Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab. Insya Allah.
Percutian Bersama Keluarga Dan Sahabat
Setelah dirancang berbulan bulan sebelum ini, akhirnya saya dan rakan rakan berkesempatan untuk bercuti di Escape Adventerous Park di Teluk Bahang Pulau Pinang.
Untuk pengetahuan anda, tiket masuk untuk dewasa adalah RM70 dan kanak kanak 3-12 tahun berharga RM50. Warga emas dan kanak kanak bawah 3 tahun adalah PERCUMA.
Jika nak jimat 50%, sila beli tiket secara online 3 bulan lebih awal.
So saya nak share dengan anda gambar gambar yang best yang sempat saya ambil di sana.
Di pintu masuk park. Saya tiba jam 9.15 pagi. Pada waktu ini, hujan turun renyai renyai.
Dari luar nampak macam best ajer. Dah tak sabar nak main.
Ni member baik saya, Adzhar. Ketika di tempat pemeriksaan tiket dan barang. Untuk makluman anda, tak boleh bawa masuk sebarang makanan atau minuman ke dalam taman ini. Semua kena beli di dalam.
Wife Adzhar. Dr Fauzana.
Masuk masuk ajer, Farees dan Fateh terus naik mainan ini. Gerak kan ajer tangan ni kiri dan kanan, boleh jalan terus.
Farees macam best jer naik. Kalau Abi leh naik, Abi pun nak try.
Anak Dr Salwani pun turut join.
Tengok orang buat, nampak macam best jer. Kami pun teruja nak try kejap lagi.
Muatan berat maksimum untuk naik most ride di sini adalah 100kg. So, kalau anda yang lebih 100kg tu, janganlah 'verangan' nak boleh naik semua ni ok. Sila turunkan berat badan dulu.
Nak tahu cara turunkan berat badan dengan mudah. Sila BACA TIPS DI SINI
Saya share pengalaman saya turunkan 11.5kg dalam tempoh 100 hari.
Kami semua yang join berkumpul untuk ambil gambar dulu. Antara sahabat saya yang join adalah Dr Salwani, Dr Tazli, Dr Adzhar, Dr Fauzana, Mad Zabri dan juga Fahmi.
Dah bertahun tak jumpa kenkawan ni.
Masa sampai, hujan turun semakin lebat. So... Fateh terpaksa menunggu di bawah tempat rehat dengan muka 'sedihnya'.
Farees cuba men'senyum'kan diri.
Tazli dan Md Zab berbincang. Apa nak buat dulu lepas masuk ke sini.
Jom kita main yang ini dulu....
Sharina dan Fahmi dah pernah datang beberapa kali ke sini. So, mereka cadangkan kepada kami untuk pergi ke tempat mainan kanak kanak dulu. Bagi anak anak main dulu.
Farees naik buaian dulu. Nampak tak, tempat duduk tu pun basah lagi.
Ada tempat main untuk 'melombong emas'. Semua orang diberikan bekas, dan tujuannya kena cari ketulan berupa 'emas' dalam pasir ini dengan cara mendulang.
Fateh...
Dengan confidentnya tunjuk kat saya dia dapat 'emas' tu...
Farees pun sama. Abi... Saya dapat 5 emas. Saya nampak benda tu batu. Tapi nak bagi Farees seronok dan happy, saya cakap jer.. "Wah... Hebat anak abi.. Pandai.. Good job. Cari lagi..."
Dengan bantuan Ummi.. Farees dan Fateh terus mencari...
Dah masuk, semua kanak kanak dapat belon seorang satu.
Farees belajar untuk imbangkan badan.
Mainan pertama mereka adalah Wall Climbing. Nampak macam tinggi, tapi saya tengok Farees sangat berani untuk panjat.
Go go go anakku...
Ketinggalan dengan Fawwaz. Anak Dr Adzhar yang lebih besar dari dia.
Alhamdulillah, berjaya juga untuk sampai ke atas.
Saya pun nak naik jugak.
Bersama Dr Tazli, Lecturer di UTP Tronoh.
Boleh tahan jugak untuk kami naik ke sini.
Ambil gambar dulu masa kat atas...
Anak Dr Adzhar bersemangat memanjat.
Anak Tazli, Amanina dan juga Falah.
Ada tower ni. Kita kena panjat dan kemudian terjun ke bawah. Nampak macam tinggi jugak la...
Saya nak naik. Tapi macam tak best sebab bila terjun tu tak free fall. Dia macam tergantung then turun slow slow ke bawah. Tak berapa thrill.. So.. Saya tak nak naik lah sebab saya dah pernah naik lebih brutal dari ni sebelum ni. Impian saya, nak buat Bungee Jumping. Insya Allah. Will do it.
Member saya gak yang naik...
Then kami semua pergi ke tempat mainan untuk kanak kanak. Farees dan Fateh nak main kat sini.
3....2....1.... Fly
Ada flying fox untuk kanak kanak kat sini
Farees enjoy his time flying here and there. Berulang ulang kali dia naik.
I believe i can fly...
