Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog mariafirdaus.com.my ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang oleh Allah.
Entri Ini Khusus Untuk Bekas Pelajar MRSM Taiping
Kita minta tak banyak, hanya RM20 setiap bekas pelajar. Jika mampu beri lebih, boleh sumbang lebih. Jika tak mampu, it's ok. Ia bukan paksaan. Ia hanya sumbangan kecil dari kita bekas pelajar.
501- RM270
502- RM650
503- RM1130
504- RM1300
505- RM2050
506- RM285
507- RM1170
508- RM300
509- RM810
510- RM 430
511- RM805
512- RM1050
Total RM10250
Alhamdulillah, dari usaha kecil ini. Dari niat asal setiap pelajar hanya perlu sumbang RM20 kepada MRSM Taiping, jumlah terkumpul adalah RM10,250.
Subhanallah. Alhamdulillah. Ia jauh lebih banyak dari apa yang saya sangkakan.
Batch saya juga bersetuju untuk memberi sumbangan kepada pihak MRSM Taiping RM20 bagi setiap pelajar setiap tahun. Ini sumbangan kecil yang Batch saya dapat lakukan untuk MRSM Taiping.
Serahan Kepada MRSM Taiping
Semalam hari Isnin 23 Januari 2017, saya ke MRSM Taiping untuk membuat serahan kepada pihak Maktab.
Saya berbincang dengan pihak pengurusan dan juga kaunselor.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
Saya doakan anda yang menziarahi blog mariafirdaus.com.my ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang oleh Allah.
Entri Ini Khusus Untuk Bekas Pelajar MRSM Taiping
3 Januari lepas, saya dijemput oleh pihak maktab untuk berkongsi dengan para pelajar MRSM Taiping Form 5 teknik belajar berkesan. Seminar yang saya jalankan adalah dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.
Untuk makluman semua, antara cikgu cikgu senior yang masih berkhidmat di MRSM Taiping adalah:
i. Cikgu Fauzi (Guru Komputer Dulu) - Sekarang Timbalan Pengetua HEP
ii. Cikgu Marsuria - Guru Cemerlang Maths
iii. Cikgu Asriyah - Ketua Jabatan Bahasa
iv. Cikgu Saadah - Guru Cemerlang Maths
v. Cikgu Haleezaa - Ketua Jabatan Maths
vi. Ustaz Saiful - Pendidikan Islam
vi. Cikgu Salmiah - BM
vii. Cikgu Fauziana - BM
viii. Cikgu Wan Rohani - Guru Cemerlang Fizik
ix. Cikgu Kamisah - Guru Cemerlang Kimia
x. Cikgu Siti Hawa - Kimia
xi.Ustazah Hafidza - Pendidikan Islam
xii. Ustazah Mona - Pendidikan Islam
Saya sampai awal pagi itu, sekitar jam 8 pagi. Ada perhimpunan di maktab dan saya berpeluang untuk mendengar ucapan daripada pengetua.
Ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya.
i. Semua pelajar di MRSM Taiping WAJIB memiliki IPAD. Mereka betul betul follow teknologi pembelajaran Alaf 21. Pelajar Form 5 tahun ini baru bermula. But then, hampir separuh pelajar yang masih tidak memiliki Ipad akibat parents tak mampu beli.
ii. Tahun 2017 tahun yang mencabar untuk semua pihak termasuk MRSM Taiping sendiri. So, dengan kewangan yang terhad dan banyak program yang hendak dijalankan, mesti ada banyak cabaran di situ nanti.
iii. Para pelajar boleh PILIH sendiri cikgu mana yang mereka suka. Wowww... This it totally different compared to our time in Taiping. Sekarang mereka dah tak belajar dalam kelas macam kita dulu. I mean dah tak ada kelas 501-512. Mereka sekarang belajar by group.
Matlamatnya, nak beri keselesaan kepada pelajar untuk belajar dengan cikgu yang mereka suka.
Banyak perubahan, maksudnya banyaklah cabaran.
Saya tak fokus sangat ucapan pengetua sebab waktu tu, Ustaz Saiful datang dan bersembang dengan saya di belakang dewan.
Masih ingat wajah ini? Ustaz Saiful dan juga Abang Daud. Dulu jaga Asrama kita. Sekarang jaga Dewan Besar.
Seminar Rahsia Pelajar Cemerlang untuk pelajar MRSM Taiping.
Berbincang Dengan Kaunselor Dan Pihak Pengurusan
Semasa rehat, saya ada berbincang dengan Kaunselor dan juga pihak pengurusan.
