Assalamualaikum,
Terima kasih kepada anda yang sudi membaca perkongsian ini.
Semoga Allah mudahkan urusan anda, semoga Allah bantu anda adn diberi kebahagiaan hidup kepada anda dunia dan akhirat.
Ini sambungan daripada entry sebelum ini:-
Day 2 - Gero - Takayama - Shirakawa-go
Seperti yang dikongsikan semalam, kami bermalam di Gero Suimeikan Hot Spring Resort.
Sebuah hotel yang terletak dikawasan perkampungan. Matlamat Shaklee adalah untuk kami merasai pengalaman tinggal di kawasan kampung di Jepun.
Buka tingkap di hotel, ini pemandangan yang kami dapat lihat. Sangat cantik.
Dekat tepi restoren ada kolam ikan... Sihat sihat ikan di sini.
Pemandangan yang sungguh mendamaikan.
Breakfast makanan orang Jepun. Huhu.. Semoga Allah bagi ku lalu makan... Syukur ada roti disitu. Boleh la cover sket perut tu.
Ada telur separuh masak. Dah siap bubuh dalam mangkuk.
Makanan tradisi orang Jepun.
Semalam, Shaklee bagi kami sepasang Yukata setiap seorang. Harga baju ini satu set adalah sekitar RM400. Dua orang RM800. Alhamdulillah, PERCUMA Shaklee bagi.
Pagi ini, kami di bawa ke Takayama Morning Market.
Kawasan Takayama sangat cantik
Kami diminta pakai Yukata sepanjang perjalanan hari ini. Segak bergaya nampaknya awal pagi ni dengan Yukata. Dah jadi Mamat & Minah Jepun.
Dah sampai Takayama. Jom jalan jalan kawasan pekan Takayama.
Orang Jepun sangat menghargai seni tradisional. So ukiran dan design lama macam ni menjadi kebanggan buat mereka.
Bila jumpa kedai, kami masuk la. Ushar ushar tengok apa barang boleh dibeli.
Huhu. Nak nangis rasa. Barang barang kat Jepun mahal mahal.
Dah tu bukan cita rasa orang Malaysia. Takkan nak beli mangkuk ni buat souveniour balik Malaysia. Kang nanti sia sia orang panggil saya 'Mangkuk'.
Barang barang di sini banyak yang hand made. So harga dia jangan cakap la. Memang sangat mahal. Boleh cuci mata ajer la. Nak beli memang tak la kan.
Maria dengan Yukata birunya.
Wanita Jepun Muslimah. Hehe.
Mak cik ni orang Jepun. Sampai depan rumah dia, tengok kami pakai Yukata ramai ramai. Terus dia panggil. Biar pun tak faham apa dia cakap. Layan kan ajer la. Dia bagi tahu ada orang pakai Yukata tu cara tak betul. Then dia betul kan. Hehe... Sempat ambil gambar lagi ni.
Semua orang bergaya dengan Yukata memasing. Dah la free size utk semua orang. Boleh bayang la Maria yang rendang tu pakai Yukata tu. Nampak macam jubah ajer. Haha.
Orang Jepun suka bonsai. So, banyak rumah yang ada bonsai di situ.
Then terjumpa pulak sungai. Subhanallah. Sungai disini sangat bersih. Tak nampak satu sampah pun dalam sungai.
Air sungai sangat jernih.
Kami jalan-jalan di tepi sungai ni.
Yukata ku dah terbarai. Main suka hati ajer la ikat lepas tu.
Bersama staff Shaklee Nadia dan Sarah
Makan ais krim. Sedapppp...... Harga satu dalam RM15. Makan la. Buat syarat. Jangan risau, tour guide kami dah cek ais krim ni halal.
Vanilla + Green Tea.
Masuk kedai souveniour lain pulak. Hmmmm.. Tak tahu apa nak beli. Banyak barang yang mahal dan bukan taste orang Malaysia.
Kipas tradisional Jepun.
Morning market yang dibuka di jalan ni pun dah nak tutup. Huhu...
Sungai sungai di sini memang super duper cantik. Even ditepi rumah orang, tak ada pulak orang yang buat sampah di dalam sungai.
Ada batu tanda di tepi jalan. Tak tahu apa dia tulis. Tapi ambil gambar je lah. Hihi.
Air fresh percuma ada banyak ditepi jalan. Boleh minum.
Kedai aiskrim dan makanan ringan.
Takkan nak beli tembikar ni bawa balik. Hoho.. Bukan taste ku.
Kedai yang jual basikal
Patung ni adalah contoh mainan yang orang Jepun beri anak mereka main.
Model model berlakon untuk sessi photoshoot. Asal jumpa tempat menarik ajer berhenti ambil gambar.
