Assalamualaikum,
Saya doakan anda semua kaya dan berjaya.
Hari ini, saya nak berkongsi dengan anda satu kisah yang saya alami baru baru ini.
Minggu lepas, ada orang posting gambar ini di Wall Facebook saya.
Kisah ini berlaku di luar negara. Ada seorang insan yang berhati mulia telah belanja anak anak orang miskin di kawasannya untuk makan Mc Donald di tempatnya. Beliau belanja sebagai meraikan 'rezeki' yang beliau peroleh hasil dari gaji pertama beliau.
Kisah ini benar benar memberi inspirasi kepada saya. Saya terfikir, kalau dia menunjukkan tanda 'kesyukuran' dengan cara ini, mengapa saya yang beragama Islam tak terfikir untuk buat perkara yang sama.
Terus saya rasa macam, 'Aku pun nak kena buat macam ni'.
Memandangkan saya 'anti' Mc Donald, saya rasa macam nak belanja anak anak orang kampung saya untuk makan KFC.
So, saya ambil langkah yang pertama.
Saya upload di Facebook Group Parit Buntar Is My Hometown. Saya tanya, jika ada mana mana anak orang susah yang dah lama tak berpeluang untuk makan KFC, untuk pergi ke KFC Parit Buntar, selepas Solat Jumaat untuk saya belanja. Saya 'budget' dalam 20 orang kanak kanak.
Namun, tindakan saya ini mengundang pelbagai pandangan daripada orang ramai.
Ada yang memuji tindakan saya ini. Dan ada yang macam 'lebih sudu dari kuah'.
Ada macam yang mengatakan apa yang saya buat ni tak praktikal.
Ada yang cakap, suruh saya pergi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk cari orang susah.
Ada yang kata, sewa van bawa kanak kanak ni pergi makan KFC di Taiping, sambil lawat Zoo Taiping.
Saya ucapkan terima kasih atas cadangan cadangan yang diberikan.
Tapi, sebenarnya niat saya mudah saja.
Saya nak buat kenduri. Saya nak beri peluang kepada anak orang kampung saya yang kurang kemampuan untuk makan KFC. Itu sahaja.
Bagi saya, mereka mungkin bukan dari keluarga yang terlalu susah. Tapi, mungkin duit perlu diberi keutamaan untuk kegunaan yang lebih penting bagi keluarga mereka.
Saya nak buat benda ni sebab saya rasa, dulu masa saya kecil pun saya teringin nak makan KFC. Tapi, saya jarang berpeluang untuk dapat makan KFC.
In fact, masa saya dapat makan KFC masa saya kecil dulu, saya rasa macam nikmat sangat.
Di hati saya, mesti kanak kanak yang susah ini mempunyai perasaan yang sama. Mungkin mereka mahu, tapi mereka tak mampu.
Tiba waktu yang dijanjikan, saya pergi ke KFC Parit Buntar selepas Solat Jumaat. Bersama saya ada 5 orang budak lelaki dari kampung saya.
Dalam kereta, saya bertanya mereka.
"Adik, bila last adik makan KFC?"
Ada yang menjawab,
"Last makan bulan Januari."
"Last makan tahun lepas."
Yang paling menyedihkan, ada yang jawab. "Saya tak tahu bila saya last makan KFC".
Hampir mengalir air mata saya mendengar apa yang mereka kongsikan.
Saya tiba di KFC Parit Buntar. Saya order makanan yang standard untuk semua orang. KFC Snack Plate untuk setiap seorang.
Sebahagian daripada mereka yang bertuah untuk menerima sedikit 'jamuan' daripada saya. Terima kasih adik kerana sudi hadir. Kegembiraan di wajah mereka memberi satu kepuasan buat saya.
Saya juga meminta tolong anak jiran saya untuk mengajak kawan kawannya untuk join makan KFC. So, berjaya kumpul lagi 5 orang dari kalangan kanak kanak perempuan.
Sambil makan, saya bersembang dan memberi nasihat kepada adik adik ini. Saya memberi nasihat agar mereka semua menjadi anak yang soleh dan belajar rajin rajin untuk menjadi seorang yang berguna suatu hari nanti.
Gambar di atas ni betul betul meng'insaf'kan saya.
Bila saya tengok adik ni makan tak habis, saya tanya. "Adik, kenapa makan tak habis?"
Jawapan adik ini menyebabkan air mata saya mengalir. "Saya nak bawa balik bagi adik saya."
Saya tanya, "Kenapa tak ajak adik datang sekali?" Dia jawab, "Adik saya kecil lagi"
Allahuakbar. Mulianya hati adik ini.
Saya lihat ke sebelah, ada lagi seorang adik tak habiskan ayamnya.
Saya tanya, "Adik, kenapa tak habiskan?" Dia jawab, "Saya nak bawa balik untuk mak".
Allahuakbar. Tersentuh hati saya. Walaupun dia boleh habiskan ayam tu, tapi dia masih ingat nak bawa balik untuk emaknya.
Sedang saya berada dalam KFC, tiba tiba terdengar lagu Raihan yang bertajuk, I'tiraf berkemundang di speaker.
Hati saya terus menjadi sebak.
Air mata saya mengalir menghayati lirik lagu Raihan itu.
RAIHAN - I'TIRAF
Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu
Pada waktu itu, saya teringat kembali. Kalau ditakdirkan suatu hari nanti kita masuk syurga. Ia bukan disebabkan amal ibadah kita. Tetapi kita masuk syurga atas rahmat Allah.
Dan terdetik di hati saya, "Ya Allah, jadikanlah apa yang aku lakukan ini asbab untuk aku masuk ke syurga Mu dengan Rahmat Mu."
Tanpa saya sedari, air mata saya berlinangan.
"Ya Allah, terima lah apa yang aku lakukan ini sebagai satu amal ibadah yang ikhlas dan diterima"
Pengajaran
Apa yang saya tulis ini, bukanlah untuk menunjuk nunjuk atau riya'. Tapi, apa yang saya kongsikan ini adalah untuk kita semua sama sama mengambil iktibar.
Erti Bersyukur Pada Memberi.
Jika kita rasa kita susah, ada ramai lagi yang susah.
Jika kita ada lebihan rezeki, salurkan kepada orang lain.
Mungkin, yang sedikit yang kita berikan itu boleh jadi asbab untuk kita masuk ke syurga Allah.
Semoga, kita semua sama sama dapat membantu anak anak orang susah disekitar kita.
Ayuh, tingkatkan ekonomi kita.
Alang alang hidup, biar jadi kaya.
Alang alang kaya, biar jadi jutawan bertakwa.
Dapatkan Tips & Motivasi Untuk Ubah Hidup Secara Percuma Di : www.ebookniaga.com/sorryboss/maria
Jika Anda Rasa Posting Ini Bermanfaat Untuk Anda, Mohon Anda Tekan LIKE Button Di Bawah. Semoga Lebih Ramai Yang Akan Mendapat Manfaat Daripada Kisah Ini.
Tersentuh hati. Good job boss :)
ReplyDeletetersentuh jugak...in sha Allah bakal buat macam ni jugak di sri serdang
ReplyDeleteMasyaAllah..TabarakaLLah..my mentor..Tahniah kerana memberi inspirasi untuk orang lain menjadi orang yang bersyukur.
ReplyDelete