Kesan gadjet pada anak-anak dari pengalaman kami sendiri.
By : Mohd Firdaus Mat Saad
3 ANAK LELAKI YANG SEDANG LASAK
Saya ada 3 orang anak lelaki, berusia 8 tahun (Farees), 5 tahun (Fateh) dan 2 tahun (Fawwaz).
Memandangkan semua anak saya lelaki dan semuanya lasak, saya dan isteri nampak jika kami beri mereka main handphone / tab / main games mereka akan diam dan tak bising.
Saya dan isteri Maria sering terbaca di FB / Whatsapp / Internet mengenai keburukan memberi anak gadjet ketika mereka membesar.
Mulanya kami tak berapa ambil kisah.
KESAN PADA FATEH
Kemudian kami mula perasan apa yang ditulis itu berkait dengan realiti keadaan anak kami yang kedua iaitu Fateh (5 tahun).
Dia jadi agresif, suka marah orang, suka jerit-jerit kalau tak dapat apa yang dia nak, dan kami rasa ada kaitan dengan dia yang suka main gadjet.
Sebelum ni, kami di rumah termasuk saya, isteri, mak saya dan maid saya memberikan anak-anak main handphone sebagai 'jalan mudah' untuk 'menenangkan' mereka dan 'memudahkan' kerja kami.
Kami pernah terbaca satu artikel, ada satu kajian di buat terhadap ramai kanak-kanak.
Perubahan sikap anak-anak selepas diberi main gadjet selama seminggu vs sikap anak-anak tanpa diberikan gadjet selama seminggu.
Artikel itu menunjukkan anak-anak yang main gadjet mempunyai karektor yang berbeza.
Mahu tidak mahu, kami tiada pilihan. Kami rasa perlu bertindak sekarang sebelum keadaan jadi lebih parah.
BUAT UNDANG-UNDANG DI RUMAH
Kami TERPAKSA membuat undang-undang baru di rumah.
Pada mulanya, anak-anak tidak boleh main gadjet ketika hari persekolahan / weekdays. Mereka hanya boleh main pada hujung minggu sahaja.
Peringkat awal undang-undang ini dilaksanakan, Fateh mengamuk tahap dewa.
Menjerit-jerit. Hanya meminta handphone / ipad sahaja.
Selepas 3 hari, barulah Fateh sedikit demi sedikit boleh lupakan gadjet.
Mengikut tips yang diberikan melalui artikel berkaitan permasalahan ini, mereka sarankan IBU BAPA LUANG BANYAK MASA DAN MAIN BERSAMA ANAK.
Anak-anak kecil sangat PERLUKAN KASIH SAYANG. MEREKA PERLUKAN PERHATIAN.
Sebab itu mereka mengamuk. Jika kita main bersama mereka, Insya Allah mereka akan rasa ada PERHATIAN.
Seminggu yang pertama, anak-anak berjaya tinggalkan gadjet. Alhamdulillah.
Permasalahan timbul kembali dengan 'UNDANG UNDANG AWAL YANG KAMI TETAPKAN'.
Peringkat awal, mereka dibenarkan main gadjet pada hujung minggu sahaja. Bermula hari Jumaat malam sehinggalah ke Maghrib hari Ahad.
Namun, perjanjian ini 'memakan diri' kami.
Selepas keluar sahaja dari ZON LARANGAN MASA, hujung minggu sahaja, Farees dan Fateh meng'QADA' permainan games mereka.
Kami perhatikan, sepanjang dua hari ini, mereka MELEKAT DENGAN PHONE SAHAJA.
Ini tak boleh jadi. Mereka langsung tak nak buat benda lain. Nampak gayanya, keadaan 2 hari ini agak KRITIKAL.
Dan Fateh nampak kembali agresif selepas main gadjet dan suka bergaduh dengan abang.
Kami mahu 'HAPUSKAN TERUS' lesen main gadjet kepada mereka. Tapi kami tahu ini sukar untuk mereka terima.
