Assalamualaikum,
Saya doakan, anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Saya doakan, "Anda Kaya Dan Berjaya".
Kisah Dari Al Quran
Baru baru ini, saya mendengar kuliah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Shamsuri bin Ahmad.
Beliau mengupas kisah yang diceritakan oleh Allah di dalam Al Quran yang terkandung dalam Surah Nun, bermula ayat ke 17.
Anda boleh rujuk Tafsir Al Quran untuk mengetahui kisah ini secara jelas.
Tiga Pengajaran Penting Dari Satu Kisah
Pada zaman dahulu, ada seorang kaya yang mempunyai satu ladang kurma yang sangat luas.
Ladang kurma ini menghasilkan kurma yang berkualiti dan memberi pulangan lumayan kepada orang kaya ini.
Orang kaya ini orang yang beriman kepada Allah.
Setiap kali beliau memperoleh hasil kurma, beliau akan bahagikan hasil hasil itu kepada 3 bahagian.
Satu bahagian disedekahkan kepada orang kampung yang miskin.
Satu bahagian untuk kegunaan beliau sendiri.
Satu bahagian untuk dilaburkan kembali kepada kos operasi kebun pada tahun mendatang.
Dengan sifat pemurah beliau ini, Allah memberikan hasil berlipat ganda setiap tahun.
Orang Kaya Mati
Ditakdirkan Allah, satu hari orang kaya ini meninggal dunia.
Beliau meninggalkan 3 orang anak lelaki.
Selepas kematian bapa, ketiga tiga pemuda ini berbincang macam mana mereka nak uruskan kebun kurma ayah mereka ini.
Setelah bermesyuarat, salah seorang berkata agar kebun itu diuruskan seperti yang diamalkan oleh arwah ayah mereka. Tetapi dua orang lagi membangkang.
Mereka mahu kesemua hasil kebun itu dibahagikan sepenuhnya kepada mereka bertiga.
Akhirnya, mereka berpakat untuk memetik buah kurma itu sendiri. Mereka tidak mahu lagi memanggil orang kampung yang miskin membantu memetik kurma itu.
Mereka tidak lagi mahu membahagikan hasil kebun kepada orang miskin.
Mereka mahu bolot kesemuanya.
Setelah berbincang pada waktu malam, mereka berpakat sesama sendiri.
"Esok pagi, sebelum orang kampung bangun. Kita mesti pergi dahulu ke kebun. Kita kutip semua kurma itu dahulu. Bila orang kampung bangun, semua kurma dah di petik. Dan kita tak perlu bahagi hasil kepada mereka."
"Ya... Esok pagi kita MESTI pergi".
Mereka terlalu yakin yang esok pagi mereka akan berjaya memetik buah kurma itu sendiri.
Apa Yang Berlaku Keesokan Harinya?
Pada keesokan paginya, di awal pagi. Mereka bangun dan terus menuju ke kebun mereka.
Dalam perjalanan, mereka bersembang sambil bergelak ketawa.
"Nanti orang kampung bangun, mesti terkejut sebab semua kurma dah di petik. Mereka dah tak boleh petik. Mereka tak akan dapat hasil dari kebun ini lagi."
Kata mereka sambil gelak ketawa.
Setibanya mereka di kebun itu, mereka terkejut kerana melihat semua pokok kurma itu hangus terbakar. Habis semuanya sekali. Tiada satu buah kurma pun yang boleh dipetik.
Mereka berkata sesama sendiri.
"Mungkin kita tersesat kot... Ini bukan kebun kita....."
Jawab salah seorang daripada mereka.
"Tak... Inilah kebun kita. Inilah yang kita dapat. Kita terlalu tamak. Kita tak nak bagi sedikit kepada orang susah. Kesannya... Kita langsung tak dapat apa apa....."
Maka mereka bertiga merasa betul betul menyesal dan segera beristighfar dan bertaubat kepada Allah atas kesilapan mereka.
Mereka berdoa.
"Ya Allah, ampunilah kami. Kau gantikanlah kepada kami dengan sesuatu yang lebih baik dari kebun ini kepada kami."
Allah mendengar doa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Allah menggantikan kebun mereka itu dengan sesuatu yang lebih baik kepada mereka selepas itu.
Pengajaran Dari Kisah Ini
1. Jangan sesekali kita sebagai manusia terlalu yakin kita boleh buat apa yang kita rancang pada masa akan datang TANPA kita berlapik dengan perkataan INSYA ALLAH.
Dalam kisah mereka ini, mereka terlalu yakin yang mereka akan dapat mengutip semua hasil buah kurma itu sendiri pada keesokan paginya tanpa mereka berkata INSYA ALLAH.
Ingatlah, bila kita merancang sesuatu. Sentiasa berkata dan menyebut, Insya Allah yang bermaksud "Jika Dizinkan Allah".
Contohnya, jika esok kita nak pergi ke Kuala Lumpur. Sentiasalah berkata, "Insya Allah, esok saya akan ke Kuala Lumpur."
Kita hanya akan dapat ke Kuala Lumpur dengan izin Allah.
2. Jangan TAMAK. Allah berikan kita rezeki dan kita perlu ingat. Rezeki itu perlu dibahagi bahagikan kepada orang lain yang memerlukan.
Kita perlu sedar. Dalam setiap rezeki yang kita dapat itu, ada hak orang lain di dalam nya. Ada hak orang miskin. Hak anak yatim dan hak saudara mara kita yang lain yang susah.
Kita jangan BONGKAK dengan rezeki yang Allah bagi kepada kita. Kita jangan rasa kita kaya kerana kita hebat. Tetapi kita kaya kerana Allah lah yang bagi kita jadi kaya.
Ingat itu yer....
3. Jika kita dah bersalah, cepat cepatlah kita beristighfar dan kita bertaubat kepad Allah. Mohon ampun kepada Nya.
Sentiasa ingat, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat hamba Nya.
Kisah ini anda boleh rujuk dalam tafsir Al Quran surah Nun. Ayat ke 17.
Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita semua.
Saya doakan agar kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.
Wassalam.
Mohd Firdaus
"Motivating And Inspiring Others".

Saya peminat Ustaz Shamsuri Ahmad.

Sila Tekan Button Share Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat Untuk Anda. Satu Button Share Anda Mungkin Memberi Kesedaran Dan Ilmu Kepada Rakan Rakan Yang Lain.
COMMENTS