Assalamualaikum,
Entry kali ini, saya nak berkongsi tentang Program Kecemerlangan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang telah berlangsung pada 17 September 2014 di MRSM PDRM Kulim.
Bersama 150 pelajar Tingkatan 3.
Beginilah Kisahnya
Semasa saya berada di USA bulan lepas, saya ada menerima satu panggilan telefon daripada seorang guru dari MRSM PDRM Kulim.
Beliau nak jemput saya untuk berkongsi rahsia dan tips untuk pelajar tingkatan 3 di situ yang akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3. Jangan tak tahu yer, ini tahun pertama PT3 bagi menggantikan PMR.
Bentuk soalan dah tak sama macam dulu. Batch ini adalah batch pertama yang akan menduduki peperiksaan PT3 ini.
Selepas balik dari USA, pihak maktab mengatur tarikh hari ini untuk saya berkongsi dengan para pelajar di sana.
Mereka memberikan saya tempoh masa selama 3 jam untuk berkongsi rahsia dan tips serta motivasi kepada para pelajar.
So... Jom kita layan gambar gambar yang sempat dirakamkan sepanjang saya berada di sana pagi tadi.
Pintu masuk MRSM PDRM Kulim
Ini masjid di dalam MRSM PDRM. Kami singgah dulu untuk menunaikan Solat Sunat Dhuha.
Pintu Gerbang Selamat Datang Ke MRSM PDRM
Bangunan pejabat MRSM
Setiba di dewan, para pelajar sudahpun menunggu saya. Mereka yang datang awal, bukan saya yang datang lambat. Hehe.. Saya datang 30 minit lebih awal.
Setup up slide dulu
Wajah wajah ceria para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan lagi 25 hari. Good luck yer adik adik. Semoga berjaya. Diwajah mereka tersenyum, di hati mereka hanya Allah yang tahu. Hehe.
Kami dah bersedia. Ececeh..... Yang penting mereka senyum.
Program Motivasi daripada Mariafirdaus.com.my "PT3 Kau Tunggu Aku Datang". Best jer tajuk...
Atas meja dia orang ,ada pulak paper Ujian Pendidikan Islam.
Maria jadi pembantu saya. Thanks my dear.
Majlis bermula. Saya guna handsfree mic untuk memudahkan saya bergerak dari kiri ke kanan pentas.
Perkara pertama yang saya mesti buat sebelum start program adalah nak kena bangkitkan energy para pelajar. Kalau tak, ada yang lemau nanti.
Are you ready?
Jom... Kita mulakan..
Tarik nafas, tahan.......... Lepaskan...
Jom kita buat Chicken Dance sket boleh?
Mula mula buat sambil malu malu kucing.
Semakin seronok buat....
Akhirnya, mereka dah enjoy. Dah dapat 'membangkitkan' energy mereka. Buang jauh jauh yang rasa nak tidur dan ngantuk tu.
Berapa ramai yang nak dapat 8A dalam PT3 angkat tangan say "I"?
Terus saya mendoakan mereka yang mengangkat tangan tadi.
Menyalin nota daripada apa yang saya sampaikan.
Bagus para pelajar MRMS PDRM ni, sangat energetic dan supportive.
Khusyuk mendengar.
Alhamdulillah, 3 jam saya berkongsi tak ada seorang pun yang tidur. Semuanya bersemangat.
Semoga adik ni dapat 8A. Impian mereka, nak dapat 8A dan nak masuk MRSM PKP. Then nak belajar ke luar negara.
Saya kalau bercakap, tak gerak ke kiri kanan dewan tak sah. Actually, maktab hanya sediakan microfon di rostrum tu. Saya bawa mic saya sendiri.
Adik ni pelajar terbaik dikalangan pelajar Tingkatan 3. Saya minta di kongsi sedikit rahsia dia. Actually, untuk memastikan perjalanan seminar yang terbaik, saya siap bawa wireless microphone lagi. Sebab nak bagi semua orang boleh dengar perkongsian yang dibuat oleh pelajar lain.
Seriously, mereka suka dengan pengalaman serta tips yang saya kongsikan dengan mereka.
