Assalamualaikum,
Pertama sekali, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada tuan tuan yang sudi membacakan doa, Al Fatihah untuk arwah abah saya.
Terima kasih atas ucapan takziah yang anda berikan.
Alhamdulillah, saya rasakan Allah memberi kekuatan kepada kami 4 beradik untuk menghadapi situasi ini. Syukur Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan mental kepada saya.
Walaupun Allah telah mengambil kembali insan yang kami sayang, kami semua redha dengan ketentuan Illahi.
Saya dapat merasai ketenangan yang dihadapi oleh seluruh ahli keluarga saya menghadapi situasi ini. Syukur sangat sangat.
Mungkin, emak saya emosinya lebih tinggi. Mungkin kekuatan mental emak juga agak rendah pada masa ini. Insya Allah, kami adik beradik yang lain akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk emak agar emak kurang merasai kehilangan suami yang disayangi.
Sikap Abah Sejak Kebelakangan Ini
Jika anda bertanya kepada saya, bagaimana abah kebelakangan ini?
Ini jawapan jujur daripada saya, saya bersyukur dengan perubahan sikap yang ditunjukkan oleh abah saya 2-3 tahun kebelakangan ini.
Sejak 2-3 tahun yang lepas, Alhamdulillah. Abah menjadi seorang ayah yang sangat baik untuk kami semua.
In fact, mak saya sendiri dapat merasai perubahan dalam hidup abah.
Pendek kata, Alhamdulillah. Allah memilih abah untuk banyak melakukan amalan amalan kebaikan ketika di penghujung usia.
Sejak dari pencen, dan terutamanya 2-3 tahun yang lepas. Abah sangat sangat mementingkan Solat Berjemaah sama ada di Masjid atau di Surau.
Saya teringat lagi, selepas pencen Abah ada bercakap dengan saya.
"Sekarang ni, abah dah tak nak apa apa dah. Abah dah ada pencen. Duit pencen yang abah ada cukup untuk tampung hidup kita semua. Sekarang, abah nak fokus dengan ibadah khusus kepada Allah saja. Kalau boleh, Abah nak bertemu dengan Allah dalam keadaan Abah bersedia"
Saya sebagai anak memang boleh nampak Abah benar benar mahu fokus untuk lebih menjaga hubungan dengan Allah sejak beliau pencen. Pada masa yang sama, Abah tak lupa tanggung jawab beliau untuk keluarga dan masyarakat.
Saya tinggal serumah dengan mak dan abah saya. Jadi, saya dapat perhatikan Abah memang betul betul memperbanyakkan amalan amalan sunat untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Misalnya, sejak kebelakangan ini hampir setiap malam Abah akan bangun menunaikan Solat Tahjud, Solat Taubat, Solat Hajat. Allahuakbar.
Ada ketikanya, selepas Solat Subuh Abah akan pulang lewat untuk berzikir dan bermunajat di Surau atau di Masjid.
Selepas Solat Subuh, hampir setiap pagi saya perhatikan Abah akan membaca Al Quran. Walaupun pada usia 69 tahun, saya perhatikan Abah masih gigih untuk menghafal Surah surah penting dalam Al Quran dalam Juzuk 30.
Selepas masuk waktu Dhuha, Abah akan melakukan Solat Sunat Dhuha.
Inilah kebiasaan yang akan Abah lakukan.
Dalam keluarga, Abah menjadi seorang yang lebih penyayang untuk kami semua. Abah selalu membawa anak saya, Farees dan Fateh untuk menaiki motor. Hampir setiap pagi dan petang.
Abah selalu belikan makanan yang sedap sedap untuk kami semua.
Syukur Alhamdulillah. Saya sendiri seronok melihat perubahan hidup Abah di penghujung usianya.
Bersyukur Abah Pergi Dalam Keadaan Bersedia
Jika anda tanya kami sekeluarga, memang kami bersedih dengan kehilangan ayahanda kami. Tapi, kami semua bersyukur melihat Abah 'pergi' dalam keadaan yang agak bersedia.
Dari segi amalan, syukur Alhamdulillah. Dalam hubungan sesama manusian juga, Abah sangat sangat jaga.
Bagi kami sekeluarga, semua orang pasti akan mati. Cepat atau lambat sahaja. Kami bersyukur Abah dijemput mengadap Illahi dalam keadaan beliau bersedia untuk menghadapi situasi itu.
