Pengalaman Percutian di Pulau Pangkor pada Disember 2016.
Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Percutian Geng Lelaki
Saya ada beberapa orang kawan lelaki yang Alhamdulillah, kami semua sangat rapat.
Saya suka berkawan dengan mereka sebab banyak benda yang cara pemikiran kami sama.
Jadi senang bila nak plan satu satu kerja dan aktiviti bersama.
Dulu, kami bercuti bersama di Krabi, Thailand untuk pakej 3 hari 2 malam.
Sepatutnya, kami bercadang untuk ke Phuket, Thailand untuk bercuti 4 hari 3 malam.
Tapi, disebabkan oleh keadaan banjir di Thailand minggu lepas, perancangan ke sana ditangguhkan ke tarikh lain dan kami ke Pulau Pangkor untuk bercuti bersama.
Untuk makluman anda, jenjalan dengan geng lelaki saja ada ke'best'an yang tersendiri. Kita boleh buat apa yang kita nak buat dan tak perlu fikir pasal orang lain.
Bercuti dengan anak anak lain caranya, kena bawa tempat yang betul dan mereka tak boring disamping kena jaga keselataman semua orang yang di bawah.
Trip Ke Pulau Pangkor 2 Hari 1 Malam
Peserta trip kami kali ni 4 orang. Saya, Okaz, Dr Rezqa dan Asraq.
Masalah utama mereka ini, mereka suka makan. Jumpa aja tempat sedap, "Makan". So terpaksalah ku layan saja. Ini tempat pit stop pertama kami. Belum apa apa lagi. Teringat nak makan Subway. Semua makan Subway. Thanks Okaz. Awal awal lagi dah jadi funder. Ni yang best berjalan ngan dia orang ni.
Ok. Tiba di Jeti Lumut sekitar jam 2.15 petang.
Memang rezeki kami, tak perlu tunggu lama. Masa kami tiba bot dah nak berlepas. Kiranya masuk bot, then bot terus jalan. Alhamdulillah, Allah mudahkan. Kalau tak nak kena tunggu lagi sejam pulak.
Untuk makluman, harga tiket pergi balik naik bot adalah RM10 untuk dewasa. Bagi saya sangat murah. Pergi balik pulak tu. Tapi tiket kena simpan, jangan hilangkan untuk digunakan masa balik.
Since kami tiba lewat kat bot tu, semua tempat duduk dah penuh. Terpaksalah kami berdiri di luar sahaja dekat dek atas.
Gambar solo dulu...
Dr Rezqa. Senior saya di SMKA Al Mashoor, MRSM Taiping dan di University of Sheffield. Ditakdirkan Allah, perjalanan hidup kami dalam pelajaran agak sama.
Dalam 30 minit, kami tiba di Pulau Pangkor. Perancangan asal nak sewa motor sahaja. RM35 untuk sehari satu motor. Kami sewa la 2 motor.
Tapi bila tiba saja di sini, dah terasa nak sewa kereta pulak. Kami dapat sewa kereta RM70 sehari. So, kira lagi mudah untuk kami travel bersama.
Di jeti Pangkor tu, ada teksi warna pink dan kuning ni. Kalau anda tak banyak aktiviti dan tak plan nak jalan banyak sangat di Pangkor, naik van pink ni pun ok. Harga sangat murah.
Haha.. Kami sewa kereta iswara 'buruk' ni jer. RM70. First thing, isi minyak dulu. Baguih punya dok ada, kereta ni tersangat 'kesian'. Rasanya dah banyak kali eksiden tu.
Since jalan geng bujang, tak kisah lah. Janji boleh jalan dah.
Di Pangkor, kami stay di Pangkor Bay View Resort. Saja kami pilih hotel ni sebab ada swimming pool. Lagi pun sewa agak murah. Hanya RM195 untuk 4 orang satu hari satu malam. Hotel ni terletak di Teluk Nipah.
Ok, jika anda plan nak ke Pangkor. Teluk Nipah is quite a good place. Anda boleh ajer ke sini. Then tak perlu dah nak ke mana mana lagi. Sebab Pangkor ni memang tak besar pun. Di sini dah ada semuanya.
Setiba di hotel, lepas dah solat kami terus turun ke pantai sebab hotel kami ni memang tepi pantai aja. Memang best. Cadangan asal, kami nak naik bot ke Pulau Giam untuk snorkling dan mandi laut.