Mereka berkongsi dengan saya cabaran yang mereka sedang hadapi sekarang.
Yang paling ketara, pembelajaran menggunakan iPad didalam kelas. Untuk pengetahuan semua, mulai tahun ini semua pelajar Form 5 belajar guna iPad di dalam kelas.
Kebanyakan nota dan homework semuanya ada dalam iPad. Masalah utama, ramai pelajar yang masih tidak mampu untuk beli iPad. Dan mereka belajar dengan 'pinjam' dari kawan.
Feedback yang saya dengar, dalam setiap kelas hampir separuh pelajar tidak ada kelas dan mereka terpaksa berkongsi Ipad. Ada pelajar yang mula rasa rendah diri sebab tak ada iPad. Mereka nak pinjam dari kawan sesekali ok lagi. Tapi kalau tiap tiap hari nak kena pinjam. Mencabar jugak tu.
Saya semakin terkejut.
Mereka kongsikan dengan saya juga, actually banyak program di maktab yang tak boleh dijalankan akibat masalah kewangan. Jika dijalankan pun, dalam keadaan yang SANGAT TERBATAS.
Pihak pengurusan juga berkongsi dengan saya, semua maktab ada masalah yang sama.
Semua sekolah kementerian pun ada masalah yang sama.
Tapi, mereka ada kata. Banyak sekolah SBP yang Alumni mereka support sekolah balik seperti MCKK, STF, STK, Penang Free School.
Mereka yang bekas pelajar bersama sama membantu sekolah mereka dari pelbagai aspek. Ada yang dari sudut kewangan, ada yang beri 'servis' percuma untuk sekolah dan lain lain lagi.
Pendek kata, dalam keadaan ekonomi yang tidak baik sekarang ini, sekolah sekolah yang di'support' oleh bekas pelajar sedikit mudah untuk bergerak dengan program untuk pelajar.
Berbincang Dengan BWP
Selepas habis seminar saya bersama pelajar, saya berjumpa sekejap dengan semua BWP. Sekitar 15 minit.
Saya tanya mereka apa masalah utama mereka sekarang.
Then jawapan mereka yang dapat saya simpulkan, iPad + kewangan yang meruncing. Nak buat program agak sukar dengan bajet yang terhad.
Sumbangan Bekas Pelajar Batch 7 PKP - SPM 97/98
Untuk makluman, saya merupakan bekas pelajar SPM tahun 1998. Batch ke 7 PKP.
Selepas pulang dari MRSM Taiping, saya ada berbincang dengan Group Whatsapp kami.
Apa kata kita sebagai bekas pelajar MRSM Taiping Batch 98, kita kutip duit untuk beri sumbangan kepada MRSM Taiping.
Saya cadangkan tak banyak. Kita kutip minima seorang RM20 sahaja. Jika Batch kita ada 300 orang, secara teorinya kita akan dapat kumpul RM6000.
Tapi, saya katakan. Sebagai permulaan, jika kita dapat kumpul RM2000 untuk kita sumbangkan kembali kepada maktab. Jumlah kecil ini dapat membantu pihak pelajar sedikit untuk bantu mereka.
Saya katakan, kita sebagai bekas pelajar MRSM Taiping. Dah 20 tahun pun kita grad dari MRSM, apa sumbangan kita dah beri kembali kepada pihak maktab?
Ada kenkawan lain yang sokong cadangan saya ini. Mereka juga berkongsi perkara yang sama. MCKK, STAR dan beberapa sekolah lain. Alumni mereka sangat kuat. Mereka semua bekas pelajar ramai yang menyumbang kembali kepada pihak sekolah mereka.
Dengan sokongan sebegini, adik adik di sekolah mereka akan dapat banyak manfaat.
Alhamdulillah, Batch saya bersetuju dan kami mula kumpul ikut kelas masing masing. Tempoh diberikan adalah selama10 hari untuk setiap kelas kumpul sumbangan.
Kita minta tak banyak, hanya RM20 setiap bekas pelajar. Jika mampu beri lebih, boleh sumbang lebih. Jika tak mampu, it's ok. Ia bukan paksaan. Ia hanya sumbangan kecil dari kita bekas pelajar.
Ada juga yang berkata, 'Actually, kita nak menyumbang.... Tapi tak tahu nak menyumbang macam mana. Dengan cara sebegini. At least masing masing dapat menyumbang kepada maktab kembali."
Selepas 10 hari, semua wakil kelas menyerahkan sumbangan ke akaun saya seperti berikut.
