Assalamualaikum,
Terima kasih kerana setia menziarahi blog mariafirdaus.com.my.
Saya doakan Allah permudahkan urusan kita semua dan diberi kebaikan hidup di dunia dan di akhirat.
Testimoni Peserta NECK Batch 3
Saya nak share dengan anda testimoni yang diberikan oleh salah seorang peserta program Now Everyone Can Kurus bagi Batch 3.
Assalamualaikum,
Nama saya Azlan. Berusia 34 tahun dari Kuala Lumpur.
Selepas saya berkahwin, berat badan saya naik dengan mendadak. May be sebab isteri saya pandai masak. Mahu tak mahu, saya terpaksa makan demi menjaga hati isteri.
Dari 65kg, berat saya meningkat sehingga 85kg dalam tempoh 10 tahun selepas berkahwin. Apabila berat badan mencecah 80kg ke atas, berat badan saya jadi seperti yoyo. Naik turun antara 80kg-85kg-80kg.
Punca utama kegemukan saya ini disebabkan saya tidak pernah bersenam selepas berkahwin. Selain itu, kerja saya yang selalu stress menyebabkan saya selalu makan bagi mengurankan stress saya. Apa yang saya teringin nak makan, semua saya bedal.
Namun...... Segalanya berubah selepas saya menjalani pemeriksaan kesihatan dengan doktor.
Sikap saya yang tidak mengambil berat mengundang pelbagai masalah kesihatan kepada saya. Yang paling kritikal, pada usia muda saya ada masalah tekanan darah tinggi.
Selain itu, doktor juga memaklumkan kepada saya, saya mungkin ada masalah bengkak hati. Masya Allah. Takutnya saya pada waktu itu hanya Allah yang tahu.
Mata putih saya tidak berwarna putih. Tetapi berwarna putih kekuningan.
Saya sangat takut pada waktu itu. Doktor menasihatkan saya untuk menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan.
Pada waktu itu, saya hanya terbayang anak isteri saya sahaja.
Saya mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak yang masih kecil. Saya tiada pilihan melainkan menjaga kesihatan saya.
Langkah Mudah Untuk Kurus
Saya merupakan kawan di FB dengan Firdaus. Saya tengok beliau ada menganjurkan Program Now Everyone Can Kurus.
Perubahan Firdaus ini memberi inspirasi kepada saya sebab saya rasa badan kami lebih kurang sama saiz.
Tanpa berfikir panjang, saya sertai Program Now Everyone Can Kurus Batch 3 yang bermula pada 1 April 2015 selama 100 hari.
Pada waktu itu, saya dah faham yang program ini akan dijalankan secara online sepenuhnya. Saya perlu mengikuti tips dan nasihat yang diberikan oleh coach melalui Telegram group itu.
Saya mula ubah gaya hidup saya. Saya mula bersenam. Yang best mengenai NECK ini, kami hanya bersenam dari rumah. Tak perlu pergi gym, tak perlu keluar rumah. Saya bersenam dari dalam rumah sahaja. Kami digalakkan oleh coach untuk pakai baju hujan dalam rumah ketika bersenam. Disamping itu, kami juga akan bawa beg yang diisi dengan pemberat. Semua ini untuk memberi kesan maksima dalam senaman yang kami lakukan.
Berpeluh tak terhingga walaupun saya hanya bersenam dari dalam rumah sahaja. Saya suka dengan senaman senaman yang coach berikan. Semuanya High Impact Training. Buat sikit tapi kesan sangat besar.
Selain itu, coach juga ada mengajar kami cara makan dengan betul. Kami mula memilih makanan yang sihat semasa dalam program ini. Cuba anda perhatikan, saya hanya makan telur putih. Telur kuning saya tak ambil kerana kalorinya sangat tinggi. Tak bagus untuk program menurunkan berat badan.
Ini makanan kegemaran saya. Saya akan bawa bekal ke pejabat untuk makan pada pukul 10 pagi. Untuk makluman anda, dalam program NECK, kami diajar untuk makan 5 kali sehari mengikut kalori yang diperlukan oleh badan. So, kami boleh makan apa sahaja yang kami nak makan asalkan masih dalam kalori yang betul.
Tengah hari, kami wajib makan nasi. Bagi saya ini satu nikmat kerana saya tak boleh tak makan nasi.
Coach ajar kami untuk guna pinggan yang lebih kecil ketika makan. Ini kerana ia akan bantu kami dari segi psikologi untuk ambil kurang makanan.
