Assalamualaikum,
Petang tadi, saya memandu dari Parit Buntar ke Kuala Lumpur.
Semasa saya memandu, saya rasa macam kereta saya bergegar. Rasa macam something is wrong some where.
Saya teruskan memandu. Hati rasa macam tak berapa sedap. What went wrong actually? Saya baru saja servis kereta saya hari Isnin yang lepas. So, gegaran yang dirasai di dalam kereta merungsingkan saya.
Sebagai langkah berjaga jaga, saya memandu pada kelajuan sederhana. Maksimum 110km/j.
Pada hemat saya, saya rasa tayar saya ada masalah. Mungkin perlu buat aligment dan balancing.
Last sekali buat aligment dalam 6 bulan lepas.
Bila saya lepaskan stereng, saya tengok kereta saya menghala ke arah kiri. Hati saya mengatakan, "Sah, tayar kereta aku bermasalah".
Nak kena pergi buat aligment bila sampai KL nanti.
Semasa memandu, setiba di Rawang.
Tiba tiba..........
"Bommmmmmmm"
Tayar kereta saya meletup. Subhanallah. Masya Allah. Saya memperlahankan kenderaan dan berhenti di tepi jalan.
Seumur hidup, ini kali pertama tayar pecah di tengah highway.
Saya terus menukar tayar kereta dengan tayar spare. Syukur Alhamdulillah. Ada seorang penunggang motorsikal yang membantu.
Saya boleh aja nak teruskan perjalanan ke Keramat. Tapi, untuk mengambil langkah berjaga jaga. Saya keluar di Rawang, saya nak tukar tayar terus.
Long story cut short. Saya jumpa satu kedai tayar. Milik orang yang sebangsa dengan saya.
Saya menceritakan masalah yang saya hadapi. Dan beliau terus cakap, "Kita tak ada tayar kereta ni di kedai ni, kita kena ambil di stor. So, you duduklah sekejap. Nanti saya aturkan"
Beliau memberi jaminan kepada saya, tayar akan sampai dalam tempoh 30 minit.
Selepas 30 minit berlalu, saya bertanya. Macam mana tayar? Dah sampai mana? Beliau cakap, "On the way. Dah dekat dah."
Saya bersabar. Satu jam berlalu.
Saya tanya lagi, macam mana tayar? Lambat lagi ka?
Beliau jawab, "Minta maaf bang, jamm teruk. Kita ambil di Sg Buloh."
Saya macam boleh terima lagi. Ya la, mungkin ada trafik jam. Lagi pun, sekarang ada banyak construction jalan di sekitar kawasan itu.
Keadaan di kedai tayar sangat tidak selesa. Di tambah lagi dengan saya ada Farees, Fateh, Maria, Mak saya dan bibik.
Cuba anda bayangkan apa yang budak budak boleh buat di kedai tayar?
Keadaan bertambah parah. Saya dah letih. Saya dah penat. Saya dah give up menunggu.
Then, saya cakap. "Bang, abang pasang baliklah tayar spare saya tadi. Saya rasa, saya nak pergi dulu lah. Dah lama saya tunggu ni."
"Kejap dik, kejap. Dah nak sampai dah tu. Jamm sket. Saya jamin, dalam tempoh 30 minit akan sampai."
Masa berlalu. Selepas 30 minit, saya tanya lagi.
"Bang, macam mana ni bang. Dah 2 jam saya tunggu ni. Saya pun tak nak bising bising. Saya pun tak kisah lah. Cuma saya minta tolong abang, pasang balik tayar spare saya dan saya nak balik KL ni."
"Kejap dik, dah dekat Tesco dah. Dekat sangat dah tu."
Saya pun tunggu lagi. Pada waktu itu, tauke kedai sudah pun keluar kedai. Yang tinggal di kedai hanyalah staff beliau.
Saya tunggu lagi.
Tapi, masih belum sampai. Mereka telefon orang yang menghantar tayar tersebut, orang itu cakap, sudah ada di kawasan itu.
So, saya bersabar dan terus menunggu.
Masa berlalu.
Kali ini, saya benar benar rasa 'tertipu'. Saya tidak tahu siapa yang tipu siapa. Dia tipu saya, atau orang yang hantar tipu dia.
3 jam menunggu, saya dah tak boleh tahan. Saya cakap baik baik kepada staff beliau, "Kak, saya rasa. Saya dah cukup bersabar. Saya nak balik KL. Saya tak mau marah kak. Tapi, saya minta tolong pasang balik tayar kereta saya. Itu saja."
"Kami minta maaf sangat sangat. Kami tiada niat nak tipu. Kami yang kena tipu dengan orang tu."
Saya malas nak bertekak dengan mereka. Cuba mengawal emosi saya. Sebab, saya rasa tauke kedai tu dah tipu saya.
Awal tadi, dia cakap tayar ada di setor dia.
Sekali orang ni cakap, tayar tu dia beli dari orang lain.
Dah sah sah menipu. Sentap juga sebenarnya.
