Assalamualaikum,
Terima kasih kerana menziarahi blog mariafirdaus.com.my, saya doakan semoga kita semua dilimpahkan rahmat dan kasih sayang oleh Allah.
Semoga dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.
Kisah Projek Pokok Kelapa
Ada orang tanya, di mana datangnya idea nak buat projek pokok kelapa di sekolah ni?
Sebenarnya, idea ni datang dari tahun lepas lagi. Ustaz Zulkifli Zainon datang ke sekolah kami untuk beri tazkirah mengenai penglibatan ibu bapa di sekolah untuk kejayaan anak anak.
Salah satu yang disentuh adalah keupayaan PIBG untuk menjana pendapatan sendiri melalui projek yang diusahakan.
Salah satu yang boleh dibuat dengan mudah adalah Projek Tanaman Pokok Kelapa Pandan di sekolah. Ia menggunakan konsep 3T. Iaitu bersesuaian dengan kehendak semua waris. Tanam. Tinggal. Tuai lepas 3 tahun.
Pokok kelapa mudah dijaga.
Dari tahun lepas, kami PIBG cuba usahakan. Kami minta bantuan benih dari Pejabat Pertanian. Malangnya tak ada stok. Sampailah dah setahun projek ini BERKUBUR.
Akhirnya, saya bagi tahu dalam mesyuarat PIBG, saya nak uruskan Projek Tanaman Kelapa Pandan. Jangan tanya kenapa bukan kelapa matak. Ada sebabnya atas nasihat dari Pegawai Pejabat Pertanian.
So, saya rancang nak tanam 100 pokok di sekolah. Mengikut pengalaman orang yang dah ada pokok kelapa pandan ni, dengan 100 pokok ia boleh beri pulangan bersih RM1000 sebulan kepada PIBG.
Ia satu jumlah yang besar saya rasa.
Proses Mencari Dana Untuk Beli Benih
Masalahnya, nak kena ada modal dulu untuk beli benih ni. Kami bermesyuarat dan memutuskan untuk 50 benih ditaja oleh PIBG guna Tabung PIBG manakala 50 benih lagi kita minta daripada waris.
Benih kelapa pandan siam. Satu RM15 sahaja kalau beli banyak. Kalau benih pandan Malaysia, hanya RM12 satu biji. Kami pilih untukbeli pandan siam aja. Biar mahal sket. Tapi pastikan lebih baik dan berkualiti. Nak beli benih, anda contact supplier ni ok. 019-601 2729. Transport kira lain. Biasanya dia jual kelapa pandan siam harga RM17. So pepandai lah anda nego dengan dia.
Kalau besar boleh jadi macam ni. Memang terbaik lah....
Then ada cadangan nak tanam pokok limau kasturi sebagai geli geli. Boleh juga jana pendapatan kepada PIBG nanti. Kami cadang nak beli 10 pokok.
Duit Sumbangan Tak Muncul Tiba
Di group whatsapp waris, saya buat permohonan sumbangan untuk beli benih kelapa pandan. Satu benih sumbangan RM20. Kita nak cover duit baja dan racun sekali.
Saya hantar whatsapp ke group kelas juga. Saya kemudian hantar broadcast secara personal kepada semua waris.
Setelah 2-3 hari, sambutan yang dapat sangat mendukacitakan. Tak ramai waris yang nak sumbang.
Then saya tulis lagi sekali kat group whatsapp waris mengenai sumbangan ini. Saya cerita lah mengapa kita buat projek ini dan ini semua untuk anak anak kita di sekolah untuk jangka masa yang panjang.
Sekali lagi, saya sedih sebab sambutan yang dapat masih sikit. Dari sasaran 50 pokok yang kita nak cari dari waris. Saya hanya dapat 17 pokok sahaja.
Mahu tak mahu, saya terpaksa usaha sendiri mencari dana benih kelapa ni. Saya ke Pejabat Pertanian Parit Buntar, minta bantuan benih kelapa. Mereka suruh hantar surat permohonan dan saya dah hantar tapi tiada jawapan.