Punyalah bersemangat kami nak pi mandi laut. Sekali boat man kata, petang ni tak sesuai abang naik bot. Bot sekarang sedang bergelora kuat. So, terpaksalah ditangguh ke esok pagi.
Sambil sambil ushar pantai, kami makan char kuew tiaw dan jagung bakar. Hmmm.. Sedap....
Since tak boleh nak mandi laut, so kami mandi kolam ajer lah. Okaz nak tunjuk skill cara terjun yang betul. Huhu Okaz.. cara bengkok kaki tu dah tak betul...
Macam ni caranya kalau nak terjun... Hehe...
Fuh.. Puas hati. Cantik tak gambar ni? Ha.. ni la penangan Huawei P9. Boleh buat 'bokeh' dengan sangat mudah.
Okaz memang suka mandi swimming pool....
Mak pesan kat Rezqa, "Hang tu tak tau berenang.. jangan mandi laut....."
Huhu.. So, mandi kolam ajer la mak..... Terpaksalah pilih kolam paras dada buat Rezqa.
Lepas mandi kolam, next destination. Kami ke Kota Belanda. Rupa rupanya Kota Belanda ni dekat aja dengan jeti.
So, my advice. In case anda nak mudah for your trip, ambil aja teksi dari Jeti, singgah ke Kota Belanda dulu, bergambar dalam 10 minit. Then terus ke hotel anda di Teluk Nipah. Itu lagi mudah berbanding nak sewa kereta. Sebab teksi pun murah aja sebenarnya.
Muka marah tu.. Menahan kesabaran sebab Belanda tawan Perak dulu. Kalau ikut sejarahnya, Kerajaan Perak benarkan Belanda untuk masuk Pangkor kerana takut diserang oleh Siam. So, kiranya Belanda akan mempertahankan Perak dari serangan Siam. So, mereka binalah kota ini di tepi laut.
Senyum lebih sket Dr Rezqa...
Senyum macam ni la...
Senyum bagi nampak gigi sket... Baru cun dalam gambar..
Okaz pun nak bergambar dengan meriam ni.
Gaya seorang Doktor Pakar.
"Hampa dok layan ambil gambar, baik aku layan jagung bakar ni...."
Dari Kota Belanda, dalam 2 minit perjalanan menaiki kereta, kami jumpa Masjid Terapung ni. Tapi belum siap lagi. Masih dalam proses pembinaan. So kami tak boleh bersolat di sini lagi.
Then kami menunaikan Solat Maghrib berjemaah di masjid dekat area Jeti Pangkor. Alhamdulillah, masjid yang sangat cantik.
Dinner time... Dia orang ni kalau makan memang no 1. Mesti nak makan yang sedap sedap. So, apa lagi, belasah la. Kami ambil pakej 4 orang RM115 punya makanan. Macam macam ada.
Ambil sotong ni untuk sotong goreng tepung.
Ambil ikan merah. Separuh masak stim dan separuh lagi buat bakar. Fuh....
Makan atas pasir tepi laut. Memang mendamaikan... Kami makan ni dekat Teluk Nipah. FYI, dekat area Teluk Nipah ni ada macam macam. So it's good kalau anda pilih hotel dekat situ.
Ambik hang.... Ikan bakar, Ikan masak stim. Tomyam ayam. Ketam masa lada. Udang masak kari. Sayur kangkung ikan masin,.
Tidak dilupakan. Sotong goreng tepung. Fuh... Dah lama tak makan kenyang macam ni. Memula ku cakap, "Kalau tak habis ni kita tapau la..."
Mereka jawab, "Apa barang tapau... kasi habis la...."
Pagi keesokan harinya, kami mulakan aktiviti dengan berjogging di tepi pantai sekitar 1.5km pergi dan balik.
Memang syok jenjalan kat sini...
Ni trademark saya. Pi memana pun akan ambil gambar gaya ni....
Ada orang nak tiru pulak... Terus tak jadi..
Ok, next aktiviti. Buat island hooping dan snorkling serta mandi pantai. Banyak pakej ada kat sini. So anda boleh pilih mana yang anda suka. Still di Teluk Nipah. Sebab tu saya cakap, kalau anda ke Pangkor, Teluk Nipah is quite good.
