By : Mohd Firdaus Mat Saad.
Assalamualaikum w.b.t,
Saya bukan Menteri Pendidikan. Saya bukan Menteri Pengajian Tinggi.
Saya hanya rakyat biasa yang buat bisnes.
Saya ingin berkongsi sedikit pandangan yang mungkin boleh bantu anak bangsa kita hari ini.
Kalau kita tengok hari ini, dunia agak berbeza dengan satu ketika dulu.
Jika dulu di Malaysia, ibu bapa kita suruh kita belajar betul betul supaya kita boleh dapat kerja makan gaji yang baik baik. Boleh jadi Doktor, boleh jadi Engineer dan sebagainya.
Tapi kalau kita tengok keadaan hari ini, di Malaysia sendiri ada lambakan siswazah yang tidak mendapat pekerjaan seperti mana yang mereka idamkan.
Saya ada ramai kawan buat bisnes.
Bila beliau offer kerja kosong untuk bisnes administration, ada yang minta kerja dari mereka yang ada ijazah dan tidak kurang ada yang ada Master.
Kerja admin di syarikat kawan saya ini adalah kerja pengkeranian.
Tapi yang mengejutkan, ramai yang minta kerja adalah dari mereka yang ada Degree dan Master.
Apa yang saya perhatikan, siswazah lepasan universiti hari ni kurang pendedahan untuk buat bisnes.
Minda mereka seolah olah ditanam dengan JOB SEEKER. Bukan JOB CREATOR.
Dari kecik, bangsa Melayu kurang melihat orang terdekat mereka yang buat bisnes.
Jika ada yang berjaya pun, tak ramai.
Mereka lebih tengok ramai yang gagal atau pun biasa biasa sahaja. So mereka takut buat bisnes.
Saya juga membesar dalam masyarakat yang macam ni.
Masa saya nak mula buat bisnes dulu, ayah saya penentang yang paling kuat. Antara ayat ayat yang saya masih ingat.
"Belajar rajin rajin sampai UK, balik Malaysia dah kerja engineer nak berhenti nak bela ayam......"
And so to happen 2 tahun pertama saya buat bisnes jahanam.
And saya masih ingat lagi, arwah ayah saya kata.
"Dok elok elok kerja engineer, nak bela ayam... La ni tengok dah macam pekerja Indonesia pun ada dah...." (Waktu tu saya memang pakai pekerja Indonesia)
"Aku dah kata dah....... tok sah buat bisnes......."
Saya tidak salahkan dia. Arwah ayah saya dulu bekerja sebagai kerani sekolah sehingga pencen.
Saya masih ingat lagi dia kata.
"Daus, abah dulu kerja mula gaji RM140 sahaja sebulan. Masa pencen RMXXXX. Kerja kerani saja. Kita semua makan pakai cukup sahaja. Gaji hang masa start kerja dah sama macam gaji abah masa pencen. Hang sepatutnya kerja makan gaji saja..."
Ini semua cerita 10 tahun lepas.
Selepas 3 tahun buat bisnes, Alhamdulillah. Bisnes baru start ok.
Waktu ni arwah ayah saya dah mula nampak perubahan hidup saya dari segi kelapangan masa dan kewangan. Waktu ini, baru beliau nampak apa yang saya usahakan.
Waktu itu, kalau berjumpa dengan kawan kawan. Dia akan suruh anak anak kawan untuk buat bisnes.
Bisnes bagus, itu dan ini. Pendek kata, beliau akan jadi jurucakap saya.
Masyarakat Malaysia hari ini, ramai yang tidak boleh mengubah mentaliti mereka terutama orang kampung.
Penyakit ini berjangkit kepada siswazah yang belajar di Universiti.
Selepas mereka habis belajar, mereka mencari kerja. Even dengan gaji RM1500, mereka dah rasa bangga.
Sebagai rakyat biasa, saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian.
