Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.
Ketuai Bacaan Yasin Perdana Untuk Anak Menduduki Peperiksaan
Semalam, seorang imam di kampung saya datang ke rumah. Besar hajatnya.
"Firdaus, boleh tolong tak. Sat lagi jam 9 pagi kat surau ada Majlis Bacaan Yasin Perdana untuk anak anak kampung kita menduduki peperiksaan. Hang boleh tolong lead tak bacaan Yasin tu."
Memandangkan semalam pagi saya tak sibuk, maka saya pun bersetuju untuk bantu mereka.
Semasa tiba di surau, pihak penganjur tiba tiba bagi 'task' tambahan kat saya.
"Firdaus, tolong bagi tazkirah sedikit yer dekat ibu bapa ni...."
Syukur Alhamdulillah. Saya dah agak akan ada 'tugas tambahan' ni. So saya dah prepare beberapa point penting yang perlu dikongsikan.
Sebelum start sharing, saya berdoa kepada Allah.
"Ya Allah, sekejap lagi aku nak sharing dengan ibu bapa ni. Aku mohon pada Mu, Kau ilhamkan aku untuk sharing apa yang Kau mahu aku kongsikan dengan mereka ya Allah. Bantu aku Ya Allah..."
Majlis yang dihadiri sekitar 40 ibu bapa
Ada 3 perkara asas yang saya kongsikan dengan ibu bapa :
i. Kita Mahu Anak Berjaya Dalam Peperiksaan... Tapi Ada Lagi Yang Lebih Penting
Ramai ibu bapa mahu melihat anak mereka berjaya dalam peperiksaan.
Tapi tanpa kita sedar, kehidupan kita sendiri merupakan satu peperiksaan yang panjang. Hidup merupakan ujian.
Saya tekankan kepada ibu bapa, kalau kita nak lihat anak anak kita berjaya dalam UPSR, PT3, SPM dan peperiksaan peperiksaan yang lain, jangan lupa untuk kita juga pastikan anak anak kita berjaya dalam Peperiksaan kehidupan yang sebenar.
Saya tekankan kepada mereka. Hidup kita adalah untuk mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
Untuk tujuan ini, kita mesti memberi didikan agama kepada anak anak kita yang secukupnya.
Kita nak anak anak kita menjadi pelindung kita dari dimasukkan ke dalam api neraka.
Kita tak mahu anak anak kita yang menjadi punca menarik kita ke dalam neraka. Nauzubillah.
Saya kongsikan dengan ibu bapa, jika kita tak beri didikan agama yang secukupnya, esok di akhirat kelak anak anak akan salahkan kita. Pada waktu itu, mereka akan tuduh kitalah punca mereka buat dosa.
Akhirnya... Kita terpaksa bertanggung jawab atas kesilapan itu dan mereka yang mengheret kita ke neraka. Nauzubillah.
Sebab tu saya tekankan kepada para ibu yang hadir, tak guna kita tungging terbalik solat, baca Al Quran, puasa sunat Isnin Khamis kalau kita tak beri didikan agama yang secukupnya kepada anak anak kita.
Dalam kita mahu melihat anak anak berjaya di dunia ini, jangan lupa pastikan kita juga mahu melihat mereka berjaya di akhirat sana.
ii. Tekankan Anak Untuk Menjaga Solat
Ini perkara kedua yang saya kongsikan dengan mereka.
Ramai ibu bapa hari ini yang bersolat. Mereka ajar anak anak mereka untuk bersolat.
Tapi... Mereka tak tekankan untuk betul betul jaga solat.
Kita sebagai ibu bapa harus menjadi perkara perkara ini sebaik mungkin.
Menyuruh satu bab.
Mengawasi agar anak anak kita juga turut istiqamah bersolat itu perkara kedua.
Mengapa saya cakap macam ni?
Sebabnya.... Saya biasa memberi ceramah motivasi di sekolah.
Ditakdirkan Allah, saya pergi ke satu sekolah yang mana cikgu cikgu cakap pelajar yang datang untuk sessi motivasi itu adalah pelajar yang TERPILIH.
