Assalamualaikum,
Saya doakan anda semua sentiasa berada dibawah lembayung rahmat daripada Allah.
Berniaga Lebih Mudah Bila Kita Tahu Caranya
Inilah topik yang ingin saya kongsikan dengan anda hari ini.
Emak saya ada seorang kawan. Kawan beliau menjalankan perniagaan MLM. Apa yang saya sangat sangat sangat tak suka adalah sikap kawan mak saya ini.
Beliau agak suka 'mendesak' mak saya untuk membeli barang dengan beliau.
Dahulu, semasa Arwah kakak saya masih hidup. Arwah kakak saya 'terpengaruh' sehingga beliau buat loan bank belasan ribu untuk 'join' buat bisnes mak cik itu.
Bisnes arwah kakak saya pula tak berapa menjadi. Biasa biasa sahaja. Akhirnya, loan bank itu terpaksa ditanggung oleh emak saya kerana kakak saya meninggal akibat kanser.
Habis satu cerita. Arwah kakak saya pun dah meninggal lebih dua tahun yang lepas. So, saya sangka habislah cerita.
Tenggelam timbul tenggelam timbul, baru baru ini mak cik ini datang lagi rumah saya. Beliau meminta mak saya beli lagi produk daripada beliau. Ajak mak saya buat bisnes. Boleh pi dari rumah ke rumah.
Saya yang dengar rasa "Gerrrrrrrrr !!!!!" Saya kalau boleh nak suruh mak saya rehat. Dah tak perlu buat bisnes. Mak saya dah berumur. Dah usia 65 tahun.
Bagi saya, sekarang bukan masa untuk mak saya berniaga. Sekarang masa mak saya untuk beribadah dan enjoy hidup dia.
Lagi pun, kami ada 4 beradik yang Alhamdulillah, berjaya dalam kerjaya masing masing. Lagi pun, mak saya dah ada pencen. Pencen arwah abah pun masuk ke akaun mak saya jugak. So, kalau nak dikira dari segi kewangan. Insya Allah, mak saya tak ada masalah.
So... bagi saya tak perlulah mak saya buat bisnes.
Tapiii!! Mak cik ni dok ajak, ajak, ajak dan ajak mak saya buat bisnes MLM tu.
Long story cut short. Hari tu, saya keluar. Dia datang rumah. Tetiba saya balik rumah, mak cik ini dengan beg besar dia sedang 'memujuk' mak saya untuk beli. Mak saya putus idea. Dah tak larat nak berdolak dalih.
Last last, mak saya cakap. "Haa tu dia, Firdaus dah balik. Nanti dia marah saya pulak".
Mak saya cakap macam tu sebab nak lepaskan diri. Nak cakap direct takut mak cik tu kecil hati. So, saya lah yang dikambing hitamkan. Hehe..
So, hari ini mak cik tu telefon saya.
"Firdaus, awat hang tak kesian kat mak hang ka? Dia nak beli kat mak cik barang tu. Kenapa hang tak bagi?"
"Hang kena jaga. Mak hang tu dah tak dak suami. Dia sensitif. Hang cakap sikit dia dah terasa. Kesian dia, nak beli tak boleh."
Gerrrrrr !!!! Sekali lagi.
Panjang lebar saya terpaksa berhujah dengan mak cik ni.
No 1 : Saya tak nak mak saya buat bisnes. Saya nak mak saya berehat, beribadah dan enjoy her life.
Mak cik tu jawab, "Hang kena bagi dia jumpa kawan kawan dia. Boleh dia sambil sambil buat bisnes. Rugi hang, mak hang ramai kawan. Ramai kawan dia boleh jumpa."
Saya jawab la. "Mak saya tak perlu buat bisnes. Duit dia dah banyak."
Mak cik ni jawab. "Kesian mak hang. Dia boring dok rumah saja. Bagi la dia pi rumah kawan kawan dia sama. Jumpa kawan kawan dia. Takkan nak duduk rumah saja."
Gerrrrr !!!!
"Mak cik, mak saya tak boring. Dia ada masa dia pi mengaji. Dia pi kuliah. Pi sana, pi sini. So, dia tak boring."
"Macam ni lah mak cik. Meh saya cakap kat mak cik. Mak saya dah ada barang yang mak cik jual tu. Kalau mak saya nak beli barang yang mak cik jual tu, saya akan belikan. Isunya sekarang, mak saya pun tak mau."
Tanpa berputus asa. Mak cik ni menjawab.
"Mak hang nak beli. Hang yang tak bagi."
Aduh..... Dah fade up. Last last saya cakap. "Mak cik, nanti saya tanya mak saya. Kalau dia nak beli. Saya call mak cik balik."