Jumpa fridge magnet, tapi mcm tak sesuai pulak. Gambar patung. Dan tak ada tulis perkataan JEPUN.
Seni bina bangunan di kawasan Takayama.
Kawasan perkampungan di tak banyak kereta. Lengang aja.
Ambulance di Takayama
Suka sungguh ambil gambar Maria ni.
Dengan pokok ni pun dia nak bergambar.
Cantikkan... Ni macam pintu gerbang kawasan tu
Boleh tahan cantik senibina bangunan lama ni.
Dengan kenkawan yang lain. Dari kiri, Hafizan, Najmi. Duha, Imran, Laila, Ainul, Ira, Maria dan Hafsah. Semua muda muda lagi. Alhamdulillah berjaya dengan bisnes Shaklee.
Batu batu besar menghiasi kawasan Takayama ini
Acara wajib dah ni bagi Maria. Nak gak ambil gambar kat batu macam ni. Katanya cantik. Tak per, kita layankan ajer.
Di Jepun, banyak bangunan warna Coklat dan putih.
Pokok besar pun cantik cantik corak dia.
Alhamdulillah, selesai perjalanan pusing pusing pekan Takayama. Untuk lunch, Shaklee minta kami makan sendiri. Mereka bagi elaun makan, so pepandailah nak makan aper yer.
Yang bestnya, saya dan Maria dan masak nasi lemak Brahim's kat hotel pagi tadi, tapi tertinggal pulak.
Sob sob sob. Terpaksalah kami makan roti ajer. Makan ajer aper yang ada. Alhamdulillah. Hidup lagi sampai waktu petang. Hehe.
Perjalanan seterusnya adalah ke Shiragawa-go. Sebuah kawasan perkampungan yang mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai kampung bersejarah dan tercantik di Jepun.
Ia bersejarah kerana kampung ini cantik dan design bumbung rumahnya yang unik yang dapat mengatasi masalah salji melekat di atas bumbung.
Sedikit perubahan corak bumbung oleh orang disitu pada zaman dahulu menyebabkan salji bila jatuh atas bumbung rumah mereka akan terus jatuh ke bawah. Tidak melekat dan berkumpul di atas bumbung.
Dari Takayama ke Shiragawa-go, perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam.
Sampai di Shirakawa-go.
Kami berkumpul untuk bergambar mengikut bas. Ini gambar dari Group A.
Ini pula dari Group B. Cuba anda bayangkan, kami 4 buah bas berjalan pusing kawasan itu dengan berbaju Yukata ni. Orang Jepun bila tengok ajer kami, terus lambai lambai dan senyum dekat kami. Mereka berbangga kami pakai pakaian tradisi mereka.
Untuk masuk ke kawasan perkampungan ini, kami kena lalu jambatan gantung ini. Ia merentasi satu sungai yang sangat jernih dan cantik.
Subhanallah. Sangat cantik.
Masuk ajer melepasi titi gantung itu, kami mula masuk perkampungan yang diiktiraf oleh UNESCO. Mereka ini tak boleh ubah / modify rumah mereka suka hati mereka sebab semuanya dah dianggap sebagai sejarah. So, tak boleh modify rumah mereka ikut suka hati jer.
Masuk kawasan perumahan ini, kami tengok rumah mereka sama sahaja. Ada sekitar 1000 orang penduduk di kampung ini. Rumah mereka simple tapi sangat unik dan cantik.
Banyak rumah yang menggunakan bumbung jenis tradisional lagi iaitu dari daun macam daun nipah.
Ada juga rumah yang dah berbumbung moden sikit macam ni. Campuran design lama dan baru.
Penduduk di sini ramai yang berkebun.
Juga ada yang menanam padi sebagai sumber pendapatan buat mereka.
Ada juga yang berniaga kerana ramai pelancong datang ke kampung ini. Tapi harga barang mereka, usah dikenang la. Memang mahal. So, boleh pi tengok ajer la. Nak beli macam tak kena dengan minat jer.
Antara barang kraftangan yang dijual oleh penduduk di situ. Saya tengok, pelancong lebih berminat untuk bergambar berbanding membeli barang barang ini.
Takkan nak beli bawa balik penyapu sebelah kiri ni pulak kannnnnn..... Takkan nak beli bakul tu pulak.... Hehe.
Walaupun kawasan kampung ini dah berusia ratusan tahun, tapi sistem aliran air di sini sangat cantik. Dah ada sistem longkang yang sangat tersusun. Air jernih dari gunung melalui kawasan perumahan ini menambahkan lagi kecantikannya.
Sistem longkang yang tersusun yang dibina sejak ratusan tahun yang lalu.
