By : Kam Maria Abdul Mutalib
Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar pembaca blog Mariafirdaus.com.my?
Kami doakan anda semua sentiasa sihat, ceria dan dalam lembayung rahmat Allah S.w.t.
Alhamdulillah. Panggilan haji tiba lagi untuk tahun ni. Sekarang ni ramai Jemaah Haji dah mula bertolak ke Tanah Suci.
Sebagai umat Islam, kita diwajibkan menunaikan haji ataupun umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup apabila berkemampuan.
Seperti firman Allah Ta'ala dalam Surah Ali Imran, ayat 97 :
"Dan Allah mewajibkan keatas manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya.
Siapa yang kufur (ingkar kewajipan haji) maka sesungguhnya Allah maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu apa pun daripada sekalian makhluk)."
Alhamdulillah, setakat ni Allah dah beri Maria peluang 3 kali ke Tanah Suci.
Dan yang Maria excited nak share, setiap kali ke Tanah Suci, Maria ada pengalaman yang sangat berbeza dari segi tahap KESIHATAN dan KECERGASAN.
TAHUN 2010 - UMRAH PERTAMA (LANGSUNG TAK AMALKAN SUPLEMEN)
TAHUN 2011 - MENGERJAKAN HAJI (AMALKAN SUPLEMEN BRAND X)
TAHUN 2014 - UMRAH (PREGNANT 3 BULAN & AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE)
So dalam entry kalini, Maria nak share pengalaman Maria sendiri tentang kesihatan diri sepanjang Umrah & Haji.
Sebelum tu, Maria nak share dulu gambaran apa yang akan kita hadapi sepanjang Umrah & Haji yer.
KEADAAN DI TANAH SUCI
Cuaca di Malaysia tidak sama dengan cuaca di Mekah dan Madinah. Cuaca di Tanah Suci adalah kering, pada waktu siang adakalanya panas sehingga 45 C dan pada waktu malam pula ia sejuk sehingga mencecah 17 C. Bergantung bulan berapa kita di sana.
Perbezaan suhu yang tinggi pada waktu malam dan siang menyebabkan ramai dikalangan para jemaah yang mengalami masalah kesihatan ketika berada di sana.
Ibadah umrah dan haji sebenarnya banyak menggunakan fizikal. Kita para jemaah perlu berjalan dengan jauh untuk menyempurnakan ibadah haji ini.
Ini kerana, sekarang ini jarak antara hotel dengan masjid sudah semakin jauh.
Melainkan anda menunaikan haji dengan pakej swasta bernilai RM50,000 ke atas. Anda boleh tinggal di hotel bersebelahan dengan masjid.
Pada tahun 2011 waktu kami menunaikan Haji, jarak paling dekat untuk jemaah haji Malaysia dengan Masjidil Haram adalah sekitar 600m. Ada yang terpaksa berjalan 1.2 km sehala untuk ke masjid.
Ini semua bergantung kepada 'rezeki' Allah nak bagi pahala banyak mana kepada anda.
Kalau Allah nak bagi pahala banyak, Allah akan letakkan anda di hotel yang jauh. Banyak pahala anda akan dapat setiap kali melangkah ke masjid.
Setiap hari, kita akan pergi ulang alik ke Masjidil Haram sekurang-kurangnya 3 kali.
Subuh 1 kali.
Zuhur 1 kali.
Asar, Maghrib, Isyak 1 kali.
Cuba bayangkan, untuk ibadah solat fardhu di Masjidil Haram sahaja, anda terpaksa berjalan beberapa kilometer sehari!
Ini belum dicampur dengan ibadah Umrah Sunat jika anda mahu melakukannya setiap hari atau selang sehari. Ibadah umrah sunat memerlukan jihad yang lebih tinggi.
Anda perlu keluar ke Tanah Halal untuk berniat Ihram dengan menaiki teksi, kemudian pulang ke Masjidil Haram. Jarak tempat dari turun teksi ke Kaabah pun agak jauh.
Kemudian menunaikan Tawaf Kaabah 7 pusingan dan Saie 7 kali. Jumlah jarak dah hampir 10 km.
Ini baru ibadah harian menunaikan Solat di Masjidil Haram dan Umrah sahaja. Belum dicampur dengan ibadah Haji lagi.
Ibadah haji memerlukan kekuatan fizikal yang LEBIH MENCABAR!
