Assalamualaikum,
Pagi semalam 14 Sept 2014, kami sekeluarga telah pergi berjalan ke Bukit Bendera, Pulau Pinang.
Kisahnya begini. Mak saya nak pergi ke rumah Abang saya di Kelantan menaiki kapal terbang. So, kami terpaksa keluar rumah awal pagi untuk tiba di Penang airport sekitar jam 6.15 pagi.
Tiba-tiba, malam tadi mak saya bagi cadangan.
"Daus, dah hang sampai awal pagi ke Penang. Bawa la Farees dengan Fateh naik Bukit Bendera. Pi awal pagi mesti tak ada orang nak beratur naik train tu."
Betul jugak apa yang mak saya cadangkan ni.
So, saya pun apa lagi... Terus cakap kat Maria..
"Sayang, esok jom pagi kita pi Bukit Bendera. Kita pergi jalan jalan."
So... here we go.
Kami nak kongsikan dengan anda gambar gambar yang sempat kami ambil semasa perjalanan kami di Bukit Bendera.
Thanks for reading!! :)
Jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain, mohon anda click SHARE button di bawah. Terima kasih.
Pagi semalam 14 Sept 2014, kami sekeluarga telah pergi berjalan ke Bukit Bendera, Pulau Pinang.
Kisahnya begini. Mak saya nak pergi ke rumah Abang saya di Kelantan menaiki kapal terbang. So, kami terpaksa keluar rumah awal pagi untuk tiba di Penang airport sekitar jam 6.15 pagi.
Tiba-tiba, malam tadi mak saya bagi cadangan.
"Daus, dah hang sampai awal pagi ke Penang. Bawa la Farees dengan Fateh naik Bukit Bendera. Pi awal pagi mesti tak ada orang nak beratur naik train tu."
Betul jugak apa yang mak saya cadangkan ni.
So, saya pun apa lagi... Terus cakap kat Maria..
"Sayang, esok jom pagi kita pi Bukit Bendera. Kita pergi jalan jalan."
So... here we go.
Kami nak kongsikan dengan anda gambar gambar yang sempat kami ambil semasa perjalanan kami di Bukit Bendera.
Kami sampai di Bukit Bendera pada jam 7.15 pagi. Memang takde orang pun lagi. So sampai-sampai je terus beli tiket.
Ummi, Farees dan Fateh. Happy je muka Fateh ni..
Tiket train cuma RM8 dewasa dan RM4 kanak-kanak bagi yang ada Mykad. Bibik kami je kena bayar RM30 sebab tak ada Mykad. Total tiket kami 4 orang lagi murah dari tiket Bibik sorang. Huhu.
Sejarah Train di Bukit Bendera.
Ada muzium kecil dalam perjalanan nak ke tempat naik train.
Naik train pada pukul 7.30 pagi.
Chakk!!
Pemandangan dari dalam train.
Stop kejap di Middle Station. Masa dulu, kena tukar train di sini. Baru boleh sampai ke atas. Sekarang dah tak payah tukar-tukar.
Alhamdulillah..laju sungguh train baru ni. Sekejap je dah sampai atas.
Fateh macam biasa memang suka posing..
Farees pulak kalau dalam gambar suka buat muka serius.
Ummi and the boys..
Pemandangan railway.
With Bibik.
Nampak benda ni kat bawah railway...cuba teka apakah dia?
Haa..suruh senyum baru Farees nak senyum...
Ada meriam pula di sini.
Diperbuat pada tahun 1939.
Signboard setiap negara.
Naik kuda kayu.
Senyummm..
Fateh pantang nampak playground, terus nak memanjat..
Farees pun sama..
Penat naik tangga.
Next, naik buggy ride pulak. RM30 untuk 4km ride.
Steady je Farees.
Inilah dia buggy car.
Stop kejap ambil gambar.
Like Father Like Sons.
Sambung naik buggy car balik.
Antara rumah-rumah yang ada di atas Bukit Bendera.
Semuanya rumah lama dibina pada zaman British.
Fateh tengok apa tuu...
Si bam bam Fateh.
Fateh teropong pulak.
Abang dan Adik berkasih sayang. Hehe..
Abang dan adik lagi.
Nampak tempat ni ada games MINI ESCAPE, macam menarik je.
Harga RM20 untuk seorang kid umur bawah 12 tahun. Boleh main puas-puas sampai penat.
Safety guidelines.
Kena pakai safety harness. Farees orang pertama rasmikan games ni harini. Mula-mula macam cuak je dia.
First time main kena tolong sikit. Dah lepas-lepas tu laju je Farees gerak.
Jalan atas kabel pulak.
Next jalan atas kayu.
Steady je Farees.
Ready for Flying Fox.
Farees is flying!!
Still missing your computer games? No more!!
Next, wall climbing pulak.
Panjat..
Panjat lagi..
Mula-mula macam boleh naik sendiri.
Sampai kat tengah dah stuck. So uncle tu kena tolong sekali.
Sampai situ je boleh. Lepas tu Farees dah stuck. Tak berani nak naik atas lagi so tak sampai nak bunyikan loceng. Takpelah Farees. Nanti dah tinggi kita pergi panjat lagi ye. Hehe.
Lepas tu nak try yang susah punya pulak.
Yang wall ni sampai kat suku je. Hehe. Lepas tu surrender.
Dah penat main. Kita rest and makan dulu!!
Lepas makan, sambung main lagi. Fateh pun pantang tengok Abang main, dia pun mesti nak jugak. Terpaksalah Abi kena pegang Fateh sebab Fateh tak boleh harness lagi.
Farees nak try wall climbing yang lagi susah pulak. Yang senang pun tak lepas.. Hehe. Takpe bagus Farees ada semangat macam ni.
Abi posing je.
I Love Penang Hill!!
Next, ada sessi ambil gambar dengan haiwan. Ada ular, burung kakak tua dan iguana.
Abi nak ambil gambar dengan ular. Tapi Ummi dan Farees geli. Last-last ambil gambar dengan parrot je lah.
Happy Family Trip. Alhamdulillah.
Apa benda simbolik padlock banyak-banyak kat belakang tu kami pun tak tahu. Abaikan je. Hehe.
This is a BIG LOVE!!
Ok masa untuk balik. Fateh pun dah tertidur sebelum naik train. Penat sangat tu.
Video yang kami ambil dari Youtube. Pemandangan keretapi turun dari Bukit Bendera.
Dah sampai bawah. Masa ni dalam pukul 11 pagi lebih. Dah la time cuti sekolah. Punyalah ramai orang beratur nak beli tiket. Nasib lah kami sampai seawal 7 pagi. Alhamdulillah.
Tara.. Souvenir dari Penang Hill.
Overall, Penang Hill adalah tempat yang sesuai untuk bawa anak-anak berjalan-jalan tanpa kos yang tinggi. Memang highly recommended lah.
Syukur Alhamdulillah. Walaupun jalan-jalan di tempat yang dekat dan separuh hari je, yang penting, kami sekeluarga happy. Syukur Alhamdulillah atas nikmat rezeki ini.
Kami doakan para pembaca Mariafirdaus.com.my juga dilimpahkan rezeki yang berkat. Dikurniakan kesihatan, keselamatan dan kekayaan di dunia dan akhirat. Amin.
Wassalam.
Jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain, mohon anda click SHARE button di bawah. Terima kasih.
cerita yg lengkap & gambar menarik
ReplyDeleteWah.. beshnya jejalan menghiburkan hati insan tersayang.. hihi.. mama pun ada plan soon ke penang jalan2.. insyaallah mana tau berkesempatan ke Penang Hill.. :)
ReplyDelete