Afiq, anak Fahmi pun main. Ayah dia siap pegang 'rotan' lagi. Hehe.... Gurau jer ye Fahmi.
Ni mainan lain pulak. Hanya kanak kanak boleh main mainan ni kat tempat ini.
Tak sangka Fateh boleh lepas naik semua ni. Tapikan.. Macam main tipu jer. Orang jalan atas tempat jalan tu, tapi dia jalan ikut bawah.
Dekat sini dia nangis. Nak jalan ikut bawah dah tak boleh. So.. Nak tak nak dia terpaksa merangkak atas tayar tu sambil nak nangis. But.. You did it my boy... Anak Tazli kat belakang tu rileks ajer. Siap nak lompat lompat lagi atas tayar tu. Haha...
Then ada rumah kecil. Namanya A Maze. Saya tak tahu benda tu apa dia. So just join kawan saya masuk la..
Sekali.... Dalam tu macam cari jalan keluar dari dalam tempat gelap. Masuk pintu A. Then kene keluar ke pintu B. Nampak macam mudah. Tapi susah giler. Dah ler gelap. Dia bagi 2 torch light untuk 6 orang masuk. Jalan kecil dan sempit pulak tu.
Dalam tu.. Huhu.. Tension aku. Asyik asyik salah jalan. Kena patah balik. Dammm... Dah la sakit kepala kena hujan tadi. Terpaksalah cari jalan juga.
Then ada game sepak takraw kat situ. Fuhhh... Dah berpuluh tahun tak main takraw. So hentam main la dengan depa dua orang ni. Sorang Chinese, sorang India dan sorang Melayu. Kita SATU MALAYSIA.
Lepas tu so to happen, saya lalu tempat Aerobat ni. Nampak tak ramai orang. Terus saya beratur nak naik. Ada 4 orang didepan saya. So, saya tengok lah macam mana mereka ni buat.
Semua pompuan yang duduk depan saya. Semua buat
Anda kene tonton ni video ni. Macam best.... Dengar ayat brother tu, "Abang first customer boleh buat back flip hari ni..." Alhamdulillah..
Next... Kami nak naik flying fox.
Lets enjoy our ride...
Azhar sedang terbang dah nak sampai tu... Kalau anda tengok jarak dia macam jauh lah jugak.
Tara... Dah sampai ke hujung ni...
Next kami naik Monkey Business.
Kalau anda tengok, budak budak yang lebih 120cm dah boleh naik.
Ni Adzhar bawa anak anak dia naik. Seronoklah dia orang ni. Kecik kecik dah berpeluang nak naik benda benda macam ni.
Since Maria join sekali naik dengan saya. So, kami naik yang Stage 1. Yang paling senang. But... So unlucky, kat depan kami ada pompuan 5 orang yang dok takut takut tak berani nak jalan. Adoyai.. Habis kami lebih kurang 20 orang tersangkut kat belakang. There is no turning back. Once you in, you have to finish it. Dah tertidur ku kat atas tu.
Saya dan Maria.
Anak Fahmi pun berani jalan atas tali kecil tu.
Maria naik flying fox.
Takut takut berani ajer Maria tu naik.
Boleh naik dengan senyum
Boleh peace peace lagi.....
Merangkak masuk ikut gelung
Maria nak kena lalu tali ni pulak... Actually, ada banyak lagi mainan yang kami main tapi tak boleh ambil gambar sebab mainannya agak bahaya. So, tak leh ambil gambar.
Masa kami naik monkey business tu, Farees dan Fateh main monkey school sekali lagi.
Mainan ni naikkan bola ke atas tanpa jatuh ke dalam lubang.
Dah nak balik, Farees dan Fateh nak makan ais krim pulak.
Fateh makan ais krim...
Anak Tazli jatuh buai... Dah menangis...
Sebelum balik kami semua bergambar dulu...
Semuanya senyum gembira dan berpuas hati walaupun keletihan...
Auntie Sharina bagi hadiah kat anak anak...
Yang besar dapat hadiah besar.. Yang kecil dapat hadiah kecil....
That's all. Actually ada banyak lagi gambar yang best yang kami tak ambil.
So.. kalau nak pi. Ada beberapa nasihat daripada saya.
1. Anak anak pastikan pakai kasut. Jangan pakai selipar sebab kat situ kawasan berpasir.
2. Bawa baju extra sebab pasti berpeluh, kotor dan busuk. Sebelum balik boleh mandi di tempat yang disediakan.
3. Tak perlu bawa air atau makanan sebab tak boleh bawa masuk.
4. Ingat yer, dah masuk dalam ni dah tak boleh keluar dah.
5. Warga emas kalau pi kena bawa IC sebagai bukti sebab mereka masuk percuma.
That's all.
Really enjoy my time with my family and friends.
Semoga Allah beri kelapangan lagi kepada kami lepas ini.
Wassalam.
Mohd Firdaus
Ex-Kolej Mara Banting
Feel Free To SHARE Jika Anda Nak Kongsi Gambar Gambar Ini Dengan Rakan Rakan Anda Yang Lain
COMMENTS