Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog mariafirdaus.com.my ni sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Hari ni saya nak share mengenai Perancangan Program Gotong Royong yang akan diadakan di SKPTM pada hari Sabtu ini.
Memandangkan banyak tugasan nak dijalankan, so kita agih tugas sorang sikit dan dekat blog ni saya nak tunjukkan apa tugasan yang boleh dibuat pada hari Sabtu ini.
1. Kerja Membuat Lantai Simen Di Hadapan Bus Stop SKPTM
Dekat sini, ada sedikit kawasan sekitar 20' x 2.5' yang masih belum disimenkan. So, perlu buat lantai di area ni.
Kalau ikut cadangan GB, nak buat Akupunture dekat sini. Perlu beli sekitar 3-4 beg batu kecil warna putih untuk disusun di sini jika mahu bubuh batu ni.
Jika tidak, kita boleh terus dengan buat simen sahaja.
Kerja lantai simen di tepi kawasan ini.
Barang yang diperlukan :
i. Scoop
ii. Kereta Surung
iii. Cangkul
Simen dan Pasir dah ada. Kalau pasir tak cukup, ambil di tepi padang. Ada balance sket pasir.
Perlu 2 orang yang berkemahiran bidang simen dan pasir di sini.
Guru Bertugas : _________________
2. Cat Warna Hitam Putih Di Divider Landscape
Divider ni nak kena cat warna putih hitam. Warna putih dah dicat. Nak kena beli cat hitam 1 liter weatherbond punya. Cat belang hitam putih setiap 2 kaki panjang.
Perlu 2 orang untuk cat dikawasan ini.
Guru Bertugas : _________________________
3. Mengemas Bilik Kaunseling
Bilik ini perlu dikemas dan dihias untuk pertandingan bilik kaunseling selepas ini.
Kerja yang perlu di buat:
i. Tampal poster dan frame. Banner disediakan oleh kaunselor. Kayu dah disyelek oleh pekerja. Perlu paku simen 1 inci dalam 20 batang untuk kerja ini.
ii. Membaiki motor. Motor di bawah ni rosak. Perlu tukar dengan motor baru. Kaunselor dah beli motor baru tapi tak pandai nak tukar.
Tukar motor dan wayar ini.
Perlu 2 orang dibilik ini.
Guru Bertugas : Cikgu Siti Zuraidah. Kaunselor.
4. Tukar Speaker 2 Unit Atas Pentas Ni Dan Pasang Microphone Wire
Speaker ni dah rosak. Berdengung bila bercakap.
Speaker 2 biji ini akan dibeli oleh Farid.
Bilangan Waris Di Sini : 2-3 Orang
Guru Bertugas : Ustaz Hazani
5. Mengemas Bilik PA System
Bilik ni penuh dengan barang barang termasuk sampah. Nak menangis tengok. Banyak kotak yang tak guna ada dalam ni.
Semua barang perlu disusun ikut kegunaan dan keperluan.
Perlu susun balik PA System supaya tersusun. Kena kemas tempat susun microphone supaya mudah dicari nanti bila nak guna.
Bilangan waris diperlukan 3-4 orang
Guru Bertugas : Ustaz Din
Dah macam kapal pecah bilik PA ni. Kalau penilai SBT termasuk dalam bilik ni. Selamat hari raya la.
6. Mengecat Tayar Pokok Bunga
Semua tayar ni cantik, tapi dah uzur. Perlu ditukar warna. Cat warna coklat tua ada banyak. Boleh cat dengan warna coklat, kelopak bunga yang atas tu kita cat warna putih.
Ada lebih kurang 15-20 pokok bunga jenis macam ni. So, semua tayar ni perlu di cat baru. Cat coklat tua dan kelopak bahagian atas tu bubuh warna putih / coklat muda.
Tapi sebelum cat, SEMUA TAYAR NI PERLU DI TEMBAK DENGAN WATER PRESSURE UNTUK KELUARKAN CAT. MOHON CIKGU MINTA TOLONG TUKANG KEBUN UNTUK BUAT BENDA NI SEHARI LEBIH AWAL.