Rumah sebegini sangat unik. Bumbung menggunakan kayu / dahun yang sangat tebal. Pada musim sejuk, ia dapat tahan sejuk dari masuk ke dalam rumah dan pada musim panas pula, cahaya dan haba panas tak masuk ke dalam rumah.
Maria bergambar depan kedai cenderamata
Kawasan di sini bagi saya memang cantik dan sungguh mendamaikan
Semua rumah disini design yang sama saja
Kami diberi peluang untuk masuk ke salah satu rumah dikawasan ini. Rumah ini dahulunya didiami oleh orang kaya di kawasan itu. Sekarang ia menjadikan rumah itu sebagai rumah contoh untuk pelawat.
Rumah ini dinamakan Wada House. Ia adalah rumah contoh untuk pelancong melihat keadaan rumah di perkampungan ini dari dalam.
Dari dalam rumah ini, boleh lihat rumah rumah yang lain
Keluar dari rumah kami diberitahu oleh tour guide untuk naik ke tempat tinggi di kampung itu. Kita boleh lihat keseluruhan kampung itu dari tempat tinggi.
Dalam perjalanan naik ke atas, nampak banyak lagi rumah yang mempunyai bentuk yang sama
Belakang kami itu adalah Wada House yang kami masuk tadi.
Kawasan kampung yang sangat cantik
Jom naik ke atas tempat tinggi di kampung tu
Dah sampai separuh perjalanan untuk naik ke puncak
Akhirnya sampai juga ke atas. Alhamdulillah.
Group Shaklee kami.
In real, nampak cantik. Tapi dalam gambar nampak biasa biasa aje. Nasib ler. Janji dah sampai.
Ok, jom turun balik.
Memang banyak kedai cenderamata, tapi tak ada satu pun yang cantik dan harga yang murah. Hehe.. Memang harga barang di Jepun mahal mahal la.
Maria bergambar atas titi gantung tadi
Baju pun dah terbarai dah bila waktu petang ni. Shaklee bagi free baju ni kat kami. Huhu. Nak buat apa la baju ni lepas ni. Takkan nak pakai raya pulak kot.
Duha. Adik saya pun buat Shaklee juga. Kan best buat Shaklee ni. Mudah, kos rendah dan untung yang berlipat kali ganda.
Selepas habis kunjungan di Shirakawa-go ini, kami pulang ke hotel. Perjalanan dari sini ke hotel ambil masa 2 jam.
Sampai saja di hotel. terus kami dibawa ke dewan makan untuk makan malam.
Makan makanan Jepun lagi. Kalau anda tanya saya, makanan Jepun ni memang sihat sihat. Tidak berminyak dan banyak sayur. Sebab itu orang Jepun sihat sihat. Purata umur rakyat mereka sekitar 85 tahun bagi perempuan dan 83 tahun bagi lelaki.
Nasib la dapat makan makanan ni hari hari. Dengan ikan tak masak nyer lagi. Huhu. Kira banyak makan makanan yang betul betul macam orang Jepun makan. Shaklee beritahu kami, setiap hidangan kami berharga sekitar RM100 dan ke atas setiap kali kami makan.
Bersama upline kami, Master Ira dan Hafsah.
Kami duduk semeja. Ramai orang Cina yang buat bisnes Shaklee agak kagum dengan group kami. Sebab ramai Melayu yang berjaya adalah dikalangan yang muda muda. Sebab kita banyak buat secara online. Berbanding mereka yang buat secara offline lebih banyak.
Ada ker yang berminat nak tahu lebih detail pasal business Shaklee ni? Kalau ada, jangan segan segan PM Maria. 019-2592731. Konsep kita mudah, percaya dengan PRODUK dan COMPANY yang kita buat, buat dengan cara yang betul. Insya Allah. Boleh berjaya. Tak perlu beli stok riban riban. Sebab kita buat bisnes secara betul dan sihat.
Alhamdulillah, selesai percutian kami untuk hari ke dua ini.
Esok adalah antara hari kemuncak kami di Jepun kerana kami akan melawat Alpine Route. Salah satu pilihan pelancong yang sangat mahal dan best.
Anda ada apa apa nak kongsi atau katakan kepada kami? Sila tulis komen anda di ruangan komen di bawah yer. We love to hear some feedback from you.
Jemput baca kisah selanjutnya di sini:-
Shaklee Free Trip To Japan - Day 3 - Tateyama Kurobe Alpine Route
Shaklee Free Trip To Japan - Day 3 - Tateyama Kurobe Alpine Route
Wassalam.
Masters Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
MASTERS KAM MARIA AND MOHD FIRDAUS
Certified Shaklee Product Consultant
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
COMMENTS