Tengah hari, wajib nasi. Kami seimbangkan makanan dari segi karbo, protien dan lemak. Setiap kali makan, sayur wajib ambil sebab ia ada serat yang boleh bantu sistem pencernaan.
Antara breakfast yang saya ambil. ESP dan juga Cinch. Ia sumber protien yang tinggi dan sangat mengenyangkan.
Kami peserta NECK dimasukkan dalam satu Telegram Group. Di sini kami akan berkongsi segala makanan yang kami makan. Coach akan pantau bagi memastikan kami makan benda yang betul. Energy dalam group ini sangat tinggi. Kami semua saling memberi motivasi antara satu sama lain untuk sama sama kurus dan sihat.
Ada kalanya, saya rasa tercabar dengan kawan kawan lain yang berjaya turun berat dengan banyak.
Bekalan di bawa ke pejabat.
Minum petang.
Perubahan Demi Perubahan Selepas Menyertai Program NECK
Alhamdulillah, melalui program NECK ini, saya mengalami perubahan yang sangat ketara.
Perubahan 2 minggu pertama
Setiap 2 minggu, kami wajib update timbangan kami di group. Coach akan pantau. Siapa yang turun sikit akan dibantu untuk 2 minggu seterusnya.
Perubahan dalam tempoh 28 hari. Kami akan timbang setiap 2 minggu.
Dalam 4 minggu, saya berjaya turunkan 6.5kg. Bagi saya ia satu pencapaian yang sangat memberangsangkan. Sebelum ini saya tak tahu cara nak turunkan berat badan dengan betul. Sebab itulah berat saya jadi macam yoyo.
Minggu ke 6, turun lagi 2kg menjadikan jumlah penurunan 8.5kg
Saya makin teruja dengan perubahan fizikal saya ini.
Cukup 8 minggu, saya berjaya turun 10.1kg. Subhanallah. Amazing...
Badan saya semakin mengecil selepas 8 minggu.
Selepas 10 minggu.
Selepas 12 minggu.
Rekod penurunan berat badan saya mengikut minggu.
Dan ini gambar saya pada hari ke 100 bersama program Now Everyone Can Kurus. Alhamdulillah, saya berjaya turunkan berat sebanyak 18kg dalam 100 hari.
Apa yang membanggakan saya, isteri saya yang menjadi peneman saya turut berjaya turunkan berat badan menggunakan ilmu yang saya pelajari dari dalam NECK.
Sharing Dengan Peserta Lain
Saya berkongsi dengan peserta lain, dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat yang diajar dalam program NECK, saya berjaya kembalikan tekanan darah tinggi saya ke tahap normal. Rupa rupanya, penyelesaian masalah kesihatan saya bukanlah dalam bentul pil. Tetapi dengan NECK. Saya ubah gaya hidup saya dan Alhamdulillah tahap kesihatan saya juga turut berubah.
Saya kongsikan apa yang memberikan motivasi kepada saya untuk kurus dan sihat. Anak anak. Mereka adalah amanah yang Allah berikan kepada saya. Saya hampir kena strok. Syukur saya bertemu dengan NECK tepat pada masanya. Saya nasihatkan, jangan tunggu sampai sakit macam saya baru nak berubah. Tapi jagalah kesihatan dari sekarang.
Semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak akan memberi motivasi kepada anda untuk kurus dan sihat.
Percayalah, nak turunkan berat badan sebenarnya sangat mudah jika kita tahu caranya. Selain itu, kita juga perlu bersedia dari segi minda. Jika minda tak bersedia. Kita tak akan berjaya.
Ingatlah, tujuan join NECK adalah untuk jaga kesihatan. Kita nak sihat. Kurus adalah bonus.
Anda mungkin tak faham apa yang saya rasakan selama ini. Saya terpaksa makan ubat darah tinggi untuk kurangkan kadar degupan jantung.
Bila makan ubat ini, saya selalu rasa pening kepala. Saya rasa oksigen macam kurang sampai ke otak. Bayangkan, saya ada masalah ketika pegang barang. Saya selalu terlepas bila pegang. Jangan tunggu sampai jadi macam saya baru anda nak berubah.
Kepada isteri saya, saya ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang sayang berikan. Semoga dengan kesihatan yang Allah kurniakan ini, hubungan kita akan terus berkekalan sehingga ke syurga. Insya Allah.
Wassalam.
Azlan
Peserta NECK Batch 3
"Jom Kurus Dan Sihat Dari Rumah"
=================
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)
Sila Tekan Button Share Di Bawah Jika Kisah Ini Memberi Motivasi Kepada Anda
COMMENTS