Anyway, selepas 3 jam menunggu, tayar pun sampai. Dalam masa yang singkat, semua pekerja beliau memfokuskan untuk pasang tayar kereta saya segera.
Long story cut short, selepas 30 minit. Siaplah semuanya sekali dengan balancing dan juga aligment.
Ok. Apa yang saya nak kongsi dengan anda adalah apa pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini.
1. Jangan tipu pelanggan. Jika tayar kita beli dari orang lain, cakap saja beli dari orang lain. Tak perlu cakap, tayar ada di stor. Jujur saya cakap, saya rasa tertipu.
2. Jika ditakdirkan berlaku situasi yang macam tu, sepatutnya tauke kedai atau staf datang berjumpa dengan saya dan ceritakan situasi sebenar. Bagi tahu saya the real story. Bukan 'buat buat cerita'. Saya rasa 'tertipu'. Explain betul betul, dan saya akan cuba memahami keadaan sebenar. Berterus terang lagi baik daripada memberi 'harapan palsu' kepada pelanggan.
3. Jika saya tauke kedai, melihat keadaan pelanggan yang ada anak kecil. Saya akan buat yang terbaik untuk 'cater' pelanggan saya ini. Cuba bayangkan, selepas 3 jam saya menunggu dalam keadaan anak anak saya sudah letih. Baru mereka datang nak 'offer' tempat rehat untuk kami. Itu pun selepas saya desak suruh mereka pasang balik tayar 'spare' saya.
Sebagai pemilik kedai, mereka perlu peka. Kalau ada customer dengan anak kecil yang dah tunggu lebih sejam. Tolong berikan yang terbaik dari segi keselesaan. Just try your own best. Cuba bayangkan, selepas 3 jam menunggu. Barulah mereka rasa nak 'jamu' kami dengan air kosong.
Actually, bukan saya nak dan harap sangat air tu. Cuma, dari segi 'servis', mereka perlu 'cover' kesilapan mereka dengan 'memberi' nilai tambah kepada pelanggan supaya pelanggan 'sejuk hati'. Tapi, itu tidak berlaku.
4. Jika saya jadi tauke kedai, jika pelanggan dah desak suruh pasang balik tayar spare sebab nak 'balik'. Saya akan buat. Sebab, pelanggan berhak untuk memilih apa yang pelanggan nak. Tapi, mereka tidak mahu pasang balik tayar kereta saya. Macam mana saya nak balik. Saya seperti dah 'tersepit' di situ.
Tiada pilihan. Saya terpaksa menunggu juga.
5. Jika saya tauke kedai, bila berhadapan dengan 'customer' yang menghadapi masalah sebegini. Saya akan beri extra kepada pelanggan. Jika saya di tempat beliau, saya akan beri 'diskaun' tambahan. In fact, saya mungkin tak ambil untung. Saya hanya akan jual pada harga modal sahaja. Ini yang 'terbaik' saya akan lakukan untuk tebus balik 'dosa' yang saya lakukan.
Mungkin betul, dia kene 'tipu' dengan supplier dia. Tapi, di pihak pelanggan. Pelanggan 'tak nak tahu' semua itu. So, to be fair dengan customer. Jika saya tauke kedai itu, saya akan beri diskaun tambahan kepada pelanggan saya.
Dalam bisnes, ya betul. Kita nak untung. Tapi, dalam kes kes tertentu, macam kes ini. Cuba ketepikan soal keuntungan. Berikan keutamaan kepada pelanggan.
Mungkin, jika diberi air kotak atau air ais diperingkat awal boleh meredakan sedikit 'kemarahan' pelanggan.
Saya juga seorang yang buat bisnes. Bagi saya CUSTOMER IS KING.
Cuba buat yang terbaik untuk customer saya.
Mungkin kita 'rugi' sket dengan satu customer, tapi disebabkan 'akhlak' kita yang sentiasa mahu berikan yang terbaik kepada customer, Allah akan melorongkan pelbagai jalan untuk menambah rezeki masuk ke kedai kita.
Sebab itulah saya selalu berpesan.
"Jangan berniaga sebab nak kaya. Tapi berniagalah disebabkan kita nak bantu orang lain. Nak tambah nilai hidup orang lain. Nak selesaikan masalah orang lain. Nak berikan yang terbaik kepada orang lain. Dan jika kita buat bisnes sebab benda ni, jangan risau. Kita terpaksa jadi kaya"
Kepada anda yang membaca posting ini, jika anda buat bisnes. Ingatlah pesan saya.
Sentiasa berikan yang terbaik kepada pelanggan kita. Insya Allah. Allah akan mendatangkan rezeki yang berlipat ganda untuk kita.
Semoga kisah ini dapat menjadi iktibar kepada kita semua.
Wassalam.
Jika anda rasa anda suka dengan posting ini, mohon anda LIKE di bawah ini. Semoga ia dapat memberi 101 pengajaran kepada rakan rakan anda yang lain.

3 jam saya 'wirid' di kedai ini.

COMMENTS