2. Kemudian, kita perlu berada di bumi Arafah selama satu hari sebelum ke Muzdalifah dan Mina.
3. Di Mina, kita perlu menunaikan ibadah melontar pada hari 10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Pada waktu ini, setiap hari kita perlu berjalan sekitar 5 km untuk menjalani ibadah melontar. Ini kerana khemah yang disediakan kepada jemaah haji muassasah agak jauh dari tempat melontar.
4. Kita juga ada pilihan, kita boleh pulang ke Mekah pada waktu ini. Dan kita perlu berjalan lagi sejauh 4-5km. Kemudian berpatah balik ke tempat melontar sejauh 4-5km lagi. Berulang alik selama 3 hari. Bergantung kepada cara menunaikan haji yang kita pilih.
5. Kita juga akan menunaikan ibadah tawaf dan saie (total berjalan kaki dalam 7km-10 km) pada waktu ini.
Jadi, anggaran jarak pejalan kaki ibadah haji adalah antara 55-58km.
Kesimpulannya, WAKTU TERBAIK menunaikan Haji adalah semasa MUDA DAN SIHAT, kerana Ibadah Haji perlukan TAHAP KESIHATAN YANG OPTIMUM!
Cuba bayangkan, kita perlu menjalankan semua ibadah ini dalam keadaan yang sangat sesak dengan jutaan orang dari seluruh dunia. Macam-macam virus penyakit boleh berkumpul kat sini.
Cuba bayangkan, kalau sistem imun kita lemah, tak mampu melawan virus yang datang menyerang, dan jika kita terpaksa menjalani ibadah haji dalam keadaan kurang sihat, kena batuk, selsema, demam panas?
Nauzubillah. Minta Allah jauhkan.
Jika di Malaysia pun kita jenis yang kurang bersenam, kerap demam batuk selsema, dan tiba-tiba kita pergi menunaikan haji, dengan cuaca sangat berbeza, badan kita akan mengalami "kejutan".
Inilah puncanya Klinik Tabung Haji di sana SENTIASA PENUH dan tempoh menunggu berjam-jam. Orang terlalu ramai. Ramai sangat yang uzur ketika berada di sana.
Demam, batuk, selsema, pening, sakit kepala, sakit lutut, sakit kaki dan macam macam lagi memang biasa, terutama golongan warga emas.
Masalah kesihatan memang boleh menjejaskan ibadah kita di sana.
Contohnya, kita mungkin terlepas menunaikan solat berjemaah di Masjidil Haram, di mana pahala solat berjemaah adalah beratus ribu kali ganda berbanding solat di tempat lain.
Ini belum dicampur dengan pahala dan rahmat yang Allah berikan kepada mereka yang bertawaf sunat mengelilingi Kaabah atau hanya melihat Kaabah saja setiap hari pun, dah dapat pahala yang besar.
Kalau kita tak sihat, macam mana kita nak berjalan jauh dari hotel ke Kaabah setiap hari?
Bila tak sihat, maka kita terpaksa lah 'tersadai' saja di hotel, atau lebih teruk, 'tersadai' di hospital sepanjang masa.
Alangkah malangnya jika ini berlaku pada diri kita atau ibu bapa kita.
Seumur hidup, mungkin ini KALI PERTAMA dan mungkin KALI TERAKHIR kita menunaikan ibadah haji.
Jadi, pastikan kita berusaha tingkatkan kesihatan agar dapat melakukan yang terbaik ketika di sana nanti.
So anda dah dapat gambaran CABARAN FIZIKAL semasa menunaikan Umrah & Haji kan?
Sekarang Maria nak share pengalaman Maria sendiri, sepanjang 3 kali ke Tanah Suci.
TAHUN 2010 - UMRAH PERTAMA
(LANGSUNG TAK AMALKAN SUPLEMEN)
===========
First time Maria ke Tanah Suci pada April 2010, bersama suami dan Mak Maria.
Cuaca kat sana dah nak masuk musim panas. Temperature dalam 40 degrees. Memang sangat panas dan kering.
Masa ni Maria belum kenal vitamin Shaklee lagi. Dan Maria memang tak makan apa-apa suplemen. Sebab tak tahu dan tak ambil tahu pun tentang kepentingan suplemen.
