Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.
Entri Ini Panjang. Sebab ia detail : Jika anda nak yang simplified version. Saya share pengalaman saya 4 kali buat urusan tukar nombor plate. Anda boleh Baca Di Sini
Cara Tukar Nombor Plat Antara Dua Kereta
Ok, untuk entri kali ini saya nak kongsi dengan anda cara nak tukar nombor plat di antara dua kenderaan.
Yang pertama sekali, saya nak anda faham. Kalau nak tukar nombor plat mesti memenuhi syarat syarat berikut :
1. Nama pemilik kedua-dua kenderaan mesti SAMA. Tak kisah, apa juga kenderaan. Lori / Bas / Kereta / Motor. Semua boleh tukar.
2. Salah satu kenderaan MESTI BARU. Tak boleh kedua-dua kenderaan lama.
3. Kedua-dua kenderaan MESTI LULUS PUSPAKOM untuk tujuan RETENTION ( Tukar Nombor Plat ).
Mencari MF 8281
Macam saya cakap sebelum ini, kalau anda tanya saya apa nombor idaman saya. Dah tentu saya jawab. MF 8281 ( Maria Firdaus + Tahun Lahir Kami ).
Motor dah jumpa. Tapi owner nak jual mahal pulak. RM35,000. Saya offer untuk beli motor ni dengan harga RM5,000. Tapi dia tak nak jual. That's it. Lupakan nombor ini buat seketika. Saya pasti, owner akan cari saya lepas ni. Saya bagi tau, kalau nak jual harga RM5,000 meh call saya.
That's the scenario kalau kita nak beli plat nombor kat kereta atau motor orang. Orang boleh letak pada harga yang langsung tidak munasabah.
Apalah sangat nombor MF8281 ni. Nak buat macam mana? Orang tak nak jual. Kita tak leh nak buat apa.
Ku Mencari KAM 8281
Setelah nombor pertama tak dapat dikesan. Kita buat second choice. KAM 8281. Sempena nama KAM MARIA. My one and only wife ( As of now lah - Ala gurau pun tak boleh ). Insya Allah, isteri pertama dan terakhir dunia dan akhirat.
Orang tanya macam mana nak cari alamat owner nombor plat yang kita nak cari tu.
Jawapannya simple. Yang pertama anda kena cari 'orang dalam JPJ'. Cara yang kedua cari orang yang kerja jual Insurans kereta. Dia orang ni boleh access ke alamat owner kenderaan yang kita nak cari.
Jangan tanya saya guna kaedah mana. Saya dah bagi dua tips kat atas tu. Saya nak anda faham. Maklumat owner adalah sulit.
So, pepandailah.
Saya cari KAM 8281. Ada di Pendang. Saya dah cerita macam mana saya cari di sini. SILA KLIK
Ok, kali ini saya nak cerita procedure dari segi legality untuk tukar nombor plat.
Macam yang saya cakap, pemilik kenderaan mesti nama sama. So, mahu atau tidak. Saya WAJIB beli kereta orang tu. No choice.
Ada beberapa kaedah yang anda boleh guna :
1. Beli terus kereta atau motor orang tu. Tukar ke nama anda atas geran. Selesai kerja.
2. Beli sebiji motor BARU, bubuh nama owner orang yang kita nak beli plat nombor tu. Then kita tukar nombor. Dari 'kenderaan' asal dia ke motorsikal tu. So, motor baru akan pakai nombor plat yang kita nak tu. Then tukar hak milik. Motor akan jadi hak kita.
3. Owner tak nak jual kereta. Dia nak guna kereta tu. Ini kes yang saya kena la. So, agak tricky nak buat macam ni. Kena faham betul betul step yang saya buat.
Terus terang saya katakan, step yang saya gunakan agak 'mencabar'. Banyak kerja perlu dilakukan. Tambahan pulak, owner kereta tu seorang peniaga. Hari hari dia berniaga. So, dia perlu guna kereta tu setiap hari kecuali hari Rabu dia cuti. So, saya tiada pilihan. Terpaksa buat kerja kerja berkaitan pada hari Rabu.
