Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog Mariafirdaus.com.my ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Saya doakan, "Anda Kaya Dan Berjaya, Bahagia Dunia Dan Akhirat".
Kisah Cikgu Rohana
Baru baru ini, saya sempat untuk berhubung dengan Cikgu Rohana. Beliau merupakan salah seorang peserta Program Now Everyone Can Kurus Batch 2.
Cikgu Ana. Macam comel ajer...
Cikgu Rohana berasal dari Kedah. Lebih spesifik, Taman Teratai, Pendang. Beliau berusia 50 tahun, tinggi 155cm dan berat asal 89kg.
Disini tempat Cikgu Ana berkhidmat sebagai Guru Kimia.
Masalah Kesihatan
Sebelum ini, Cikgu Ana ni sebenarnya ada masalah kesihatan, walaupun belum mencapai tahap serius tapi beliau terpaksa mengambil 5 jenis ubat daripada doktor.
Antaranya beliau ambil ubat untung jantung, ubat untuk cairkan darah dan ubat untuk kolestrol.
Sampai satu tahap pada tahun 2012, doktor terpaksa buat ujian dengan memasukkan cecair ke dalam saluran darah untuk cek sama ada jantung tersumbat atau tidak.
Syukur... Keadaan masih terkawal. Namun, Cikgu Ana terpaksa ambil 5 jenis ubat yang doktor berikan.
Antara masalah yang sering dialami oleh Cikgu Ana sebelum ini adalah beliau kerap ambil MC.
Hospital Sultanah Bahiyah dah jadi tempat 'lawatan' setiap bulan akibat masalah kesihatan yang beliau alami.
Tempat lawatan setiap bulan yang wajib dikunjungi
Dengan ketinggian 155cm dan berat 89kg, pada usia awal 50 an, Cikgu Ana mula terasa sakit dibahagian lutut.
Macam mana tak sakit lutut, setiap hari Cikgu Ana terpaksa naik tangga 4 tingkat untuk pergi ke kelas mengajar.
Menaiki tangga menjadi satu cabaran untuk wanita berusia 40 an jika berbadan besar.
Bila badan besar, ligamen dibahagian lutut akan cepat haus kerana terpaksa menampung berat badan yang tinggi. Kesannya, tulang di bahagian atas lutut mula bergesel dengan tulang di bahagian bawah.
Kesannya.... Ouchhh..... Sangat sakit.
Cikgu Ana ada cerita dekat saya, dahulu kalau dah duduk dalam 30 minit, bila nak bangun satu kaki akan terus rasa kebas.
Pergi Ke Farmasi Untuk Beli Ubat
Disebabkan sakit yang macam macam, adakalanya tak boleh tahan juga.
Satu hari, Cikgu Ana pergi ke farmasi di Alor Setar dan terjumpa dengan Kak Sopiah.
Kak Sopiah bertanya, "Kak... Kak ada masalah kesihatan ker?"
Cikgu Ana mula bercerita panjang lebar.
Kak Sopiah dengar penjelasan dari Cikgu Ana dan merasakan masalah kesihatan Cikgu Ana ini berpunca dari masalah berat badan.
Kalau berat badan diturunkan, Insya Allah sakit sakit lain akan mula hilang.
Kak Sopiah berikan buku ini kepada Cikgu Ana. Buku tips macam mana nak turunkan berat badan menggunakan Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus.
Sebelum balik, Kak Sopiah menceritakan mengenai Program Now Everyone Can Kurus yang dianjurkan oleh Empayar Maria Firdaus.
Kak Sopiah kongsikan dengan Cikgu Ana beberap tips untuk kurus dan sihat. Kak Sopiah minta Cikgu Ana test dulu untuk tempoh 2 minggu.
Selepas 2 minggu, Cikgu Ana teruja kerana berat badan beliau dah turun 3kg. Beliau terus menyertai program Now Everyone Can Kurus pada 1 Mac 2015.
Pengalaman Menyertai Program Now Everyone Can Kurus
Dengan keazaman untuk memperbaiki tahap kesihatan dan menurunkan berat badan, Cikgu Ana join program NECK.
