Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang oleh Allah.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.
Percutian Tajaan Shaklee
Untuk makluman anda, baru baru ni Allah bagi rezeki kepada saya untuk bercuti di Langkawi bersama rakan rakan saya yang yang buat bisnes Shaklee.
Ia adalah percutian yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee.
Actually, ia adalah sebagai tanda penghargaan daripada pihak Shaklee atas kejayaan kami dalam bisnes Shaklee pada tahun 2015.
Kami dah pun dapat 3 tiket percutian di US pada Ogos 2016, so ada baki extra 1 tiket cuti di Langkawi.
Since Maria tak nak pi, saya terpaksalah pergi dalam keterbatasan waktu yang Allah bagi kepada saya.
Jom tonton video ni dulu:-
Video Shaklee Free Trip Langkawi 2016.
Shaklee bagi 3 hari 2 malam percutian di Langkawi. Super duper best baq hang...
Tiba di Penang Airport. Terus menuju ke kaunter Check In Air Asia
Ada member nak test phone Huawei saya. So, terpaksa jadi model kejap.
Kami semua diberi taklimat ringkas oleh pihak agen yang jadi tour guide kami.
Terbang dengan Air Asia ke Langkawi. Perjalanan ambil masa 35 minit. Actually di udara sekitar 15-20 minit ajer. Selebihnya ada di landasan.
Tiba di Airport Langkawi. Cuaca Alhamdulillah, amazing...
Ni la kelebihan phone Huawei P9. Boleh buat gambar bokeh macam ni. Tak yah nak galas DSLR bagai.
Turun dari kapal terbang menuju ke tempat beg.
Dah lama tak travel sorang sorang. Terasa seperti bujang kembali. Huhu.. Syok oooo...
Member suruh test ambil gambar dia lak...
First destination, Pekan Kuah. Tempat untuk shopping.
Shopping coklat. Untuk makluman, saya bukan penggemar coklat. Beli semua ni pun untuk Maria. Dia yang kirim.
30 biji RM26.90. Saya beli 8 kotak. Ingat nak bagi hadiah untuk kawan kawan. Sekali ntah macam mana, saya 'terhilang' plastik yang isi 6 kotak coklat ni. Nangis wei.... Sorry yer kenkawan. Tak ada rezeki korang.
Coklat favourite masa saya di UK dulu. Twix dan Snickers.
Maria suka Loacker ni.
Since isteri tersayang suka Kinder Bueno, beli la 3 kotak. RM20 sekotak.
Bersama team Shaklee Maria Firdaus. Din, Affni, Abg Hafiz (My Biras) and Mak Mertua ku tersayang.
Beli punya beli, tak perasan. Tangan dah tak muat nak bawa. Tu pun ada yang kami dah beli dan tinggal di kedai dulu.
Makan tengah hari dulu di Pekan Kuah.
Sambung shopping lagi.... Puas aih shopping. Saya habis RM600 ++. Beli coklat dan sudu garpu yang Maria pesan.
Jom balik ke Hotel.
Setiba di hotel, kami disambut dengan paluan kompang.
Hotel yang dipilih The Westin Langkawi Resort And Spa. 5 star hotel. Located dekat dengan Jetty Kuah.
Suasana dalam bilik yang sangat mendamaikan. Memang best lah.
Buka aja pintu bilik, terserlah kolam renang dan pemandangan luat yang sangat cantik.
Bersiap sedia untuk makan malam. Tema makan malam adalah Baju Bunga Bunga....
Ini Hafiz. Biras saya.
Ini pulak Din. Kawan baik saya dalam Shaklee.
Ini pulak Affni dan Mak Mertua saya. Affni ni kawan Maria dan kawan kak ipar saya. So dia la yang dok temankan mak mertua saya sepanjang kami berada di sana.
Nampak muka macam nak makan orang tak? Hehe.. Dah lapar la tu. Kami on the way ke tempat makan.
