Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog Mariafirdaus.com.my ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Saya doakan, "Anda Kaya Dan Berjaya"
Apa yang ditulis dalam entri ini adalah sambungan Bab 3, Ebook Now Everyone Can Kurus.
Sambungan Daripada Bab 2 - Bagaimana Saya Di Besarkan. Sila Klik Di Sini Jika Anda Belum Baca.
Bab 3 : Mengapa Berat Badan Saya Naik
Saya doakan anda yang menziarahi blog Mariafirdaus.com.my ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Saya doakan, "Anda Kaya Dan Berjaya"
Apa yang ditulis dalam entri ini adalah sambungan Bab 3, Ebook Now Everyone Can Kurus.
Ini Ebooknya. Jika anda berminat nak dapatkan Ebook ini, sila Whatsapp Maria dan taip "Nak Kurus" ke 019-2592731. Ia adalah PERCUMA.
Sambungan Daripada Bab 2 - Bagaimana Saya Di Besarkan. Sila Klik Di Sini Jika Anda Belum Baca.
Bab 3 : Mengapa Berat Badan Saya Naik
Seperti yang saya kongsikan sebelum ini, berat badan saya sebelum pulang dari United Kingdom adalah 63kg.
Selepas
pulang ke Malaysia dan bekerja sebagai Engineer, berat badan saya meningkat
kepada 68kg.
Selepas
saya berhenti kerja dan menjalankan perniagaan saya sendiri, dalam masa
beberapa bulan sahaja berat badan saya meningkat kepada 70kg.
Persoalannya,
mengapa berat badan saya boleh naik dari 63kg kepada 70kg?
Perkara
inilah yang ingin saya kongsikan dengan anda semua.
Faktor Pertama : Zon Selesa
Jika
anda bertanya kepada saya, adakah saya perasan kenaikan berat badan saya ini?
Jawapannya, saya tidak berapa perasan.
Saya
tahu berat badan saya meningkat. Tetapi ia berlaku dalam keadaan saya tidak
sedar.
Saya tahu, saiz seluar saya semakin meningkat. Dari saiz 31, ia naik kepada 32 dan kemudiannya ke 33.
Begitu juga dengan baju yang saya beli, dari saiz M kepada L, saya mula membiasakan diri membeli baju saiz XL.
Jujur
saya katakan, saya langsung tidak kisah apabila membeli saiz baju atau seluar
yang lebih besar daripada biasa. ‘Otak’
saya dapat menerima bahawa peningkatan berat badan adalah ‘selari’ dengan peningkatan usia saya.
Saya
masih merasakan yang saya ok, selesa dan sihat seperti biasa. Jadi, kenapa saya
perlu nak risau mengenai kesihatan saya. Naik berat sikit-sikit tu biasalah. Orang
cakap, ‘Enjoy your life while you can’.
Faktor Kedua : Gaya Hidup Tidak Sihat
Selain
dari berasa selesa, punca utama kenaikan berat badan saya selepas pulang ke
Malaysia adalah kerana saya mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
Berbeza
dengan kehidupan saya di UK dahulu, saya aktif bermain bola sepak. Saya rajin
bersukan.
Lagi
pun di sana saya tiada kenderaan. Ke mana-mana sahaja saya terpaksa berjalan
kaki atau menaiki bas.
Kawasan
universiti saya tersangat besar. Setiap hari saya berjalan jauh di antara satu
kelas ke kelas yang lain. Ditambah pula dengan kawasan di situ yang berbukit,
ia satu ‘senaman’ wajib buat saya
setiap hari.
Di
UK pula pilihan makanan sangat terhad. Saya tidak boleh makan sesuka hati
kerana makanan yang sedap-sedap di sana biasanya tidak halal. Jadi saya lebih
banyak memasak sendiri dan makan di rumah.
Sebab
itulah di United Kingdom saya slim
dan fit.
Tapi
selepas pulang ke Malaysia, gaya hidup saya sudah berubah.
Sejak
saya bekerja sebagai Engineer, saya tersangat
sibuk. Memanglah kalau nak diikutkan waktu bekerja di kilang tempat saya
bekerja adalah dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Tapi,
orang kerja kilang mana balik kerja jam 5.00 petang. Biasanya, saya hanya akan pulang
pada jam 6.00 – 7.00 petang. Kalau ada isu, saya terpaksa pulang pada jam 8.00
– 9.00 malam.
Pendek cerita, saya memang dah tak bersenam langsung bila mula bekerja. Ditambah pula saya sudah berkereta, takkan nak berjalan kaki pula.
Faktor Ketiga : Pemakanan
Berat
badan saya juga bertambah disebabkan cara pemakanan saya. Saya tidak
mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Jujur
saya katakan, SAYA TAK PERNAH AMBIL BERAT HAL PEMAKANAN SAYA.
Saya akan makan apa sahaja yang saya nak makan.
Saya
tak pernah merasakan apa yang saya makan tidak baik untuk kesihatan saya. TAK
PERNAH !!!!
Falsafah saya mudah, saya masih muda. Saya masih sihat. ‘Sementara masih muda, masih sihat… Makanlah apa yang saya nak makan.’
Jujur
saya katakan, saya tak pernah ambil tahu berapa kalori setiap makanan yang saya
ambil. Saya tak pernah ambil tahu berapa sudu gula dalam setiap minuman yang
saya minum.
