Assalamualaikum,
Syukur Alhamdulillah. Seminar Online and Offline Marketing Genius (OMG) telah pun berjalan lancar pada 24 dan 25 May 2014 yang lalu.
Ia adalah Seminar Exclusive untuk anak-anak didik saya dalam EMPAYAR MARIA FIRDAUS.
Sebelum ini, saya ada ceritakan mengapa saya teringin sangat untuk menganjurkan seminar ini :
OMG!! BE A MARKETING GENIUS!! (SILA CLICK)
Syukur, Allah telah mempermudahkan segala urusan kami.
Untuk pengetahuan anda, saya ambil masa hampir sebulan untuk merancang program ini. Untuk menjayakan program ini, ia perlukan perancangan yang terbaik daripada saya.
Salah satu matlamat EMPAYAR MARIA FIRDAUS adalah untuk membantu mereka yang ingin 'transform' hidup mereka dari hidup biasa-biasa kepada hidup luar biasa.
Saya nak ajak lebih ramai orang untuk 'upgrade' minda mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Saya nak lebih ramai orang mencapai kebahagiaan hidup, di dunia dan di akhirat.
Allah sudah kurniakan terlalu banyak nikmat kepada saya sekeluarga.
Sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah ini, saya rasa saya perlu membantu orang lain untuk turut bersama-sama mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik.
Matlamat program ini adalah saya nak bantu anak didik saya untuk mereka belajar bagaimana untuk menjalankan perniagaan dengan lebih mudah.
Dalam erti kata yang lain, saya nak 'ajar' mereka segala pengalaman hidup saya sepanjang menjalankan perniagaan dahulu.
Saya nak tunjukkan kepada mereka bahawa buat bisnes itu mudah kalau kita tahu caranya.
So, hari ini, saya nak berkongsi dengan anda hari ini. Sedikit gambar yang sempat saya rakamkan sepanjang program ini berlangsung.
Seminar kali ini diadakan di FIT Centre, Batu Caves. Dewan seminar ini boleh memuatkan 100 peserta. Dilengkapi dengan sound system dan LCD Projector. Alhamdulillah, tempat ini agak selesa.
Antara topik yang saya kongsikan, "Menyingkap Rahsia Kejayaan Master Maria Firdaus". Dalam perkongsian ini, saya berkongsi segala pengalaman saya sepanjang menjalankan perniagaan. Saya kongsikan jatuh bangun saya dalam bisnes ini. Untung siapa yang dengar, mereka tak perlu tanggung rugi macam saya. Mereka boleh belajar dari kesilapan yang saya lakukan.
Antara peserta yang hadir pada hari itu. Mereka adalah insan insan yang memilih untuk hidup luar biasa. Sudah jemu untuk hidup biasa biasa.
Ada yang salin guna laptop terus. Senang katanya. Semua point ada dalam komputer.
Anda boleh baca sedikit, beberapa topik yang saya kongsikan sepanjang jatuh bangun saya dalam perniagaan. Ini hanyalah sebahagian sahaja. Banyak lagi yang dikongsikan sebenarnya.
Dalam seminar ini, kita buat Games. Games yang kita main kali ini untuk 'mengajar' para peserta mengapa ada di antara mereka yang buat bisnes tapi macam tak ada orang nak beli dengan mereka. Kita bongkarkan beberapa rahsia bagaimana nak buat orang 'nampak' kita di mata mereka.
Bagi saya, games ini sangat penting. Sebab saya nak mereka nampak sendiri. Apa yang menyebabkan ada orang yang berjaya cepat, dan mengapa ada orang yang buat bisnes lama tapi masih belum berjaya.
Saya kongsikan pada waktu ini, rahsia bagaimana untuk menonjolkon diri kita di mata masyarakat. Macam mana nak bagi orang nampak yang kita sedang 'berniaga'. Para peserta perlu faham konsep ini sebab inilah saya nak ajar mereka, bagaimana 'menjemput' rezeki datang kepada mereka.
Konsep inilah yang diajar oleh Dr Azizan Osman yang ramai orang tak faham. Sebab dalam bisnes, Marketing is King. Kalau kita dapat kuasai ilmu marketing, Insya Allah. Bisnes kita akan jadi lebih mudah.
