By : Kam Maria Abdul Mutalib
Assalamualaikum,
Maria doakan semua pembaca blog Marifirdaus.Com.My sentiasa dalam lindungan Allah, sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.
Mungkin ramai antara anda mengenali Dr Zubaidi Hj Ahmad.
Beliau antara Doktor Perubatan yang rajin berkongsi tips-tips kesihatan dan menjawab soalan-soalan dari orang ramai di Facebook dan Blog.
Sebelum ini, beliau ada membuat kupasan tentang SET BERSALIN SHAKLEE - KUPASAN DARI ASPEK PERUBATAN (Sila Click)
Pada 14 Jan 2016, beliau ada berkongsi tentang kepentingan pemakanan sihat termasuk suplemen di Facebook Page beliau.
Beliau menceritakan pengalaman bagaimana sebelum ini selama menjadi Doktor Perubatan beliau tidak percaya kepada suplemen.
Dan selepas 20 tahun menjadi Doktor Perubatan, barulah beliau terbuka hati untuk mengkaji tentang pemakanan dan suplemen. Nak tahu mengapa?
Jemput baca perkongsian beliau di bawah:-
============================
By : Dr Zubaidi Hj Ahmad.
Dulu saya agak keberatan untuk menasihati pesakit saya untuk mengambil suplemen. Saya tidak berapa kisah sangat tentang pemakanan pesakit saya.
Bila saya ditanya, saya akan jawab dalam skrip yang sama.
"Suplemen ini tak penting. Iklan tentang suplemen ini satu penipuan"
"Orang Msia tidak perlu makan suplemen sebab makanan kita sudah banyak nutrien"
"Suplemen akan menyebabkan air kencing kita jadi mahal, kerana ia tidak diserap ke dalam tubuh, dan dibuang melalui air kencing"
Setelah 20 tahun menjadi doktor perubatan moden, dan melihat bagaimana pesakit kronik tidak pernah sembuh, malah semakin teruk (mengalami komplikasi) setelah 10-15 tahun, saya terbuka hati untuk mengkaji tentang pemakanan dan suplemen.
Sepanjang pengalaman saya, belum jumpa pesakit darah tinggi atau pesakit kencing manis, yang sembuh dari penyakitnya.
Kebanyakannya terpaksa mengambil lebih banyak ubat, dan ada yang mengalami komplikasi seperti stroke, ginjal rosak dan sakit jantung.
Begitu juga dengan penyakit seperti MS atau SLE atau rheumatoid arthritis yang terpaksa bergantung kepada sterois sepanjang hidupnya.
Ini kerana saya diajar bahawa penyakit2 ini adalah disebabkan oleh genetik, dan ia TIDAK BOLEH dirawat. Pesakit harus makan ubat seumur hidup.
Rupanya konsep ini SALAH, kerana "setiap penyakit ada ubatnya".
Hanya kita yang belum berjumpa dengan ubat atau cara pengubatan yang serasi.
============
Setelah mengkaji tentang pemakanan dan keperluan nutrien di peringkat sel, saya mendapati saya menjadi doktor yang lebih baik.
Saya lebih memahami mengapa suatu penyakit kronik itu berlaku dan merawat, tanpa tergesa-gesa memberikan ubat.
Di samping itu pengalaman saya belajar psychology&kaunseling di UTM, memahami emosi dan jiwa manusia.
Saya dapat merawat dengan lebih baik. Kadang-kadang dengan senyuman, kata-kata semangat dan nasihat pemakanan telah banyak membantu ramai pesakit.
Mereka dapat mengawal penyakit mereka sendiri dengan baik, tanpa perlu mengambil banyak ubat-ubatan.
Ambil ubat yang perlu, jaga pemakanan, minum air sebanyaknya, berkawan dengan orang2 yang positif dan banyakkan doa.
============
Dulu saya menyangka dengan melakukan pemeriksaan saringan kesihatan, saya telah melakukan kerja yang besar iaitu mencegah penyakit, yang selalu saya diajar ketika berada dalam subjek "Preventive Medicine" kira-kira 25 tahun dulu.
Semasa di kuliah saya diajar, jika saya berjaya mengesan tanda-tanda awal penyakit, saya telah melakukan aspek pencegahan sesuatu penyakit.
Sebagai contoh, apabila seorang pesakit saya dengan risiko tinggi untuk mendapat kanser prostate atau kanser payudara, saya akan mengarahkan pemeriksaan darah untuk PSA yang mengesan kehadiran antibodi terhadap kehadiran sel-sel prostate atau pemeriksaan mammogram bagi mengesan perubahan awal sel-sel payudara yang bertukar menjadi kanser.
Dalam pada masa yang sama, saya melakukan pemeriksaan tekanan darah, kandungan gula dan kolestrole dalam darah, bagi mengesan proses awal penyakit, supaya saya dapat memberikan ubat tertentu bagi mengawal penyakit ini.
Bagi pesakit yang mungkin mengalami prostate yang membesar atau ada perubahan sel-sel payudara yang masih belum dalam peringkat menjadi kanser, saya tidak melakukan apa-apa kecuali meminta beliau datang semula selepas 3-6 bulan.
Sebenarnya saya tidak melakukan langkah pencegahan. Saya membiarkan pesakit "menunggu dan lihat' prosgers penyakit beliau.
Saya hanya merawat apabila pesakit telah mengalami kanser atau penyakit kronik.