Matlamat utama, nak jaga kesihatan. Sebab sekarang umur dah 50 tahun. Anak anak pun ada yang masih bersekolah lagi. So, mahu tak mahu kena jaga kesihatan dari sekarang sebelum keadaan bertambah parah.
Ini gambar hari kedua Cikgu Ana bersama NECK. Berat pada waktu itu adalah 86kg, sebab dah turun 3kg pada 2 minggu sebelumnya.
Cikgu Ana merasakan, adakalanya sedikit tindakan kecil yang dilakukan mampu mengubah hidup ke arah yang jauh lebih baik. Menyertai Program NECK adalah salah satu daripada usahanya.
Dalam Program NECK, para peserta memang diwajibkan makan nasi. So, ini salah satu daripada kesukaan Cikgu Ana. Syukur beliau dapat berdiet walaupun makan nasi.
Kita sering ingatkan para peserta NECK, kalau nak kurus. Pastikan minum air dengan cukup. Ia syarat utama kalau nak hidup lebih sihat. Minum air kosong.
Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus
Dalam program NECK, kita menggunakan satu formula khas untuk para peserta menurunkan berat badan. Setiap peserta WAJIB kira kalori yang mereka perlukan.
Kita akan semak berapa BMR, berapa DCR peserta sebelum kita rancang jumlah penurunan berat badan dalam tempoh 100 hari.
Then kita akan atur kalori yang perlu di ambil setiap hari dan berapa banyak senaman yang perlu di buat.
Bila ada formula macam ni, barulah kita dapat tengok penurunan berat badan yang lebih terancang. Bukan main turun ajer secara meng'khinzir' buta.
Apa Yang Best Pasal Program NECK
Bagi Cikgu Ana. Salah satu yang membuatkan beliau jatuh cinta dengan NECK adalah boleh makan nasi.
Dan apa yang kita buat, untuk tempoh 2 minggu pertama para peserta diwajibkan untuk makan 5 kali sehari dan up kan gambar makanan mereka ke Telegram group.
Dari sini, mereka yang berada dalam kumpulan ini akan belajar sesama sendiri apa yang bagus dimakan dan apa yang tidak bagus dimakan.
Contoh makanan peserta NECK
Siapa kata nak kurus tak boleh makan nasi?
Nasi tak bersalah ok... Yang bersalah tu orang yang makan nasi sampai tak ingat dunia.
Setiap hari, jam 10 pagi dan 4 petang wajib makan snack atau buah.
Bila bersenam, semua peserta akan ambil gambar dan share di group. Ini untuk memberi motivasi sesama mereka untuk terus bersenam.
Gambar Cikgu Ana ketika di Pendang Lake. Berjogging pusing tasik.
Senaman Yang Cepat Turun Berat
Dalam program NECK, kita bukan buat senaman biasa biasa. Kita buat senaman yang luar biasa.
Senaman yang kita buat adalah HIIT Training.
Anda boleh baca di bawah. Kelebihan buat senaman HIIT.
Buat sekejap tapi kesannya sangat bagus untuk badan.
Cara melakukan senaman HIIT. Apa yang saya kongsikan ini adalah ringkasan sahaja. Dalam NECK, kita dah atur secara terperinci senaman yang boleh dilakukan oleh para peserta NECK. Apa yang best. Kebanyakannya, kita hanya buat 100% dari rumah.
Cikgu Ana bersenam di rumah. Eh eh... Kenapa pakai baju hujan pulak dalam rumah? Haaa... Biarlah rahsia...
Sesekali Cikgu Ana akan berjogging di luar rumah.
Antara senaman yang dibuat di rumah.
Result Penurunan Berat Badan Peserta NECK Sentiasa Dikongsikan
Dalam program NECK, kita sering berkongsi gambar gambar terkini para peserta lain yang dah turun berat.
Tujuannya, kita nak bagi motivasi dan kita nak para peserta percaya yang mereka boleh turun berat badan.
Zara, peserta NECK Batch 1 menunjukkan baju beliau semakin membesar selepas join NECK.
Abang Zaimey, turun 6kg dalam 2 minggu. Habiss.... Terbakar yang lain.
Azlan turun 4kg dalam 2 minggu.
2 minggu dah jadi macam ni.
Cikgu Ana selepas 6 minggu.
Pandangan hadapan. Masih dalam proses untuk kecilkan lagi.
