Assalamualaikum,
Baru baru ini, saya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Surau An Najah Simpang 4, Kg Kedah, Parit Buntar, Perak untuk membincangkan persediaan Majlis Sambutan Ramadhan 1435H kali ini.
Di surau, saya merupakan Penolong Setiausaha dan juga AJK Pemuda. Banyak juga tanggung jawab yang sudah mereka amanahkan kepada saya.
Untuk mesyuarat yang lepas, Setiausaha Surau bercuti di luar negara, maka saya 'terpaksa' buat kali pertamanya menjadi 'Setiausaha' untuk mencatit mini mesyuarat. Sekitar 25 orang yang menghadiri mesyuarat pada hari tersebut.
Tinggal kenangan, biasanya arwah abah yang akan mempengerusikan mesyuarat di Surau. Selepas pemergian arwah abah, tugas ini dipikul oleh Pemangku Pengerusi, Tuan Haji Hassan.
* Untuk makluman anda, karpet biru di surau ini ditaja oleh pembaca blog www.mariafirdaus.com.my yang telah disumbangkan 2 tahun lepas. Keadaan karpet masih dalam keadaan yang sangat baik. Tahniah kepada mereka yang mencari 'pencen kubur' sejak 2 tahun lepas dengan menyertai kutipan ini.
Untuk Ramadhan kali ini, saya sebagai AJK Pemuda telah diamanahkan untuk menguruskan beberapa perkara. Antaranya :
1) Menyertai program gotong royong bersihkan surau pada 22 Jun 2014. (Saya berada di KL masa ni, tak dapat join)
2) Membantu menyelaraskan majlis berbuka puasa di surau.
3) Mengetuai Majlis Bacaan Tahlil dan Doa 30 minit sebelum berbuka. Ini tugas baru buat saya. Sebelum ini, tugas ini dijalankan oleh mereka yang lebih berumur. Tapi, kali ini mereka suruh saya dan beberapa orang muda untuk menguruskan majlis tahlil dan bacan doa. Bagi saya, ia satu cara untuk mendidik kami, anak muda untuk belajar mewarisi apa yang biasanya dilakukan oleh orang berumur.
4) Program 'Geng Muda Baca Quran'. Mencari 30 pemuda di kawasan surau untuk membaca sekurang kurangnya satu juzuk satu orang. So, dalam Ramadhan kali ini. Saya mesti mendapatkan 30 pemuda untuk membaca Al Quran.
5) Biro Pemuda mesti menganjurkan buka puasa Perdana bersama ibu tunggal, anak yatim dan orang miskin pada 28 Ramadhan.
6) Membaca Khutbah Hari Raya dan juga Mengimamkan Solat Hari Raya Aidil Fitri.
i) Imam : En Ahmad Najib Bin Hassan
ii) Khatib : En Mohd Firdaus Mat Saad
iii) Bilal : En Ahmad Zaini Ibrahim
* Semua orang muda. Apa saya perhatikan, pihak Surau sekarang ini sangat sangat mementingkan latihan untuk anak muda bagi mengambil alih tugas tugas yang biasanya dilakukan oleh mereka yang sudah berumur.
Dari satu sudut. Saya melihat ia sesuatu yang sangat positif. Mereka betul betul memberi ruang kepada kami untuk belajar banyak perkara dari usia muda. Jika nak diikutkan, ramai lagi Imam yang lebih senior di surau ini. Tapi, mereka semua sepakat untuk menyerahkan Imam, Khatib dan Bilal semasa raya untuk orang muda.
Sesuatu yang saya rasa 'jarang' berlaku di tempat lain.
Sumbangan Pemuda Pada Tahun Tahun Yang Lepas
Di surau saya, saya diamanahkan untuk memikul tanggung jawab yang sangat berat. Iaitu tugasan mencari dana untuk menampung aktiviti di surau.
Misalnya, pada dua tahun lepas. Di tulis dalam minit mesyuarat kejayaan saya mengumpul dana sebanyak RM6,000 untuk majlis berbuka puasa.
Alhamdulillah. Ia bukan satu jumlah yang kecil. Sumbangan ini untuk menampung perbelanjaan selama 15 hari sahaja.
Antara Minit Mesyuarat 2 tahun yang lepas. Makluman mengenai sumbangan yang diberikan oleh pembaca blog ini melalui saya di Surau Simpang 4, Kg Kedah, Parit Buntar. Kutipan RM6,000 untuk Majlis Berbuka Puasa dan RM9000 untuk menukar karpet yang baru.
Atas kejayaan mencari dana RM6,000 untuk program dua tahun lepas, tahun lepas saya diamanahkan untuk mencari dana sebanyak RM12,000 untuk menampung majlis ini selama 30 hari. Alhamdulillah, sekali lagi pembaca blog ini telah beramai ramai menyumbangkan RM12,000 untuk majlis berbuka puasa di surau saya sepanjang Ramadhan yang lalu.
Jadual 15 hari pertama di Surau An Najah pada tahun lepas. Tajaan Surau. Hasil sumbangan daripada anda semua, pembaca blog ini.
Jadual 15 hari yang terakhir pada tahun lepas.
