Assalamualaikum,
Terima kasih kerana menziarahi blog ini, semoga Allah merahmati anda dan mempermudahkan segala urusan anda dalam kehidupan anda di dunia dan di akhirat.
Kali ini, saya nak berkongsi dengan anda "Behind The Scene" Projek Logo SUKAMAJU Di Dinding Sekolah SKPTM.
Idea asal muncul selepas kami meeting AJK PIBG dan Guru di sekolah.
Pihak guru kata.
"SKPTM ni tak nampak Wowwww.... Sama macam sekolah lain. Biasa biasa aja. Kalau kita boleh jadikan ia "Wooow" bila pelawat mula masuk sekolah. Barulah sekolah kita ni ada gaya nak jadi sekolah SBT sket"
Selepas meeting, kami turun ke bawah. Depan pintu pagar. Then kami bincang apa nak buat disitu. Cadangan yang muncul :
i. Buat landscape dan nama sekolah di tembok
ii. Cat pagar depan baru bagi nampak cantik
iii. Buat logo SUKAMAJU di dinding
Idea ni memang dah gempak. Tapi duit tak ada.
Projek 1 : Landscape Di Depan Sekolah
Saya dan Farid berbincang, macam mana nak bagi jadi projek ni.
Farid cakap, "Kita buat dulu. Nanti kita cari sponsor....."
Saya kata ok. "Tapi kalau tak dapat sponsor. Duit ni kita kena share dua orang ok.. Bukan aku sorang sorang....."
Farid cakap, "Ada tu orang akan sponsor nanti.... Kalau tak buat macam ni sampai bila projek ni tak jadi."
Setelah bersetuju, kami mula On projek ni.
Masa mula dirancang. AJK PIBG berbincang apa nak buat dikawasan itu.
Lepas setuju. Terus mula buat. Since ada kerja yang bukan kepakaran kami dan perlu kerja berat dan lasak, kami upah 2 orang pekerja Bangla untuk bantu kami. Yang kanan bawah berbaju Melayu tu bukan bangla yer. Itu GB kesayangan kami.
Para waris hadir untuk membantu melalui gotong royong meratakan tanah.
Tanah dah diratakan. Alhamdulillah. Terima kasih waris yang turut membantu.
Kerja kerja gila bermula, siang panas tak boleh kerja. Kami buat kerja malam. In total kami mai 3 malam ke sekolah. Dah waktu tu yang orang free dan tak panas. Sekali lagi, terima kasih waris yang datang membantu.
Sebelum tanam rumput, kena compact tanah tu dulu.
Dah nak siap
Dah siap. Cuma tinggal huruf blok "UPSR 6A - Let's Do It" belum pasang lagi.
Farid dan waris lain gotong royong cat pagar sekolah pulak. Alhamdulillah. Siap. Saya tak ada waktu ni, balik beraya di KL. Ni depa mai cat hari Merdeka 31hb Ogos 2017. Sanggup korban cuti Merdeka mai sekolah bersusah payah nak cat. Thanks yer abam handsome dan akak cun dan anak anak mereka.
Cat pagar pintu 3 sekolah pulak. Ni tak masuk dalam perancangan. Tapi Farid ajak buat, ku layan aja la.
Projek SUKAMAJU Di Dinding Sekolah
Ni projek ketiga, iaitu pasang logo SUKAMAJU di dinding depan pintu masuk sekolah nak bagi "WOWWWWW" macam yang cikgu nak tu.
Saya brief AJK PIBG berapa jangkaan duit yang diperlukan untuk buat projek ni. Dua projek sebelum ni tak guna duit PIBG, so kali ni saya cakap saya tak nak dah advance duit.
Duit landscape haritu pun tak dapat lagi. Ini kan pula nak buat projek baru. Tak tahu siapa nak sponsor. Waris yang baca cerita ni ramai. Waris yang nak hantar Whatsapp kat kami kata nak menyumbang tu belum ada lagi.
Ya.. Belum ada waris contact kata.
"En Farid / En Firdaus.. Saya nak sumbang sikit untuk projek landscape haritu..."
Setiap kali tengok whatsapp atau terima panggilan telefon, dok berharap gak la ada waris yang nak contact. So far.... Belum ada la... Sendu ajer.
Pendek kata, setakat ni. Dalam erti kata yang lain. "Hampa gatai buat, hampa tanggung la kos tu...."
Farid, jangan lupa yer perjanjian kita. Tak ada orang sponsor, kita share sama sama yer. Senyum sket. "Kalau hati gajah sama-sama kita lapah, hati nyamuk sama-sama la kita cicah...."
Projek SUKAMAJU ni kami guna duit PIBG. Kami mesyuarat dan dah bersetuju untuk keluarkan duit PIBG. Semua akan cover kos sahaja.