Lebih kami syukurkan, Abah mengakhirkan kalam dari mulut beliau dengan kalimah "Lailahaillallah, Allahuakbar"
Apa lagi yang ingin kami lihatkan, insan yang kami sayang pergi menemui Allah dalam keadaann sempat melafazkan kalimah Syahadah.
Bukan semua orang Allah pilih untuk mengakhiri kalam dengan kalimah suci tersebut.
Pengajaran
Bagi saya, pemergian Abah memberikan seribu satu pengajaran buat kami sekeluarga.
Abah pergi ketika usia 69 tahun. Abah pergi dalam keadaan beliau sihat. Abah ada masalah darah tinggi dan kencing manis. Tapi tidak serius.
Bila mendengar berita Abah meninggal, saya tergamam pada waktu itu.
Saya hairan, macam mana Abah boleh meninggal? Langsung tak ada tanda tanda yang Abah sakit.
Sejak dari dulu, saya memang duduk di rumah bersama Abah saya. Sangat jarang saya lihat Abah sakit.
Mungkin Abah pergi kerana sudah sampai janjinya untuk bertemu dengan Allah.
Namun, ia memberi satu pengajaran yang sangat besar kepada saya.
Disebabkan Abah pergi dalam keadaan beliau masih sihat, saya dapat merasai bahawa Allah boleh menjemput sesiapa sahaja pada bila bila masa.
Ya, ajal maut tidak mengenal usia. Mungkin anda baca tulisan saya hari ini, esok lusa mungkin giliran saya pula. Kita tidak tahu bila dan bagaimana kita akan dijemput untuk bertemu dengan Nya.
Apa yang berlaku ini memberi satu mesej kepada saya, "Saya Harus Bersedia. Maut Boleh Datang Bila Bila Masa".
Bila saya perhatikan, ramai saja warga emas di kampung saya yang lebih berusia dari Abah. Bahkan, ada yang tahap kesihatan mereka jauh lebih 'teruk' berbanding Abah. Namun, Allah memilih Abah untuk pergi dulu.
Jika Allah memilih Abah, ini bermaksud Allah juga boleh memilih saya.
Persoalannya, adakah saya bersedia jika Allah memilih saya pada hari ini? Ia satu persoalannya yang memberi seribu satu keinsafan dalam diri saya.
Allah Allah...... Rasanya, saya belum bersedia untuk menghadapi mati.
"Ya Allah, janganlah Kau ambil nyawaku selagi aku belum bersedia. Ya Allah, Kau gerakkanlah hatiku untuk melakukan amalan amalan yang membawa aku ke syurga Mu. Kau tutupkan lah hatiku untuk melakukan amalan amalan yang membawa aku ke neraka Mu."
Pengajaran Untuk Kita Semua
Sebenarnya, apa yang berlaku kepada saya sekeluarga ini seharusnya menjadi pengajaran kepada kita semua. Walaupun Allah memilih untuk menjemput Abah saya terlebih dahulu, kita semua harus sedar.
Kita mungkin yang seterusnya.
Kita semua harus bersedia. Ya bersedia dari sekarang.
Jika ada amal ibadah yang belum sempurna, kita harus buat yang terbaik dari sekarang. Kita kena beribadah seolah olah Allah akan menjemput kita pada hari esok.
Saya merujuk pada diri saya sendiri, banyak lagi amalan amalan yang harus diperbaiki. Banyak lagi kesalahan lampau yang harus di taubatkan.
Insya Allah, banyak lagi yang ingin saya kongsikan dengan anda selepas ini.
Mohon anda semua dapat sedekahkan Al Fatihah buat arwah Abah dan semua kaum muslimin dan muslimat yang telah pergi menemui Nya.
Percayalah, mereka ternanti nanti kiriman doa daripada kita.
Jika ada 1000 bacaan Al Fatihah dari pembaca blog ini, cuba anda bayangkan, betapa besar pahala yang bakal mereka peroleh.
Jom, setiap orang daripada kita membaca Al Fatihah. Kita sedekahkan kepada mereka yang sedang berada di alam kubur.
Al-Fatihah.
Jemput Baca : Part 1 : Abah !!! Damailah Engkau Di Sana
Jemput Baca : Part 3 : Abah !!! Damailah Engkau Di Sana
Jika anda suka dengan entri ini, mohon anda tekan LIKE Button di bawah.

Terima Kasih Atas Al Fatihah Yang Anda Sedekahkan Untuk Arwah Abah Saya.

Abah lafazkan kalimah ini sebanyak dua kali sebelum terus tidak sedarkan diri.

COMMENTS