Bagi Maria, suplemen ni tak perlu pun, membazir duit saja. Sebab Maria rasa Maria masih muda dan sihat, so buat apa nak ambil pil-pil vitamin tu kan.
Lepas 2 hari di Tanah Suci, Maria mula batuk dan selsema. Alhamdulillah tak demam so masih boleh buat ibadah macam biasa.
Cuma yang tak tahan tu, batuk melarat sampai keluar kahak berketul-ketul kaler kuning hijau. Bangun pagi memang seksa sangat sebab Maria rasa sesak dada penuh dengan kahak.
So nak keluarkan kahak tu sampai kena muntah lah sebab pekat sangat. Kadang-kadang muntah kahak beserta darah. Hidung pun jadi berkerak dan berdarah.
Kalau nak tahu, satu bas rombongan kami masa tu penuh dengan orang batuk. Dah jadi bersahut-sahutan bila batuk beramai-ramai. Huhu.
Sampailah balik ke Malaysia, batuk Maria masih tak baik jugak.
Ditambah pulak dengan supply susu yang sangat berkurang. Masa tu baby Maria baru 10 bulan. Maria memang berazam nak bagi susu ibu sampai anak 2 tahun. Sebelum ke Umrah, Maria dah tinggalkan stok susu penuh 1 freezer, alhamdulillah stok susu cukup untuk baby selama 14 hari.
So Maria struggle nak tambah balik penghasilan susu. Memang tak cukup tidur sebab pam susu setiap tengah malam untuk bekalan baby sebelum Maria ke Ofis. Tak pernah terfikir pun nak amik suplemen masa tu.
MENYUSU + STRESS + TAK CUKUP TIDUR + TAK CUKUP NUTRISI = SISTEM IMUN LEMAH!!
Inilah pakej lengkap yang beri kesan buruk dan melemahkan sistem imun Maria pada masa tu.
Memandangkan batuk masih tak baik, Maria pun ke klinik jumpa doctor.
Doctor bagi ubat batuk, kahak, antibiotik dan sebagainya. Alhamdulillah lepas makan ubat, kahak makin berkurang, tapi batuk Maria masih tak baik. Dah jadi batuk kering pulak.
Kalau datang masa batuk tu, tekak gatal sangat sampai Maria tak boleh berhenti, sakit dada, sakit perut dan nak termuntah.
Pernah jadi masa Maria tengah solat jemaah kat surau ofis. Tiba-tiba tak boleh berhenti batuk. Jenuh tahan sampai habis solat. Mujur Maria tak termuntah kat atas karpet surau. Huhu.
Lepas 2 bulan balik dari Umrah, batuk Maria masih tak settle. Doktor dah tukar dari ubat biasa ke ubat lebih kuat. So akhirnya Doktor advice Maria pergi jumpa doktor pakar iaitu CHEST PHYSICIAN.
Kat hospital pakar, Maria kena buat chest X-Ray. Alhamdulillah, Doktor pakar kata takde apa-apa yang serius. So doktor pakar bagi ubat yang sepatutnya.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, dalam masa seminggu lepas tu batuk Maria sembuh sepenuhnya lepas makan ubat yang doktor pakar bagi.
Kiranya, pengalaman masa Umrah pertama tu, tanpa amalkan sebarang supplement, tahap kesihatan Maria memang sangat-sangat teruk.
Maria yakin, salah satu puncanya adalah Maria TAK CUKUP NUTRISI yang melemahkan sistem imun Maria, dan tak mampu melawan penyakit.
TAHUN 2011 - MENGERJAKAN HAJI (AMALKAN SUPLEMEN BRAND X)
=============
Syukur Alhamdulillah, tahun 2011 Allah jemput Maria, suami, Mak & Abah mengerjakan Haji. Masa ni umur Maria baru 29 tahun, dan suami 30 tahun. (Jemput baca : TRAVELOG HAJI)
Musim haji kami adalah bulan November, so masa ni dah hampir nak masuk musim sejuk. Cuaca tak panas sangat dan tak sejuk sangat, Syukur Alhamdulillah.
Disebabkan pengalaman kesihatan yang teruk masa Umrah sebelumnya, Maria mula aware tentang kepentingan suplemen dan terbuka hati nak cuba amalkan suplemen lepas dapat advice dari seorang kawan.
Tapi masa ni Maria masih belum kenal Shaklee lagi, tak pernah dengar pun nama Shaklee.