Apa yang saya kongsikan? Saya kongsikan rahsia macam mana saya dan adik beradik saya 4 orang berjaya menjadi pelajar cemerlang di universiti di United Kingdom. Saya kongsikan rahsia serta tips macam mana nak menduduki peperiksaan.
Berkongsi penting menulis matlamat dalam melakukan sesuatu perkara. Ini perkara asas yang ramai orang buat silap.
Saya nampak ada beberapa tempat kosong di hadapan. Then, saya cabar mereka yang duduk di belakang untuk datang ke hadapan. Alhamdulillah, mereka bangkit dan maju kehadapan. Itu langkah pertama yang mereka buat untuk 'BERTINDAK'.
Puan Noreha, Penyelia PT3. Beliau bertanggung jawab untuk memastikan para pelajar tingkatan 3 cemerlang pada tahun ini. Beliau jugalah yang jemput saya untuk memberi perkongsian dengan pelajar di situ.
Saya berkongsi 7 rahsia macam mana nak jadi pelajar yang luar biasa..... Mereka yang mendapat result yang luar biasa mesti mempunyai rahsia yang luar biasa. Alhamdulillah, saya berkongsi tips macam mana saya menjadi pelajar terbaik di University of Sheffield, UK masa saya belajar dahulu.
Mereka benar benar teruja dengan rahsia yang saya kongsikan.
Rahsia yang ketiga untuk menjadi pelajar luar biasa adalah .............................................. Kalau anda serius nak tahu, anda leh tengok di sini. www.rahsiapelajarcemerlang.com
Adik ni menjawab soalan yang saya utarakan. Jawab dengan betul dan dapat hadiah.
Ramai yang bersemangat nak jawab soalan. Sebab kalau mereka jawab dengan betul, saya bagi hadiah yang bernilai RM30. Ada lebih kurang 10 orang yang jawab.
Tahniah kerana fokus semasa perkongsian yang saya berikan. Jawab dengan betul, dapat hadiah ye.
Menerima sedikit cenderamata dari pihak maktab.
Habis program, ada beberapa pelajar yang datang berjumpa saya untuk bertanya soalan. Disamping saya tanya feedback daripada mereka.
Bergambar sebelum kami berangkat pulang.
Antara testimoni para peserta program ini.
Antara testimoni para peserta program ini.
Sebenarnya sangat suka memberi ceramah dan motivasi kepada para pelajar. Serius...
Allah dah bagi banyak kejayaan kepada saya, mengapa tidak saya berkongsi rahsia rahsia ini dengan mereka. Ilmu tak baik disimpan. Ilmu perlu disampaikan.
Malangnya, satu perkara yang membataskan saya untuk bersetuju menerima undangan ceramah motivasi adalah MASA.
Memang saya dijemput sekitar 2-3 jam untuk satu satu program. Ada yang 7-8 jam. Saya tak kisah menggunakan masa saya untuk kerja 'dakwah' ini.
Cuma satu saja, saya rasa letih lepas berceramah.
Banyak masa yang diperlukan untuk membuat persiapan, masa untuk perjalanan ke tempat program dan masa untuk pulang dari tempat program serta masa untuk 'recover' penat selepas habis berceramah.
Itu yang banyak ambil masa sebenarnya.
Tapi tak per lah, demi membantu ummah, agar dapat melihat anak orang Islam lebih ramai yang berjaya. Saya akan cuba untuk lapangkan masa untuk menerima jemputan.
Insya Allah.
Semoga apa yang saya lakukan ini sedikit sebanyak dapat 'pencen kubur' bila saya dah tiada nanti.
Wassalam
Mohd Firdaus Mat Saad
Pakar Motivasi Keusahawanan Dan Pelajar Cemerlang,
"Memberi, Memberi Dan Terus Memberi"
Jika anda ingin mendapatkan segala tips dan rahsia kejayaan saya dan adik beradik saya berjaya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dan menjadi antara pelajar terbaik di sana, sila layari:-
Jika anda ingin mendapatkan segala tips dan rahsia kejayaan saya dan adik beradik saya berjaya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dan menjadi antara pelajar terbaik di sana, sila layari:-
Jika anda rasa posting ini mungkin bermanfaat untuk orang lain, mohon anda tekan button SHARE di bawah. Semoga lebih ramai yang dapat manfaat. Insya Allah.
COMMENTS