502- RM650
503- RM1130
504- RM1300
505- RM2050
506- RM285
507- RM1170
508- RM300
509- RM810
510- RM 430
511- RM805
512- RM1050
Total RM10250
Saya tunjukkan print screen akaun saya sebagai bukti penerimaan agar ia lebih transparent untuk semua orang.
Alhamdulillah, dari usaha kecil ini. Dari niat asal setiap pelajar hanya perlu sumbang RM20 kepada MRSM Taiping, jumlah terkumpul adalah RM10,250.
Subhanallah. Alhamdulillah. Ia jauh lebih banyak dari apa yang saya sangkakan.
Batch saya juga bersetuju untuk memberi sumbangan kepada pihak MRSM Taiping RM20 bagi setiap pelajar setiap tahun. Ini sumbangan kecil yang Batch saya dapat lakukan untuk MRSM Taiping.
Serahan Kepada MRSM Taiping
Semalam hari Isnin 23 Januari 2017, saya ke MRSM Taiping untuk membuat serahan kepada pihak Maktab.
Saya berbincang dengan pihak pengurusan dan juga kaunselor.
Jumlah yang berjaya dikumpul, diserahkan kepada pihak maktab.
Serahan kepada Kaunselor MRSM Taiping sekarang, iaitu Cikgu Abdullah a.k.a Cik Lah.
Semasa berjumpa dengan wakil pengurusan MRSM Taiping, ini yang dapat saya simpulkan.
1. Ucapan jutaan terima kasih atas sumbangan dari Batch 7 Sessi 97/98 di MRSM Taiping. Sumbangan kecil ini sangat besar ertinya untuk pihak Maktab.
2. Kami berbincang hampir satu jam, ke mana duit ini akan dibelanjakan. Saya beritahu mereka, saya perlu inform kembali kepada Batch saya ke mana duit ini akan disalurkan. Jika boleh, kami nak yang beri impak maksima kepada pelajar.
Mereka menetapkan untuk digunakan duit ini bagi membeli Ipad Air 2. Dan ia akan di'wakafkan' kepada MRSM Taiping. Ia akan diberi 'pinjam' kepada pelajar yang tidak mampu untuk beli. Sebab ada juga parents yang betul betul tak mampu beli ipad untuk anak mereka.
Cikgu beritahu, dalam bulan ini. Dah ada 2 pelajar Form 5 yang berhenti dan keluar dari Maktab. Salah satu alasan mereka, rasa rendah diri dan susah untuk belajar tak ada Ipad.
Saya bercakap kepada cikgu, "Kalaulah zaman saya dulu diwajibkan ipad, saya mungkin salah seorang yang termasuk dalam golongan yang parents tak mampu nak beli ipad..."
Kami buat keputusan untuk beli Ipad Air 2 sebanyak 6 unit iaitu RM1619 seunit, dibeli di Koperasi Maktab dan diwakafkan kepada MRSM Taiping. Selepas habis pelajar ini guna untuk tahun ini, mereka akan serahkan kembali kepada maktab untuk kegunaan pelajar tahun hadapan.
3. Lebihan dari sumbangan ini akan dimasukkan ke akaun Muafakat MRSM Taiping dan diasingkan di bawah ALUMNI MRSM Taiping. Ia akan digunakan untuk aktiviti pelajar nanti.
4. Saya bertanya, "Kalaulah pihak maktab ada lebihan duit, macam mana pihak maktab akan gunakan."
Mereka jawab, antara perancangan yang mereka perlukan kewangan yang besar adalah seperti :
i. Program Untuk Pelajar Seperti Hari Sukan, Minggu Aktiviti dan lain lain lagi.
ii. Membeli bas kecil seperti 'Coaster' untuk kegunaan pelajar. FYI, sekarang di maktab ada 1 bas dan 1 van sahaja. Pelajar ada 800 orang. So, just imagine. Banyak program tak boleh jalan sebab kemudahan yang terhad.
iii. Saya jumpa Presiden BWP, mereka inform saya. "Abang, kami nak buat program sekarang pun susah. Bajet memang sangat terhad. Kalau boleh bantu kami, kami sangat sangat bersyukur."
Diakhir perbincangan, saya informkan kepada mereka. Saya akan cuba untuk usulkan kepada Batch Batch lain. Agar setiap batch kumpulkan dan boleh serahkan sumbangan Batch kepada MRSM Taiping.