So Maria cuba suplemen brand lain yang kawan suggest dengan doa dan harapan agar masalah kesihatan lebih baik kalini.
Maria dah mula ambil vitamin (Brand X) setiap hari beberapa bulan sebelum pergi Haji dan sepanjang di Tanah Suci.
Tapi Allah masih uji Maria dengan masalah batuk & selsema yang sama macam sebelum ni!
Yelah mungkin sebab perubahan cuaca yang kering kan.
So lepas beberapa hari kat sana, Maria dah mula batuk dan keluar kahak berketul-ketul, hidung berkerak sampai berdarah, sama macam sebelum ni.
Setiap kali ke Masjid mesti bawak tissue sebab nak buang kahak yang keluar bila batuk.
Sepanjang kami di sana selama 42 hari, banyak kali Maria ke klinik yang Tabung Haji sediakan sebab tak tahan dengan batuk.
Dah lah nak pergi klinik kena JALAN KAKI lebih 1 KILOMETER dan jalan ke sana kena NAIK BUKIT.
Lepas tu kena tunggu lamaaa sangat sebab ramai orang. Sama situasinya macam tunggu di Hospital Kerajaan kat sini.
Huhu, boleh bayangkan cabarannya?
Tak ingat dah berapa banyak botol ubat batuk & antibiotik yang Doktor bagi dah habis Maria makan sepanjang kat sana, tapi batuk masih macam tu jugak. Memang siksa sangat.
Yang paling kesian Maria jumpa banyak kes makcik-makcik tua yang bila batuk mesti terkencing. So memang sangat mencabar kalau ke Masjid. Dah lah nak ke toilet kena jalan jauh. Huhu.
Kes lain yang Maria jumpa di kalangan jemaah haji usia lanjut adalah sakit lutut, sakit tumit, sakit pinggang, sesak nafas, demam panas.
Setiap hari ada je kes jemaah haji, especially yang lanjut usia yang masuk hospital sebab macam-macam masalah kesihatan.
Bila dah tengok sendiri keadaan ramai jemaah Haji warga emas yang sakit, rasa bersyukur yang amat sangat sebab Allah pilih Maria & husband tunaikan haji masa muda dan tubuh badan masih kuat.
Sebab tu kami sangat sarankan, kepada semua Muslim, usahalah untuk pergi Haji masa muda. Kalau belum daftar Haji lagi, daftar diri kita & anak-anak dari sekarang juga. Jangan bertangguh yer.
At least kalau dah daftar, belum sampai giliran kita dan kita mati dulu, kita boleh lah jawab kat Allah yang kita dah ada USAHA untuk menunaikan Haji.
Jangan pula kita tak daftar langsung & tak pernah terfikir langsung nak pergi Haji, sebab rasa Haji ni untuk orang tua saja. Apa kita nak jawab depan Allah nanti kan.
Alhamdulillah, mungkin asbab ada nutrisi tambahan dari suplemen, walaupun batuk Maria teruk, ia tak lah melarat macam sebelum ni.
Balik dari Haji, kesihatan Maria bertambah baik.
Alhamdulillah, tak lama lepas tu, Maria pregnant anak kedua.
Masa pregnant anak kedua ni lah, Maria baru kenal vitamin Shaklee melalui SET IBU HAMIL DAN BERSALIN SHAKLEE. (Jemput baca)
Alhamdulillah, dengan izin Allah, vitamin Shaklee banyak bantu tingkatkan kesihatan & kecergasan Maria semasa bersalin & menyusu anak kedua. Dan Maria juga dah jarang kena batuk selsema.
Sejak dari itulah, Maria mula jadi pengamal tegar vitamin Shaklee sampailah sekarang.
TAHUN 2014 - UMRAH (PREGNANT 3 BULAN & AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE)
================
Gambar di Tanah Suci semasa pregnant 3 bulan.
Pada Dec 2014, kami diberi rezeki lagi pergi menunaikan Umrah. Maria hanya tau Maria pregnant beberapa minggu sebelum bertolak ke Tanah Suci. So masa di sana, Maria tengah pregnant 3 bulan.
(Jemput baca PENGALAMAN PREGNANT TRIMESTER PERTAMA UNTUK ANAK KETIGA.
