit itu. Beliau menolaknya.
"Man, aku tau hang susah. Aku tau hang perlukan duit. Hang ambillah. Hang tak perlu bayar balik. Hang doakan aku cukup. Doa bagi Allah mudahkan urusan aku sekeluarga."
Terus beliau menangis. Beliau tak dapat mengucapkan apa apa lagi. Hanya air mata beliau yang menjelaskan segalanya.
Pada waktu itu, air mata saya turut berlinang. Saya tak mampu tolong banyak, itu sahaja yang saya mampu tolong.
Beliau bangun dan memeluk saya. Saya pun dah tak tahu nak cakap apa. Cuba anda bayangkan, suasana ini berlaku di kedai makan. Orang ramai memerhatikan kami berdua.
Allah Allah. Bersyukurnya saya. Bersyukurnya saya kerana saya berada di pihak yang memberi. Nauzubillah saya berada di pihak yang menerima. Saya takut saya tak diberi kekuatan untuk menghadapi situasi itu. Nauzubillah.
"Ya Allah, jauhilah aku daripada diuji sedemikan rupa."
Sebelum berpisah, saya memberi kata kata semangat kepada Man.
"Man, ingat Allah. Jaga hubunga dengan Allah. Insya Allah. Nanti Allah aturkan segalanya untuk hang. Aku doakan agar Allah mudahkan segala urusan hang, dunia dan akhirat."
Saya peluk beliau dan kemudian kami berpisah.
Balik saja rumah, saya rasa saya perlu kongsikan kisah ini dengan anda. Sebab banyak yang saya belajar dari Seminar Jutawan Industri dan kelas Dr Azizan yang lain yang menjadikan saya berada di kedudukan hari ini. Segala ilmu dipelajari, dengan berkat pertolongan dari Allah. Segalanya menjadi mudah buat saya. Syukur.
Kepada kawan kawan rakan pembaca blog, cara saya berfikir yang saya kongsikan dengan Man adalah apa yang diajar oleh Dr Azizan dalam SIJI. Inilah pengajaran yang saya mahu anda semua turut mempelajarinya.
Jika anda rasa kisah ini memberi inspirasi kepada anda, jika anda rasa anda belajar sesuatu dari entri ini, mungkin akan ada seorang dua juga rakan anda yang dapat belajar dari kisah ini. Jika tidak menjadi keberatan buat anda, harap anda tidak sukar untuk anda menekan LIKE button. Agar lebih ramai yang dapat membaca kisah ini dan mengambil iktibar daripadanya.
Wallahualam.
Yang Menulis,
Mohd Firdaus Bin Mat Saad
"Pakar Menukarkan Kata Kata DAO Dalam Bentuk Penulisan Agar Dapat Menyentapkan Hati Pembaca Yang Membacanya......."

COMMENTS