Assalamualaikum,
Saya doakan, anda yang menziarahi blog Mariafirdaus.com.my ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Saya doakan, "Anda Kaya Dan Berjaya".
Saya nak berkongsi dengan anda hari ini mengenai Skill Copywriting.
Mengapa Penting Copywriting?
Ada orang tanya saya, penting ke kita belajar copywriting?
Jawapan saya. Penting gila.
Mengapa? Sebab jika copywriting kita bagus, ia akan menyebabkan orang lain rasa teruja untuk terus membaca.
Dan orang akan lebih terasa nak membeli dari kita.
Sebab itulah, sangat penting untuk kita belajar teknik ini.
Ada orang bagi tahu saya, mereka suka baca apa yang saya tulis di blog ini.
Mereka cakap, cara penulisan saya bagus.
Alhamdulillah... Terima kasih atas pujian yang diberikan.
Sebenarnya, saya nak kongsi dengan anda.
Kalau nak tulis dengan bagus, kita kena belajar menulis dari hati.
Wah... Tulis dari hati pulak.
Macam mana tu...
Macam ni, kita kena kongsikan ikut perasaan kita. Supaya apa yang kita tulis dari hati itu akan jatuh ke hati.
Bila menulis, ia ada teknik supaya kita buat para pembaca rasa 'eager' dan menjiwai apa yang kita tulis itu.
Apa yang penting, kita kena belajar cara untuk membuatkan pembaca menyelami hati dan perasaan kita.
Bila kita berjaya menguasai teknik ini. Insya Allah, kita akan berjaya dengan lebih mudah.
Sharing Teknik Copywriting Dengan Empayar Maria Firdaus
Baru baru ini, saya berkongsi dengan anak didik saya teknik menulis dengan baik. Tips yang saya berikan agak simple. Dan kita terus buat praktikal. Bukan sekadar belajar secara teori.
Saya bagi gambar dan minta mereka tulis apa yang mereka nak tulis.
Ini gambarnya.
Ini hasil penulisan sorang anak didik saya :
Contoh 1 :
DISEBALIK KEENAKAN KUIH MUIH
===========================
Wow.. Menariknya... Tahukah anda disebalik menariknya warna kuih muih itu ia mengandungi kandungan gula dan santan yang cukup tinggi?
Mari kita tengok kandungan kalori disebalik kuih muih ini.
Kuih jala = 30 kcal sekeping
Kuih keria = 90 kcal sebiji
Puding = 130 kcal sekeping
Tetapi Nasi segenggam (1 senduk) = 150 kcal sahaja ditambah dengan seekor ikan bakar (80 kcal) dan sayur campur (43 kcal). Dari makanan ini kita mendapat protein dan kandungan vitamin yg tinggi.
Nasihat saya makanlah nasi kerana ia lebih mengenyangkan nak dibandingkan kuih muih yg mengenyangkan tetapi memberi impak negetif dalam segi pemakanan kita.
-NECK-
Now Everyone Can Kurus
Contoh 2 :
Nak Berdiet - Biarlah Berilmu
==================
Ramai orang nak diet. Ramai orang nak turunkan berat badan. Masalah ramai orang. Tak ada ilmu. Inilah yang berlaku dalam gambar di atas.
Anda baca, beliau tak makan nasi. Beliau berdiet.
Tapi ambil kuih muih yang tidak sihat.
Manis, bergoreng, berminyak dan kuah kari itu yang bersantan. Semua ini mempunyai nilai kalori yang SANGAT TINGGI.
Kesannya, ramai orang bukan saja gagal menurunkan berat badan. Malah, berat badan mereka akan bertambah.
Faktor utama ramai orang gagal menurunkan berat badan adalah kerana mereka TIDAK ADA ILMU.
Tak mahu cari mentor yang dah terbukti berjaya membantu ramai orang menurunkan berat badan.
Jika anda nak belajar untuk turunkan berat badan. Carilah ilmu. Belajar lah cara untuk mengira kalori apa yang anda makan. Kalau anda diet tapi tak tahu cara kira kalori. Baik jangan diet.
Buat penat saja.
Sebab itulah anda lihat, ramai dikalangan peserta yang menyertai Program Now Everyone Can Kurus dapat menurunkan berat badan dengan pantas.
Sebab apa? Sebab mereka ada ilmu dan mentor yang bagus.
Saya doakan anda yang nak turunkan berat badan akan mencapai berat ideal yang anda impikan.
Saya doakan, Anda Kurus Dan Sihat
Team NECK
Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"
Beza Tak?
Cuba anda bezakan, contoh satu dan contoh dua. Mana satu yang lebih baik untuk membuatkan orang terasa macam best.
Dulu saya rasa nak tulis ni, kita boleh main tulis saja.
Rupa rupanya, nak tulis ada teknik.
Dan teknik inilah yang saya kongsikan dengan anak didik saya baru baru ni.
Contoh Lain Lagi
Sorang akak ni buat blog, dah tulis blog panjang panjang. Next task untuk dia adalah jemput orang untuk datang ke blog dia.
Ini Yang Beliau Tulis
[ KELUARGA SAYA KOLESTEROL TINGGI ]
Betul, keluarga saya hampir semua ada kolesterol tinggi. Padahal semua kecil molek, tapi koelsterol tinggi. Tak percaya? Jom baca kenapa.
Saya tegur, tulisan beliau di blog sangat bagus. Tapi tak cukup kuat untuk tarik orang nak klik dan baca blog dia.
So, saya improvekan tulisan beliau jadi macam ni.
Contoh Saya Buat
[Badan Kecil Tak Bermaksud Kolestrol Rendah]
Ramai orang ingat, kalau badan kurus dan kecil tu sihat.
Dulu.. saya pun ingat macam tu. Ahli keluarga saya semuanya kecil comel ajer.
So.. Saya ingat kami sihat dan kandungan kolestrol kami semuanya ok.
Tapi saya silap....
Rupa rupanya.... Badan kecil tak bermaksud kolestrol rendah.
Allahukabar...
Baru saya sedar saya tersilap....
Anda nak tahu kisah selanjutnya, sila baca di sini:
Nampak tak, yang mana satu akan lebih menarik anda untuk klik baca kisah selanjutnya.
Itulah pentingnya kita belajar Copywriting.
Mahal Ke Nak Bayar Untuk Belajar Copywriting?
Saya rasa sangat mahal.
Tapi, untuk anak didik Empayar Maria Firdaus. Saya buat PERCUMA.
Amcam?
Best ke best?
Memang kita jual Shaklee. Memang kita buat MLM. Tapi kita buat a real bisnes.
Kalau mereka berjaya menguasai ilmu yang kita kongsikan, lepas ni jual lah aper pun.
Insya Allah akan jadi.
Sebab mereka dah faham teknik berniaga dengan betul.
Nak Berniaga Susah?
Nasihat saya, carilah mentor. Mereka akan bantu anda untuk berjaya dengan lebih pantas.
Saya doakan, "Anda Kaya Dan Berjaya"
Mohd Firdaus
Founder Maria Firdaus Empire
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)
Sila Tekan Button Share Jika Anda Rasa Apa Yang Dikongsikan Ini Bermanfaat
COMMENTS