Bila saya tanya mak saya. Mak saya kata. "Tarak aih..... Mak pun tak mau nak beli. Dia yang dok suruh beli. Mak dah tak tau nak kata apa."
Ok... Case close. Kalau mak cik ni call. Saya akan cakap baik baik kat dia.
Bagi saya, inilah isu ramai orang Melayu hari ini.
Mereka nak menjual, tetapi mereka tak tahu cara menjual dengan betul. Ini bukan menjual dah. Ini mendesak namanya.
Ingat tak dulu dulu, ada orang macam ni datang rumah kita. Lagi kita tak beli, lagi tu lah dia tak balik. Ada yang sampai tengah malam duk promote barang dia. Fuhhh... Saya sempat tengok ibu bapa saya 'kena' macam ni dengan kawan kawan mereka.
Belajarlah Buat Marketing Dengan Betul
Saya bersyukur, Alhamdulillah. Sejak Maria buat bisnes. Kami tak pernah pun buat macam yang mak cik ni buat. Bukan itu sahaja. Kami tak pernah pun nak pi rumah orang. Suruh beli itu dan ini.
SUMPAHHHH TAK PERNAH !!!!!
Saya hanya guna teknik yang Dr Azizan ajarkan. Teknik 'jemput jemput'. Saya guna teknik ini, Alhamdulillah. Customer yang datang mencari saya. Saya tak perlu mencari customer.
Saya dah habis berpuluh ribu belajar ilmu ini. Sebab itu bagi saya, bisnes lebih mudah kalau kita tahu caranya.
Sebab itulah, saya selalu tekankan kepada kawan kawan saya. Kalau nak buat bisnes. Pelajarilah ilmu marketing dengan betul.
Buatlah bisnes apa pun. Kalau kena caranya. "Terpaksa kita jadi kaya"
Seminar Online & Offline Marketing Genius (OMG)
Insya Allah, pada 24 dan 25 May 2014 ini. Saya akan menganjurkan Seminar OMG.
Dalam seminar ini, saya akan berkongsi dengan anak didik saya teknik pemasaran yang terkini. Saya akan berkongsi dengan mereka 'trick' menjalankan bisnes secara offline dan online.
Insya Allah, menggunakan teknik ini. Customer 'terpaksa' beli barang dengan kita. Insya Allah. Saya agak yakin teknik ini sangat berkesan berdasarkan keadaan bisnes saya ketika ini.
Terlalu banyak ilmu yang akan dikongsikan nanti.
Segala ilmu yang dipelajari dari Dr Azizan Osman akan saya kongsikan dengan anak didik saya.
Dan kos untuk seminar dua hari ini hanyalah RM80 sahaja. Sangat murah. Dah la murah. Makanan disediakan pulak. Dah la tu, dapat baju pulak tu.
Sejujurnya, kira macam orang yang hadir tu dapat 'ilmu percuma' la. Modal tu pun untuk kos makan, sewa dewan dan baju.
Sangat sangat sangat murah. Tak terbanding dengan ilmu yang akan saya kongsikan nanti.
Insya Allah, Seminar ini akan diadakan khas untuk anak didik saya, yang berdaftar di bawah Empayar Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS). Tempat seminar adalah di FIT Centre, Batu Caves.
Untuk pengetahuan anda. Tempat kosong hanya ada 14 seat sahaja lagi. Jumlah seat yang ada adalah 100 orang. 86 orang sudah booking untuk hadir.
So, dengan rasa rendah diri. Saya menawarkan kepada anda. Jika ada di antara anda yang berminat nak join bisnes Shaklee. This is the moment.
Anda akan dapat 'jalan short cut' bagaimana untuk anda berjaya dengan cara yang mudah. Bayangkan, saya terpaksa 'mengharungi trial and error' untuk berjaya. Tetapi anda akan dapat jalan terus yang telah saya gunakan.
Namun, tempat ini khas untuk mereka yang nak buat bisnes Shaklee sahaja yer. Jika anda buat bisnes lain, dan sengaja nak hadir untuk mengetahui marketing strategy yang berkesan, saya cadangkan anda tak berbuat demikian.
Ini kerana program ini disubsidi oleh saya untuk anak didik saya dalam bisnes Shaklee sahaja.
Mungkin... anda nak tengok, macam mana program yang saya anjurkan sebelum ini. Anda boleh baca link di bawah ini. Alhamdulillah. Sessi ini berjalan dengan sangat bagus.
Sila KLIK : Mudahnya Menjadi Magnet Rezeki
Saya doakan anda semua kaya dan berjaya. Dipermudahkan urusan anda di dunia dan di akhirat.
Wassalam.
COMMENTS