Step yang saya buat :
1. Bawa Van Rusa KAM8281 ke PUSPAKOM. Dapatkan kelulusan dari PUSPAKOM untuk tukar HAK MILIK.
2. Pergi ke JPJ untuk urusan tukar milik. Pada waktu ini, lebih baik anda beli siap siap insurans untuk kenderaan tu. Sebab lepas tukar nama, insurans owner asal akan terbatal. Dia akan guna 'insurans' baru kita.
3. Sekarang VAN Rusa KAM 8281 dah nama saya. Then kami pergi ke PUSPAKOM sekali lagi. Cakap kat pegawai tu, nak buat RETENTION. Tukar nombor plat.
* Nak pergi PUSPAKOM pasatikan kenderaan dalam keadaan baik. Semua lampu perlu menyala. Wiper kena berfungsi. Kusyen kereta semua kena pasang dan berada dalam keadaan KEMAS. Tak ada tinted di cermin kereta. One more thing, untuk RETENTION, syarat PUSPAKOM lebih ketat.
4. Bawa kereta baru beli ke PUSPAKOM. Bagi tahu nak buat RETENTION dan pendaftaran baru. Biasanya orang kedai akan buat.
5. Bila kedua dua kenderaan dah selesasi mendapat kelulusan PUSPAKOM. Baru boleh bawa dokumen ke JPJ untuk pendaftaran tukar nombor plat. So, kereta baru akan pakai nombor plat lama dan kereta lama akan pakai nombor plat baru. Faham ke faham?
6. Macam kes saya, owner tak nak jual kereta ni kat saya. Dia nak jual nombor plat dia saja. So, lepas Van Rusa dapat nombor plat baru, saya perlu tukar nama kembali ke owner asal.
7. Bawa Van Rusa tukar nombor plat dulu. Depan dan belakan. Then baru ke PUSPAKOM cakap nak tukar hak milik. Bila dah lulus, bawa pergi dokumen ke JPJ untuk tukar nama hak milik balik.
8. Kena beli insurans dan road tax orang tu sekali lagi, kali ni atas nama orang tu.
Selesai. Anda kena 'Kawtim' la nak beli berapa harga nombor plat tu dengan owner.
Jom layan macam mana saya buat kerja kerja 'gila ini'.
Jam 5 pagi, bergerak dari Parit Buntar ke Pendang. Owner dah bersetuju untuk jumpa di Plaza Tol.
Tara.... here we go. Van Rusa KAM 8281.
Terbayang nombor ni di kereta ku nanti.
Selamat Datang Ke Kedah. Kami ke Puspakom Alor Setar.
Awal kami sampai pagi ni. Untuk pengetahuan anda. Kena booking dulu untuk buat pemeriksaan. Kalau nak walk in boleh, tapi kalau orang ramai dah booking. Menangis lah anda.
Selitkan surat dan geran original di wiper kenderaan.
Ini kereta CRV saya. Saya masuk PUSPAKOM sebab nak jual. Tinted cermin depan tak lulus. Dia bagi peluang. Kalau nak lulus, sila tanggalkan tintend ni SEKARANG.
Lepas pemeriksaan. Boleh ambil result di pejabat.
Dua dua kereta ni lulus tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.
Kami terus ke JPJ Alor Setar untuk tukar hak milik. Masa ni, kereta ni dah jadi hak milik saya. Tapi owner tu masih pakai kereta tu. So, saya 'bayar' harga kereta kat dia. Saya buat surat agreement kata saya beli nombor plat sahaja. Macam kes saya ni, saya bayar RMX,000 untuk 'beli' kereta. Itu harga kereta di pasaran. Kiranya, owner tu tak patut rasa takut. Sebab kereta dia boleh pakai. Cuma geran saja nama saya. Duit pun dia dah dapat.
Kami ke PUSPAKOM balik. Kali ni cakap nak buat RETENTION.
Beratur kali kedua untuk masuk.
Di tempat pemeriksaan. So bad, kali ini FAILED. Pegawai tu cakap, untuk Retention pemeriksaan lebih ketat.