Abang Bob dan Wife. Mereka tulang belakang saya dalam menjayakan program ini. Terima kasih banyak banyak sebab terlalu banyak mereka bantu saya. Semoga Allah merahmati dan memberkati mereka selepas ini.
Dalam Empayar Maria Firdaus, inilah yang selalu saya tekankan. Saya nak mereka yang menyertai Empayar Maria Firdaus untuk belajar bagaimana untuk 'Transform' hidup mereka dari hidup biasa biasa kepada hidup luar biasa. Dan salah satu rahsia untuk mereka berjaya adalah dengan mula menulis.
Tulis apa matlamat hidup mereka. Apa yang ingin mereka capai, di dunia dan di akhirat. Sebab saya faham, apa yang bermain di fikiran kita hanyalah angan angan. Tetapi segala yang ditulis dan dilihat dengan mata kita, itulah impian.
Satu rahsia yang ingin saya kongsi dengan anda, jika anda nak ubah hidup anda. TULIS IMPIAN ANDA.
Macam mana anda nak tulis? Semuanya saya kongsikan dalam seminar yang telah saya anjurkan ini.
Habis sessi pertama. Ada perkongsian daripada pakar internet. Beliau pertama kalinya mendengar perkongsian daripada saya. Beliau agak kagum melihat cara saya menjalakan perniagaan ini.
Dan beliau lebih respect dengan saya, sebab menggunakan teknik yang saya gunakan. Tak perlu lagi guna kos untuk FB Ads dan sebagainya. Saya lebih suka guna teknik pemasaran percuma yang ada di internet.
Dan yang lebih best, kesannya sangat superb. Semua ini saya kongsikan dalam OMG.
Makan untuk tengah hari. Untuk pengetahuan anda, kos untuk para peserta menyertai OMG ini adalah RM60 untuk 50 orang yang pertama dan RM80 untuk 50 orang yang berikutnya. Harga ini sebenarnya untuk tampung kos program sahaja.
Sepanjang program 2 hari ini, kita sediakan makan tengah hari untuk para peserta. Menu hari pertama. Nasi Ayam yang sedap. Superb. Thanks to pihak yang menguruskan katering.
Tengok ayam ni pun dah meleleh air liur.
Rata rata peserta berpuas hati dengan makanan yang kita sediakan. Saya suka ingatkan kepada mereka, kita datang ke program ini untuk cari 'ilmu'. Bukan untuk makan. Kalau nak makan yang lebih sedap, boleh makan di luar sendiri. :)
Jemput makan kak....
Beratur untuk mengambil makanan.
Sebelah petang. Sessi bersambung dengan perkongsian yang lebih mendalam untuk anak didik saya memahami konsep marketing 'Jemput-Jemput'. Antara matlamat program ni, saya nak mereka faham. Lepas ni, sepatutnya mereka dah tak ada alasan sukar mencari customer. Sebab sepatutnya, customer yang mencari mereka.
Alamak, macam serius ajer muka saya kan. Tak der lah. Saya rasa sepanjang program, saya banyak berinteraksi dan buat lawak dengan customer.
Saya dah belajar Train The Trainer dengan Dr Azizan Osman. Malulah saya kalau seminar saya biasa biasa. Saya mesti buat seminar yang luar biasa.
Untuk seminar yang luar biasa, saya banyak gunakan teknik 'InfoTainer'. Maksudnya, saya berikan info kepada mereka dalam keadaan santai dan mereka terhibur.
Syukur Alhamdulillah, sepanjang dua hari seminar ini. Saya perhatikan tidak ada seorang peserta pun yang tertidur semasa program sedang berlangsung.
Mereka macam teruja untuk belajar ilmu ilmu yang saya kongsikan.
Saya faham. Jika kita hendak berjaya. Kita kena 'sentuh' hati mereka. Antara luahan hati mereka yang sedang berusaha untuk ubah hidup mereka menjadi hidup luar biasa. Saya doakan beliau akan berjaya. Baru berusia 24 tahun. Tetapi, sangat cepat pick up. Sedikit yang saya ajar, banyak yang beliau dapat.
Actually, she is doing great. Dan insya Allah, jika beliau boleh istiqamah. Beliau akan berjaya satu hari nanti.