Disebabkan duit masih tak cukup, akhirnya saya terpaksa minta kepada kawan kawan saya di Facebook. Alhamdulillah, kenkawan saya di FB ramai yang percaya dengan saya dan projek ini juga bagus untuk jangka masa panjang, akhirnya mereka ramai ramai pakat menderma.
Syukur Alhamdulillah, duit yang diperoleh boleh beli 150 benih kelapa. Saya tak perlu guna duit tabung PIBG. Semuanya hasil sumbangan orang ramai.
Alhamdulillah... Masalah saya yang pertama selesai.
Benih Nak Beli Mana?
Next problem saya, nak beli benih di mana? Saya tak ada contact orang yang jual benih kelapa pandan.
Then saya cari di Mudah.my. Di situ ada ramai orang jual. Saya kontek orang yang jual di Sungai Petani.
Dia ada benih, Kelapa Pandan jenis Malaysia. Harga RM12 sebiji. Masalahnya dia ada 100 biji sahaja.
Then saya ON dulu 100 biji ni.
Saya tempah dengan dia. Seminggu sebelum hantar, dia PM saya cakap tak boleh hantar pulak. Dia cakap benih kelapa pandan dia rosak. Takut nanti tanam kena penyakit atau mati.
Huhhh... Ada seminggu saja lagi masa untuk projek gotong royong tanam kelapa di sekolah dijalankan.
Waktu ni, saya mula cari pembekal dari Johor, Negeri Sembilan dan Selangor. Masalah mula timbul bila nak kena bayar duit transport yang tinggi sebab jauh sangat nak hantar.
Kalau nanti saya dah deposit duit melalui online, sekali orang tipu. Naya saya nak ganti balik duit ni.
Then ada pembekal dari Negeri 9 bagi harga offer. RM17 sebiji. Saya kemudian merayu bagai, last last dapat RM15. Saya cakap la ni projek sekolah. Bukan projek saya. Last last, dia bagi diskaun.
Saya dapat no phone dia, then google di internet. Saya tengok di FB dan google, dia memang pembekal kelapa pandan yang genuine. Ni no dia. 019-601 2729.
So saya bayar separuh dulu, then separuh lagi saya bayar masa dah sampai.
Alhamdulillah, benih sampai. Lega bab nak kena tipu ni... Syukur Allah temukan dengan pembekal yang betul. Transport pun dia caj RM100 sahaja.
Then saya beli baja, baja akar, racun puradan dan racun ulat.
Racun.
Nak tanam pokok ni, nak kena buat marking dulu. Kalau nanti dah ramai ramai datang, semua berebut nak tanam. Susah nanti. Akhirnya saya pi la sukat nak tanam pokok kelapa ni. Setiap satu pokok jarak 15 kaki.
Malangnya, susah gila nak tanda ni sorang sorang. Berejam jam duduk kat padang sorang sorang ke hulu ke hilir, baru dapat tanda beberapa pokok sahaja. Akhirnya, saya give up dan malas nak ukur. Farid cakap, nantilah masa hari tanam tu kita sukat terus tanam.
Saya kata la, waktu tu mesti ramai orang nak tanam. Then kita tak boleh nak control. Lepas tu mesti senget senget. Tapi disebabkan dah tak larat nak pi sukat sorang sorang. Saya kata, tak pa lah. Nantilah masa hari tu je lah nanti sukat.
Jemputan Waris
Surat kepada waris mula diedarkan melalui anak di sekolah. Kita jemput reramai tanam pokok kelapa secara berjemaah.
Surat Jemputan
Pelancaran Projek TEPi
Pagi tu, dimulakan dengan ucapan guru besar dan taklimat mengenai projek ini.
Gimik pelancaran oleh Guru Besar, Tuan Haji Abdul Halim
AJK PIBG Cikgu Bujang turut menanam kelapa.
Bila dah ramai, sekejap aja tanam dah nak siap.
Saya letak benang tu untuk bagi garis pokok tu lurus. Tapi bila main dengan ramai ni, akhirnya pokok ni di tanam tak lurus juga. Adoyai....
Saya bagi tahu kepada waris. Kita cabut balik pokok yang tak lurus, ada la dekat 20 pokok then tanam semula ikut benang betul betul. Akhirnya baru lurus.