Meja yang dah siap dihias.
Masa makan dah tiba.... Serbu.....
Hantam sajalah labu....
Ayam ada, kambing ada, seafood ada. You name it, we have it. Alhamdulillah.
Saya memang suka makanan seafood ni. Amazing..... Sangat sedap.
Meja 16. Meja kami menang cabutan bertuah. Hehe... Alhamdulillah. Memang bertuah.
Jam 6.30 pagi. Selepas solat Subuh. Kami berdua buat kerja orang bujang. Gi layan snooker dulu.
Layan gym jugak. Sampai rasa nak muntah ku dikerjakan....
Dah flat..... Sket lagi nak muntah. Duduk ni sebab nak tenangkan diri. Kat depan tu dah ambil tong sampah siap untuk ready kalau nak muntah. Huhu..
Breakfast pulak. Kalau tadi kita bakar lemak. Sekarang kita isi lemak pulak. Hehe...
Affni dah jadi peneman setia mak mertua ku sepanjang kami berada di sana.
Alhamdulillah, breakfast kat hotel memang sangat sedap.
Next ..... Shaklee Group Photo....
Tempat tuju pertama kami adalah Mangroove.... Sejujurnya saya pun tak tahu apa aktiviti yang bakal kami tempuhi nanti. Cuma saya dimaklumkan kami akan naik bot.
Semua pakat tak sabaq dah nak naik bot...
Beratoq dulu nak naik bot...
Kami naik bot besaq. Ada 20 orang satu bot. Yang saya betui betui tak suka, life jacket dalam bot ni tak cukup. Kalau lah berlaku sesuatu di luar jangkaan. Nauzubillah.. Huhu...
Memang santekkk bokeh yang dibuat oleh Huawei P9.
Singgah tempat orang bela ikan dalam sangkar. Dalam ni ada ikan pari.
Memang best dan terbaik...
Sampai melompat seperti kanak kanak riang dia orang ni. Masa jatuh, bergegar jeti ni.. Huhu... Sib baik photographer pandai ambil gambar. Kan cantik....
Sabar kak sabar.... Bot ni tak cukup laju lagi ni...
Habis..... Bot mula memecut laju.... Tengoklah percikan air yang sempat dirakamkan oleh Huawei P9. Satu side cantik. Satu side blur...
Ha... kecut akak ni... Baru tahu..... Sib baik ada Affni. Ada gak tempat nak berpaut. Kuat tak kuat akak tu tarik, tengok lah tangan... Hehe...
Bergambar di Kilim Geoforest
Next destination, Gua Kelawaq...
Memang happening dia orang 3 ni.... Kannnnn....
Nampak member ni... So, kita selfie dulu. Cer teka, monyet ni jantan atau betina... Ha......
Jom masuk dalam gua ni. Memandangkan saya dah berpengalaman masuk Gua Niah dan Gua Mulu di Serawak. Huhu.. Kira kiranya, apalah sangat Gua Kelawar ni.
Anyway, gua ni still cantik. Kira ia macam 'summary' kepada Gua Niah dan Gua Mulu. Pendek, kecik dan dekat ajer dengan kita berbanding nak kena pergi ke Sarawak tu.
Ok.. Jom balik ke bot. Perut dah lapar. Kita makan dulu...
Balik naik bot.. Good bye Gua Kelawaq...
Cepat.. kami dah lapaq ni...
Tema makanan harini. Seafood + Landfood. Semua ada.
Depa ni minum ayaq nyok tak tau nak korek isi. Terpaksalah ku korek makan nyok depa. Nampak tak, berapa biji ada depan meja saya.
Sedap aih.... Puas hati. Erkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..... Panjang sendawa hari ni.
Last sekali, makan buah pulak..
Dah kenyang ni, baru best sket nak sambung perjalanan. Next destination, Muzium 3D dan juga naik Kereta Kabel.
Macam real aja kan.... Power sungguh siapa yang lukis ni.
