Assalamualaikum,
3 minggu lepas, saya menghadiri satu seminar selama 5 hari.
Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk 5 hari.
Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.
Bertemu Dengan Ramai Jutawan
Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan.
Mereka 'tersangat' kaya.
Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia 40-an.
Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan.
Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta.
Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat.
Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.
Nasihat Dari Para Jutawan
Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.
Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?
Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.
"Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."
Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.
"Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok."
Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.
"Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka."
Wowwww...... Ini rupanya rahsia mereka.
Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka
Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.
Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.
Tiba tiba, bila saya buka beg duit.
Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?
Aduh !!!!!
Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh.... Saya berpeluh seketika.
Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa 'berat hati'. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.
Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.
"Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku."
Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.
"Hmmm.... macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?" tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.
Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.
Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?
Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.
"Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak."
Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.
Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.
Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.
Allahuakbar.
Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800.
Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.
Syukur Alhamdulillah.
Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.
Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.
Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.
Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.
Kali ini, saya berdoa kepada Allah.
"Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi 'pulangan' kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini."
Allah Allah.....
Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.
Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.
Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.
Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.
Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.
Kawan kawan semua.... Jom Bersedekah.
Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah."
Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman.
Kalau ini pun kita tak mampu nak lakukan, hmmm.... Lebih baik kita usah hidup.
Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak memberi selepas ini.
Wassalam
Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.

Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu.

Jangan takut untuk bersedekah.
Allah Allah.....
Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.
Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.
Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.
Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.
Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.
Kawan kawan semua.... Jom Bersedekah.
Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah."
Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman.
Kalau ini pun kita tak mampu nak lakukan, hmmm.... Lebih baik kita usah hidup.
Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak memberi selepas ini.
Wassalam
Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.
Sangat2 bermotivasi....saya pn kurang nk bg yg besar2 takut nnt sendiri xcukup.....cerita ini satu pengajaran yg bermakna....bersangka baik dengan Allah...Allah akan bg yg terbaik.....
ReplyDeleteSangat2 bermotivasi....saya pn kurang nk bg yg besar2 takut nnt sendiri xcukup.....cerita ini satu pengajaran yg bermakna....bersangka baik dengan Allah...Allah akan bg yg terbaik.....
ReplyDeleteAllahuakbar.... insafnya baca posting ni. TQ
ReplyDeleteaku pun takot sgt nk bersedekah..terlalu kedekot.. In shaa Allah akan cbe amalkan ilmu ini
ReplyDeleteKita jgnlah bersedekah sebab nak kaya saja, bimbang kaya atas dunia saja yg kita dapat. Moga Allah redha dgn kita hingga kita pulang mengadap Dia dlm keadaan bersih dan Dia redha pada kita - kaya dunia dan akhirat, ameen.
ReplyDeleteMmg betul bsedekah ni mmg satu amalan mulia.in shaa allah kita akan dpt pulangannya tp biar lah ikhlas kerana allah.bersedekah jg dpt memanjangkan usia.wallahualam.
ReplyDeleteTak pernah terlintas nak sadaqah wang paling besar..biasa ambil plg kecik jee.. terkedu skjp baca post ni.. hmm.. wajib buat ni!!
ReplyDelete:))
ReplyDeleteTak ingat ustaz mana yang cakap... katanya kalau kita tengah pokai.. sedekahkan duit yang kita ada... lebih kurang duit kita.. patutnya lebih kita bersedekah... itulah yg saya buat... resultnya!!!.. sya x pernah keputusan duit... heheheh dan yang lebih hebat... skrg sya rasa macam org kaya... sebab... sentiasa berduit..
ReplyDeleteterbaik info ni..byk lagi sebanarnye ilmu yg perlu dipelajari..subhanallah
ReplyDeleteAssalamualaikum. ..The power of Sedekah..saya sangat percaya tu...pada dua bulan lepas iaitu bulan Mei 2014. Saya mendapat musibah..sakit secara tiba tiba.sehingga solat mengunakan isyarat mata.bayangkan! Di saat itu..nyawa memang di hujung kerongkong..ketika sihat sikit .saya gagah diri untuk ke Maybank Solaris Mont Kiara.pada tengah hari Ahad tu..Ada pak cik meminta derma untuk sekolah Tahfiz..sewaktu saya berjln memang penuh kepayahan...sakit tenat...selepas saya menghulur derma dan berdoa di dalam hati. Ya Allah..sembuhkan sakit misteri ku ini..dan aku ingin merasai nikmat solat yg normal semula...Subahanllah.sebaik saya bergerak dari pakcik itu dan dia seperti mendoakan saya..secara tiba tiba sakit seluruh sendi..dada dan perit daging di hiris itu hilang..demi Allah..inilah kisah yang pertama berlaku..dan saya sembuh sakit . Alhamdullillah. .duhai rakan semua..bersedekahlah ketika sakit..sedih..kepapaan.dan apa jua keadaan..pasti ada ganjaran kerana Allah
ReplyDeleteMisteri & Power of Sedekah
ReplyDelete- Istiqamah dgn nya-
tq for sharing master..sungguh berinspirasi
ReplyDeleteSaya banyak dengar dan baca tips ni, tapi tak berapa nak percaya, tapi pd satu hari tergerak nak sedekah lebih sikit melalui online ke pusat tahfiz, Alhamdulillah... pd hujung minggu tu, sy pg beniaga terus mcm biasa... bagai nak giler... stall kami dikerumun mcm semut urung gula....Alhamdulillah.
ReplyDeleteTidak syak lg sedekah membuat kita 'kaya' dan berjaya..
ReplyDeleteHebat sungguh perkongsian kali ini :) terima kasih.
ReplyDeleteSangat sangat inspirational
ReplyDeleteKeyakinanku semakin kuat dengan semua posting di atas. Alhamdulillah
ReplyDeletesaya sedekah komen dulu..
ReplyDeletedah tak tahu apa nak sedekah..
mudah-mudahan saya murah rezeki macam jutawan itu semua