Berikut merupakan jumlah pembayaran kepada pihak katering telah menyediakan makanan kepada ahli jemaah di surau. Secara keseluruhan, terdapat 3 katering yang telah terpilih. Dan jumlah bayaran untuk mereka bertiga adalah sebanyak RM13,280. Di tambah dengan bayaran membasuh pinggan mangkuk di surau RM400 dan juga sumbangan RM1,000 kepada pihak Masjid Hijau Kampung Kedah untuk tajaan majlis berbuka puasa di masjid selama 2 hari. Jumlah keseluruhan RM14, 680.
Farees turut menyertai majlis berbuka puasa di surau. Walaupun dia tak puasa. Hehe..
Antara juadah berbuka puasa yang disediakan pada tahun lepas.
Setiap hari, sekitar 80 jemaah yang akan hadir ke surau untuk berbuka puasa setiap hari.
Sumbangan Pemuda Tahun Ini
Untuk makluman anda, salah satu perkara yang mencabar bagi penduduk di kampung saya adalah dari segi kewangan. Tahun lepas, ada hampir 8 orang wakil penduduk yang mengutip derma bagi pihak surau bagi menampung program sepanjang Ramadhan.
Misalnya, saguhati untuk AJK Surau, Imam & Bilal Terawih, sumbangan untuk anak yatim, orang fakir miskin, ibu tunggal dan juga orang kurang upaya.
Jumlah yang dikutip adalah sekitar RM3000++ sahaja. Sedangkan penerimanya tersangat ramai. Bila dibahagikan, tersangat sedikit yang diterima. Sedih rasanya.
Yang lebih menyedihkan saya, semasa mesyuarat. Ada cadangan untuk membatalkan pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Saya 'membantah' cadangan tersebut. Bagi saya, mereka yang susah wajar di bantu.
Then, mesyuarat bersetuju untuk membatalkan pemberian sagu hati kepada AJK Surau. Ini dapat menjimatkan wang surau sekitar RM800. So, mereka yang memerlukan dapat menerima lebihan peruntukan pada tahun ini.
Isu seterusnya adalah, saya sebagai Biro Pemuda diamanahkan untuk mencara dana bagi menampung majlis berbuka puasa dan aktiviti aktiviti di surau saya. Target yang diberikan kepada saya adalah RM12,000 untuk dikumpul dalam tempoh 10 hari.
So, saya dengan rasa rendah diri dan suka citanya, ingin membuat tawaran bisnes yang pasti menguntungkan kita semua.
Sasarannya adalah RM12,000. Jumlah ini sesuatu yang sangat besar.
Saya agak positif untuk mencapai jumlah yang disasarkan. Insya Allah, dengan niat semata mata mencari redha Allah. Allah akan bantu saya untuk mencapai matlamat ini.
Saya agak positif untuk mencapai jumlah yang disasarkan. Insya Allah, dengan niat semata mata mencari redha Allah. Allah akan bantu saya untuk mencapai matlamat ini.
Selain daripada itu, saya juga sudah booking sumbangan kurma untuk surau saya. Sumbangan derma untuk tempoh satu bulan. Maksudnya, semua yang datang berbuka di surau akan makan kurma yang disumbangkan oleh pembaca blog ini.
In total, saya perlukan RM12,000.
Sebenarnya, pahala memberi makan orang berbuka amat besar. Kita akan mendapat pahala seperti mana pahala orang itu berpuasa. Tidak terkurang walaupun sedikit.
Bayangkan, setiap hari kita dapat pahala 80-100 orang yang berpuasa. Subhanallah. Besar pahalanya tu.
Bagi anda yang berminat untuk menyumbang, anda boleh beri sumbangan melalui akaun Maybank saya.
Nama : MOHD FIRDAUS BIN MAT SAAD
Akaun : Maybank 1521 1604 0160
Emel : mariafirdausblog@yahoo.com
Terima kasih kepada yang menyumbang. Bagi saya, jika sekarang ini Allah kurniakan rezeki yang 'lebih' kepada anda, apa salahnya anda berkongsi rezeki itu dengan orang lain. Jika ada sedikit, sumbanglah walaupun sedikit.
Kalau anda tak dapat menyumbang di sini, harap anda dapat menyumbang di tempat anda. JANGAN SESEKALI TIDAK MENYUMBANG KERANA ANDA MENGATAKAN ANDA TAK CUKUP WANG.
Sumbanglah walaupun sedikit. Insya Allah, yang sedikit itulah yang akan memberikan lebih banyak kepada anda.
Semoga usaha kita yang kecil ini dipandang besar oleh Allah. Semoga Allah menanam perasaan untuk 'memberi' dalam hati kita.
Bagi pihak surau, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan anda untuk program di surau ini. Semoga Allah memberikan ganjaran syurga kepada kita semua.
Sekian. Wassalam.
* Jika tak keberatan, saya mohon agar anda dapat LIKE post ini. Mungkin ada seorang dua rakan anda yang mahu menyumbang, dapat menyumbang di sini.
Assalamualaikum.... insyallah naiwaitu Tuan Haji kan dipermudahkan.dan saya yakin sasaran tersebut mampu dicapai ....
ReplyDelete