Day 1 : Tembak keluarkan cat dulu
Saya mai sekolah untuk tembak cat asal dulu bagi keluar.
Bawa pekerja mai sorang nak bantu. Kalau tak, mereput la aku sorang sorang kat sekolah dari pagi sampai petang nak buat benda ni.
Day 2 : Sewa Kren Dan Cat
Masalah timbul seawal minit pertama lagi.
Janji start kerja awal pagi, so jam 8 saya datang ke sekolah. Nak prepare apa yang patut.
Farid bagi tahu kren sampai jam 8:15-8:30 pagi.
Ku tunggu di sekolah awal pagi ni. Pekerja bangla sorang dah ready nak tolong juga.
Sampai jam 8:30 tak nampak berita. Ku call Farid tak angkat angkat. Jammm...
8:45 tak dengar berita. Phone tak angkat, whatsapp tak reply. Jammm... Kren dia yang booking.
8:50 saya dah malas nak cakap lebih lebih, bagi tahu pekerja. Dah jom balik. Kren tak mai, orang yang nak buat pun tak ada.
Jam 9 lebih, Farid pula call. Kali ni aku pulak tak angkat phone dia. Ajar sket. Mesti kren dah sampai ler tu.
Sampai 4 kali dia call tak angkat. Last last dia mai rumah. Jom jom kita pi buat....
"Jom apa nya, pekerja dah balik tadi. Tak tau mana dia dah pi la ni.... Sapa yang nak buat..."
Tapi memikirkan kepentingan sekolah dan apa yang dah dirancang awal tu, tak nak la spoil the plain. Pergi juga sekolah untuk buat.
Jam 10 pagi baru bermula.
Farid naik skylift dan tembak dulu dinding nak buat cat.
Dalam sejam, kerja tembak dah siap. Then kami tunggu sekejap. Nak bagi dinding kering sket sebelum nak cat undercoat.
Dengan lafaz Bismillah, kerja undercoat bermula.
Cuaca cantik pagi ni. Alhamdulillah. Panas..... Memudahkan kerja kami.
Bangla dan Farid naik skylift untuk cat bahagian luar. Saya, Abg Zul dan Abg Firdaus Asari cat di tepi.
Orang kuat sekolah. Bekas askar dulu. Mestilah kuat. Hehe...
Waktu ni, kami di atas. Kami nampak ramai waris yang ada di luar sekolah. Ambil anak abis program di sekolah.
Ayat salah seorang dari kami, "Eh.. Ramai sungguh waris yang dok tunggu kat depan tu noooo... Tak dak sapa ka yang ada hati nak mai tengok, tegur kita, saport kita.. Semua buat rileks aja dalam kereta. Macam tak nampak kita aja..."
Tak nak komen lebih lebih. Saya saja nak share la, saya dok buat kerja landscape depan sekolah tu hampir seminggu. Siang dan malam. Sepanjang tu, hanya seorang waris. Ya seorang waris yang berhenti cakap dan bagi tahu, "Meh saya belanja minum untuk yang kerja...."
Waktu tu, terasa nak menangis..... Terasa dihargai diri ini walaupun dengan hanya "Sebungkus air minuman..... Terasa penat jerih bekerja tu hilang bila kena belanja sebungkus air minuman..."
Tapi sekali tu jer la. Hari hari lain... Lu pikir la sendiri.
Eh eh eh eh... Warna langit dah berubah sket. Tapi kami teruskan juga kerja kerja cat ini.
Yang cat tepi cat kat tepi, yang cat naik skylift cat di luar. Bangla yang ada tu buat kerja kerja lain. Bersihkan cat tumpah. Bersihkan cat yang tertanggal. Ambil barang dan lain lain lagi.
Ok. Dah banyak ni yang siap. Kita cat kali kedua.
Bila nak ambil gambar, dan dan wayang nampak macam bersungguh... "Serius aja Farid tu..." Tanya Farid, topi tu hang buat apa. Dia jawab, "Untuk menjaga keselamatan....." Hehe. Takut nanti dikatakan bekerja tak ikut prosedur pulak.
Langit makin mendung nampak... Separuh dah siap. Kami cat dua kali dah. Alhamdulilah.
Hujan rahmat jam 11 pagi. Semua hasil kerja kami tadi sia sia sebab semua cat tertanggal... Turun bagaikan mutiara.
That's it. Tepi pun clear. Atas pun clear. Buruk mata memandang, buruk lagi hati memikul.
Jam 1:30 kami sambung balik kerja. Waktu ni langit mendung. Tapi kami bertawakkal sajalah. Kren dah sewa. Takkan nak duduk saja.
Pantang berundur selagi tak siap. Alhamdulillah, tepat jam 3 siap kerja cat sekali lagi.
Touch up kerja kerja akhir
Kerja kutip sebelum nak lekat logo SUKAMAJU.