Selepas 100 Hari
Selepas 114 hari, Alhamdulillah Cikgu Ana berjaya turunkan sebanyak 13.8kg.
Apa yang lebih best, tahap kesihatan Cikgu Ana semakin baik sekarang ini.
Bacaan tekanan darah tinggi semakin turun sekarang. Dulu tinggi sekarang dah normal.
Ubat dah dikurangkan oleh doktor. Kalau dulu kena ambil 5 jenis ubat, sekarang hanya ambil 1 jenis ubat sahaja.
Antara yang suka dengan perkembangan Cikgu Ana adalah suami beliau. Dulu suami selalu kena temankan Cikgu Ana untuk ke hospital di Alor Setar.
Tapi sekarang dah tak perlu lagi.
Kalau dulu kena pergi setiap bulan.
Sekarang doktor bagi appointment setiap 3 bulan.
Masalah lutut semakin baik dan kurang rasa sakit.
Walaupun masih belum berpuas hati dengan berat sekarang, Cikgu Ana masih berusaha lagi sekarang untuk turunkan berat ke tahap yang lebih baik.
Perubahan Selepas Menyertai Program NECK
Bila saya tanya Cikgu Ana, apa perubahan yang beliau rasakan selepas menyertai program NECK ini.
Antara jawapan beliau :
1. Dah berhati hati dengan pengambilan makanan. Dah tak lalu nak makan makanan berminyak. Bila tengok minyak dekat makanan bergoreng, rasa geli geleman nak makan memikirkan lemak yang akan masuk ke dalam badan.
2. Banyak minum air kosong dan dah sangat kurang minum air manis.
3. Banyak baju lama dah tak boleh pakai. Sekarang terpaksa alter untuk dikecilkan saiz. Terpaksa korek almari balik untuk cari baju baju zaman 90-an dulu yang masa tu masih kecil. Banyak baju besar dah disedekahkan kat orang lain.
4. Dapat bersolat dengan lebih selesa. Terawikh baru baru ini dapat buat 23 rakaat tanpa rasa sakit atau lenguh.
5. Bila duduk lama, nak bangun dah kurang rasa kebas.
Suplemen Yang Diambil
Untuk pengetahuan anda, untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik dan turun berat badan, Cikgu Ana ada ambil beberapa suplemen.
Antaranya :
i. Omegaguard dan Lecithin - Berfungsi untuk membakar lemak, membuang kolestrol dan mencairkan darah serta mengelak lemak berkumpul dalam badan.
ii. Herblax dan Alfafa - Berfungsi untuk detoksifikasi. Nak buang toksin dari dalam badan. Bila toksin dah hilang, barulah penyerapan nutrien dalam badan menjadi lebih baik.
iii. AJHT - Untuk memperbaiki masalah lutut.
Ucapan Cikgu Ana Kepada NECK
Sebelum mengakhiri perbualan dengan Cikgu Ana semalam, beliau ada mengucapkan terima kasih kepada saya.
"Firdaus, terima kasih lah sangat sangat sebab buat program NECK. Kalau tak, sampai sekarang la kak dok usung berat badan 89kg tu. Sampai sekarang la kak dok kena telan 5 jenis ubat tu...."
Alhamdulillah, Syukur rasanya dapat membantu menambah nilai hidup orang lain.
Semoga kisah Cikgu Ana ini sedikit sebanyak dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada anda untuk turut kurus dan sihat.
Buatlah macam mana pun, yang penting anda jaga kesihatan anda kerana ia adalah satu nikmat yang perlu disyukurkan oleh kita semua.
Doa Buat Cikgu Ana
Kami dari team NECK mendoakan agar Cikgu Ana akan terus kurus dan sihat. Semoga impian untuk nak turunkan lagi 15kg akan menjadi kenyataan.
Sekarang Cikgu Ana menyertai NECK Batch 5 untuk terus mendapat pemantauan daripada kami.
Wassalam.
Mohd Firdaus
Found Now Everyone Can Kurus
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)
Feel Free To Share Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat. Mungkin 1 Klik Share Dari Anda Dapat Bantu Menyelesaikan Masalah Kesihatan Rakan Anda Yang Lain.
COMMENTS