Cadangan Kepada Bekas Pelajar MRSM Taiping
i. Setiap batch menjalankan kutipan sumbangan RM20 setiap orang kepada MRSM Taiping. Ia dibuat setiap tahun sebagai 'sumbangan' kecil kita kepada tempat yang dah banyak berjasa kepada kita.
ii. Sebenarnya, ramai diantara kita yang ingin menyumbang. Tapi tak tahu nak menyumbang macam mana. So, dengan adanya program "The Power Of RM20" ni, insya Allah. Ramai yang boleh menyumbang kepada MRSM Taiping.
iii. Memang jumlah nya kecil. Tapi jika semua orang setiap pelajar. i mean kalau ada 30 batch x 300 pelajar dah ada 9000 pelajar. Kalau semua orang sumbang RM20 setahun, kita ada RM180,000 setiap tahun untuk adik adik kita di sana.
Ini teori sahaja. Tapi realitinya kita tak dapat reach semua bekas pelajar ni. Tapi saya juga yakin, ramai yang boleh sumbang lebih dari RM20. So, jika semua bekas pelajar bersatu. Menyumbang sorang sket untuk bekas maktab yang dah banyak berjasa kepada kita. Imagine... Betapa banyak manfaat untuk pelajar pelajar disana sekarang.
iv. Setiap batch, kita hanya perlu seorang sahaj individu yang menggerakkannya. Trust me. Jika seorang yang gerakkan, kenkawan lain pasti akan menyumbang. Bila dah kumpul, duit itu boleh dibankin ke akaun MUAFAKAT MRSM TAIPING. Dan diasingkan dibawah ALUMNI MRSM TAIPING.
v. Jika anda bercadang untuk gerakkan batch anda, anda boleh PM saya di 019-5782515. Saya dah siapkan 'Ayat' untuk anda copy paste ke group Whatsapp batch anda. Then, anda kumpulkan. Then boleh serahkan kepada Kaunselor MRSM Taiping or Bank In ke Akaun tu nanti.
vi. Kita tak boleh menyumbang banyak, saya yakin kita boleh menyumbang sket dengan cara ni. At least, kita sebagai bekas pelajar MRSM Taiping ada rasa bertanggung jawab untuk bantu adik adik kita yang sedang belajar di sana sekarang.
vii. RM20 seorang. Insya Allah. Saya yakin semua orang mampu untuk sumbang.
Jom sama sama, kita sebagai bekas pelajar MRSM Taiping menggerakkan usaha ini. The Power of RM20.
Semoga Allah berkati usaha kecil kita ini.
Wassalam
Mohd Firdaus Mat Saad
Ex Student MRSM Taiping
Batch 1997/1998.
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
Alhamdullilah syukur dan terharu dan rasa sebak bila saya baca coretan Tuan Haji Firdaus walaupun saya bukan pelajar MRSM atau SBP. Anak saya belajar di MRSM Taiping tingkatan 5. Pada pengamatan saya belajar di MRSM khususnya di Taiping berbanding dengan MRSM masa tingkatan 1-3 sebelum ini amat berbeza. Anak saya sendiri perasaan katanya duduk di MRSM Taiping memang amat berbeza dari segi kelas dijalankan dan buat pertama kalinya diwajibkan belajar menggunakan IPad. Katanya banyak perkara yang melibatkan kewangan. Macam-macam nak kena bayar berbanding masa tingkatan 1-3 dulu.Ianlah kan duduk pun jauh, nak balik rumah pun tambang sahaja hampir RM 70 sehala dengan keretapi... Memang betul bagi keluarga yang kurang berkemmampuan dari segi kewangan akan rasa rendah diri.... sebab saya juga datang dari keluarga yang sedemikian. Dengan pelajaran saya telah dapat mengubah nasib keluarga saya dan mampu untuk menyediakan segala keperluan yang diperlukan untuk pelajaran anak-anak. Memang sedih jika mereka yang berlajar di MRSM Taiping khususnya jika anak-anak ini terpaksa keluar dari sekolah ini kerana ketidak mampuan untuk membeli IPad. Oleh itu cadangan yang dikemukakan oleh pihak Tuan amat besar maknanya kepada pihak Maktab dan pembelian IPad untuk diberikan sebagai pinjaman amat tepat pada waktunya. Semoga saranan yang dikemukakan ini akan mendapat sambutan daripada bekas pelajar MRSM Taiping yang majoritinya saya kira pada ketika ini berada dalam kedudukan ekonomi yang "selesa". Ini akan memberikan peluang kepada golongan anak yang kurang berkemampuan dapat meneruskan pelajaran di sini dan dapat mengubah kehidupan keluarga mereka keluar dari zon kemiskinan dan membantu ibu bapa dan adik berdik mereka.
ReplyDelete