Alhamdulillah, Maria dah amalkan vitamin Shaklee setiap hari sejak tahun 2012, dan Maria masih teruskan Set Hamil Shaklee sepanjang di Tanah Suci.
Subhanallah, kalini Maria rasa perbezaan yang sangat ketara dari segi tenaga & kesihatan!
Hotel kami sejauh 1 kilometer dari Masjidilharam.
Walaupun tengah pregnant, Maria mampu jalan kaki ulang alik setiap hari ke Masjid untuk solat berjemaah.
Maria mampu buat Umrah hampir setiap hari di sana, mampu tawaf & saie dengan sempurna. Boleh buat tawaf sunat lagi.
Sepanjang di sana, Maria langsung tak kena batuk atau selsema macam sebelum ni.
Maria rasa sangat sihat dan fit walaupun tengah pregnant!
Kadang-kadang macam lupa pulak tengah pregnant sebab cergas semacam. Hihi.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!
Betapa besarnya nikmat kesihatan yang Allah kurniakan pada Maria kalini.
Maria yakin, dengan asbab Maria amalkan suplemen Shaklee, sistem imun Maria bertambah baik secara semulajadi, tanpa perlu bergantung kepada ubatan dadah, semestinya dengan izin Allah.
Inilah namanya SUNNATULLAH. Allah suruh kita USAHA untuk jaga kesihatan.
Pengambilan suplemen adalah antara USAHA yang kita boleh buat. Shaklee dah terbukti berkesan pada diri Maria sendiri dan juga family kami, sebab tulah Maria YAKIN sangat dengan produk Shaklee.
Nikmat KESIHATAN adalah tak ternilai harganya. Tak boleh dinilai dengan wang ringgit pun.
Jadi kalau ada antara anda, parents atau saudara mara anda yang akan ke Tanah Suci, Maria amat galakkan ambil suplemen sejak sebelum pergi, sepanjang di sana & teruskan selepas balik dari Tanah Suci.
SET VITAMIN UNTUK JEMAAH UMRAH & HAJI (Sila Click)
Sebenarnya banyak jenis vitamin yang boleh diambil, bergantung keperluan dan budget masing-masing.
Tapi untuk yang paling basic yang Maria selalu cadangkan:-
Alhamdulillah, Maria dah amalkan vitamin Shaklee setiap hari sejak tahun 2012, dan Maria masih teruskan Set Hamil Shaklee sepanjang di Tanah Suci.
Subhanallah, kalini Maria rasa perbezaan yang sangat ketara dari segi tenaga & kesihatan!
Hotel kami sejauh 1 kilometer dari Masjidilharam.
Walaupun tengah pregnant, Maria mampu jalan kaki ulang alik setiap hari ke Masjid untuk solat berjemaah.
Maria mampu buat Umrah hampir setiap hari di sana, mampu tawaf & saie dengan sempurna. Boleh buat tawaf sunat lagi.
Sepanjang di sana, Maria langsung tak kena batuk atau selsema macam sebelum ni.
Maria rasa sangat sihat dan fit walaupun tengah pregnant!
Kadang-kadang macam lupa pulak tengah pregnant sebab cergas semacam. Hihi.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!
Betapa besarnya nikmat kesihatan yang Allah kurniakan pada Maria kalini.
Maria yakin, dengan asbab Maria amalkan suplemen Shaklee, sistem imun Maria bertambah baik secara semulajadi, tanpa perlu bergantung kepada ubatan dadah, semestinya dengan izin Allah.
Inilah namanya SUNNATULLAH. Allah suruh kita USAHA untuk jaga kesihatan.
Pengambilan suplemen adalah antara USAHA yang kita boleh buat. Shaklee dah terbukti berkesan pada diri Maria sendiri dan juga family kami, sebab tulah Maria YAKIN sangat dengan produk Shaklee.
Nikmat KESIHATAN adalah tak ternilai harganya. Tak boleh dinilai dengan wang ringgit pun.
Jadi kalau ada antara anda, parents atau saudara mara anda yang akan ke Tanah Suci, Maria amat galakkan ambil suplemen sejak sebelum pergi, sepanjang di sana & teruskan selepas balik dari Tanah Suci.
SET VITAMIN UNTUK JEMAAH UMRAH & HAJI (Sila Click)
Sebenarnya banyak jenis vitamin yang boleh diambil, bergantung keperluan dan budget masing-masing.