Semuanya, saya ‘sebat’. ‘Ada aku kisah?’.
Jangan
sebut perkataan KALORI kepada saya. Saya tidak tahu.
Sedangkan, perkataan KALORI itu tersangat penting untuk saya ambil tahu kalau saya nak jaga berat badan saya.
Saya
ulang, TERSANGAT PENTING !!!
Disebabkan
saya tak pernah ambil kisah semua inilah, berat badan saya semakin meningkat
setiap hari tanpa saya sedar.
Sekarang
saya nak berkongsi dengan anda senarai makanan yang saya selalu makan dahulu
dan kandungan kalorinya.
Saya
yakin, ramai rakyat Malaysia juga tidak tahu hal ini. Kalau tahu pun, buat-buat
tak tahu saja.
Makanan kegemaran saya dan juga rakyat
Malaysia serta kandungan kalorinya.
Izinkan saya berkongsi dengan anda, berapa
kalori yang akan hilang dari badan saya jika saya melakukan aktiviti berikut
selama satu jam.
Ini bermaksud, jika saya makan nasi
biryani seberat 245g yang mengandungi 488kCal, saya perlu berjogging selama 1
jam untuk membakar kalori yang saya ambil itu.
Persoalannya, adakah saya membakar semua kalori
yang saya ambil setiap hari?
Jawapannya, “Memang taklah kan….”
Secara teori, setiap hari badan saya mengambil
lebih kalori dari apa yang dikeluarkan.
Suka atau tidak, tanpa saya sedar setiap hari
saya sedang menaikkan berat badan saya sedikit demi sedikit tanpa saya sedar.
Inilah salah satu punca mengapa berat badan
saya boleh naik tanpa saya sedar. Saya tidak mengamalkan cara pemakanan yang
sihat.
Faktor
Keempat : Dikelilingi Oleh Rakan Yang Tidak Kisah Soal Kesihatan
Saya pernah mendengar satu ceramah motivasi
yang mengatakan, “Anda adalah siapa kawan
anda”
Bagi saya, kenyataan ini tersangat benar.
Semasa saya bekerja sebagai Engineer dan semasa bekerja sendiri, saya
dikelilingi oleh rakan-rakan yang tidak mengambil berat soal kesihatan mereka.
Maksud saya, semua rakan-rakan saya tidak kisah untuk makan apa sahaja. Yang penting sedap. Saya juga dikelilingi oleh rakan-rakan yang sibuk bekerja.
Maksud saya, semua rakan-rakan saya tidak kisah untuk makan apa sahaja. Yang penting sedap. Saya juga dikelilingi oleh rakan-rakan yang sibuk bekerja.
Fokus mereka lebih kepada kerja dan mereka
juga tiada masa untuk bersukan.
Bagi saya, ini bukan salah mereka. Ini semua
salah saya. Saya yang terikut-ikut dengan cara hidup mereka sehingga saya
merasakan apa yang ramai orang buat itu adalah biasa dan betul.
Dalam erti kata yang lain, saya hidup di dunia
yang kalau makan ayam goreng, burger, murtabak, nasi goreng, makanan yang penuh
dengan perasa dan perisa tambahan itu adalah normal.
Saya hidup di dunia yang penuh dengan
kesibukan bekerja. Kalau tidak bersukan itu juga normal.
Seperti yang saya katakan, rakan-rakan saya
banyak mempengaruhi gaya hidup kita. Apa yang mereka makan, itulah juga yang
saya makan, apa yang mereka minum itulah yang saya minum.
Semasa saya buat bisnes, saya ada berkawan
baik dengan seorang kawan berbangsa Cina. Setiap hari saya berjumpa dengan
beliau. Dan setiap hari beliau akan belanja saya minum teh ais satu atau dua
kali.
Jika kami ke kedai mamak, pasti kami makan
roti canai dan juga teh ais. Jika tidak, kami akan ambil air bergas.
Makanan dan minuman favourate saya di kedai mamak
Jika kami menaiki kereta, pasti akan ada satu
teh ais bungkus untuk kami seorang satu. Sebenarnya, budaya minum teh ais ini
bukanlah menjadi kebiasaan saya.
Tetapi, selepas lama berkawan dengan sahabat
saya ini, akhirnya saya KETAGIH minum teh ais.
Minum teh ais merupakan satu nikmat dan
kemestian buat saya setiap hari.
Adakah ini salah sahabat saya itu? Tidak, ini
salah saya.
Ia adalah pilihan saya.
Saya pilih kerana saya tidak pernah tahu
terdapat 9 sudu gula di dalam teh ais itu.
Kandungan gula dalam minuman kotak dan
tin.
Seingat saya, daripada semua sahabat yang
rapat dengan saya, hanya ada seorang dua yang ambil berat tentang apa yang mereka
makan.
Yang lain semuanya merasakan apa yang dimakan
itu semuanya ‘sihat’.
Bagi saya, faktor persekitaran turut
menyumbang kepada gaya hidup saya yang secara tidak langsung menyumbang kepada
peningkatan berat badan saya.Bab 4 Akan Bersambung Selepas Ini.............
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)
Anda Rasa Entri Ini Bagus? Mohon Anda Tekan Button SHARE Di Bawah. Mungkin 1 Button Share Dari Anda Dapat Bantu Rakan Rakan Anda Yang Lain Untuk Turunkan Berat Badan Mereka.
COMMENTS