Seterusnya, saya jemput Puan Affni untuk berkongsi dengan para peserta rahsia kejayaan beliau. Untuk pengetahuan anda, Affni seorang yang sangat komited. Beliau tidak suka memberi alasan. Even dengan kesibukan kerja beliau sebagai system analyst, beliau masih buat bisnes online secara part time.
Dan yang lebih menyeronokkan saya, buat bisnes geli geli pun beliau mampu menjana pendapatan sampingan 5 angka sebulan.
Saya lebih respect dengan beliau sebab beliau mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Beliau tidak mempunyai maid. Urusan kerja rumah, semua beliau uruskan sendiri.
Dalam perkongsian, beliau katakan beliau selalu tidur sekitar jam 10 malam dan akan bangun semula pada jam 3.30 ke 4.00 pagi sebelum menunaikan Solat Tahjud dan mula buat bisnes online. Inilah yang dikatakan, "Man Jadda, Wajada". Siapa yang berusaha dia yang dapat.
Kalau dalam bahasa Dr Azizan Osman pulak, "Fast Action, Fast Result, Terhegeh Hegeh Action, Terhegeh Hegeh Result."
Beliau adalah antara anak didik saya yang awal. Syukur Alhamdulillah, menggunakan teknik yang saya ajarkan kepada beliau. Kini beliau tak perlu mencari customer. Tetapi customer yang menghubungi beliau. Kan best kalau boleh buat bisnes macam tu.
Kata anak murid Dr Azizan, saya mesti ikut apa yang guru saya buat. "Empayar Maria Firdaus SUPERBB". Amcam? Best tak?
"Empayar Maria Firdaus TERBAIKKKK". Ada beran nak join?
Empayar Maria Firdaus AWESOME !!
Para peserta bergambar selepas habis sessi hari pertama.
Pemandangan pada hari kedua program. Tema hari ini, Hijau Hitam. Untuk pengetahuan anda, mereka yang join seminar ini diberikan T Shirt Percuma untuk lelaki dan Baju Muslimah untuk wanita. Barulah nampak macam best.
Saya lakukan semua ini, sebab saya nak pastikan tagline saya ini menjadi kenyataan.
"EMPAYAR MARIA FIRDAUS - THE MOST HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA"
Saya berkongsi strategy Online Marketing. Untuk pengetahuan anda, siapa yang buat bisnes sekarang tapi tak menggunakan Media Social, anda boleh cakap dekat dia "Kesian".
Sebab, kalau anda tahu mengapa ramai orang buat secara Online, anda akan rasa rugi sangat sebab hanya fokus kepada Offline Marketing.
Saya sedang berkongsi rahsia kejayaan saya.
Perkongsian daripada Pakar Internet. Saya jemput beliau untuk bercakap dalam topik FB Marketing.
Anda nampak tak, apa yang saya sedang buat sekarang. Saya sedang memahamkan anak didik saya untuk memahami teknik perniagaan secara Online, jika boleh difokuskan sehingga 90%. Sebab bagi saya, customer adalah unlimited kalau kita buat secara online.
Dan bila saya jemput, saya hanya menjemput yang terbaik sahaja. Saya mahu anak didik saya dapat yang terbaik. Sebab bagi saya, anak didik saya di bawah Empayar Maria Firdaus perlukan yang terbaik daripada saya.
Saya menjawab persoalan dari peserta. Seperti yang saya katakan, saya jalankan seminar ini secara santai. Saya nak para peserta enjoy. Tak nak mereka stress. And, Alhamdulillah. They really love it.
Setiap yang teknik yang saya ajar, saya akan cuba berikan contoh yang berkaitan dengan para peserta. Sebabnya, saya nak mereka faham apa yang saya katakan.
Sebab, yang saya ajarkan bukan teori semata mata. Saya nak mereka faham secara total.
Pada waktu ini, saya sedang berkongsi dengan anak didik saya 'Rahsia Besar'. Disebabkan ia rahsia besar, saya tak dapat kongsikan dengan anda di sini.
Sejujurnya, saya bayar ribuan ringgit untuk dapat teknik simple ini. Alhamdulillah, menggunakan teknik simple inilah Maria berjaya buat sales yang sangat tinggi setiap bulan.
