Ini sambungan daripada entri sebelumnya.
Assalamualaikum,
Terima kasih kerana masih sudi mengikuti perkembangan percutian kami di USA.
Semoga apa yang kami kongsikan ini sedikit sebanyak memberi motivasi dan inspirasi kepada anda semua untuk turut berjaya dalam kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat.
Global Recognition
Seperti yang saya kongsikan sebelum ini, percutian kami ke US selama 10 hari ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Jumlah kos untuk seorang bagi mengikuti percutian ini adalah sebanyak RM19,000.
Syukur, semuanya percuma. Alhamdulillah.
Kami ke US bukan sekadar untuk bercuti, tetapi kami juga mengikuti Shaklee Global Conference di sana. Dan salah satu event dalam conference tersebut adalah pemberian anugerah kepada kami yang berjaya mencapai sasaran jualan yang tertentu pada tahun lepas.
Alhamdulillah, walaupun kami masih lagi setahun jagung dalam perniagaan ini, tetapi Allah banyak membantu kami.
Sedikit yang kami buat, banyak yang Allah berikan. Kalau nak dihitung nikmat Allah yang diberikan kepada kami, memang tak terhitung.
Hari ini, dengan rasa rendah diri kami nak berkongsi dengan anda semua anugerah yang kami terima daripada Shaklee di US tempoh hari.
Secara keseluruhan, kami memperoleh anugerah untuk 5 kategori. Sejujurnya, bukan mudah untuk anak muda seperti kami memperoleh anugerah sebanyak ini diperingkat global. Ia satu pengiktirafan kepada kami semua.
Syukur Alhamdulillah.
Antara anugerah yang kami bakal peroleh.
Kami diberikan name tag ini untuk masuk dan bagi menerima anugerah pada hari tersebut.
Shaklee Star Achiever. Alhamdulillah.
Pada sebelah petang yang dirancang, kami berada di dewan. Maria bergambar bersama Master Zahirah.
Orang ramai mula berpusu pusu masuk ke dalam dewan.
Kami bergambar di luar dewan.
Di dalam dewan.
Ribuan peserta mula mengambil tempat di dalam dewan.
Kami duduk dibarisan hadapan. Tak jauh dari pentas.
Bergambar di dalam dewan.
Majlis dimulakan dengan perkongsian daripada Mr Roger Barnet. Beliau berkongsi sales Shaklee yang naik mencanak sejak beberapa tahun lepas. Peningkatan yang sangat memberangsangkan. Ini bermaksud Shaklee makin diterima oleh masyarakat hari ini.
Mr Roger memberi motivasi kepada kami untuk terus berkongsi kebaikan Shaklee dengan orang lain.
Shaklee ternyata telah membantu ramai orang dari segi ekonomi. Ramai orang hari ini telah memperoleh pendapatan sampingan 4-5 angka sebulan melalui Shaklee.
Selepas itu, ada perkongsian daripada Mr Roland Oosterhouse iaitu Presidential Master Coordinator dalam Shaklee. Ini merupakan pangkat tertinggi dalam Shaklee.
Selepas itu, terdapat perkongsian daripada Mr Victor Lim iaitu President Shaklee Malaysia.
Ucapan tahniah kepada mereka yang mendapat anugerah pada hari itu.
"Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap, apa yang kita doa itu lah yang kita akan dapat."
Berkongsi kejayaan barisan Master Coordinators di Malaysia.
Mr Victor Lim berkongsi perkembangan jualan Shaklee di Malaysia.
Pada tahun 2013 sahaja, ia meningkat sebanyak 840% berbanding tahun sebelumnya.
Pertambahan ahli baru yang join Shaklee. Ini menunjukkan masyarakat Malaysia semakin mempercayai Shaklee. Dan mereka semakin yakin dengan apa yang Shaklee mampu tawarkan.
Barisan Presidential Master daripada Malaysia dijemput naik kepentas untuk berkongsi sedikit sebanyak rahsia kejayaan mereka.
Inilah group kami. Walaupun berpurdah, masih mampu untuk berjaya. Dalam Shaklee, kami tak perlu nak berpakaian yang mahal mahal, make up berlebih lebihan. Kami tak perlu semua itu. Apa yang kami amalkan adalah konsep bersederhana dalam kehidupan. Untuk pengetahuan anda, mereka ini jutawan. Tapi perwatakan mereka masih lagi biasa biasa seperti kita semua. Syukur dan rasa seronok sangat dipertemukan dengan group yang sangat best ini.