7. Mengecat Kaki Bangu Tempat Rehat
Cat kaki bangku ni, tukar dari warna kuning kepada warna coklat tua / putih. Tengok mana yang sesuai.
SEMUA KAKI BANGKU INI PERLU DI TEMBAK DENGAN WATER PRESSURE UNTUK KELUARKAN CAT. MOHON CIKGU MINTA TOLONG TUKANG KEBUN UNTUK BUAT BENDA NI SEHARI LEBIH AWAL.
Semua tayar ni dan kaki bangku ni kena dibersihkan dahulu sebelum cat guna water pressure.
8. Mengecat Planter Box
Semua planter box di kawasan tepi dewan ini perlu di cat semula. kita cat tepi warna coklat tua dan atas dia tu dengan warna coklat muda.
Sekali lagi, semua planter box ni perlu ditembak dahulu dengan water pressure.
Tak boleh tembak air pada hari Sabtu ni, sebab nanti basah. Tak kering. Bila cat nanti cat tak akan tahan lama.
Semua cat ni perlu bubuh undercoat dahulu. Cat undercoat dah ada.
9. Cat Batu Di Keliling Pokok
Cat batu ni dengan warna coklat tua. Tapi kena tembak dulu bagi bersih sebelum cat.
10. Cat Pondok Di Depan Koperasi
Nak cat tembok ni balik. Ada 3 warna, coklat tua, coklat muda dan putih. Pepandaila nak bagi cantik. Kena bubuh undercoat dulu.
Sebelum tu, tolong minta tolong tukang kebun tembak dulu dengan waterjet.
11. Cat Tempat Water Trap
Lokasi tepi pondok rehat depan koperasi. Suruh tukang kebun tembak dulu benda ni lebih awal.
12. Cat Tapak Perhimpunan Punya Pentas
Pentas ni punya cat dah buruk sangat. Tiang bendera pun dah nak menangis ku tengok. Dengan pasu pasu sekitar tempat ni.
Mohon guru minta tukang kebun tembak air dulu sehari lebih awal tempat tempat ni.
13. Cat Semua Tiang Besi Di Sekolah
Tiang besi di sekolah ada banyak warna, so kita standar kan dengan warna Coklat Tua. Cat dah ada 5 liter, rasa macam tak cukup sebab di sekolah ada banyak gila tiang ni. Thinner pun dah beli.
Perlu 10 orang waris kerja cat tiang ni.
Guru Bertugas : _______________________
14. Kerja Memindahkan Tanah Merah Dan Buat Batas Untuk Tanaman Di PPKI
Di tepi padang dekat bangunan PPKI, ada satu longgok kecil tanah merah. Nak pindah tanah tu buat batas. PPKI nak tanam sayur.
Tapi saya nak bagi tau, tanah merah tu bukan top soil tau, tak sesuai untuk tanaman sayur. Kena tambah baja tahi ayam dulu. Biar sebulan dua, baru tanam. Itu pun kalau tanah tu dah elok. Kalau tak, kene tunggu lama sket.
15. Bubuh Racun Dan Baja Di Pokok Kelapa Pandan
Banyak pokok pandan kena serangan ulat. Dah WAJIB bubuh racun. Racun dah beli. Ada dekat Farid. Bancuhan, 30ml racun + 16 liter air.
Baja pun kena bubuh juga. Bubuh lebih kurang segeggam dekat satu pokok. Baja ada dekat Farid.
Sebenarnya, baja ni ada banyak. Kalau rajin, boleh ambil dalam satu tong, then pi tabur dekat pokok bunga dekat tepi dewan. Bagi pokok tu kena baja sket. Baru la cantik sket.
Buat masa ini, ini dulu tugasan yang ada untuk kerja kerja gotong royong di sekolah hari Sabtu ini.
Mohon guru dan AJK PIBG yang baca bagi feedback dan pandangan.
Wassalam
Mohd Firdaus
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
COMMENTS