Dan ramai orang baru perasan teknik ini. Dan selepas mereka belajar, mereka rasa sangat bertuah. Sejujurnya, saya sendiri rasa teruja.
Mengapa?
Seminar ini hari berakhir pada hari Ahad. Tapi hari Isnin dah ada peserta yang menghubungi saya. Beliau berkongsikan, teknik ini sangat sangat membantu beliau untuk buat sales dengan lebih mudah.
Alhamdulillah.
Kan saya dah kata, "Buat Bisnes Lebih Mudah Kalau Kita Tahu Caranya".
Amcam? Ramai tak yang join Seminar OMG? Syukur Alhamdulillah. Saya rasa sangat bertuah dengan kehadiran ramai peserta pada hari tersebut. Bagi saya, bayaran RM80 untuk seminar dua hari, dapat makan free dan baju free pulak tu. Kiranya bagi saya mereka ni dapat ilmu free lah.
Semua ilmu yang saya pelajar ini nilainya ribuan ringgit. Dan mereka dapat dalam tempoh 2 hari sahaja. Alhamdulillah.
Opsss... Ini adalah salah satu team dalam Empayar Maria Firdaus. Mereka adalah sebahagian daripada ahli group saya yang join Cabaran Ideal Weight. Mereka ini dalam proses untuk menurunkan berat badan ke ideal weight. Cabarannya adalah pada hari raya nanti.
Tengoklah apa yang tertulis di baju mereka? " I AM MASTER". Saya doakan impian mereka tercapai.
Maria nak bergambar dengan saya pulak. "You Are Awesome Sayang"
Lihatlah anak kecil pun boleh datang program. Bagi saya, saya faham satu konsep. Memang betul kita semua nak belajar, kita semua nak buat bisnes. Tapi pada masa yang sama saya nak anda bawa anak anak anda ke seminar seminar saya. Sebab apa? Sebab saya nak anda terapkan dalam minda anak anak anda agar satu hari nanti mereka juga akan buat bisnes.
Orang biasa biasa akan pilih untuk kerja makan gaji. Orang luar biasa akan pilih untuk buat bisnes secara luar biasa.
She is soo cute.
Amcam? Cantik tak logo "Maria Firdaus Empire" THE MOST HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA.
Again, sharing daripada pakar internet marketing. Sejujurnya, beliau sangat respect dengan apa yang saya kongsikan. Walau pun beliau pakar, tapi beliau suka konsep yang saya jalankan. Teknik "Jemput Jemput" yang saya ajar sangat "Awesome". Sebab utama beliau kagum, almost zero cost untuk marketing. Syukur Alhamdulillah. Saya sendiri rasa bangga dapat berkongsi ilmu ini dengan anak didik saya.
Ini pula, sharing daripada Kakak Ipar saya, Kam Haryatie. Beliau share bagaimana teknik yang beliau gunakan untuk mencapai pendapatan 5 angka sebulan dalam tempoh yang singkat.
Sharing daripada Master To Be Syakila Kuzairi.
Sharing daripada Master To Be. Adni Harlina. Just nak share dengan anda, Adni dahulu seorang yang hidup biasa biasa. Beliau tak suka buat bisnes. Beliau tak pernah berniaga. Bahkan, beliau benci berniaga.
Sehinggalah satu hari beliau terjumpa group Empayar Maria Firdaus, dan beliau rasa tertarik nak cuba buat bisnes. Secara tak sengaja, beliau 'mencuba'. Dan secara tak sengaja, beliau 'berjaya'.
Anda tahu apa jadi kepada beliau sekarang? Alhamdulillah, beliau sekarang sudah berhenti kerja. Sebab beliau nak fokus buat bisnes secara online. Beliau nak cabar diri beliau untuk hidup luar biasa. Dah tak nak hidup biasa biasa.
Syukur Alhamdulillah. Beliau sekaranga sudah nampak hala tuju yang jelas dalam perniagaan. Inilah yang sering saya katakan. Untuk anda berjaya, anda perlu beri peluang kepada diri anda untuk mencuba.
Dan beliau sangat bersyukur dipertemukan dengan Empayar Maria Firdaus.
Adni, komited dalam perkongsian dengan mereka yang lain.
Abang Bob, fokus dengan sharing kat depan tu. Ni posing ambil gambar pulak.