Master Iffa. "When you believe what you believe, your believe come true."
Master Shareeza. "Joining Shaklee is the best decision I ever made in my life besides marrying my husband." Jutawan muslimah ini sempat lagi buat lawak atas pentas.
Kami bersyukur dan berbangga kerana bendera Malaysia berkibar megah di atas pentas dunia.
Sejujurnya, ramai Mat Salleh dan Minah Salleh yang datang jumpa kami dan bertanya, "How did you do that. You are so young and you become master so fast?" Mereka teruja dengan kami semua yang berjaya menjadi Master pada usia yang muda.
Syukur Alhamdulillah, mampu menjadi duta kecil buat warga Malaysia. Memperkenalkan Malaysia di mata dunia.
Seterusnya, pemberian anugerah untuk barisan usahawan Shaklee yang berjaya bagi 5 kategori hadiah.
Dengan rasa bangga, saya mengumumkan nama saya sendiri. "I'm Mohd Firdaus, from Parit Buntar Perak, Malaysia"
"My name is Maria, from Kuala Lumpur Malaysia"
Sempat bergambar di atas pentas.Satu perkara yang sangat sangat respect dengan big big bos Shaklee di peringkat international. Kami dah maklumkan kepada mereka, jangan bersalam dengan wanita Malaysia yang bertudung. Dan mereka respect permintaan kami itu. Apabila wanita Muslim naik ke pentas, mereka hanya meletakkan tangan kanan mereka di bahu kiri mereka dan tunduk sebagai tanda hormat. Alhamdulillah, kami dapat memahamkan mereka yang yang Islam ajar kepada kita semua.
Untuk yang bukan dari Malaysia dan bukan beragama Islam, saya perhatikan mereka bersalaman dan kemudian melagakan pipi apabila bersalam. Mungkin ini budaya mereka yang kita perlu hormat.
Berarak di atas pentas.
Terasa bangga membawa bendera Malaysia di pentas dunia.
Antara hadirin dari seluruh dunia yang memenuhi dewan pada hari itu.
Hadiah yang kami dapat adalah daripada Tiffany & Co.
Pasu bunga kristal.
Star Achiever 5 Categories, Shaklee Live, Long Beach, California
Untuk pengetahuan anda, pada hari itu juga adalah hari jadi Roger Barnett. So, Shaklee buat surprise untuk beliau.
Membawa kek shaklee yang sangat besar untuk naik ke pentas. Kek replika ini lebih tinggi dari orang. Mereka mengatakan, Roger akan mendapat hadiah yang paling istimewa dalam hidup dia pada hari itu.
Rupa rupanya, ketiga tiga anak dia yang ada dalam kek tu. Haha... They are so special..
Untuk makluman anda, Roger adalah seorang yang jenis 'Family Man'. Beliau sangat mengutamakan keluarga dalam semua perkara.
Bila ada event pun, anak dan isteri turut dibawa bersama. Sebab bagi beliau, perniagaan yang beliau buat sekarang adalah untuk anak dan isterinya.
Jadi, mengapa tidak didedahkan mereka semua dengan bisnes yang beliau buat sekarang.
Saya sangat kagum dengan karektor yang ada pada Roger Barnet. Mudah mudahan Allah beri hidayah kepada beliau.
Saya rasa, inilah sahaja yang ingin saya kongsikan dengan anda untuk entri hari ini. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Saya doakan Allah berikan kejayaan dan kebahagian hidup kepada kita semua, di dunia dan di akhirat.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kekayaan kepada kita semua, semoga kita dapat guna kekayaan itu untuk membantu lebih ramai orang lain di luar sana.
Wassalam
Master Maria Firdaus
Founder Maria Firdaus Empire,
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia
Jemput baca kisah perjalanan kami seterusnya di sini.
Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk anda, mohon anda tekan LIKE Button di bawah. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang lain selepas ini.
best entry ni encik maria firdaus,
ReplyDeletesemoga bernet and wife dapat hidayah nanti, soon, insyaallah..
best tgk rakyat Malaysia harumkan nama Malaysia...
Malaysia tahun ni sangat2 glamer... hehe... dimana2, org sebut Malaysia..
rakyat kecil berjiwa besar.. best2... bawa imej islam lagi.. mmg best! :)
umi-a