Untuk pelajar siswazah, WAJIBKAN MEREKA BUAT REAL BISNES dalam tempoh 6 bulan. Satu semester.
Dalam tempoh ini, bagi mereka belajar teori bisnes dalam tempoh 1 bulan. Dan kemudian jalankan PERNIAGAAN SEBENAR PILIHAN MEREKA dalam tempoh 5 bulan.
Dan saya cadangkan, orang yang nak mengajar mereka di universiti dalam tempoh sebulan itu adalah orang yang betul betul buat bisnes. Bukan hanya pensyarah bidang bisnes.
Di kolej dahulu, saya juga belajar subjek bisnes. Tapi apa yang saya perhatikan. Teori sangat berbeza dengan Realiti.
Jadi, orang bisnes boleh berkongsi pengalaman dan tunjuk jalan short cut macam mana mereka berjaya dulu kepada para pelajar.
Dari sini, pelajar boleh dapat real experience. Bukan teori lagi.
Mana mungkin ilmu teori yang diajar oleh Pensyarah Bisnes sama dengan Ilmu Sepak Terajang yang dikongsikan oleh Orang Bisnes.
Pelajar boleh pilih bisnes apa yang mereka nak buat dalam tempoh 5 bulan itu.
They will do a real bisnes.
Waktu ini, mereka WAJIB buka syarikat sendiri.
Wajib ada AKAUN sendiri.
Wajib ada bisnes sendiri.
Dan dalam tempoh 5 bulan, mereka mesti dapat keuntungan bersih melebihi RM5,000 dalam akaun mereka.
Dan semua pelajar ini perlu buat presentation mengenai pengalaman mereka.
Jika agak sukar dibuat secara individu, mungkin boleh buat secara berkumpulan 3 orang satu group.
Saya yakin, jika mereka dah MULA TERJEBAK dalam bisnes, selepas habis belajar nanti. Mereka tak risau jika tak dapat kerja.
Waktu itu, mereka akan BERANI TERJUN dalam bisnes.
Dan dengan cara ini, saya perhatikan. Peluang untuk orang Melayu bangkit dalam bisnes akan kembali cerah. Ekonomi orang Melayu akan meningkat.
Orang Melayu sebenarnya boleh berjaya. Cuma mereka kurang ditunjukkan cara.
Pengalaman saya berceramah di sekolah, kolej dan U dalam bidang bisnes.
Pada asalnya, 70 peratus pelajar berminat untuk kerja makan gaji.
Tapi selepas ditunjukkan cara dan kelebihan buat bisnes. Peratusan itu terus berubah secara mendadak.
Hampir 80% pelajar kemudiannya bercita cita untuk buat bisnes sendiri.
Saya sangat berharap, anak bangsa saya orang Melayu akan bangkit dan berjaya dalam perniagaan.
Untuk berjaya dalam perniagaan, kita hanya perlukan ILMU + Modal Diri Sendiri Yang kuat + Minta Doa & Jaga Hubungan Dengan Allah.
Duit bukan satu modal yang penting.
Untuk berjaya, anda perlukan ILMU.
Jika ada ILMU yang betul, dari tak ada duit boleh menghasilkan jutaan ringgit.
Jika tiada ilmu, duit jutaan ringgit boleh habis sebab silap buat bisnes.
Apa yang saya kongsikan ini adalah sekadar perkongsian saya, pemerhatian saya mengenai keadaan masyarakat hari ini.
Tidak ada niat lain melainkan saya mahu melihat anak bangsa BERJAYA.
Jadi kaya, ada masa, boleh keluarkan zakat yang banyak untuk bantu orang lain.
Semoga apa yang dikongsikan ini sedikit sebanyak membantu sorang dua dari sahabat saya dan anak anak mereka untuk BERANI buat bisnes.
Wassalam
Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating & Inspiring Others
* Sila SHARE Jika Anda Rasa Perkongsian Ini Bermanfaat
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
COMMENTS