Van Rusa ni failed 4 perkara.
i. Lampu kecil dekat nombor plat belakang tak menyala
ii. Wiper belakang tak berfungsi
iii. Kerusi 1 tak ada. Actually semua kerusi dia buang sebab dia berniaga. Memang tak guna kerusi belakang.
iv. Keadaan dalam kereta tidak kemas.
Adoyai.. Geramnyer.
Tiada pilihan, petang tu juga kami terpaksa setelkan 4 hal ni. Siap pi cari Used Car yang jual Van Rusa. Nak Sewa kerusi untuk masuk PUSPAKOM. Haha.. Lawak tak...
Kami tak sempat nak siap petang tu, so terpaksalah owner ni bawa sekali lagi pada keesokan paginya.
Terus pergi beli Road Tax dan Insurans untuk kereta dia. Since dah tukar nama saya. Road Tax dan Insurans terus terminate.
Step seterusnya, boleh pergi ke JPJ untuk buat pertukaran nombor kereta.
Begitulah ceritanya... Kalau anda tak sanggup nak buat, then jangan buat. Tak mudah ok.
Terbayang nombor plat ni di kereta nanti. Gambar ni super impose yer. Bukan gambar sebenar. Harap maklum. Kerja saya belum selesai lagi. Hari Rabu ni baru boleh declare officially.
So.. that's the story. Macam yang saya cakap. Kalau anda tak bersungguh. Jangan buat kerja GILA ni. Memang terrible. Dan saya pun habis banyak gak duit untuk ni. Masa pun banyak habis. 3 hari in total.
Mungkin ada yang kata saya 'gila' buat kerja kerja macam ni. Bukan apa, sekali saya beli nombor ni saya boleh guna plat ni sampai mati ke kereta baru pun boleh lagi.
Saya share pengalaman saya 4 kali buat urusan tukar nombor plate. Anda boleh Baca Di Sini
Sekian perkongsian daripada saya. Semoga bermanfaat.
Mohd Firdaus
"Man Jadda Wajada"
"Adakalanya Ku Buat Kerja Gila Macam Ni. Tapi Bukan Selalu...."
Adakah Anda Berminat Untuk Menceburi Ternakan Ayam Daging Secara Komersial?
Ikuti Kursus Ternakan Ayam Daging Secara Online yang saya jalankan.
Untuk makluman anda, semua video ini diletakkan di Youtube secara Unlisted. Semuanya ada 32 siri Video yang saya dah pecahkan ikut topik.
Saya dah berjumpa dengan terlalu ramai orang yang bertanya itu dan ini mengenai bisnes ayam. Jadi saya buat video untuk bagi anda mudah faham macam mana nak mulakan bisnes ini.
Cuba baca satu persatu tajuk yang saya dah buat. Jika anda rasa ia sesuai untuk anda. Anda boleh beli Video Kursus Ternakan Ayam Daging ini.
Tengok dulu tajuk tajuk ini, adakah ini yang anda cari?
Jika anda serius berminat nak mendalami Ilmu Ternakan Ayam Daging, nak ikuti kursus ternakan ayam ini secara Online.
Klik Sini : KURSUS AYAM DAGING
Atau Whatsapp Saya Di 019-5782515
Video ini BERBAYAR YER. Bukan Percuma. Harap maklum.
Semoga impian anda menjadi penternak ayam dipermudahkan Allah.
Mohd Firdaus Mat Saad
Penternak Ayam Daging Sejak 2005
Kapasiti Ayam 120,000 Semusim
Kontraktor Reban Ayam
Konsultan Ternakan Ayam Daging
(h) .. Tahniah Sdr Firdaus. Memang determination saudara kuat. Yelah, kalo tak kuat takkan sudah begini berjaya di usia muda camni. Alhamdulillah.
ReplyDeleteTerima kasih atas info.
ReplyDeleteNak tanya, kalau kita beli plat running number, Boleh ke daftar kepada kenderaan yg dah ada no. plat tanpa perlu daftarkan plat baru kita tu ke kenderaan baru.
no plat MF821 pun encik dah berjaya beli. tahniah
ReplyDelete