Saya tidak merawat ketika pesakit masih di peringkat "belum memerlukan ubat" dan membiarkan takdir yang menentukan nasib mereka, pada hal mengamalkan pemakanan yang sihat, adalah salah satu usaha tawakal.
=======
Saya banyak kali menghadiri CME (continous medical education) iaitu proses pembelajaran berterusan di kalangan para doktor bagi megetahui teknik pembedahan atau ubat-ubatan yang terbaru.
Sudah tentu ia ditaja oleh syarikat farmasiutikal yang besar, di mana banyak memperkenalkan ubat-ubatan yang dikeluarkan oleh syarikat mereka.
Pada saya ia adalah manipulasi informasi perubatan, di mana doktor-doktor akan dipujuk secara halus untuk menggunakan ubat mereka.
Doktor akan menyangka inilah rawatan terbaik untuk pesakit, apabila dalam CME itu banyak kajian yang dilakukan menunjukkan keberkesanan sesuatu ubat.
Namun suatu perkara yang kita perlu tahu ialah apabila ubat sintetik baru dicipta, kesan sampingan ubat masih masih tidak diketahui kerana ia masih di peringkat awal.
Jadi cara terbaik ialah dengan balik kepada asas perubatan iaitu pemakanan.
Menjaga pemakanan dan memilih makanan yang banyak nutrien (bergantung pada keperluan diri akibat sesuatu penyakit), lebih selamat kerana ia tiada kesan sampingan dan ia murah.
==============
Jangan salah faham. Saya tidak mengatakan semua ubat sintetik berbahaya dan harus ditinggalkan.
Cuma saya ingin menegaskan bahawa pilih ubat yang perlu sahaja dan meminimakan penggunaannya mengikut nasihat doktor.
Ini kerana PENYAKIT bermula dengan MAKANAN dan dengan MAKANAN kita perlu merawat PENYAKIT.
====================
Ini pula screenshot dari status beliau di Facebook:-
TANGGUNGJAWAB KAMI...
Kami berharap, dengan perkongsian ini, ia memberi kesedaran kepada kita semua betapa pentingnya penjagaan kesihatan melalui PEMAKANAN SIHAT dan SUPLEMEN jika kita tidak mampu mendapat kesemua NUTRISI PENTING dari pemakanan seharian.
Berdasarkan feedback dari sahabat kami yang bergelar Doktor Perubatan juga, masih ramai para Doktor yang lebih percaya kepada ubat sintetik kerana itu yang diajar di Sekolah Perubatan.
Bidang Nutrisi adalah bidang yang berbeza dan sangat sedikit diajar kepada para Doktor. Maka, atas inisiatif para Doktor itu sendiri lah mereka belajar tentang ILMU NUTRISI pemakanan dan suplemen.
Kami dulu juga antara mereka yang TIDAK PERCAYA SUPLEMEN sebab kami TIADA ILMU.
Sekarang kami dah faham betapa penting menjaga pemakanan dan juga keperluan MAKANAN TAMBAHAN (SUPLEMEN).
Maka menjadi tanggungjawab kami untuk bantu memberi kefahaman kepada orang lain pula.
Dulu kami sangka suplemen ni sama macam ubat hospital (diperbuat dari dadah) sebab ia dalam bentuk yang sama iaitu pil.
Jemput baca kupasan kami tentang perkara biasa yang ramai orang salah faham tentang ubat dan suplement di sini:-
3 PERBEZAAN UBAT DAN SUPPLEMENT YANG RAMAI ORANG SALAH FAHAM!! (Sila Click)
NUTRISI SHAKLEE SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI
Alhamdulillah, kami bersyukur kerana pada tahun 2012, kami diperkenalkan dengan NUTRISI SHAKLEE yang diasaskan oleh seorang Doktor Perubatan juga iaitu Dr Forrest C Shaklee sejak 60 tahun lalu.
Sejak itu, nutrisi Shaklee telah banyak membantu memelihara dan meningkatkan tahap kesihatan kami sekeluarga termasuk anak-anak dan ibu bapa kami, tanpa perlu bergantung kepada ubatan sintetik dan dadah.
Fahami 2 BIDANG BERBEZA INI yer:-
Bidang PERUBATAN fokus kepada MERAWAT PENYAKIT.
Bidang NUTRISI pula fokus kepada MEMBINA DAN MEMELIHARA KESIHATAN.
Kami pilih Shaklee kerana ia bukan sebarangan produk seperti lambakan produk kesihatan di pasaran.
Setiap produknya telah diuji secara klinikal yang menyeluruh untuk memastikan keselamatannya. Sebab itulah kami sentiasa YAKIN yang ianya telah terbukti SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI.
Keberkesanannya produk Shaklee juga telah terbukti melalui pelbagai ujian (Landmark Study)
Anda boleh baca info penuh di sini MENGAPA KAMI MEMILIH SHAKLEE. (Sila Click)
Kami berharap perkongsian ini dapat membuka minda anda semua, sebagaimana ilmu nutrisi ini telah membuka minda kami selepas mengenali Shaklee.
Jagalah tubuh badan kita dengan memberikan nutrisi yang terbaik dari pemakanan seharian. Tubuh badan kita AMANAH DARI ALLAH.
Kita lahir dengan kesihatan yang sempurna, biarlah kita 'pulang' juga dalam keadaan badan dan kesihatan yang baik. InsyaAllah.
KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN SEBENAR
MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT
Thanks for reading!!
Jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk mereka yang lain, mohon anda click button SHARE di bawwah. Terima kasih.
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
COMMENTS