Tapi untuk yang paling basic yang Maria selalu cadangkan:-
SET ASAS:-
25 jenis Multivitamin & Multimineral untuk kesihatan & kecergasan menyeluruh.
2. VITAMIN C
Menguatkan sistem imunisasi untuk mengelakkan jangkitan kuman dan penyakit seperti batuk dan selsema.
3. B-COMPLEX
Meningkatkan tenaga, mengurangkan stress dan memelihara kesihatan saraf.
4. OSTENUTRIX
Kalsium & Magnesium untuk menguatkan tulang, mengelak kekejangan kaki akibat berjalan jauh.
Jika ada keperluan dan budget, sangat digalakkan tambah vitamin di bawah juga untuk kuatkan badan dan meningkatkan kesihatan.
Kalsium & Magnesium untuk menguatkan tulang, mengelak kekejangan kaki akibat berjalan jauh.
Jika ada keperluan dan budget, sangat digalakkan tambah vitamin di bawah juga untuk kuatkan badan dan meningkatkan kesihatan.
SET TAMBAHAN:-
5. RESV
5. RESV
Mengandungi Polifenol yang tinggi antioksidan untuk memelihara dan membaiki sel-sel badan daripada kerosakan dan anti-keradangan.
6. NUTRIFERON
Booster sistem imun yang mengaktifkan Interferon dalam badan supaya sel-sel imun lebih cepat bertindak melawan kuman yang masuk ke dalam badan.
7. PERFORMANCE DRINK
Minuman elektrolit memberi tenaga dan mengelakkan dehidrasi semasa cuaca panas.
Minuman elektrolit memberi tenaga dan mengelakkan dehidrasi semasa cuaca panas.
8. OMEGAGUARD
Minyak ikan Omega-3 sebagai pelincir sendi untuk melancarkan pergerakan dan mengelakkan sakit sendi.
Oh yer, kat sana keadaan cuaca kat Tanah Suci sangat lah kering. So WAJIB pakai MOISTURIZER sepanjang di sana.
Lepas bercukur kepala (bagi lelaki), boleh sapukan herbal blend cream untuk elakkan gatal di kepala.
Jangan risau, Herbal blend cream ni adalah 100% dari tumbuhan, takde bau wangian, so selamat dan sah digunakan sepanjang berihram.
Jom hadiahkan suplemen Shaklee untuk family anda yang akan menunaikan Haji, InsyaAllah bila mereka dapat kesihatan yang baik dengan asbab Shaklee, kita juga akan dapat pahalanya. Amin.
Kalau anda berminat nak dapatkan Set Vitamin untuk Jemaah Umrah dan Haji, boleh hubungi Maria di (019-2592731) atau Click to WHATSAPP
InsyaAllah Maria akan berikan konsultasi terbaik dan cara makan yang betul untuk semua customer Maria tersayang.
Jangan risau, Herbal blend cream ni adalah 100% dari tumbuhan, takde bau wangian, so selamat dan sah digunakan sepanjang berihram.
Jom hadiahkan suplemen Shaklee untuk family anda yang akan menunaikan Haji, InsyaAllah bila mereka dapat kesihatan yang baik dengan asbab Shaklee, kita juga akan dapat pahalanya. Amin.
Kalau anda berminat nak dapatkan Set Vitamin untuk Jemaah Umrah dan Haji, boleh hubungi Maria di (019-2592731) atau Click to WHATSAPP
InsyaAllah Maria akan berikan konsultasi terbaik dan cara makan yang betul untuk semua customer Maria tersayang.
Untuk lebih banyak TIPS DAN PENGALAMAN KAMI sepanjang di Tanah Suci, jemput click link di bawah:-
Jika anda berminat nak dapatkan mana-mana PRODUK SHAKLEE, atau berminat memulakan BISNES SHAKLEE, jom contact saya sekarang!
MASTER MARIA : 019-259 2731
BY:
MASTERS MARIA FIRDAUS
Founder of MFMS EMPIRE
(The Most Fantastic Millionaires in Shaklee)
Motivating And Inspiring Others
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
TIK TOK : Kam Maria Abdul Mutalib
YOUTUBE CHANNEL : Maria Firdaus
EMAIL : come_maria@yahoo.com
DOWNLOAD EBOOK PERCUMA!!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
COMMENTS