Naik papan luncur pulak...
Kita berehat di pantai dulu yer...
Tolong tolong selamatkan kami.....
Lari lari.. ada gajah serang kami.... Affni ni... Muka kena la real sket. Ini gi senyum pulak...
Panda mana yang paling comel sekali? Bukan senang oo nak ambil gambar ni. Jenuh Din bertahan kat atas sana tu. Tapi muka leh senyum lagi...
Dah jadi front cover majalan National Geographic
Majalah Times pulak...
Mak tolong..... Ada naga nak makan saya....
Habisla aku hari ni...
Tolong.... Tolong selamatkan saya.....
Masuk dalam corong turas pulak....
Rileks rileks... Nak ambil gambar saya pun satu satu...
Dah kena gantung lak kat sini...
Tolong.... Lari lari... Ada gunung berapi....
"Din... target kita, kita nak menuju ke rumah besar tu.. Ok. Jom kita mulakan sekarang... "
Habis tenaga nak tarik zip raksasa ni.....
Baru jatuh dari planet lain...
Tolong......
Sempat melancong di Venice, Italy.
Masuk dalam belon pulak...
Sempat lagi ke Mesir....
Laluan jambatan maut ni... Bukan mudah....
Jadi lauk aku hari ni...
Banyak ni jer yang Din sempat shopping hari ni.....
Anyway, ada banyak lagi gambar menarik yang diambil di muzium ni. Tapi tak larat nak masukkan semuanya.
Next destination, naik kereta kabel pulak..
Dah sampai atas. Kami ke Titi Gantung pulak...
Bokeh tak menjadi pulak.... Blur terlebih.. Ni la yang jadi bila suruh orang ambil gambar. Hehe.. Actually, kelebihan Huawei P9 ni, still leh edit gambar even lepas gambar tu diambil.
Dulu saya datang Langkawi, tak leh naik ke titi gantung ni sebab under maintenance. Huhu...
Sempat lagi nak ambil gambar ramai ramai...
Pakai monopod lak ambil gambar...
Selepas habis turun dari kabel car ni, kami menuju ke Pantai Chenang untuk bershopping lagi. Baru ke sedar. Tak sempat ambil gambar di sana. Ada video aja di Chenang.
Makan malam kami di Pekan Kuah. Shaklee bagi RM50 sorang untuk dinner. Makan sendiri sendiri.
Esok pagi kami balik...
Sempat ku beli topi ni satu sebagai kenangan dari Langkawi....
Thanks to Shaklee for this trip.
Insya Allah bulan Mei 2017 kami akan ke Jepun dan seterusnya naik cruise untuk ke Phuket dan Krabi nanti.
Ni yang best buat bisnes Shaklee.
Bonus dapat, travel oversea dapat, travel local dapat, duit beli kereta dapat... Syukur Alhamdulillah.
Allah temukan kami dengan bisnes yang best dan menyeronokkan.
Dapat bantu ramai orang untuk hidup dengan lebih sihat dan dapat bantu ekonomi kenkawan dan diri sendiri.
Dalam bisnes Shaklee, semua orang ada peluang yang sama untuk berjaya. Yang penting, usaha yang terbaik dan kekal konsisten.
Jom kami bantu anda juga capai impian anda bersama Shaklee.
Jika anda berminat nak dapatkan mana-mana PRODUK SHAKLEE, atau berminat memulakan BISNES SHAKLEE, jom contact saya sekarang!
MASTER MARIA : 019-259 2731
BY:
MASTERS MARIA FIRDAUS
Founder of MFMS EMPIRE
(The Most Fantastic Millionaires in Shaklee)
Motivating And Inspiring Others
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
TIK TOK : Kam Maria Abdul Mutalib
YOUTUBE CHANNEL : Maria Firdaus
EMAIL : come_maria@yahoo.com
DOWNLOAD EBOOK PERCUMA!!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
COMMENTS