Kaum ibu pun bersemangat hadir datang untuk membantu. Siap pakai sarung tangan lagi... Macam menteri tanam pokok pulak, sebab apa? Yang tanam 2 orang, yang tengok ramai. Hehe.. Gurau jer ok. Ala gurau pun tak boleh.
Saya kena pastikan semua pokok ni lurus dulu baru semua ditanam. Kita nak nanti kalau dah siap nanti mesti cantik.
Dah sampai ke hujung sekolah. Kita pusing ke tempat lain pulak.
Siap kena cabut ubi kayu lagi. Ada team yang korek dan potong ubi kayu. Bersemangat dia orang nak bawa balik. Saya pulak, tak sempat nak ambil ubi kayu. Tapi rezeki saya la, bila nak balik ada waris tinggal satu guni beras ubi kayu. Haha.. Terpaksalah saya ambil.
Rajin pulak waris ni pi pakai drone nak ambil gambar masa orang tengah buat kerja.
Ala gurau je, gambar ni bukan pakai drone, tapi diambil dari tingkat 4 bangunan sekolah. Hehe. Kerja menanam pokok kelapa pandan habis sekitar jam 11 pagi. In total kita tanam 132 pokok. Masih ada 18 pokok berbaki dekat saya.
Lepas tu waris gotong royong pindahkan tanah merah pula kat depan pintu masuk sekolah. Semua jadi wonderpet. Bekerjasama berjemaah.
Bila semua dah balik, saya cakap kat Farid. "Jom la kita pi siram pokok pokok ni dulu.. Kesian depa ni. Baru tanam tak kena siram. Nanti dahaga pokok ni...."
Abang Firdaus Asari join kami siram pokok kelapa pandan ni.
Alhamdulillah.. Dah selesai kerja kami peringkat pertama. Fasa kedua nak kena jaga pulak. Nak kena bubuh racun dan nak kena bubuh baja pula lepas ni.
Semoga Allah mudahkan urusan kami.
Semoga lepas 3 tahun akan membuahkan hasil dan dapat beri pulangan kepada PIBG sekolah.
Kami jangka akan dapat sekitar RM1500 sebulan bersih. Duit ni akan guna untuk anak anak disekolah nanti.
Cuma yang tak best, ada juga suara biawak yang tak puas hati dengan projek ni cakap.
"Nanti kalau buah kelapa pandan jatuh atas kepala budak, AJK PIBG sila bertanggung jawab...."
Jammmmmmmm sungguh. Kesian kami AJK PIBG ni. Macam macam kena tanggung jawab.
Tak pa lah.. Hampa kata la apa hampa nak kata.... Kalau rasa kami buat ni tak betui, tahun depan hampa mai jadi pulak AJK. Buat yang betul betul saja.
Wokeh lah...
Ini saja perkongsian. Teringat pesanan orang yang jual tu cakap, lepas dua minggu, pi racun pucuk pandan ni dengan racun ulat untuk elak ulat makan daun ni. Then dia suruh bubuh baja 15:15. Tapi lepas bubuh baja ni kena siram sebab baja ni panas.
Macam mana nak siram weiiiiii... Nak cari air mana nak siram semua pokok ni.
So... lepas ni nak kena pikiaq sapa pulak nak pi racun dan buh baja. Habis tak ada orang, Abang Long kawasan juga la nak kena pi racun dan buh baja.
Semoga projek ini berjaya. Sama sama kita doakan.
Update On 9 March 2020
Selepas 2 tahun 7 bulan, ini adalah update pokok kelapa kami.
Ada pokok yang sudah membesar dengan sihat. Tengok dia punya batang, gumukss....
Di hadapan pintu masuk no 4 SKPTM. Kami tanam kiri dan kanan jalan.
Di tepi pagar
Close up.
Di tepi padang
Dekat bangunan sekolah
Dekat jalan menuju ke surau. Pokok sini kecil sikit. Mungkin sebab tanah yang kurang kualiti.
Yang belah sini, hampir 25 pokok out terus. Tanah sini tak ada baja. Dari dulu tanam sampai sekarang, macam sama saiz ja.
Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
COMMENTS