Then kami buat UNDANG-UNDANG SETERUSNYA, sepanjang 2 hari main gadjet ni, mereka dua beradik TAK BOLEH BERGADUH.
Kalau bergaduh sehingga salah seorang menangis, LESEN MAIN GADJET DITARIK BALIK SELAMA-LAMANYA.
Macam yang kami dah agak, mereka bergaduh pada hari pertama undang-undang dilaksanakan.
Sebagai hukuman, kedua-dua TAK BOLEH MAIN GADJET LANGSUNG.
Semua phone dan gadjet di rumah ini diletakkan PASSWORD. Tiada siapa lagi boleh buka.
Bila mereka minta nak main games, kami kata tak boleh sebab hari tu bergaduh. Mereka merayu nak main juga. Rayuan ditolak oleh Mahkamah Rayuan.
PERANAN IBU BAPA
Selepas hukuman dijalankan, kami juga perlu beri perhatian lebih kepada mereka.
Kami sendiri pun kena kurangkan masa mengadap handphone dan komputer.
Pada waktu ini, lebih banyak 'mainan' lain dikeluarkan dari stor simpanan mainan. Memang rumah jadi lebih bersepah.
Mereka mula bermain benda yang 'real' seperti Lego, Domino, Block, Kereta mainan, bola sepak dan lain-lain lagi. Which is bringing them back to normal life.
Tapi kami masih beri lagi ruang anak-anak untuk tonton Astro di TV, Channel 613 (Disney Junior) saja.
Channel Astro yang lain kami lock dengan password. Hanya boleh tengok dengan approval kami.
Selain tu, sebagai parents, kami kena rajin 'memuji' mereka dengan perubahan sikap mereka. Kanak-kanak memang suka pujian.
Kami selalu cakap, "Good boy, anak soleh, ahli syurga, jutawan bertakwa, good listener, anak baik dan lain-lain lagi".
Emosi dan keyakinan diri mereka meningkat.
PERUBAHAN KETARA
Alhamdulillah, perubahan selepas tak main gadjet, antaranya, mereka KURANG BERGADUH. Dah boleh main sama-sama dan lebih bertolak ansur.
Fateh juga dah KURANG MENJERIT-JERIT atau MENGAMUK kalau tak dapat apa yang dia nak.
Perubahan ini memang sangat ketara.
Sekarang mereka main benda-benda yang perlu skill dan daya berfikir dengan mainan lain yang ada di rumah.
Sekarang lebih mudah untuk ajak mereka ke surau untuk solat berjemaah berbanding ketika mereka main gadjet dahulu.
Kami juga 'create' Job Description untuk anak-anak kami, seperti Fateh ditugaskan untuk tutup langsir dan tingkap rumah bila jam 6.30 petang. Farees pula akan bertugas untuk buat kerja-kerja rumah lain.
Kami latih anak kemas meja makan, bersihkan benda yang mereka tumpahkan, kutip mainan yang mereka main, dan selepas mereka buat semua ini, BERMACAM MACAM PUJIAN DIBERIKAN KEPADA MEREKA dan mereka suka.
Alhamdulillah, sebagai parent, saya dapat melihat sendiri perubahan pada diri anak saya selepas menghentikan permberian gadjet kepada anak-anak.
Doakan kami terus istiqomah.
Setiap petang kami ajak anak-anak beriadah.
Aktiviti menulis / melukis / seni.
Fateh sekarang seronok bermain Domino.
Syukur Fateh dah semakin behave selepas tak main gadjet lagi.
Semoga Allah bantu kami menjadi ibu bapa yang lebih baik, berjaya mendidik semua cahaya mata kami menjadi insan yang berakhlak mulia, berjaya di dunia dan akhirat.
Semoga perkongsian pengalaman kami ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa yang lain.
Jom jadi ibu bapa yang prihatin. Cegah sebelum parah!
Sama-sama kita didik anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.
Maria Firdaus
Motivating and Inspiring Others
Sila SHARE Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat. Thanks for reading!
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
COMMENTS