Bila terpilih ni, maksudnya mereka ini golongan pelajar yang baik.
Statistik yang akan saya berikan sangat mengerikan.
Kalau tak salah saya, daripada 42 orang pelajar yang hadir, hanya 5 orang sahaja yang menunaikan Solat Subuh pada pagi itu.
Cuba anda bayangkan.... Ngeri tak...?
Perkara ini saya tekankan kat para ibu. Ajar anak anak untuk bersolat bermula umur 7 tahun. Dan rotan mereka bila umur 10 tahun kalau masih belum bersolat.
Kalau dari kecil mereka tak solat. Agak agak dah besar nanti macam mana? Siapa yang nak suruh mereka solat nanti?
Pada waktu ini, saya mula melihat ada beberapa ibu yang sudah mula mengalirkan air mata. Mungkin apa yang saya kongsikan terkesan di hati mereka.
Maafkan saya, tiada niat di hati saya nak kata kepada sesiapa. Saya bercakap secara umum. Tak ada niat nak kenakan sesiapa.
iii. Tekankan Anak Untuk Jaga Aurat
Aurat adalah perkara ketiga yang saya tekankan.
Bagi saya untuk seseorang anak itu berjaya dalam kehidupan di dunia dan hidup dalam keadaan berkat, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah untuk anak kita itu berjaya mengamalkan perkara perkara asas dalam agama.
Aurat misalnya.
Ia perkara asas dalam kehidupan. Ia sesuatu yang WAJIB.
Saya tekankan kesilapan ramai ibu bapa yang tidak ambil berat anak mereka untuk menutup aurat semasa mereka masih kecil.
Kesannya... Bila mereka dah besar, kita makin susah nak suruh mereka tutup aurat.
Yang laki kita biarkan memakai seluar pendek. Yang perempuan kita biarkan tak bertudung. Kalau bertudung pun tidak bertudung dengan sempurna.
Selain itu, anak anak juga tidak dilatih bertudung di dalam rumah ketika saudara mara yang bukan mahram datang rumah.
Di mana silapnya?
Silapnya bermula dari ibu bapa sendiri yang kurang memberi penekanan kepada anak anak ini untuk menjaga aurat mereka dalam setiap keadaan.
Sekali lagi, bila saya sentuh bab ni. Ada beberapa ibu yang mengalirkan air mata mereka.
Tips Amalan Untuk Ibu Agar Anak Menjadi Anak Yang Soleh
Selain itu, saya juga ada berkongsi dengan mereka satu tips. Tips ini saya dapat selepas interview dua ibu yang anak mereka menjadi pelajar cemerlang di satu sekolah.
Saya tanya mereka, apakah amalan yang mereka buat untuk pastikan anak anak mereka ini menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya dalam pelajaran mereka?
Anda nak tahu apakah amalan mereka?
Jika anda nak tahu, mohon anda tekan Button SHARE di atas atau di bawah Entri ini. Kalau cukup 50 SHARE, saya akan share kan dengan anda apakah amalan yang kedua dua ibu itu amalkan sehingga anak anak mereka berjaya.
Saya kongsikan tips ini dengan mak saya. Amazingly..... Mak saya cakap. "Itulah yang mak buat masa hampa semua kecik kecik lagi...."
Wallawoi....
Terkejut saya. Tak sangka saya. Sebab sebelum ini mak tak pernah cerita pun hal ini.
Mungkin... Inilah salah satu faktor kami 4 adik beradik berjaya dalam pelajaran kami dahulu. Kami semua berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara. Rahsia kejayaan kami 4 beradik ada saya kongsikan dalam 3 buku di bawah ini.
Insya Allah, lepas ni saya akan share dengan anda apakah amalan para ibu ini/
Semoga kisah ini sedikit sebanyak memberi input kepada kita untuk memberikan yang terbaik kepada anak anak kita.
Semoga anak anak kita menjadi anak anak yang soleh dan solehah.
Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others
Feel Free To SHARE Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat
COMMENTS