Jam 3:30, abang yang nak pelekat SUKAMAJU dah datang. Gayat wei. Tengok dia tu, Siap berani berdiri lagi atas kren tu.
Dari bawah ku hanya mampu berdoa, "Ya Allah.. selamatkan abang ni..."
Baru siap 3 huruf, hujan turun kembali membasahi bumi. Allahuakbar. Rasa nak menangis kali ni. Hujan renyai renyai. Semua orang dah tak terkata apa apa. Nak menangis tak berguna. Semua dok tadah doa minta hujan pergi ke tempat lain dulu.
Jam 3:30 Farid pinjam kain saya, nak solat katanya... Masa tu saya lalu kat situ, dok tengok dia berdoa. "Khusyuk sungguh..." Dalam hati ku kata, "Dok minta hujan pi tempat lain la tu... Moga Allah perkenankan doa hang Farid.."
Dah pasang, huruf K senget pulak, kena buka balik dan pasang balik. Waktu ni hujan turun balik. Renyai renyai. Waktu ni, saya tengok Farid, Farid tengok saya sebab kami dah nampak. Cat yang kami cat tadi dah start mengalir turun balik dibawa air hujan. Yang kami paling risau, kalau kena huruf tu. Kalau dah berjalur dengan warna coklat tu, macam mana nak cantik.
Ya Allah. Waktu ni hanya Allah sahaja yang tahu.
Jam 4:00 petang, kerja pasang SUKAMAJU ni siap. Alhamdulillah. Dan waktu ni hujan berhenti seketika.
Farid naik kren balik. Pergi cat sekali lagi mana mana tempat yang cat dah meleleh. Dan yang paling terharu, bila nak bersihkan huruf yang terkena cat, waktu ni tak ada kain buruk. Dia buka baju dan guna baju untuk bersihkan huruf huruf ni.
"Allahuakbar. Semoga Allah rahmati hang Farid... Ku dibawah ni boleh jadi Yusuf Haslam aja la. Boleh bagi arahan...Huruf tu kotor, sini kotor, itu cat lagi.... Nak buat macam mana, kalau ada yang jadi Yusuf Haslam, kena ada juga yang jadi A Galak nya...Kalau semua nak jadi pengarah, siapa nak jadi pelakon."
Rebah terguling bangkit kembali, tersungkur jatuh ku pantas berdiri.
Jam 5 petang, kerja kerja siap sepenuhnya.
Gambar dari bawah dinding.
Gambar dari jauh. Semoga cikgu cikgu suka, waris suka, pelajar bersemangat belajar dan semoga usaha nak dapat SBT akan berjaya tahun ini.
Inilah sahaja yang hendak dikongsikan.
Terima kasih kepada semua yang datang membantu. Thanks to Cikgu Duan yang beli air dan roti untuk kami masa pagi tu.
Thanks kepada yang hadir tolong cat, Abg Zul dan Abang Firdaus Asari.
Thanks kepada waris waris yang menonton dari bawah di tempat parking masa ambil anak sambil mendoakan kami.
Thanks kepada semua.
Semoga Allah merahmat kita semua. Membantu kita. Dan beri kejayaan dunia dan akhirat.
Pesan Ustaz Rafiqa kepada saya, "Firdaus... Sudah... Lupakan semua kebaikan yang hang buat ini, dan fikir apa kebaikan hang nak buat pulak lepas ni."
"Ayuh Farid, Ayuh Abg Zul, Ayuh Abg Firdaus Asari, Ayuh YDP... Kita Fikir.. Nak buat kebaikan apa pula lepas ni."
Buat anak anak SKPTM, buat yang terbaik.
Wassalam
Mohd Firdaus Mat Saad
NYDP PIBG SKPTM
#nakberehattahundepan
#bagioranglainpulak
Sekali lagi, kali ni nak merayu. Buat waris SKPTM yang nak bantu kami untuk tampung duit LANDSCAPE, boleh PM Farid. Tugas Farid sekarang cari sponsor untuk kerja landscape tu. Jumlah yang kami keluarkan hampir RM4000. Farid ada simpan semua resit tu.
Jika tak mampu nak sumbang seringgit dua untuk projek landscape tu, tolong kami boleh.
Tolong doa bagi kami berdua jadi jutawan bertakwa. Bagi kami jadi kaya raya supaya kami boleh sumbang banyak lagi lepas ni. Tapi, jangan doakan kami saja, doakan anda pun jadi jutawan bertakwa juga. Supaya anda pun dapat sumbang juga lepas ni.
Psstttt... Doakan anda juga diberi kelapangan masa. Supaya next time boleh join kami buat kerja kerja di sekolah.
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
Hebat...
ReplyDeleteMoga usaha ini diberkati dan dihargai..ameen