Hadiah cenderahati yang kami berikan kepada beberapa anak didik kami yang berjaya menunjukkan prestasi yang baik dalam bisnes mereka.
Sekali lagi, Affni berkongsi kisah kejayaan beliau.
Hadiah buat Affni
Hadiah Buat Adni
Hadiah Buat Kam Haryatie
Hadiah Buat Syakila
The Next Slot, saya buat permainan games. Saya tanya, berapa ramai yang nak berurus niaga dengan saya. The games begin.
Sessi berniaga dengan saya.
"Hadiah buat mereka" yang berjaya. Even game ini simple, tapi pengajaran yang mereka dapat sangat 'Superb'.
Di awal seminar, saya ada anjurkan pertandingan. Saya tawarkan sesuatu yang akan mengubah hidup mereka jika mereka berjaya mencatat nota yang paling banyak. Dan pemenangnya adalah, Syazwina.
Hadiahnya adalah Tiket Seminar IMKK Dr Azizan Osman yang kalau anda nak beli di luar, harganya boleh mencecah RM997 untuk satu tiket. Adik ni dapat free aja. Amcam?
Kan saya selalu cakap, salah satu matlamat penubuhan Empayar Maria Firdaus adalah untuk mengubah hidup orang. Saya nak 'transform' hidup orang dari hidup biasa biasa kepada hidup luar biasa.
So, kalau setakat hadiah IMKK untuk adik ni. Apalah sangat. Sebab saya nak beliau berubah. Nak beliau hidup luar biasa. Tak nak hidup biasa biasa.
Bila seminar dah habis. Mereka ambil gambar bersama group mereka. Anda tengok sendiri, anak anak pun ada dalam seminar ni. Anda pergilah cari seminar lain. Pasti dan pasti tak ada anak anak yang boleh join.
Dalam Empayar Maria Firdaus, Family First.
EMPAYAR MARIA FIRDAUS
THE MOST HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA
Sejujurnya, saya bersyukur kepada Allah. Bersyukur kerana saya dapat berkongsi ilmu ilmu yang saya pelajari selama ini dengan anak didik saya.
Ini kali kedua saya buat program. Bulan lepas, saya buat program Seminar Menjemput Rezeki. Tapi, kali ini Seminar untuk Marketing pulak.
Jika anda tanya saya, apa perasaan saya.
Saya bersyukur kepada Allah. Allah anugerahkan saya ramai anak didik yang nak ubah hidup mereka.
Mereka nak transform hidup mereka dari hidup biasa biasa kepada hidup luar biasa.
Saya berpegang teguh kepada amanat Dr Azizan kepada kami anak murid beliau.
"Help Enough People To Get What They Want, And You Will Get What You Want"
Jika ada di antara anda yang berminat untuk menyertai Empayar Maria Firdaus. Anda boleh menghubungi anak didik saya. Mereka yang berkongsi posting ini dengan anda mungkin sebahagian daripada Empayar Maria Firdaus. Anda boleh hubungi mereka.
Insya Allah, mereka sangat sangat berbesar hati untuk membantu anda.
Saya doakan anda yang membaca posting ini sentiasa dirahmati Allah. Dipermudahkan hidup anda semua dunia dan akhirat.
Saya doakan anda kaya dan berjaya.
Mohd Firdaus Mat Saad and Kam Maria Abdul Mutalib
Founder of Maria Firdaus Empire
"The Most Happening Shaklee Team In Malaysia"
Jika anda rasa anda suka dengan posting ini, anda boleh tekan LIKE Button di bawah. Semoga ia akan memberi inspirasi kepada mereka yang lain.
Siapa yang salin kat laptop tu ek... nak nota :p
ReplyDeleteBertuahnya wajah saya di inteprem... :-d OMG memang best gilerr... sangat rugiii siapa tak join... lagi rugiii siapa yang belum join Empayar MFMS - The Most Happening Shaklee Group in Malaysia! (o)
ReplyDeleteSlm.. sharing yang sangat menarik.. http://liyanahazwani.blogspot.com
ReplyDeleteTahniah :) teruskan usaha tuan ;-)
ReplyDeleteTahniah semua..saya akan join group ni secara live satu hari nanti..pasti..sekarang join dari kejauhan dulu..berjaya dunia akhirat..
ReplyDelete