Adoyai.... Sabar bang sabar.. Snorkling dalam laut la. Bukan kat darat.
Safety first. Dalam bot mesti pakai life jacket. Dah la semua tak reti nak berenang. Kebolehan Huawei P9 untuk 'bokeh' memang terserlah. Gambar terus jadi cantik dengan hanya satu klik sahaja.
Penangan Huawei P9. Selfie gambar muka mesti cun. Biarpun muka ku actually tak cun. Tapi di cunkan juga oleh phone ni..
Okaz teruja nak mandi laut.
Buat gambar monochrome pulak.
Batu ni nampak macam kepala buaya sedang nak naik ke darat. Kalau air surut, boat man tu cakap akan nampak tangan dia sebelah kanan.
Selepas siap buat island hooping, kami terus ke destinasi nak mandi.
Apa cerita pun, sarapan dulu lah. Kami dibekalkan roti 10 biji untuk bagi ikan makan masa snorkling.
Kesedapan sehingga menjilat jari. Again, bokeh dari Huawei P9.
Selesai ber snorkling. Kami nak balik pantai dah... Kami mandi ni di Pulau Giam. Dekat dekat dengan Teluk Nipah gak.
Sampai ke tepi pantai, kami ditawar untuk main game air pulak. Harga RM200 untuk 4 orang untuk 3 permainan. Apa lagi, layan la. Bukan senang nak main macam ni kalau bawa family. Since semua dah jadi bujang. So, kami pun layan...
Naik atas ni sambil baring, pegang kuat kuat dan akan ditarik oleh speed boat. Memang best lah.
Ke kiri ke kanan. Fuhhhh. Memang best lah.
Boooommmmm... Terpelanting jatuh ke dalam air dah Okaz. Rezqa masih bertahan atas pelampung tu.
Sekali ku tengok, uik.. Tak lah dalam pun kat sini.
Naik games ni pulak. Macam naik motor superbike. 4 orang naik sekali.
Bot memecut laju.
Pusingan seterusnya. Kami suruh boat man laju lagi. Yang tadi tak mencabar.
Bila bawa laju apa lagi, "Boommmmmm..." Semua jatuh dalam air kecuali Rezqa...
Semua tak boleh nak panjat balik naik bot tu.
Tak boleh nak panjat naik, akhirnya kami ditarik ke tepi pantai guna tali untuk naik kembali.
Sambung lagi. Memang best lah.
Sekali lagi... "Boommmmm" Jatuh lagi dalam air. Memang laju betul brother ni bawa boat.
It is a very nice experience for everyone of us.
Jam 12 tengah hari, kami check out dan berangkat pulang ke Jeti kembali.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah Dr Rezqa. "Memang puas hati trip kali ni.. Next trip, Pulau Redang pulak."
Ok set...
Okaz di jeti. Tengok balik gambar gambar yang diambil sepanjang perjalanan kami ini.
Alhamdulillah, bot dah sampai. Jom pulang ke rumah...
Syukur Alhamdulillah.
Its a very nice trip.
Keseluruhannya, kami belanja 4 orang sekitar RM800 sahaja untuk percutian ini.
1. Tiket Feri = RM40
2. Sewa Kereta = RM70
3. Minyak Kereta = RM15
4. Minum Petang = RM20
5. Makan Malam = RM115
6. Island Hooping Dan Snorkling = RM100
7. Main 3 games boat = RM200.
8. Sewa Hotel = RM195
Total tak sampai RM800. Amcam? Best tak.
Apa pun, percutian macam ni banyak bergantung pada nasib. Kalau cuaca hujan. Keras la anda dalam bilik.
Sebab tulah kami pilih hotel yang ada swimming pool. Just in case. Hotel Pangkor Bay View ada swimming pool. Terletak di Teluk Nipah dan sewanya murah.
Alrite.
Till then.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Boleh la anda merancang percutian bersama rerakan atau kenkawan.
Wassalam.
Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others
Do You Have Anything To Say? Please Leave Your Comment Here !!!!
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
alhamdulillah tq tuan sudi berkongsi pengalaman.. semoga Allah memberi perlindungan kepada tuan.. very nice
ReplyDeletemenarik dan murah lah pulau pangkor. wishlist la ni. terima kasih, halalkan utk guide sy nnt.
ReplyDeleteTq atas info anda....
ReplyDelete